Khamis, 29 Julai 2010

Isu Semasa Solehah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah akhirnya ada jugak masa untuk update blog aku ni. Boleh tahan sibuk kebelakangan ini sebab ada tanggungjawab yang lebih berat menuntut perhatian aku. Keadaan aku juga semakin baik. Tak ada lagi gangguan perasaan yang berat untuk aku tanggung. Semuanya baik-baik sahaja setakat ini. Walaupun baru-baru ini ada satu peristiwa yang meruntun hati aku sebagai anak tapi aku redha. Pastinya semua itu berlaku atas khilaf diri aku sendiri.



Sebenarnya banyak perkara aku nak cerita ni. Oleh sebab itu tajuk aku macam kat atas tu. Banyak sangat... Argghhhhh..

Mana satu aku nak bagi tahu dulu ye...

Ok la... Kita mula dengan kisah pemulihan emosi aku selepas beberapa lama aku dibelenggu dengan rasa sedih, bersalah dan kecewa..

Kalau korang ikuti blog ini pasti korang dah tahu apa yang jadi dengan aku kebelakangan ini. Kalau tak tahu lebih baik korang tengok dan baca post-post yang ada sebelum ini. Bukan mudah aku nak kembalikan emosi ni dalam keadaan yang sedia kala tapi aku usahakan. Aku banyak habiskan masa duduk berkurung dalam bilik je. Aku baca semua bahan bacaan yang ada dalam bilik aku tu. Satu hari aku tergerak hati nak baca akhbar I Luv Islam yang aku bawa dari KL masa cuti sem hari tu. Aku terjumpa dengan artikel yang menyentuh isu kekecewaan, patah hati dan sewaktu dengannya. Hurmm...apa lagi..aku pun baca..dari satu artikel kepada satu artikel aku baca semuanya. Aku bandingkan dengan keadaan aku..
ye..banyak persamaan.. Aku cuba ikut tips yang ada dalam semua artikel tu dan akhirnya alhamdulillah aku berjaya keluar dari belenggu yang sekian lama menghimpit perasaan aku ni. Apa je yang aku dapat kalau terus-terusan kecewa dengan hal yang remeh-temeh. Aku jalani kehidupan aku sebagaimana sebelum ini. Nyatanya aku makin gembira dan tenang. (terasa macam nak senyum sampai telinga tapi korang tak leh nampak..so just imagine k that im really happy right now)

Semuanya kembali pada Allah. Kalau DIA tak izinkan aku terluka maka aku takkan terluka dan kalau DIA izinkan aku untuk sembuh maka aku akan sembuh. Apa yang penting aku berusaha yang terbaik untuk diri aku sendiri.


Gurau-senda kawan-kawan jadi peneman aku sepanjang aku berada di tempat belajar. Semester ni entah kenapa aku jadi sasaran kawan kelas untuk dijadikan bahan usikan. Sampai satu tahap aku rasa muak pulak. Tapi bila tak ada orang kacau bosan pulak rasa. HIHIHIHI... Sengal kan aku ni.. Semuanya bermula kerana aku ubah gaya pergi ke kelas mula semester ini. Sebelum ini aku sering mengenakan tudung yang jenis tudung Ariani tu (tapi bukan jenama tu la kan). Senang pakai tudung tu, cepat je nak bersiap pergi ke kelas. Tak payah nak terkocoh-kocoh kalau dah terlewat serta tak perlu fikir panjang nak pakai brooch apa yang sesuai dgn baju dan tudung. Ok..gaya aku yang terbaru adalah aku pakai selendang pergi ke kelas (ala-ala Yuna gitu..hahahaha). Tiba-tiba ada seorang kawan ni tengok aku sambil tersenyum-senyum dan memuji tudung aku tu (nak puji aku sebenarnya tu tapi dia malu..hahaha..perasaan la kau Solehah). Ada pun ketika itu patik bergaya dengan selendang yang dililit di kepala, gaya patik pada hari itu tidaklah sempurna. Mengikut hikayat, patik telah salah dalam bergaya apabila baju kurung yang dipakai bersama selendang itu digayakan bersama dengan kasut sukan (cess...memang tak bergaya langsung) Tapi apa boleh buat kawan aku leh terlupa nak bawak kasut untuk pergi kelas. Kasut sukan tu je la satu-satunya kasut yang aku bawa yang lain semuanya selipar. Maka dipendekkan cerita aku telah dijadikan bahan usikan bukan sahaja di dalam dan di luar kelas malahan di Facebook aku turut dijadikan sasaran. Ini semua salah makhluk perosak tu la...isu kasut aku tu berlarutan sampai seminggu. Bukan main geng-geng dia. Mintak nak pinjam la..ada sorang tu lagi ada ke patut suruh aku pakai kasut sukan pergi kelas dan suruh aku berlari supaya aku cepat kurus. Merepek je..dah aku tukar kasut baru si makhluk perosak tu perasan. Dia post kat fb suruh aku pakai jugak kasut sukan tu. Hurmmm..macam-acam hal diorang ni..sabar je la...
Itu je la setakat ini..apa-apa hal terbaru yang diorang buat kat aku nanti aku cerita ye..

Wassalam

Isnin, 19 Julai 2010

Doa..

(Dicatat pada hari Sabtu bertarikh 17.7.2010)



Ketika aku menulis artikel ini untuk dimuatkan dalam blog ini, aku baru sahaja selesai perjumpaan bagi taklimat kokurikulum semester ini. Pulang sahaja terus aku pergi beli makanan untuk makan tengah hari, seterusnya kembali ke asrama untuk berehat. Seperti kebiasaannya aku akan habiskan masa aku di bilik dengan menulis dan membaca.



Sebenarnya banyak benda menarik yang aku nak ceritakan tapi tak tahu mana yang perlu aku dahulukan. Kali ini aku nak ceritakan mengenai satu insiden yang ketika berlakunya hal ini aku tak berapa nak fikirkan implikasinya. Situasi ni terjadi beberapa bulan lalu ketika aku menemani emak pergi membeli barang persiapan untuk perkahwinan kakak aku.

Ketika aku dan emak berada dihadapan sebuah kedai kami didekati oleh seorang wanita yang datang untuk mengutip derma bagi sebuah rumah kebajikan. Emak pun hulur la sikit sumbangan tapi lafaz syukur wanita itu sungguh hebat. Lebih dari itu dia turut menitipkan doa untuk emak dan aku serta beri pesanan supaya aku belajar sungguh-sungguh dan jaga emak elok-elok.



Ini satu lagi kejadian yang lain pula situasinya...

Aku, sepanjang cuti semester yang lalu telah bekerja sambilan di sebuah stesen minyak berdekatan dengan kawasan perumahan aku. (walaupun aku kerja sambilan tetapi hakikatnya aku ni pekerja tetap, asal cuti ja aku kerja kat situ..sejak aku habis tingkatan 5>>>>korang kira la dah berapa tahun) Kiranya aku dengan keluarga pemilik stesen minyak ni memang baik la. Setiap kali aku berjumpa dengan Mak Cik (emak kepada pengurus aku) acap kali dia beri nasihat kepada aku. Mulutnya juga rajin menitipkan doa supaya aku menjadi anak yang solehah sebagaimana nama ku diberi dan mendoakan aku berjaya dengan cemerlang dalam pelajaranku dan peroleh kerja yang baik apabila habis belajar.

Bila kita senang dengan seseorang, bila kita ikhlas melalukan sesuatu semuanya pasti akan terserlah pada pandangan orang sekitar. Pasti juga kita diberi balasan yang baik dari Allah SWT. Sebelum ini bila sebut tentang balasan baik sering saja aku berfikir sesuatu yang berbentuk material dan fizikal. Hakikatnya balasan itu boleh datang dalam bentuk spiritual seperti ketenangan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Budi baik kita terhadap orang lain tak perlu balasan puji-pujian yang menggunung tinggi tapi adalah lebih bermakna bila ada orang yang ikhlas mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Bayangkan setiap kebaikan kita dibalas dengan doa-doa yang baik. Tidak kira sesama manusia atau alam sekitar, semua makhluk berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk kesejahteraan hidup kita. Pasti Allah akan mendengar doa-doa itu dan memakbulkannya walau bukan semuanya tapi tempias kebaikan doa tu sedikit pasti ada untuk diri kita...

Jumaat, 16 Julai 2010

Hati Terluka Air Mata Tumpah

Assalamualaikum
Cinta???
Ada Apa Dengan Cinta?
Itulah yang sering orang tanya.
Bagi aku ada masanya....
Cinta itu boleh jadi..
INDAH....
BAHAGIA....
Tetapi kerap juga cinta itu
MENYAKITKAN
MENYEKSAKAN
Bagi kawan-kawan yang sering mengikuti perkembangan aku melalui blog ini pasti akan perasan kisah yang aku sering paparkan kebelakangan ini adalah mengenai cinta...
Aku sendiri tak tahu mengapa.. Hal cinta sahaja yang berkisar dalam jiwa dan pemikiran aku ketika ini. Maaflah kalau ada kawan-kawan yang mengharapkan aku menambah post berkaitan dakwah dalam blog ini. Akan aku cube yang terbaik ke arah itu.
Saat ini Allah sedang menguji seorang hambaNYA.
DIA hanya hadiahkan aku sedikit kedukaan.
DIA hamparkan aku dengan satu jalan yang punya dua simpang.
DIA serahkan kepada aku untuk memilih jalan terbaik buat diri ini.
Hari ini Allah biarkan sekeping hati ini terluka kerana DIA mahu berikan kesedaran kepada hati ini. DIA mahu beri kekuatan pada diri ini. Kasihku putus di pertangahan jalan. Ketika kasih ini dijalin semuanya masih kabur. Hala tujunya masih tak tentu. Kini jalan ku sudah diterangiNYa. Diberikan aku simpang yang lebih selamat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, duka cita, kemudharatan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya."
Hadis Riwayat Abu Hurairah
DIA biarkan aku menangis kesedihan hari ini.
DIA tumpahkan lagi air mataku pada hari ini.
Namun semua itu kerana DIA sayangkan aku.
Terlukanya hatiku tumpahnya air mataku hanyalah kerana DIA mahu berikan aku hadiah yang lebih berharga berbanding apa yang aku miliki pada masa ini. Kedukaan ini hanya sebagai wadah untuk kesalahanku yang lalu dihapuskan.
Dalamnya cinta aku terhadap dia tak setanding dalamnya cinta DIA terhadap diri yang kerdil ini.
Biarkanlah aku menangis hari ini bagi menghamburkan rasa kecewa ini. Semoga hari esok aku mampu bangun dan tersenyum menjalani keindahan hidup sebagai seorang Solehah.
Dugaan ini membuatkan aku lebih mengenali diri. Selama ini aku sangka sudah cukup ketabahan dan kekuatanku. Hakikatnya hatiku masih rapuh dengan keyakinan terhadap kasih Allah. Kebanyakan masa aku berduka aku sering putus harapan sedangkan rahmat Allah itu tak pernah putus dan hilang buat hamba-hambaNYA.
"Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan berbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sungguh dia pengampun lagi penyayang.
(Az-Zumar:53)

Khamis, 15 Julai 2010

Satu Minggu Tahun Dua

Assalamualaikum..

Sekarang dah seminggu aku berada dalam Tahun 2 di Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA (dahulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia, UDM). Setakat ni semuanya baik-baik je... Pelajaran baru mula sikit-sikit...

Hurmm..dari segi emosi aku macam mana ye???
Emosi aku agak tergugat..
Asyik teringat kat ORANG GILA...
Aku ingat aku ni kuat sangat nak hadapi semua ni tapi rupanya aku lemah..
Tiap masa dan tiap saat yang aku titipkan di bibir ni lebih kepada nama ORANG GILA berbanding dengan Saha...
Kenapa dia?? Sampai sekarang itulah yang aku fikirkan...
Aku tak benci dia mungkin aku rindu dia..
Rindu nak dengar gelak ketawa dia..
Rindu nak rasa sakit hati dengan perangai dia yang menjengkelkan..
Rindu nak luah apa ada dalam hati aku pada dia..
Rindu nak cerita tentang hari-hari yang aku lalui di asrama..
Satu masa dulu kami rancang macam-macam benda nak buat sama-sama, nak ajak sekali Faezah dan Gee. Tapi nampaknya semua tu hanya akan jadi kenangan aku...
Kalau aku dapat satu saat untuk jumpa dia sekali lagi aku hanya nak tatap muka dia dan kata aku sayang dia setulus hati aku dan dia boleh tinggalkan aku dengan hati yang lapang dan bahagia...

Saat ni aku hanya mampu berdoa supaya Allah kuatkan hati serta jiwa aku....
Cukuplah sampai sini dulu kot...

WASSALAM

Isnin, 5 Julai 2010

Minggu Terakhir...

Assalamualaikum



Sabtu ni 10 Julai 2010 aku akan mendaftar untuk semester ke 3.. Maknanya aku akan menempuh kehidupan sebagai siswi tahun 2. Hati berat juga nak pulang ke Terengganu tapi apa kan daya sudah jadi kewajipan aku untuk menuntut ilmu demi agama dan keluarga aku serta negara tercinta (demi negara yang tercinta ku curahkan bakti penuh setia....hihii teringat lak lagu ni). Aku berat hati ni bukan sebab tak nak belajar tapi disebabkan masa yang aku habiskan dengan keluarga aku terutamanya emak tak banyak. Hal ini terjadi disebabkan bila malam aku kena tidur rumah nenek aku. Aku balik rumah pukul 8 pagi, emak dah pergi keje bila tengah hari atau petang aku pulak pergi kerja. Kadang-kadang tu langsung tak jumpa orang dalam rumah aku tu. Habis kerja aku terus balik rumah nenek aku dan begitulah hari-hari yang mendatang. Rasa sedih sangat tau..huuhuhuuuhu....tak dapat nak tidur dengan mak....



Lupakan kisah sedih ni...

Malam semalam aku pergi makan kat SS2 Petaling Jaya..

Best gila... Bos aku belanja late night dinner kat Kayu Nasi Kandar. Pergi sama Kak Shikin dan juga mak cik (mak bos aku). Walaupun cuma berempat tapi rasa meriah sangat... Minggu-minggu terakhir aku kerja macam-macam yang terjadi. YANG PAHIT, MANIS, PAYAU DAN MACAM2 RASA LAGI TAPI RASA SERONOK SANGAT. Seronok tak terhingga tau... tu jer la nak cakap...
tak ada idea dahh....

Sabtu, 3 Julai 2010

Ngakk bisa bersabar lagi...

Assalamualaikum..



Apa kejadahnya semua ini???


Mengapakah aku berbicara bahasa Indonesia???


Sudah pudarkah jati diriku sebagai seorang warga Malaysia???


Hahahahaha..merepek je semua tu..



Aku ni sebenarnya dah tak sabar-sabar lagi nak memulakan semester yang baru. Apa yang lebih aku tak sabar adalah menghadapi hari peperiksaan. Mesti ramai yang kata aku ni tak berapa nak betul. Yela..belum pun mula semester baru aku dah nak buat exam. Sebenarnya aku jadi macam ni kerana aku tak suka pergi kelas. Bila exam tu tandanya kita dah tak perlu pergi kelas tapi belajar untuk hadapi peperiksaan. Lebih dari itu ia juga menandakan cuti dah makin dekat..WooooHooo....


Hahaha teruk betul aku ni. Cuti yang sedang aku jalani ni pun tak habis lagi aku dah sebut untuk cuti akan datang. Inilah diri aku sentiasa memandang jauh ke hadapan (hanya melibatkan cuti dan juga duit).

Cukup hal universiti. Bab seterusnya untuk coretan kali ini ialah aku ni tak sabar untuk call Saha. Aku ni kalau boleh hari-hari nak call dia. Tapi sekarang ni aku tabah dan sabarkan diri untuk tidak call dia. Hal ini penting kerana aku perlu mengembalikan semula fokus terhadap pelajaran aku tak lama lagi. Aku pun tak nak la nanti dia bosan aku asyik call je kan dah macam tak da privacy lak untuk dia (dah banyak kali bincang hal ni tapi Dia tak kisah pun cuma aku je yang rasa aku ni menganggu dia).
Seterusnya pula aku dah tak tahan dengan perangai adik aku. Semenjak ada awek ni dah lain sangat aku rasa perangai dia. Siang tadi aku buka blog awek dia. Aku periksa setiap post dia yang aku rasa ada kaitan dengan adik aku. Maka hasilnya..yearrghh...aku berjaya menemukan apa yang aku cari. Cuti sem kali ini adik aku ke Kuantan selepas selesai kenduri kahwin Kak Uda aku. Dia cakap dia nak pergi jalan-jalan kat kampung kawan dia. Tapi sebenarnya dia pergi berdating.. Aku memang dah agak pun. Cuma tak dapat aku nak buktikan. Sekarang aku berjaya buktikan bila awek dia letak gambar mereka berdua dating dan menceritakan serba ringkas apa yang berlaku pada hari kejadian. Arrgghhh..............aku tak halang adik aku nak couple memang itu hak dia tapi biarlah bersyariat. Aku pun bukan baik mana tapi tak bermakna aku boleh biarkan adik aku hanyut dalam dunia cinta yang mengkhayalkan ini. Sebab awek sanggup susah payah nak pergi jauh-jauh (benda ni pun Saha pernah buat untuk aku tapi atas kerelaan dia dan tak menjejaskan hubungan dia dengan keluarga dan pelajarannya). Ini aku mintak adik aku tolong hantarkan makanan untuk aku kat tempat kerja (jarak perjalanan lebih kurang 3 km dengan masa perjalanan hanya 15 minit) pun dia tak boleh nak buat. Hati aku sakit usah di kata la. Terluka berdarah rasanya. Aku macam nak menangis masa kat tempat kerja tu pun ada. Tapi aku sabarkan hati sebab aku sedang bekerja. Payah nak cakap. Bila dah besar ni semua nak ikut pandai sendiri..
Hurrmm entah la..