Ahad, 17 Oktober 2010

16/10/2010

Artikel ni aku tulis pada tarikh yang sama seperti tajuknya....
16/10/10 -1.58 a.m
Assalamualaikum
Masa aku tulis artikel ini waktunya adalah seperti di atas. Aku menulis dalam cahaya yang samar (sebenarnya aku hampir tak nampak pun apa yang aku tulis). Aku menulis dengan sumber cahaya yang sangat terhad sebab aku tidak mahu menyalakan lampu takut akan mengganggu rakan sebilik aku untuk beradu. Aku menulis berbekalkan tempias dari blok depan aku yang mana budak bilik depan ni pasang lampu kat balkoninya maka dapat la aku sedikit sumber cahaya.
Entah kenapa aku tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin juga disebabkan insiden yang berlaku ketika aku nak makan dengan senior-senior aku lepas habis konsert nasyid tadi. Hari ini (rasanya lebih sesuai malam tadi yang bertarikh 15/10/10) aku bersama abang-abang, kakak-kakak dan kawan-kawan Kelab BOSS (Bachelor of Social Science) sama-sama mengerah tenaga untuk menjayakan Konsert Mahabbah Gaza.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Apa yang terjadi pada malam konsert ini biarlah aku coretkan kemudian. Sekarang ini aku nak cerita kenapa aku boleh jadi tak sedap hati ni.
Semuanya bermula ketika aku dan urusetia yang lain hendak makan. Tiba-tiba dapat satu berita yang kurang menyenangkan mengenai sesuatu yang tak elok sedang atau mungkin atau berkemungkinan dilakukan oleh pelajar yang berlawanan jantina. Budak-budak lelaki yang lain pergilah untuk menyiasat. Kami yang perempuan hanya tunggu kat dewan besar. Semasa menunggu ni kakak-kakak yang ada ni membongkarkan satu per satu kisah-kisah yang pernah berlaku di sekitar kampus aku belajar ni. (huhuhu..misteri je dengar tapi ni bukan cerita seram hantu ok..ni seram lain sikit) Ketika sesi bercerita sedang berlangsung aku semakin hilang selera makan (walaupun sebelum tu aku yang bersemangat nak makan nasi ayam tu banyak-banyak). Aku hanya dengar-dengar macam tu je. Tiba-tiba (wah...suspen sungguh ni) sampai satu cerita ini yang berlaku beberapa bulan yang lalu ketika bulan Ramadhan. Lokasinya adalah di blok asrama aku dan lebih menyeramkan lagi berlaku di aras aku....melibatkan kisah makhluk berlainan jantina juga...aku rasa cemas, mual dan cuak.. Aku rasa terancam dan tak selamat sekarang ini. Tanpa aku sedari benda-benda yang aku harap jauh dari aku rupa-rupanya semakin hari semakin dekat berlaku di sekitar aku. Boleh tak kalau aku kata perkara ini sebagai cubaan dan dugaan dari-NYA??
Manusia yang darjatnya diangkat sebagai khalifah di muka bumi ini mampu hilang pertimbangan. Dosa dan azab ditolak ketepi atau mungkin langsung dilupakan kerana pujukan syaitan dan iblis perosak anak Adam.
Tika ini yang mampu aku lakukan adalah berdoa untuk aku dikuatkan semangat dan iman serta takwa supaya aku tidak terjerumus ke lembah kehinaan ini. Walaupun satu hari nanti aku mungkin terpaksa hidup bersama manusia yang bergelumang dengan kekotoran, semoga Allah sentiasa melindungi aku dari segala kerosakan dan kemungkaran.
16/10/10 -12.20 p.m
Masih hari yang sama tapi untu coretan yang baru. Hurmm...dah macam catatan diari la pulakkan. Tapi tak kisah la..aku masih mahu berkongsi cerita bersama teman-teman yang setia untuk membaca. Lagi pun kehidupan ini pun memang satu cerita kan dan cerita itu adalah untuk dikongsi. Sekarang aku nak cerita mengenai kisah malam semalam (15/10/10 - Jumaat).
"KONSERT MAHABBAH GAZA"
AMARAN!!!
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SANGAT-SANGAT MENGENALI DIRI SAYA LUAR DAN DALAM, ANDA DINASIHATKAN UNTUK BACA ARTIKEL INI SAMBIL DITEMANI SESEORANG ATAUPUN SEDIAKAN SATU PASUKAN PENYELAMAT UNTUK SEBARANG KEJADIAN TIDAK DIINGINI. LANGKAH-LANGKAH BERJAGA SANGAT PERLU....
"Dengan ini saya, Siti Solehah Saharudin membuat pengumuman bahawa pada malam tadi bertarikh 15/10/10 bersamaan hari Jumaat, saya telah menghadiri satu konsert nasyid. Kenyataan ini adalah benar. Tiada unsur-unsur paksaan atau ugutan dan saya membuat pengakuan ini dalam keadaan damai dan masih waras. Sekian Terima Kasih."


Waaduh!!! Yang benar ini Solehah (wah..ngomongnya Indon lagi nih..hahaha mentang-mentang la kumpulan nasyid tu jemputan dari Bandung, Indonesia) Betul la kawan-kawan aku tengok konsert nasyid malam tadi. Artisnya kumpulan Shoutul Harakah (dari Indonesia) dan Mu'adz Zulkifli (maaf kalau aku tersalah eja sebab aku tak pasti sangat..) dari Malaysia dan merupakan bekas graduan UIAM.
Aku pergi ni pun sebab aku ni urusetia yang uruskan persediaan tempat. Walaupun kerja aku uruskan dewan je tapi aku bangga sebab dapat jadi sebahagian daripada team yang sama-sama menjayakan malam konsert ini. Kalau aku tak terlibat dengan tenaga kerja ini dengan yakinnya pasti aku takkan datang konsert ini. Aku ni tak berapa layan sangat nasyid ni. Kalau yang aku kenal dan dengar pun lagu-lagunya cuma kumpulan Raihan, Hijjaz, Rabbani dan In-Team. (huhuhu..ceteknya pengetahuan aku dalam dunia nasyid ni) Dulu-dulu pun aku duk layan lagu Sheila On 7 je (So7) Masa tu diorang memang famous la dan aku pun tak pandang dah artis-artis lain. Kiranya band ni bagi aku ketika itu memang terrrbaaiikkk laaa.....hihihi...
Kembali pada malam konsert tu. walaupun artis jemputan tu aku tak kenal tapi aku bagi thumbs up la untuk persembahan diorang. Best bangat sih..kren lho...(start dah minah ni dengan pengaruh Indonnya) Aku yang duduk tengok diorang menyanyi ni rasa macam nak menitiskan air mata je (rasa macam nak je ok..tapi aku tak pun..) sebab semangat yang diorang bawa tu memang meresap dalam jiwa la. Lagu-lagu yang dibawa betul-betul punya semangat dari Gaza dan Tebing Barat. Seronok aku rasa dan dalam masa yang sama rasa insaf. Lepas konsert macam nak gila je aku tunggu untuk ambil gambar bersama dengan artis tu.
Hahahaha..batak juga aku ni rupanya....tapi apa pun satu pengalaman yang sangat menarik. Aku dengan kakak-kakak senior yang lain juga sama-sama siapkan hidangan untuk tetamu kami itu. Aduh...rasa besar hati sangat dengan team ni.
Thumbs up lagi kali ini untuk...
>Abang Afnan
>Kak Widad Ali
>Kak Ain
>Kak Nazhatul Ain
>Kak Ain Mayan
>Abang Rashid
>Abang Zaidi (tolong paanjat tinggi-tinggi nak gantung bendera Palestin..terrbaaikkk laa)
>Dino dan kawan-kawan kelab BOSS yang lain serta geng KASTRO.
Korang semua memang bestlah.. Harap lepas ni kita boleh buat projek macam ini lagi.
Walaupun ada juga masalah yang datang menyempit sana-sini tapi semua orang cool ja. Alhamdulillah berkat kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan kita buat semua ini Allah bantu kita laksanakan tanggungjawab ini sesempurna mungkin. Kepada semua warga UniSZA, dan jemputan-jemputan luar sekitar Kuala Terengganu terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga hiburan malam konsert ini bukan sekadar hiburan sebaliknya hiburan yang membuka mata kita tentang peri pentingnya kita semua menyokong perjuangan Palestin. Mudah-mudahan kita bukan sekadar mahu berkumpul dan berseronok tetapi mengambil iktibar dan semangat itu untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian.
Sekali lagi terima kasih kepada semua yang sudi membaca coretan ini.
Thanks a lot..May Allah Bless You All.
16/10/10 - 10.28 p.m
Catatan ketiga untuk hari ini. Tapi sayangnya mood aku tak sebaik malam dan siang tadi. Artikel ini juga pelengkap kepada minggu aku yang sibuk dengan pelbagai aktiviti yang bermula dengan jamua raya kelab BOSS, seterusnya Konsert Mahabbah Gaza dan akhir malam ini jamuan raya kelas aku. Bagi dua aktiviti yang pertama aku terlibat kerana ada tugasan sebagai urusetia, untuk jamuan kelas pulak aku tak ada apa-apa tugas kecuali datang untuk makan..hihihi...
Kepada kawan-kawan yang susah payah buat jamuan ni terima kasih banyak-banyak. Harap lepas ini kita boleh buat yang lagi hebat lagi. For sure mesti korang yang terlibat ini dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati kawan-kawan.. Tapi nak buat macam mana kan kita tak sangka ada juga perkara yang tak diingini berlaku. Aku pun malam tu memang tak ada mood, jadi lak beberapa perkara yang tak disangka-sangka bertambah-tambah hilanglah perasaan aku untuk bergembira bersama kalian...harap apa saja reaksi yang aku berikan pada malam itu dimaafkan dan diabaikan. Aku memang tengah emosi ketika itu. Harap lepas ni kita buat jamuan atau aktiviti lain lebih ramai yang bagi sokongan ok..
Itu je lah catatan aku untuk kali ini harap korang tak penat baca ye..hihihi..
Wassalam..

Khamis, 14 Oktober 2010

Peristiwa Tengah Malam...

Assalamualaikum

Sekali lagi aku curi masa dalam makmal Pengantar Teknologi Maklumat untuk update blog aku. Hah!!! Jangan ingat aku tak belajar ok. Aku dah siapkan pun kerja yang lecturer aku bagi. Semuanya disebabkan aku buat blog ini kemahiran aku menaip semakin baik dari hari ke hari.

Nak cerita sikit tentang satu kejadian yang aku alami semalam. Dalam cuaca yang dingin disebabkan baru je sudah hujan kat kawasan Gong Badak ni, aku sedang berjalan seorang diri untuk kembali ke asrama. Jam tangan aku menunjukkan waktu ketika itu sudah tengah malam yakni sekitar jam 12 tengah malam.

Hah!!! (Sekali lagi) Mesti korang nak kata aku kutu embun kan keluar malam-malam tak tentu arah. Jangan menuduh semborono (betul ke ejaan aku ni?? hentam sajalah labu..) Aku sebenarnya baru je habis mesyuarat dengan ahli jawatankuasa yang sama-sama menguruskan event PALESTIN KAMI ADA UNTUKMU (kalau tak silap aku itu la nama eventnya) yang akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini (Khamis bersamaan 14/10/2010) sehinggalah Sabtu ini.

Masa aku berjalan nak balik tu kan tiba-tiba je mata aku terlihat satu panorama yang kurang menyenangkan hati. Situasi ni tak lah pelik dan bisa saja sih dilihat di jalanan. (wah ngomongnya aku ni sudah bunyi Indon ya..hahahaha) Aku nampak ada couple ni jalan-jalan pegang tangan. Dua tiga kali jugak aku duk menoleh-noleh sebab takut mata ini salah memandang ...
Hari pun gelapkan...setelah apa yang ku lihat itu benar aku sekadar mampu menegur dalam hati.

Next scence adalah pasangan yang duk atas motor lak...sekali lagi aku sekadar menegur dalam hati jugak..

Mesti ramai yang baca artikel ni akan cakap apa yang aku tengok tu bukan sesuatu yang pelik tapi satu pemandangan yang biasa je. Kat mana-mana universiti pun sama. Cuma aku sedikit terkilan dan rasa jelik yang teramat sangat adalah sikap pengurusan kat sini yang tak ambil endah sangat dengan perlakuan budak-budak ni. Sepatutnya sebelum hal ini menjadi lebih parah pelajar-pelajar macam ni kita perlu ambil tindakan tatatertib yang bersesuaian.

Walaupun orang akan cakap macam ni ye.. :

"Alaa...kalau kita tegah tapi dia nak buat juga macam mana lagi kita nak kata. Kalau dalam kampus diorang tak boleh nak buat kat luar kampus pun diorang tetap boleh buat".

Ye...kenyataan itu memang benar tapi sekurang-kurangnya kita jalankan tanggungjawab kita dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar. Kita jadikan tempat perjalanan fisabilillah kita ini terhindar serta jauh daripada maksiat. Bila kita belajar pun apa yang kita pelajari itu pun berkat. Takkan nak tunggu anak muda yang dikatakan penegak agama dan bangsa ni terlanjur lebih jauh baru kita nak ambil tindakan. Aku sendiri yang belajar ilmu agama ni rasa hina sangat sebab aku ni lemah dan tak mampu nak mencegah apa yang berlaku depan mata aku ni. Betul cakap Ustaz yang ajar aku dari sem satu. Beliau cakap universiti ni dah buat tatacara berpakaian tapi penguatkuasaan tak ada. Kira sia-sia je la buat semua tu serupa tak payah buat kan.

Betul cakap mak aku kalau kita nak cari ilmu Allah ni macam-macam dugaan sekeliling kita. Tak semestinya semua baik-baik belaka semuanya tak tentu lagi. Dugaan tu sentiasa ada untuk kita dan syaitan akan terus-terusan menyesatkan anak-anak Adam.
Mudah-mudahan aku dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini..

Harap juga pihak pengurusan tempat belajar aku ni ambil la tindakan. Yang duduk kat kerusi MPP pun carilah jalan untuk perbaiki situasi ini jangan asyik sibuk nak buat event sana-sini lepas tu bila student tak sokong tak nak datang kata student tak supportive tapi korang tak betul-betul jaga kebajikan pelajar. Bila orang tanya itu-ini janganlah asyik bagi jawapan tanya pihak pengurusan sebab serupa korang tak payah ambil jawatan dalam MPP ini. Korang sendiri yang calonkan diri untuk jawatan ini dan tiada siapa yang memaksa pun. Ingatlah amanah sebagai pemimpin itu akan dihisab diakhirat kelak. Tapi tak semua yang pegang jawatan dalam tu perangainya gitu ada sebahagiannya saja. Harap yang kurang baik tu kita sama-sama perbaiki ye....

Itu je la rasanya semoga situasi ini akan semakin baik dan semoga aku ada keberanian untuk mencegah kemungkaran ini dengan lebih tegas selepas ini....

wassalam...

Isnin, 11 Oktober 2010

Aku Kena Buat Kerja..

Assalamualaikum

Aku dalam kelas lab PTM...
Curi-curi masa untuk taip artikel baru buat tatapan kalian..
Aku juga kejar-kejar masa hari ini untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang ahli persatuan.
Pagi ni pukul 9, aku dengan bersemangatnya dah siapsiap dengan baju raya aku untuk pergi ke tapak jamuan menjalankan tugas. Sampai je kat sana abang-abang khemah tu memang buat kelakar. Ada ke patut diorang baru nak pasang khemah tu. Berapi je aku rasa tapi buat relaks dulu. Aku pun pergilah menyejukkan diri dalam perpustakaan.
Habis lepak-lepak kejap aku pergi balik kat tapak jamuan...tak da sapa pun lagi..
Aku pun tunggu la jap sampai ada satu senior tu datang. Bila dia datang dia tanya itu ini sikit dan aku pun mula la buat kerja aku dulu. Aku yang dah bersiap elok-elok untuk jamuan tu terpaksalah meniup belon-belon yang telah dibeli untuk hiasan. Membazir lipstik yang aku pakai tu. Akhirnya melekat kat belon-belon tu je. Ishh..ishh..
Tapi demi tugas aku buat jugak. Setengah jam lepas tu baru la orang lain datang dan sama-sama dengan aku menyiapkan tapak untuk jamuan kelab kami.

Dah habis jamuan tu kena kemas pulak. Kemas ni aku ok lagi tapi bila bab nak membahagikan makanan yang berlebih itu agak sukar. Ditambah pula dengan tak ada plastik nak membungkus makanan tu memang beban la. Macam-macam cara kitorang usahakan supaya makanan tu semua tak dibazirkan begitu aja. Maka dengan drastiknya kami paksa semua orang yang lalu-lalang kat situ datang makan. Mak cik cleaner dan abang-abang yang angkut kerusi meja tu pun kami paksa makan jugak. Setelah ditolak bahagi semuanya dapat juga aku dan rakan yang lain selesaikan urusan jamuan tu.
Alhamdulillah..

Petang tu aku kena pergi kelas pula. Penatnya aku rasa.. Ingat habis kelas belah malan aku nak lepak je dalam bilik sambil buat ulangkaji untuk ujian tapi dapat pulak sms dari setiausaha kelab aku untuk datang meeting dgn MPP. Aku pun siap-siap la awal aku turun. Yela nak meeting dengan MPP. Alih-alih....kena tampal poster je. Aku pun takkan la nak blah macam tu je kan.. Aku pun tolong la buat syarat je. Aku yang ada kat situ sebagai wakil dari persatuan yang aku join. Manusia lain yang ada kat situ aku langsung tak kenal. Diorang pun borak entah apa aku ni macam dungu je kat situ.

BENGANG!!!!!

Habis aku buat apa yang patut aku terus blah je. Sakit hati aku. Kata meeting last-last buat benda lain. Aku yang sibuk dengan ujian dan tugasan lain ni dengan bodohnya buang masa kat situ. Kalau aku tak ada pun tak terganggu gugat pun kerja-kerja tu. Rasa macam dipergunakan pun ada jugak. Tapi benda dah jadi aku terima sebagai asam garam hidup pelajar universiti. Tapi apa yang pasti mereka kat situ tak mesra dan buat kehadiran aku ni sekadar tiang seri je kat situ. Malas aku nak cakap lagi tapi yang pastinya aku memang penat gila malam tu dan tak dapat nak study satu habuk pun....

Kepada anda semua yang membaca ni kalau anda berada dalam situasi saya ni bersabarla. Hidup ini memang macam ni. Ada masanya kita dipergunakan untuk sesuatu yang tak penting dan tak perlu pun kita buat sebenarnya tapi untuk kepentingan orang lain kita kena juga buat semua tu..

Wahai Hati..SABARLAH....

Khamis, 7 Oktober 2010

UNTUK KAWAN-KAWAN

Assalamualaikum.



Alhamdulillah dapat juga aku untuk update blog aku yang dah lama aku biarkan bersawang. Syukur juga ke hadrat Allah kerana ramai sudah rakan-rakan lain yang semakin mengetahui aktiviti sampingan dalam hidup aku ni. Terima kasih kawan-kawan sebab bagi aku sokongan walau dalam diam dan walaupun anda semua tak join jadi pengikut. Apa yang lebih penting adalah kalian semua baca juga blog aku yang tak hebat ni.



Awal kisah aku nak ceritakan sedikit masalah yang berlaku dalam kelas aku. Baru-baru ini dua rakan yang agak baik dengan aku terpaksa bercuti belajar dan berkemungkinan besar perlu menangguhkan pelajaran kerana masalah kesihatan. Apa sakitnya dan apa yang berlaku sebenar-benarnya tak dapat aku rungkaikan kerana terlalu banyak versi yang aku dengar daripada rakansekeliling. Apa saja yang terjadi sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Kepada semua kawan sekelas yang baca artikel ini tolong sampaikan apa yang ingin saya katakan ini. Saya bukanlah insan yang sempurna tapi semua ini sebagai peringatan kepada kita semua. Mungkin lepas ini ada yang akan cakap belakang saya kenapa saya tidak bercakap secara bersemuka dengan rakan-rakan kelas. Sukar untuk saya bersemuka dengan kalin kerana berkemungkinan besar ada yang tidak mahu mendengar apa yang ingin saya katakan. Maka lebih elok di sini. Jika ada yang membaca tolong sampaikan pada rakan yang lain. Kalau ada yang tak puas hati dengan saya juga boleh jumpa saya. Kisah ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai ingatan kepada saya dan juga sesiapa saja yang membaca.



BUKAN DITUJUKAN KEPADA RAKAN SEKELAS TAPI KEPADA SEMUA YANG BERGELAR SAHABAT SAYA. KALAU KORANG TAK RASA AKU KAWAN TAK NAK BACA PUN TAK PE.



INI LUAHAN HATI AKU



"Kita semua hidup dalam satu masyarakat pati akan ada masalah yang timbul. Rasa iri hati dan tidak senang dengan orang lain adalah lumrah bagi manusia yang dikurniakan nafsu. Namun kita perlu bijak mengawal emosi agar perasaan itu tidak berlebihan dan melangkaui sempadannya. Tipulah kalau aku kata aku ni tak ada perasaan benci terhadap seseorang. Jangan kata dikalangan rakan ada masanya dalam ahli keluarga pun ada je yang kita nampak tak berkenan di mata dan hati. Tapi sampai bila kita nak bawa rasa menyampah tu dalam kehidupan ini. Lama-kelamaan rasa benci itu akan jadi nanah dan darah dalam diri kita sendiri.

Tak kesian ke kita pada kawan yang ditimpa kesusahan sehingga kita masih sanggup untuk mengatakan sesuatu yang buruk kepadanya. Lebih zalim lagi kita jaja pulak kisah itu pada orang lain. Apa salah kawan kita tu sampai kita nak buat macam tu.

Aku ingat lagi satu mutiara kata yang nasihatkan kita kalau kita benci atau tak suka pada seseorang itu biarkanlah dia dan jangan kita caci atau sakitkan hatinya.





Tapi kita macam mana??

Aku sendiri bagaimana???



Selagi tak nampak orang tu sakit hati selagi tu kita nak usik dia kan. Aku cakap ni tak tuju pada sesiapa dan bukan khusus pada kawan-kawan kelas aku tapi pada semua orang yang baca blog ni terutamanya diri aku sendiri.

Sudah la dalam dunia realiti ini kita sakitkan hati dia dalam dunia maya pun kita buat macam tu. Lagi-lagi dekat FB saja je kita taip sesuatu kat status kita tu yang merujuk kepada seseorang dan dengan niat mengutuk dan memalukan kawan tu.



Apa yang sedap sangat sakitkan hati orang ni sebenarnya???

Korang dapat duit ke??

ada korang dapat harta atau result exam korang jadi makin baik?? Kalau ye nak jugak aku join...



Bak kata ayah aku orang yang menyakiti hati orang lain ni tak dapat apa2 kecuali rasa tak puashati yang teramat sangat sehingga mereka tidak lagi menghiraukan seksa ALLAH yang MAHA AZAB di akhirat kelak..

Kalau rasa tak puas hati dengan orang tu kau pergi la cakap direct dengan dia. Ini tidak kau jaja kisah dia ke sana ke mari. Hal yang kecik tahu-tahu jadi besar.



Cuba kalau kau kena macam tu!!! Apa cerita masa tu???

Terhegeh-hegeh la kau mengadu kat kau punye bestfren kata kau kena aniaya.

Yang kau aniaya orang tu kau tak sedar!!!



Yang kau nampak orang buat kat kau je. Hari ni hari kau buat orang. Esok-esok orang akan balas balik kat kau dengan cara yang lebih sadis lagi.

Kau tunggu je la masa dan ketikanya. Sekali kau buat orang berkali-kali kau akan kena balik. Sepanjang hidup kau pulak akan tanggung rasa bersalah sampai kau rasa nak tengok muka orang tu pun kau malu. Aku cakap bukan ikut suka tapi aku sendiri dah mengalaminya.

Ingatlah kata aku ni. Kita nak hidup bersama bukan sehari dua tapi sepanjang hayat selagi badan tak dikandung tanah pusing-pusing kat bumi Allah ni kita akan jumpa balik kawan. Ingatlah...."



Rasanya itu je la yang aku nak cakap. Kalau ada yang terasa hati aku dahulukan dengan kalimah maaf. Aku cuma insan kerdil yang juga ada rasa tak puas hati. Semoga apa yang aku cakap ni jadi renungan bersama.

WASSALAM...

Ahad, 19 September 2010

SAYANG ABANG SAYA

Assalamualaikum

Maaf lama aku tak update blog aku ni. Selesai sudah Ramadhan dan Syawal juga telah berlalu selama seminggu. Terlalu banyak yang terjadi dalam masa yang sangat singkat. Sesuatu yang aku sendiri tak sangka aku mampu lalui...

Aku borak-borak dengan kakak-kakak aku pasal blog. Diorang tanya apa yang best pasal blogging ni, sedangkan kebanyakannya lebih kepada cerita peribadi diorang je.. Hurmm..betul juga kata kakak aku tu. Aku pun sebenarnya banyak bercerita pasal hal yang berlaku sekitar aku je (macam la orang nak tahu sangat pasal aku kan). Sekarang ni pun aku sedang menaip apa yang sedang bermain di pemikiran aku je.

Lupakanlah pasal apa yang seronok tentang blogging ni. Terpulang la kepada anda untuk fikirkan dan luahkan pendapat kerana setiap manusia itu berbeza dan tiada siapa yang menghalang perbezaan yang Allah ciptakan itu kecuali orang yang tidak mengunakan akal fikiran yang dikurniakan.
Allah has created everything in the wonderful way...

Ok...lets start about what had happen to me during my semester break..
Nasib malang aku bermula dengan TANGAN AKU MELECUR kena wap panas masa nak panaskan lontong...(kejadian berlaku ketika raya ke-2) pedih dan sakit sampai meleleh air mata aku tau. Tapi sakit tu rasa kurang bila aku ada seorang abang yang sangat penyayang dan ambil berat tentang aku. Walaupun abang aku ni nampak macam tak kisah pasal adik-beradik dia tapi sebenarnya dia tetap ambil berat hal kami. Abang tolong sapukan minyak gamat kat lecur tangan aku dan balut dengan bandage..

AKU SAYANG ABANG AKU SANGAT... (masa aku tengah taip cerita ini aku menangis sikit). Bila bercakap tentang abang, hati aku serta-merta jadi sebak. Susah aku nak luahkan sebab apa aku akan titiskan air mata setiap kali berbicara tentang dia. Mungkin sebab dia melalui laluan yang sukar sehingga dia capai tahap sekarang ni. Walaupun dia pernah salah langkah dalam mengatur hidup ini tetapi itu tak pernah meletakkan kedudukan abang rendah pada pandangan mata aku. Pernah satu hari masa tu aku ikut dia pergi kenduri kahwin kawan dia. Masa kami nak makan tu tak ada tempat kosong untuk duduk bersama. Kalau nak duduk kena berasing meja. Kawan-kawan abang suruh la dia biarkan kami ni duduk asing dari dia dan dia duduk sekali dengan mereka. Nak tahu tak apa yang abang aku cakap....dia cakap macam ni, "KALAU AWEK TAK PE LA NAK DUDUK JAUH-JAUH TAPI NI ADIK-ADIK AKU."
Inilah abang saya. Mungkin pada mata orang lain hal tu kecil tapi pada aku hal ini bawa makna yang sangat besar dalam hidup aku.

Abang kalau marah dengan adik-adik dia tak pernah nak simpan dalam hati. Kalau dia marah dia takkan marah lama, dia takkan panjangkan hal-hal yang berlaku. Susah nak cakap. Walau dengan sejuta ayat sekalipun susah aku nak gambarkan bagaimana abang aku banyak bagi pengaruh pada aku.

Kawan abang aku cakap aku ni sebiji macam abang aku. Gelak ketawa aku, gaya cakap aku, lawak jenaka aku semua saling tak tumpah macam abang aku.
Kadang-kadang bila aku buat nakal, mak dengan ayah selalu kaitkan abang. Kesian dia..aku yang buat salah tapi dia lak yang dikaitkan. Aku nakal sebab dasar aku ni degil asyik nak ikut pandai aku je tapi abang lak dikatakan jadi mentor aku..cian kat abang. Hal ni abang tak tahu pun sebab selalunya kalau mak dengan ayah marah aku abang tak ada kat rumah. Mungkin lepas dia baca ni dia akan tahu.

Aku ni nak cerita pasal apa yang jadi kat aku masa cuti lepas sebenarnya tapi tiba-tiba teringat kat abang aku. Rindu nak berbual-bual dengan dia. Teman dia main game kat rumah sambil cari uban dia dan urut kepala dia. Lepas tu minta duit kat dia tiap kali nampak muka dia.

Hihihii....


Dulu masa kecik-kecik kalau aku menangis abang yang selalu pujuk (jangan kata masa kecik dah besar panjang ni pun dia gak yang pujuk dan bagi semangat kat aku). Kalau kitorang pergi jalan-jalan masa kecik dulu mesti dia yang pangku aku kat riba dia. Bila naik kereta je mesti dia cakap, "Ha, Achik duduk dengan abang". Entah abang ingat lagi ke tak.. Aku ingat lagi masa abang belajar kat asrama aku ni ahli wajib ikut mak ayah aku bila pergi tengok dia. Kalau tak dapat ikut jawabnye muncung je la mulut ni sepanjang hari.

Banyak kalau nak cerita pasal abang aku ni. Bagi aku abang aku adalah abang terhebat kat muka bumi ni. Walau dia tak gagah macam Ultraman, walau perut dia tak ada six pax macam ahli bina badan dan dia tak punya ketinggian ala model runaway tapi abang saya tetap hensem dan yang penting abang saya sayang kami sekeluarga...DAN LEBIH PENTING LAGI ABANG SAYA HEBAT BILA MAIN GAME..

ABANG!!! TERRRBAAAAIIIIKKKKKKK....LA.....


SAYANG KAU DUNIA AKHIRAT..

Selasa, 31 Ogos 2010

Tak seindah harapan..

Assalamualaikum

Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku untuk kembali semula ke sini, Kuala Lumpur tanah kelahiran aku. Terlerai sudah rindu aku pada emak dan ayah serta adik-beradik aku yang lain. Cuma si kecik yang berdua tu je aku tak jumpa lagi. Seorang kerja kat Shah Alam dan seorang lagi masih kuliah di Jengka, Pahang.

Terima Kasih sekali lagi buat seorang sahabat yang sudi bantu aku merealisasikan impian nak balik rumah malam semalam (30.08.2010). Tak lupa juga yang lagi 3 orang tu sama-sama tolong teman aku ke stesen bas.

Dekat 5 bulan aku dah tak naik bas untuk satu perjalanan yang jauh. Aduuhhh..sakit seh badan aku. Kaki jangan cakap la seksanya..turun je bas nak pergi toilet aku dah berjalan macam mak ketam je rupanya. Nasib la suasana gelap-gelap suram kalau tak mesti orang gelak tengok aku berjalan sedemikian rupa. Sepanjang perjalanan tu nasib baik la ada seseorang tu yang rajin menemani saya berbalas khidmat pesanan ringkas (sms la maknanya tu..aitceh Solehah guna nama panjang tu..) yang akhirnya saya yang kecundang (dengan line yang macam chipsmore sepanjang perjalanan aku yang penat tunggu balasan sms dia pun terlelap) Orang yang kat sana pun kesian juga tunggu sms aku. Tapi tak penting la tu. Apa yang penting aku selamat sampai.

Seterusnya...aku sampai Hentian Putra ayah aku pun datang jemput. Dalam perjalanan tu aku dapat panggilan telefon. Nombor yang tertera aku tahu siapa walaupun tanpa nama sebab aku memang dah padam nombor dia sebab aku tak nak contact dia lagi.
Aku jawab panggilan tu dan tanya siapa (walau aku dah tahu siapa tapi aku saja je tanya). Aku tanya dia nak apa dia cakap dia nak kejut aku sahur (semak je...dah 3 minggu puasa baru la pagi ini dia nak kejutkan aku sahur..ceit..) Aku terus beritahu yang aku dah sampai K.L. Dia tanya lagi, bila pulak aku naik bas dan kenapa dia tak nampak aku kat MBKT sedangkan semalam dia ada buat kerja kat situ (apa kau ingat MBKT tu ada aku dengan kau je ke sampai kau boleh nampak aku???)

KENAPA???

Kenapa mesti pagi yang akan bawa seribu makna pada aku ni dia mesti call aku??
Kenapa tak esok-esok je?? Atau kenapa tak sebelum ini?? Kenapa dia selalu muncul ketika aku cuba nak bernafas jauh dari dia??? Saat-saat aku dah tak perlukan dia, saat-saat aku dah boleh lupakan dia mesti dia muncul. Dah la malam masa nak bertolak tu aku dapat rasa dia macam dekat dengan aku. Rupanya memang dia ada kat sekitar situ. Kenapa la sensor aku kuat sangat bila dia ada???

Ishhh..banyaknye persoalan yang timbul hanya kerana dia seorang. Apa lagi yang dia nak ni??? Takkan dia tak faham lagi dengan tindakan drastik yang aku dah buat ni. Aku tak contact dia dah berapa bulan. Aku buat artikel pasal dia aku cipta puisi tentang dia dan aku rasa dia dah baca semua tu. Masalahnya kenapa dia tak nak faham???
Atau dia cuba nak uji aku?? Lelaki.. susahnya aku nak faham kau..tak pernah aku jumpa lelaki complicated macam kau. Selama ni aku rasa perempuan je yang complicated macam ni. Kalau kau baca artikel ni kau tolong la jawab semua persoalan yang sedang bermain di benak aku ni. Kau dah jadi tunangan orang. Kau sedar tak hakikat tu??? Tak payah dicari lagi aku yang tak punya apa ni. Jangan ditagih kasih aku yang tak seberapa ni. Tolonglah weh... Kau dah buat aku jadi gila ni. Berat kepala aku fikir hal kau la. Aku dengan hidup aku dan aku tak perlu nak bagi tahu semua yang aku buat kat kau. MENGERTILAH RINTIHAN HATI AKU NI!!!!

Penat la cakap hal dia..
Pagi ini tak seindah yang aku harapkan.
Mujur Allah beri aku kekuatan untuk terus tersenyum melihat keluarga tercinta..
Nanti aku cerita hal aku kat rumah ye..
Jaga diri semua..
Salam Merdeka
Wassalam...

Isnin, 30 Ogos 2010

Aku Minta Maaf...

Assalamualaikum..



Pertama kali aku nak minta maaf kepada seorang kawan yang sudah aku sakitkan hati dia kerana kata-kata aku dalam blog ini. Aku minta maaf ni bukan sebab dah nak hari raya tapi aku minta maaf kerana memang salah aku. Sehingga ke hari ini kami belum lagi bertegur-sapa. Ada hukum kata kalau tak bertegur-sapa sehingga 3 hari hukumnya berdosa. Aku pun tak tahu la macam mana nak buat ni. Aku yang mula dulu tak nak cakap jadi mestilah aku kena tegur dulukan. Masalahnya aku rasa serba-salah sangat dengan dia dan malu sampai rasa kalau boleh aku nak masuk kelas tutup muka dengan beg kertas tak pun pakai topeng ultraman. Aku juga risau kalau aku buka mulut nanti aku salah cakap pulak. Dilema betul aku rasa. Apa yang penting sekarang kepada yang aku gelarkan MP..AKU MINTA MAAF SANGAT ATAS KETERLANJURAN KATA AKU SEHINGGA KAU TERASA HATI. MEMANG SALAH AKU DAN AKU BENAR-BENAR MOHON MAAF. Walaupun kau dah maafkan aku hari tu tapi aku kena juga buat kenyataan minta maaf kat sini (sebab semuanya bermula di sini) supaya orang tahu yang salahnya aku dan orang takkan fikir yang bukan-bukan pasal kau. Bukan senang nak minta maaf ni walaupun guna medium penulisan dan bukannya cakap direct tapi masih susah nak minta maaf ni. Susah yang aku cakap ni bukan susah nak susun perkataan MAAF tapi susahnya untuk mohon maaf dari hati yang benar-benar ikhlas kerana mengakui kesilapan kita. Sampai la ada satu ayat ni yang menggambarkan susahnya nak minta maaf ni dalam bahasa Inggeris. Bunyi ayat tu macam ni 'SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD'.



Aku juga nak mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang aku pernah buat salah sama ada secara terang atau tersembunyi. Aku cuma manusia yang punya banyak khilaf dalam melayari kehidupan sebagai hambaNYA. Kalau ada yang tak puas hati dengan aku atau nak face to face dengan aku silakanlah. Aku sedia menerima hukuman di dunia ini sebelum Allah menjemput aku kembali ke sisiNYA. Aku ni tak mampu kat akhirat nanti nak cari seorang-seorang yang aku pernah buat salah dan tak sempat untuk minta maaf kat dunia ni. Dosa aku dengan Yang Maha Esa dah tak terkira banyaknya. Belum lagi buka folder dosa aku dengan mak ayah aku. Tak tengok lagi file kesalahan aku dengan adik-beradik dan saudara-mara yang lain. Kalau aku download lak kemurkaan yang aku dapat dari cikgu-cikgu yang mendidik aku tu tak tahu la banyak mana pulak.

Oleh itu, aku lagi sekali minta maaf. Aku nak biasakan lidah ini menuturkan kata maaf dan aku nak didik hati ini agar ikhlas dalam apa yang aku ucapkan supaya apa yang terluah di bibir ini bukan sekadar kata-kata yang sia-sia. Aku ni manusia yang dicipta maka aku tak layak untuk rasa ego. Apa yang aku buat ini semuanya dengan izin Allah. Kalau Allah tak izinkan maka takkan aku mampu untuk melakukan apa-apa sekalipun kebaikan atau keburukan yang hanya sebesar zarah.



Seterusnya aku nak ucap terima kasih kepada seorang sahabat yang sudi tolong untuk hantar aku ke stesen bas malam ni. Macam nak pecah kepala aku dibuatnya sebab kerisauan fikir tak ada kenderaan untuk pergi ke stesen bas. Padan muka aku jugak gatal sangat nak balik awal-awal macam tak menyenmpat je nak balik rumah. Orang lain bertahun tak jumpa mak ayah relaks je. Aku ni yang manja sangat nak balik rumah. Tapi kan Emak aku kata tak pe la nak balik jumpa orang tua sendiri ada keberkatan dari Allah bukan nak pergi jumpa pakwe ke makwe untuk menngatalkan...

TERIMA KASIH AWAK...nanti Solehah balik UniSZA Solehah bawa tempeyek ye...



APA????? Nak tahu nama dia???

Gila ke nak letak nama dia tak pasal jadi gosip pulak.. Diam-diam sudah. Tapi yang pasti kawan aku ni memang baik. Mulut dia kalau orang minta tolong jarang cakap tidak. Selagi boleh dia akan tolong. Macam tadi pun aku tak habis cakap nak mintak tolong apa dia terus cakap boleh. Sejuk eh perut mak dia mengandung dulu. Terima Kasih juga la kat mak ayah dia didik dia sampai jadi macam sekarang ni. Sentiasa membantu kawan-kawan yang memerlukan bantuan. Walaupun aku ni tak la baik sangat dengan dia tapi dia nak juga tolong. Kalau aku ni ikut mood nak tolong orang. Kejam betul aku ini. Entah bila aku nak berubah. (Ishh..ish..Solehah insaflah...) Kesian kat sesiapa yang berkawan dengan aku sebab dapat kawan yang tak leh harap macam aku ni. Kesian jugak kat keluarga aku sebab aku ni asal suruh minta buat kerja je mesti nak minta upah. Tapi yang peliknya diorang bagi je kalau aku minta tapi kalau adik bongsu aku yang minta selalu sangat dia kena marah. Apesal ek???

Takpe la. Aku malas nak fikir kenapa. Lagipun tak penting sangat bukan msuk exam pun. Jadi buat tak tahu sudah.

Sampai sini dulu ye. Kalau ada salah silap harap dimaafkan la.



Wassalam.

Rabu, 18 Ogos 2010

Serba Salah

Assalamualaikum..

Hari ni rasa lebih baik dari semalam. Alhamdulillah.. Syukur sangat. Buat sementara ini tiada lagi usikan nakal dari MP dan sahabat-handainya. Aku pun boleh belajar dengan tenang tanpa risau ada gangguan atau usikan dari sesiapa.

Tapi ada seorang lagi yang suka mengusik aku buat sementara ini. Dia ni aku bagi pengecualian kerana dia membantu aku untuk rasa kurang mengantuk dalam kelas Ulama' dan Komuniti. Hihihihi..hari ini bukan main dia duk mengusik aku. Rasanya dia pun macam aku jugak sedang melawan mengantuk dalam kelas. Aku pulak memang saja duduk dekat dengan dia supaya kami saling membantu melawan rasa nak tidur yang begitu rapat dengan jiwa kami.

Baiklah, sekarang kita masuk cerita yang berkaitan dengan tajuk yang aku dah taip kat atas tu ok...
Artikel sebelum ini yang bertajuk 'Mak aku tak bagi aku cakap dengan kau' ada cerita tentang bagaimana aku mengatasi masalah asyik diusik kawan sekelas aku kan. Sekarang ni aku diserang rasa bersalah kerana seorang kawan baik aku kata tak elok aku buat macam tu macam kejam sangat je.

Huurrmmm...betul ke cara aku tu kejam??

Tak patut ke aku buat macam tu???

Aku cuma nak berehat dari jadi bahan usikan buat sementara waktu saja. Dalam kelas aku tu banyak lagi orang untuk diusik-sakat dan mungkin lebih tahan disakat berbanding aku. Dasar aku ni pelik dan lain dari yang lain. Dulu aku suka kena sakat selalu tapi sekarang ni aku tak berapa gemar sangat bila jadi perhatian orang. Cukuplah hanya beberapa orang yang sedar akan kewujudan aku dan melayan aku seadanya. Bila banyak sangat bergurau aku ni cepat leka dengan pelajaran aku. Kalau keputusan peperiksaan aku menurun mesti mak aku kecewa. Aku dah banyak sangat tunpahkan air mata mak aku semenjak aku menginjak dewasa. Aku rasa mak risau sangat dengan aku sebab aku terlalu berdikari dalam semua hal dan sejak kecil aku cepat memberontak bila apa yang aku nak tak ditunaikan. Aku pasti mak takut kalau aku buat sesuatu yang melampaui batas. Lebih dari itu, orang tua aku juga tersangatlah khuatir dengan mulut aku yang jenis cakap lepas ni. Duduk pulak jauh dari mata dan di rantauan orang pastinya kerisauan mereka membuak-buak. Walau tak terucap dibibir mereka tapi aku sangat pasti dengan gerak hati yang Allah kurniakan ini.

Janganlah kerutkan dahi, aku tahu kalian rasa perbualan aku ni dah lari topik kan. Macam ni la aku, suka sangat bercakap dan boleh melompat-lompat kepada topik yang lain dulu dan kembali ke topik asal aku. Hihihihi...

Kembali ke tajuk asal ok...hari ini MP memang tak bercakap dengan aku. Rasanya nak senyum-senyum dengan aku pun tak ada kot. Kawan baik aku cakap lagi lepas habis kelas banyak benda MP tanya kat dia. Kawan aku bagi pendapat dia, iaitu MP sebenarnya nak tanya hal-hal tu semua kat aku tapi disebabkan aku tak nak cakap dengan dia MP terpaksalah tanya kawan aku tu. Entah la.. MP tu jenis huhahuha aku tak rasa dia akan ambil serius hal aku tak nak cakap dengan dia tu untuk masa yang panjang tapi tak tahu la kalau dia ambil seriuskan sebab mungkin selama ni tak pernah ada orang ambil tindakan macam yang aku buat ni.
Kat FB dia dah minta maaf dengan aku dan aku pun dah maafkan dia. Dia siap tulis kat status dia yang dia minta maaf pada sesiapa yang pernah terasa hati dengan gurauan dia.

Aku benar-benar diserang rasa bersalah tapi aku cuma perlu ambil satu tindakan yang tegas supaya diorang ambil serius permintaan aku yang satu ini tak mahu disakat buat sementara waktu ini.
Kalau ada yang terasa dengan tindakan aku ni aku minta maaf la. Aku ni mungkin tak sesabar orang lain dalam bergurau ni kot. Ataupun aku sebenarnya ikut kata mak aku supaya berubah dan tak bersifat macam aku yang dulu..kalau bercakap ikut sedap mulut tak fikir perasaan orang. Kalau aku anak lelaki mungkin tak mengapa kalau kasar berbahasa tp aku ni anak perempuan yang banyak santunnya perlu dijaga.

Semoga persahabatan kita semua tak terjejas kerana hal ini ok. Pasti semuanya akan kembali normal selepas ini cuma perlukan masa.
Kawan-kawan aku sayang korang semua. Sampai bila-bila pun kita kawan..

Wassalam..

Selasa, 17 Ogos 2010

"Mak aku tak bagi aku cakap dengan KAU!!"

Assalamualaikum

Alhamdulillah dipanjangkan umur aku oleh Allah SWT untuk terus menulis kisah kehidupan aku dalam blog ini. Tak ada apa yang menarik sebenarnya sekadar pengalaman seorang anak gadis remaja yang sedang meningkat dewasa sahaja.
Kepada semua yang telah membaca kisah-kisah yang sebelum ini pasti telah bertemu dengan beberapa watak yang sering aku ceritakan. Antara watak penting yang sering aku ulang dan menjadi penyeri hidup aku serta menjadi pertanyaan dikalangan kawan-kawan aku adalah Saha, Orang Gila dan Makhluk Perosak (MP) serta gengnya. Buat sementara ni kisah Saha tidak akan aku ceritakan kerana tidak ada apa-apa yang baru terjadi antara aku dan dia. Semuanya baik-baik sahaja. Watak Orang Gila telah dilupuskan selamanya (itu pun kalau dia tak memunculkan diri dalam hidup aku lagi)
Buat masa sekarang watak yang akan sering disebut adalah Makhluk Perosak dan gengnya oleh sebab mereka ni satu kelas dengan aku dan aku akan jumpa setiap hari. Situasi ini ditambah dengan tabiat mereka yang tak habis-habis mengusik aku selagi terdaya.


HARI INI..

Aku memulakan nasihat yang telah diberi oleh mak aku iaitu kurangkan bercakap dalam kelas dan jangan layan kalau Kumpulan Makhluk Perosak mengacau aku. Masa dalam kelas tutorial Teori Antropologi dan Sosiologi si MP tanya pada aku apa yang telah aku cerita kat mak aku sampai mak aku tak bagi aku bercakap dengan dia lagi. (hal ini terjadi di FB aku bagi tahu mak aku suruh cakap bila lecturer tanya je selebihnya diam dan jangan masuk campur kalau tak melibatkan aku)
Masa dia bertanya itu aku sedang sibuk cari satu perkataan untuk dimuatkan dalam sebuah artikel yang sedang aku tulis. Aku buat tak tahu je. Dia panggil-panggil nama aku, aku cuma senyum-senyum je..hihihihi.. Tapi dia ni seakan tak faham bahasa yang aku tak mahu cakap dengan dia maka dia duk la menyebut nama aku siap dengan nama ayah aku sekali.Aku pun tulis sesuatu kat kertas dan tunjukkan pada dia. Ayat itu berbunyi begini apabila dibaca "Mak aku tak bagi aku cakap dengan KAU!!!!". Dia cuma tersenyum dan ketawa.(ternyata la dia pun dah berjangkit penyakit sengal aku)

Hahahahaha...memang kelakar la kan sampai tahap macam tu sekali.
Bila aku berjalan ke depan kelas untuk duduk balik kat tempat duduk aku, aku terdengar sahabat baik MP berkata begini, "Nampak ja keras tapi nangis sokmo". Luaran aku memang nampak keras orangnya tapi hakikatnya hati aku ni terlalu lembut bila menyentuh hal-hal yang memang aku tak mampu nak menghadapinya. Lagi pun aku ni perempuan kalau dah asyik kena usik tak tahan jugak. Bak kata lecturer Komunikasi dan Dakwah kami, "Perempuan ni kurang sabar berbanding lelaki". Jadi tu jangan la cabar kesabaran kaum Hawa ni ye. Nanti kaum Adam juga yang rasa susah. Situasi aku tak bercakap dengan MP berterusan masa kuliah kelas Komunikasi dan Dakwah. Dia pun macam faham je yang aku takkan cakap dengan dia maka dia pun tak ada la memanggil aku dan bila bersemuka kami hanya senyum (tapi aku bukan sekadar senyum tapi tersenyum sambil menahan tawa...elok lak masa aku tengah menaip ayat ni tengah dengar lagu Kembali senyum nyanyian Izuwan Pilus)
Aduh...rasa kelakar betul situasi hari ini..tapi paling seronok aku berjaya ikut pesanan yang mak aku tinggalkan untuk aku tu..

Sampai sini dulu la. Aku pun dah penat ni. Kepala pun rasa berpinar je. Jaga diri semua semoga terubat sedikit hati anda jika sedang berduka setelah membaca kisah ini.

Wassalam...

Isnin, 16 Ogos 2010

Ramadhan Ke-6 KU

Assalamualaikum..

Sekarang ni dah masuk Ramadhan yang ke-6.
Masih terasa kesuramannya tapi bukan disebabkan tak boleh makan pada siang hari tetapi ada satu kekosongan yang aku rasakan ketika ini.
Kenapa ye???
Aku sendiri tak ada jawapan yang jelas untuk diberikan kepada diri aku sendiri.
Selalunya bila sampai bulan Ramadhan aku adalah antara orang yang paling excited nak menyambutnya. Kalau kat rumah setiap petang aku akan sibuk siapkan juadah berbuka puasa dan yang paling penting aku selalu sediakan pencuci mulut untuk berbuka. Aku ni suka sangat buat kuih-kuih tradisional ni. Aku paling suka buat kuih onde-onde atau orang panggil buah melaka serta buat bubur kacang hijau, bubur gandum serta bubur pulut hitam. Biasanya ayah yang request semua tu untuk aku buat. Indahnya kenangan itu. Buka puasa beramai-ramai lepas tu dah siap buka semua melarikan diri dari di suruh mengemas sissa-sisa yang tinggal..

Huhuhuhu...rindunye saat-saat itu....

Sekarang situasinya dah berubah.. Aku jauh di perantauan..(ala jauh la sangat padahal kat Terengganu je..feeling lebih aku ni..) Tapi apa yang lebih berbeza kali ini adalah setiap kali semakin menghampiri waktu berbuka aku rasa makin sedih dan langsung tak teruja untuk berlari ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Tak sama macam waktu sem satu dulu. Pukul 5 petang dah siap dah ni nak menyerbu kafe dan bazar nak cari nasi dengan lauk berbuka. Sampai tak menang tangan nak bawa semua yang dibeli. Paling wajib aku kena ada 3 jenis air untuk diminum masa berbuka nanti... Gila betul aku masa tu..tapi saat tu juga dah berlalu yang tinggal adalah aku yang kesepian dan merasa kekosongan yang aku tak tahu puncanya.
Mungkin Allah nak beri ruang pada aku untuk mencari diri aku yang sebenar dalam bulan yang mulia ini dan aku berharap aku akan berjaya mencari apa yang aku hilang dan kurang selama ini.

Itu situasi aku. Sekarang kita masuk situasi kat FB pulak. Perkara pertama : aku berkawan dengan kawan abang aku..wah borak baik punye sampai abang aku pun terkejut beruk.. Jangan kata abang aku..aku pun terkejut gak tetibe je dia add aku kat FB. Tapi aku orait je..best jugak.. Aku rasa dia kesian kot kat aku ni yang asyik berduka lara tiap kali bagi komen kat wall abang aku tu..mungkin juga dia ada adik perempuan yang duduk jauh dan dia pun rindu kat adik dia..tetapi semua itu hanya satu kemungkinan dan adakah perlu untuk aku memikirkan setiap kemungkinan itu.
Jawapannya adalah TIDAK!!!!
Tak perlu aku nak serabutkan otak aku dengan perkara yang tak penting ni..aku hanya perlu bersahabat dengan ikhlas sahaja...
Perkara kedua : Nampaknya aktiviti mengusik aku kat FB masih belum berhenti. Kali ini dimulakan oleh seorang suami orang yang juga merupakan kawan baik kepada MAKHLUK PEROSAK...alahai diorang ni bergurau yang bukan-bukan sampai menimbulkan gosip pulak.. Aku melawak pun diorang leh jadikan modal nak mengusik..

ATAU

Aku yang tak boleh terima usikan diorang???
Bukan aku tak boleh terima tapi kalau berterusan macam ni aku pun tak larat dah weh.. Belum reda isu yang sebelum ini tetibe naik lak isu baru. Dah sampai tahap nak menjodoh-jodohkan aku pulak dengan seorang kawan yang baik dengan aku. Macam mana pulak kalau kawan tu tak selesa dengan gurauan yang ditimbulkan??
Tak ke pasal hubungan kami yang baik dan tak ada masalah ini tibe-tibe menjadi bermasalah. Itu satu hal..ni kemungkinan yang lagi teruk dan buruk adalah akan berlaku salah faham antara aku dengan kawan aku tu atau melibatkan semua orang dalam kelas tu yang fikir aku ni miang sangat nak ada pakwe (padahal hati aku ni dah dimiliki pun)
ATAU juga adalah lebih teruk lagi kalau kawan aku tu fikir aku betul-betul ada hati pada dia dan seterusnya menyebabkan dia menaruh rasa yang sama juga atau dia cuba nak baik-baik dengan aku (baik ada makna tu..) disebabkan khabar angin bodoh yang dicipta kerana nak mengusik aku..atau jugak...

SUDAH CUKUP!!!!

Berapa banyak atau lagi yang aku nak letak ni.. Hai...sejak kebelakangan ini aku asyik memikirkan mengenai jangkaan dan kemungkinan sahaja. Aku pun tak tahu kenapa jadi begitu..
Dalam otak aku ni asyik ada perkataan..KALAU LAH..MUNGKIN JUGAK..
Semuanya menggambarkan jangkaan. Aku pun tak tahu apa yang aku jangkakan sebenarnya.. Aduh..berat betul pemikiran aku kebelakangan ini.

Dah la malas aku nak fikir hal yang tak penting ni. Baik aku fikir idea-idea bernas untuk selesaikan semua tugasan aku yang berlambak tu lagi ada faedahnya.

Hah!!!yang korang terpinga-pinga tu apahal pulak...dah..dah..tak payah nak fikirkan keadaan dan masalah aku ni biar aku je yang fikir...
Kepada semua puasa elok-elok dan gunakan peluang yang ada ni untuk tambah amal ibadat sunat dan memperbaiki ibadat wajib kita..

WASSALAM....

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan DAN TekadKU

Assalamualaikum

Alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur aku sebagai hambaNya di muka bumi ciptaanNya ini. Bukan sahaja dipanjangkan umur untuk update hal-hal terbaru buat tatapan kalian di ruangan blog ini tetapi juga kerana sekali lagi aku dipanjangkan umur untuk menyambut bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadhan.

Setahun sekali je bulan mulia ni datang. Sekali lagi kedatangan bulan ini aku sambut bersama rakan-rakan dan para pensyarah di UniSZA untuk kali yang kedua. Rasa hiba kerana tak dapat bersama keluarga tercinta terutamanya Emak dan Ayah aku.
Rindunya nak bertarawih bersama mereka di surau bersama saudara-saudara seagama aku.
Rindu nak sediakan juadah berbuka serta makan bersama-sama.

Paling pilu bila kenang susah mak bangun pagi-pagi siapkan makanan untuk sahur. Pukul 4 pagi dah celik mata jerang air dan tanak nasi.
Turun naik tangga rumah kejutkan anak-anak yang liat bangun sahur ni...
Maafkan kami mak selalu tak bangkit sahur sebab lagi sayang tidur dari susah payah mak siapkan makanan untuk kami.

Sempena kedatangan bulan barakah ini aku nak cuba berusaha berubah menjadi lebih baik dan menjadi seorang Solehah dalam erti kata yang sebenar.
Hari ini aku cuba untuk kurang bercakap dan bergurau dengan kawan-kawan lelakiku dalam kelas. Aku hanya bersoal-jawab hal yang penting sahaja dan bergurau dengan nilai yang minima. Bila diusik aku hanya diam. Masalah besar kalau aku menjawab gurauan tu akan melarat-larat dan mungkin akan ada yang terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut aku tapi aku tak sedar (atau aku sedar tapi ego aku terlalu tinggi untuk menyatakan yang aku tersilap kata).
Diam itu adalah lebih baik.

Tapi bila aku tidak melakukan kebiasaan aku tu aku dapat lihat reaksi yang berbeza dari kawan-kawan aku. Ramai yang rasa aku seolah-olah marah dengan usikan yang dihamburkan kepada diri ini.

Wahai Sahabat..
Aku tak marah..
Sedikit pun tak terdetik rasa benci di hati ini..
Hanya diri ini perlu jadi lebih dewasa..
Aku masih boleh bergurau cuma mungkin tidak sebanyak dahulu.

Kepada seorang sahabat..
Solehah tak marah awak la..
jangan risau ok.. Solehah nak kurang bergurau je dalam kelas supaya lebih memahami apa yang pensyarah kita beritahu.

Ok Solehah kuatkan semangat..
Kau mesti berubah menjadi lebih matang seiring dengan lamanya hidup yang Allah kurniakan pada kau.

Kepada semua yang mengenali diri ini selamat menyambut Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa. Mudah-mudahan semua amal ibadat kita ikhlas dan diterima Allah.
Andai ada tersilap kata maafkanlah diriku yang penuh dengan noda dan dosa ini.

Wassalam

Isnin, 9 Ogos 2010

Khas Untuk Awak (Awak tahu diri awak)

Awak sayang saya,
Saya pun sayang awk juga,
Dan,
Allah juga sayangkan kita berdua.

Sayang-NYA sebabkan kita berpisah,
DIA kurniakan awak dan saya,
Seseorang untuk dijadikan Teman
Sebagai pengganti diri kita berdua.

Mungkin kita rasa terseksa,
Sebab kita tak mahu Redha,
Kerana itu kita kecewa,
Sedangkan DIA lebih tahu,
Apa yang TERBAIK buat kita.

AWAK,
Berbahagialah....
Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk awak,
Sebab Allah yang bagi dia pada awak,
Saya harap awak juga doakan yang sama untuk saya.
Sayang saya pada awak sampai akhir hayat,
Saya tak pernah benci pada awak,
Sebab Allah tak izinkan,
Rasa benci itu hinggap dalam hati saya.
Awak jagalah dia,
Pasti dia juga akan jaga awak,
Jangan risaukan saya,
Sebab Allah dah kurniakan penjaga saya.

Ahad, 8 Ogos 2010

Aku Duduk, Lihat dan Fikir

Assalamualaikum

Hari ini..
08.08.2010

Pelaku : Budak Sains Sosial >>> semester 3

Tempat Kejadian : Kelas >>> Asas Pembudayaan Keusahawanan

Situasi : Tunggu Pensyarah Masuk Kelas

Dalam situasi ini apa yang kami satu kelas sedang lakukan...
*lalalalala...* (aku memerhatikan seketika dan berfikir)

Huurrmmm....
Pusing-pusing kepala tengok sekeliling....
Satu kelas sedang >>>>

1. Belek telefon bimbit, buka kamera dan ambil gambar
2. Borak
3. Belek telefon bimbit lagi, buka mp3 (pasang kuat-kuat, yela telefon kau je canggih orang lain tak)
4. Borak lagi.
5. Jalan pergi tempat kawan dan borak lagi..
6. Lagi dan lagi kami cuma berbual-sembang, cakap..cakap..cakap...

Seolah-olah tak ada satu saat pun kami mampu untuk diam atau pun melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat... (mungkin ada yang sedang melakukannya tapi aku tak perasan)

Hurrmmm...macam mana ye aku nak kurangkan tabiat yang suka bercakap ni dan hanya bercakap ketika perlu sahaja..
Aku dah cuba untuk diam dan lebih beri tumpuan dalam kelas tapi mulut ni macam tak sabar-sabar je nak bercakap. Ada je omelan kecil yang ingin keluar. Tapi isunya tak ada apa yang penting kalau tak cakap pun takkan datangkan kemudharatan.
Asyik-asyik lawak-lawak bodoh
aku yang entah apa-apa. Kalau orang dengar gelak tapi tak tahu la gelak sebab kelakar atau gelak sebab kebodohan diri aku yang terserlah.


Aduhhh...payahnya nak buang tabiat buruk ni. Lebih dari itu mulut aku ni suka sangat menjawab apabila diusik oleh kawan-kawan yang lain. Teringin sangat kalau dapat sekali pun jadi la. Aku nak mulut aku ni diam membisu dan membiarkan usikan-usikan sahabat-sahabatku berlalu sepi tanpa balasan.

Kepada yang membaca artikel ini, mungkin kalian rasa hal ini bukanlah satu masalah besar. Tetapi hakikatnya perkara ini benar-benar membebankan pemikiran aku.
Apabila aku terlalu banyak bercakap otak aku kurang berfikir dan akal aku tak mampu untuk berkembang. Situasi ini buat aku kurang produktif. Aku dah tak mampu untuk beri idea-idea yang bernas seperti satu ketika dahulu, ketika aku begitu petah berbahas dan berpidato. Pemikiran aku dah tak setangkas dan kritis seperti satu masa dulu. Melalui penulisan aku pun boleh tengok. Semuanya berkecamuk dan penuh kecelaruan.

Bila aku lihat kembali apa yang telah aku catatkan terlalu kurang ilmu yang dapat aku kongsikan. Matlamat sebenar aku membina blog ini seakan tersasar dari tujuan asalnya (rasanya bukan lagi seakan-akan tapi memang dah tersasar sangat)

Topik ini bukan sesuatu yang penting untuk kalian fikirkan tetapi alangkah indahnya andai anda luangkan sedikit masa untuk berkongsi pendapat bersama diri aku yang semakin ketandusan idea.

Ada masanya aku perlu juga saat-saat bosan seperti yang aku rasa sekarang untuk memikirkan sesuatu dalam kehidupan aku ni.


Kalaulah semua orang sedar akan situasi ini..
Berapa banyak masa yang kita buang dan sia-siakan spanjang usia belia kita???
Di usia kita paling kuat, cergas dan berkemampuan untuk melaksanakan pelbagai perkara yang hebat.

Apa saja yang pernah kita sumbangkan??

Sahabat,
Fikir dan renungkanlah luahan rasa hati ku ini.
Andai ada yang terasa aku mohon maaf.

Wallahualam
Wassalam..

Redha dengan Takdir

Assalamualaikum

Syukur aku dipanjangkan umur untuk letak post yang baru. Kesihatan aku bertambah baik. Sakit tekak dan batuk dah berkurangan. Aku cuma perlu bertahan dengan selsema pula sekarang. Walaupun rasa tak bermaya tapi aku gagahkan juga diri ini untuk bergerak dan melaksanakan tanggungjawab aku.

Kehidupan di asrama semakin baik rasanya. Dapat kakak-kakak yang penyayang dengan diri ini. Terasa sedikit janggal bila orang panggil aku adik. Hihihihi... Emosi aku juga semakin baik dan semakin selesa dengan gurauan-gurauan yang wujud bersama kawan-kawan sekelas. Setiap hari ada je usikan yang buat aku senang hati. Harap-harap gurauan balas yang aku beri itu tidak menyakitkan hati sesiapa. Andai ada yang terasa patik susun sepuluh jari memohon maaf di atas ketelanjuran dan kekasaran bahasa yang patik gunakan.

Hati juga terasa lebih senang, bila sudah hampir 3 minggu aku tidak diganggu dengan bayangan igauan orang gila. Tetapi secara tiba-tiba, dia berhubung pula dengan kawan baik aku Gee. Nak tahu apa butir perbualannya....aku ringkaskanlah ye, lebih kurang macam kat bawah ini.

Dia tanya la hal aku. Sihat ke tidak. Gee pun bagi tahu yang aku demam sebab banyak sangat berjalan jauh dan makan buah-buah kampung. Macam biasa la dia tunjuk tanda dia masih ambil berat hal aku dan minta Gee suruh aku jaga diri dankesihatan elok-elok. Bla...bla..bla..diorang borak, entah macam mana Gee boleh bagi tahu pada dia yang aku nak bertunang juga.
Dia tanya la....

Dengan siapa aku nak bertunang?
Gee jawab : dengan bakal tunang Solehah la.
Dia balas balik 'FRUST'
Gee tanya siapa yang frust?
Dia jawab siapa-siapa je la.

Aku maklumkan hal ini pada emak aku. Ketawa emak dengar cerita aku. Mak aku cakap kalau dah tahu sayang kat orang tu, dah tahu nak dekat orang tu kenapa bertunang dengan orang lain.
Hurmmm..itu la kan. Dalam masa yang singkat semuanya berlaku. Aku pun rasa pelik juga tapi malas nak fikir lagi.

When you start to make a comitment with someone, you need to stick to your decision.

Ini bukan hal main-main. Tak kira lelaki atau perempuan, jangan jadikan perhubungan itu satu perjudian. Buat sekadar nak cuba-cuba dan lihat sejauh mana boleh pergi. Kita sepatutnya buat keputusan yang betul dan tepat serta mempertahankan keputusan itu. Bukan melakukan sesuatu yang sebaliknya.
Bila dah buat keputusan untuk bersama dengan seseorang berusaha la bersama-sama jaga hubungan itu. Janganlah mengejar sesuatu yang tak pasti lagi buruk baiknya. Fikrlah masa, usaha dan tenaga yang dah kita curahkan itu. Tak ke rasa sia-sia kalau kita tak jaga.

UNTUK ORANG GILA
AKU TAHU KAU SAYANG AKU
TAPI KAU DAH BUAT KEPUTUSAN
UNTUK JALIN HUBUNGAN YANG LEBIH SERIUS
DENGAN ORANG LAIN
DAN
HUBUNGAN ITU SUDAH KALIAN IKAT.
MAKA PERBETULKAN NIATMU TEMAN
DAN JAGA HUBUNGAN ITU.
BERUBAHLAH MENJADI LEBIH BAIK.
AKU TAHU KAU SAYANG DIA,
JIKA TIDAK KAU TAKKAN AMBIL KEPUTUSAN SEBESAR INI,
MENGIKAT TALI PERTUNANGAN.
AKU YAKIN DIA PUN SAYANG SANGAT DENGAN KAU
KERANA ITU DIA JAGA KAU SEBAIK-BAIKNYA.
JANGAN ULANG KESILAPAN KAU YANG DULU.

Kalau kau tertanya-tanya sama ada aku sayangkan kau atau tak kau baca la post-post aku yang sebelum ini yang ada nama kau tu. Tak cukup lagi ke kenyataan yang aku beri tentang kasih sayang aku. Tapi Allah dah tetapkan jodoh kita macam ini.
REDHA lah..kita tetap kawan, kita tetap saudara.

Huh..lega sikit...
Sebenarnya aku sendiri tak tahu sama ada dia baca atau tidak blog aku ni. Aku tak boleh berhubung dengan dia secara direct kerana dia sangat di'jaga' oleh si dia. Jadi ini je la salah satu wadah untuk dia tahu perkembangan aku.

Aku pun tak minta jadi macam ini. Tak sangka keadaan boleh jadi serumit ini. HUhuhu..sungguh tak ku sangka...cempedak dah jadi nangka. Rasanya itu je la tuk kali ni.
Terima Kasih kerana sudi baca. Jadikanlah masalah aku ni sebagai pedoman supaya kalian mampu membuat keputusan yang bijak dalam hidup ini.

Wassalam

Sabtu, 7 Ogos 2010

Seperti Baru Berlalu...

Rasa seperti baru berlalu,
Macam semalam sahaja,
Dia belikan dua naskah buku agama buat diriku,
Terasa seperti baru sebentar tadi,
Kami makan bersama,
DAN
Dia yang imamkan doa makan aku,
Dia yang tolong habiskan makananku yang tak aku terhabiskan,
Dia yang temankan aku pergi beli beg,
Dia yang setia dengar aku berceloteh
Dia yang tenung muka aku dengan penuh rasa kasih.

Tapi hakikatnya,
Itu kenangan diri ini,
Kenangan yang telah dibawa masa dua tahun yang lalu,
Kini terasa rindu menerpa.

Ya Rabb,
Bimbinglah perasaan ini dalam jalan-Mu,
Halakanah hubungan ini menjadi halal,
Dan peliharalah kami dari lembah maksiat,
Berikanlah kesempatan kepada dirinya untuk menjadi imamku,
Dan berikan juga aku ruang untuk menjadi makmumnya....

Khamis, 5 Ogos 2010

Alhamdulillah..Terima Kasih

Assalamualaikum

Semoga semuanya dalam keadaan sejahtera dan sentiasa dalam rahmat perlindungan Allah SWT. Alhamdulillah hari ini kelas habis jam 9 pagi dan teman sebilik pun baik hati untuk bagi aku pinjam laptop dia (thanks a lot Kak Erma). Aku nak post cerita baru ni dua hari lepas lagi tapi jadual kelas aku penuh maka terpaksa aku tangguhkan sehingga hari ini. Beberapa hari ni kesihatan aku tak berapa nak memberansangkan. Aku telah diserang demam bersama batuk, sakit tekak dan juga selsema. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengasihi diri ini dan memberi aku nikmat sakit ni.
Hah!!!!
NIKMAT?????

Biar betul Solehah ni...
Memang la aku betul. Apa yang tak betulnya? Bila Allah hapuskan dosa-dosa kita itukan satu nikmat. Sakit dan musibah yang menimpa kita semuanya untuk mengurangkan dosa-dosa terkumpul kita selama hidup ini.
Tak nikmat lagi ke dapat hapus dosa percuma????
Sakit yang tertusuk duri pun dah boleh hapuskan dosa kita. Subhanallah... MAHA SUCI ALLAH.. BESARNYA NIKMATMU....

Cukup dulu kisah aku yang sedang demam ini. Jom kembali kepada memori diri aku dua hari lepas iaitu hari Selasa bertarikh 3.08.2010. Habis je kelas aku melepak sekejap di belakang blok asrama yang disediakan tempat untuk beristirehat. Ketika itu datang seorang kawan minta tolong untuk memandu kereta pergi ke sebuah kenduri. Mulanya berat hati jugak tapi orang dah berhajat takkan aku nak menolak pula, Sekarang masa orang esok lusa mungkin hari aku pulak.
Aku ingatkan dekat tapi jauh juga perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Telemong. Masa aku memandu keluar dari pintu masuk Universiti aku, entah macam mana aku ini terleka dan terlupa untuk balas balik stereng tu lepas belok. Akibatnya aku terlanggar pembahagi jalan. Kalau aku seorang tak apa juga tapi aku bawa 3 kawan yang lain bersama. Mujur aku tak panik atau tekan pedal minyak. Kalau tidak mungkin lebih teruk jadinya. Nasib Allah Maha Penyayang. Alhamdulillah sekali lagi....

Ini la pertama kali aku memandu untuk satu perjalanan yang panjang. Terima Kasih Orang Gila> Kalau tak sebabkan kau yang paksa aku memandu kereta sampai berani mungkin sampai hari ini aku tak berani lagi nak bawa kereta jauh-jauh dan berjam-jam. Kau pantau pemanduan aku sehingga aku lebih cekap sekarang. Kau sanggup bagi aku memandu kereta yang kau baru pakai beberapa bulan walaupun kau tahu risikonya untuk aku menyebabkan kereta kau jahanam adalah sangat tinggi. Terima kasih sebab sangat percayakan aku. Alahai...rindu pulak aku kat kau. Kenapa la kau jadi seorang abang yang baik pada aku?? Walau mengenali diri kau untuk masa yang singkat tapi kau banyak beri pengaruh kepada aku.
Dah la tu cukup cerita pasal orang gila...

Disebabkan perjalanan yang jauh tu jugalah aku demam kerana tak cukup rehat. Tapi aku puas sebab aku dapat memandu selepas lama aku tak memandu. Seronok betul...

Selain tak cukup rehat aku juga mendapat batuk ini kerana banyak sangat makan buah. Hihihihi...sekarang ni kan musim buah. Habis semua buah aku bedal je... Aku ni membesar di Kuala Lumpur dan aku ni tak ada kampung. Minggu lepas aku ikut kawan baik aku, Gee pulang ke kampung dia di Bukit Besi, Dungun. Sampai je kat rumah dia ada orang hantar petai. Baru je ambil dari pokok.Hehehehe...memang kegemaran aku pun tu. Suka betul aku dua hari dapat makan masakan kampung. Ada sambal petai, tempoyak, budu, ulam-ulam kampung, ikan bakar dan macam-macam makanan lain. Itu belum masuk aku makan rambutan, manggis, duku, durian dan buah-buah lain. Lupa terus diet nak kuruskan badan. Memang seronok sangat. Masa kenduri hari tu pula aku makan sambal petai,daging masak gulai, masak lemak rebung dengan petai, sambal belacan, ikan masin dan paling meletup makan lauk tu dengan nasi kukus. Arrrgghh...meleleh air liur aku.. Sedappppppp......

Alhamdulillah hilang kempunan aku nak rasa makanan kampung dan masakan rumah.
Terima Kasih Gee..lain kali bawa aku balik kampung kau ye. Hihihi...terkejut keluarga kawan aku tu tengok aku pandai makan ulam dengan budu. Mereka ingat orang KL macam aku ni tak pandai makan makanan kampung macam tu. Kalau dibandingkan aku dengan kawan-kawan aku yang asal dari kampung tu pandai lagi aku makan makanan kampung lebih-lebih lagi ulam mentah dengan makanan yang pedas-pedas ni....dah memang favourite aku pun (kira memang dah dalam darah daging la ni)

Jadi jangan la pandang orang bandar ni seakan-akan kami ni tak biasa dengan kehidupan di kampung (yang duduk bandar ni pun jangan la nak tengok orang kampung ni macam sengkek sangat) Asal bandar atau tidak bukan itu yang Allah kira tapi iman dan takwa yang dipandang. Perkara lain tu sama saja di sisi Allah cuma kita sebagai manusia yang gemar meletakkan taraf sesama sendiri..

Rasanya itu je dulu untuk masa ni. Ada apa-apa cerita aku akan beritahu lagi ye..
Wassalam...