Sabtu, 29 Disember 2012

Sebelum Exam!

Assalamualaikum!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Macam biasa la. Aku memang suka buat entri pasal exam. Sebelum ni aku selalu buat entri pasal nasihat-nasihat nak study dah dekat exam kan. Ke korang tak ingat??? Atau yang sebenarnya korang tak pernah baca pun..huhuhu...sob..sob.. Pi tekan kat bawah tu cepat, baru leh baca cerita ni sampai habis.

Ok! Masuk cerita hari ini. Aku baru je balik dari Kuala Lumpur selepas seminggu ber'study week' (huaa....study le sangat kan!) Semenjak aku mula belajar di Universiti memang setiap kali cuti ulangkaji aku akan balik rumah. Ada sekali tu cuti ulangkaji 2 minggu aku boleh balik rumah dan siap buat kerja part time lagi. Mak aku naik pening tengok aku boleh buat relax je nak exam. Biasa la aku, dah dekat exam esok baru pening-pening nak belajar semua subjek dan topik. Solehah kan... Tak pelik pun.

Aku balik rumah masa cuti ulangkaji memang tak pernah ada niat untuk buat revision. 
Sebaliknya untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana untuk menghadapi exam. Bila dengan family aku kumpul semangat untuk peperiksaan. Teringat seorang ustaz aku pesan, dah nak dekat exam ni call la orang tua kita untuk minta maaf, restu dan doa mereka supaya mudah kita nak menghadapi peperiksaan.
Hah, Ustaz! Saya jangan takat call, saya balik rumah terus ustaz. FAce to Face bak kata orang putih dan tak putih.
Selain tabiat aku yang suka balik KL dengan menharungi perjalanan bas selama 8 jam, aku juga ada kegemaran dan tabiat lain yang telah terlaksana sejak zaman dolu-dolu aku.

Aku ni dari dulu ada tabiat yang lain sikit dari adik-beradik aku. Tabiat tersebut ialah ambil barang emak dan ayah aku sebagai penguat semangat. Dah macam tangkal je bunyinye kan. Tapi jangan nak menuduh bukan-bukan ea. Aku ni dari kecik memang tak suka sangat pergi mana-mana tanpa family aku. Kalau pergi mana-mana mesti kena ada mak ayah aku paling tidak adik-beradik aku yang akan teman. Kalau dengan kawan-kawan tu memang aku rasa tak best. Masalahnya kalau program sekolah macam kem motivasi sekolah dan seumpamanya, mana boleh bawak keluargakan. Makanya ayah aku selalu bekalkan sesuatu (dah macam makanan la pulak) untuk aku sesuatu daripada barangan dia. Antaranya ialah jaket, sweater atau jam tangan. Kalau mak aku lak dia bagi t-shirt dia dan juga bekalan nasihat. Tapi sekarang ni mak aku bekalkan aku duit je. 
Hahaha...
Barang yang di bawa ni buat aku rasa dekat dengan mak ayah aku selain aku akan ingat diorang.

Untuk peperiksaan kali ini aku bawa balik beberapa barang. Satu dari ayah dan satu dari emak. Dua-dua barang ni aku mintak dari mak ayah aku. Satu lagi dari diri sendiri. 
Nak tau tak ape...nak tau tak...nak tau tak???? 
Jap ea kita tengok gambar dulu ea.

Jam Tangan Ayah

Handphone mak (Nokia C2)



Kasut Baru B.U.M Equipment

Jam Tangan Ayah aku tu saje je wat gambar gitu. Jap lagi aku tunjuk rupa sebenarnya gane ea. Hehe..

Handphone mak aku tu pulak boleh masuk dua simkad. Mudah la tak payah nak mengangkut dua handphone. Penat aku, tercicir mana-mana dah masalah pulak.

Kasut tu pulak tak ada niat nak beli pun sebanarnya tapi dah lama aku cari kasut jenis sarung macam tu je terus dengan harga murah. Pergi window shopping je kot. Sekali tu jumpa. Duit lak cukup-cukup je masa tu. Kalau tak beli aku rasa rugi pulak takut esok-esok datang dah tak ada. Maka, terbanglah duit RM29.90. Hahaha.. Tak pe la sebab aku pasti pakai kasut ni sampai lunyai. Sangat Pasti!

Masa yang dinanti-nanti..
Gambar jam aku tu! 

Jeng..Jeng...Jeng..!!!

Men's Seiko 5
Automatic Military Style
(From Frontside)
(From Backside)

Sedikit penerangan pasal jam ni yang aku copy dari www.timemasteruk.co

 Men's Seiko 5
AUTOMATIC MILITARY STYLE
(Model SNK807K2)


Seiko 21 Jewels Automatic watches have the traditionally built mechanical movements same as some of the best known and most expensive watches in the world. The watches simply wind themselves as they are worn and so never need batteries or any other complicated power source. They have the sweeping rather than ticking second hand. This is one of the latest Seiko 5 models, solid and built to last for many years.

(Seiko 21 Jewels jam tangan automatik mempunyai pergerakan yang dibina secara mekanikal tradisional sama seperti beberapa jam tangan yang terkenal dan paling mahal di dunia. Jam tangan ini akan berfungsi sendiri apabila dipakai pada pergelangan tangan si pemakai dan tidak memerlukan bateri  hanya menggulung diri mereka sebagai mereka yang dipakai dan sebagainya tidak memerlukan bateri atau mana-mana sumber kuasa rumit yang lain. Jarum jam bergerak secara sapuan berbanding gerakan secara berdetik. Ini adalah salah satu model Seiko 5 terkini, ia dibina dengan kukuh dan untuk bertahan selama bertahun-tahun.)



Model: SEIKO  Men's SNK807K2 Automatic 7S26 Movement.
  • Designed/Sized for: Men
  • Hardlex Crystal Glass
  • Accurate and Reliable Automatic 21 Jewel Movement
  • Smooth Sweeping Second Hand
  • Face Size: 38mm inc crown Depth 10mm
  • Crown at 4'oclock
  • Matt Stainless Steel Case and Military Royal Blue Nylon Strap
  • Royal Blue Face with White Hands and Markers
  • Day / Date Display at the 3'oclock
  • See through Back Casing
  • Strong Lumibrite Hands & Markers
  • 30m Water Resistant
  • Warranty - 2 years with Documents and Seiko Presentation Box
  • To fit up to 8.75" Wrist
  • High Street Retail £149.00
Selepas aku men'google' dan seterusnya men'convert'kan harga jam ni daripada pound sterling kepada Ringgit Malaysia, harga tersebut bersamaan RM 736.92.

WooHaaaa... *PENGSAN SEKEJAP!

Patut la bapak aku jeling-jeling je bila aku mintak tukar dengan jam digital Casio aku yang cuma berharga RM100 tu.  Tapi aku rasa masa beli tu tak ada sampai 700 sebab kitorang regular customer kat kedai tu. Mesti dah dapat special price. Berapa tu aku tak pasti la tapi memang tak semahal harga yang aku dah convert tu.

Cukuplah sampai sini dulu. Penat dah aku menaip pagi ni sambil edit-edit gambar semata-mata tuk cerita kali ni. Tersemangat lak nak bercerita. Hehehe...

Wassalam...






Ahad, 2 Disember 2012

Kawan Tanpa Syarat!

Assalamualaikum

Korang ada kawan?

Ramai tak?

Semua kawan kau confirm suka kau ke?

Kau pasti semua boleh terima apa kau cakap dan apa kau buat?

Kawan,
Hari ini aku nak cerita pasal kawan. Tak semua kawan dengan kita sebab nak kawan. Tak heran kalau kau biasa dengar istilah kawan makan kawan.

Kawan,
Kau biasa kena complain dengan kawan kau? Biasa la tu sebab kau pun selalu buat benda sama dengan kawan kau. No big deal, No heart feeling!

Kawan,
Kenapa kau ada sikap macam tu? Sebab kau rasa kau bagus atau sebenarnya kau tak kenal kawan kau? Atau tanpa sedar kau dah letak syarat orang macam mana yang boleh kawan dengan kau?

Hei!
Sedarlah, orang lain pun ada juga keinginan pilih kawan yang baik-baik, yang satu kepala dan selalu dengan kita susah atau senang. Syukurlah kau ada kawan. Kalau kawan kau boleh terima kurang kau kenapa kau nak tolak lemah dia? Kau tak perfect kan? Mengaku je la!


Kalau kawan kau usaha untuk berubah demi kau, jangan kau paksa pulak dia buat cepat-cepat. Kau ingat dulu masa kau dalam rahim mak kau sekelip mata kau jadi bayi ke? Semua ada proses, cepat atau lambat. Kenapa kau tak boleh sabar?

Kau cakap kawan kau suara kuat tak tahu cakap perlahan. Kau tak pikir ke dia membesar dulu kat flat dekat dengan stesen bas. Bunyi bising cakap perlahan tak dengar. Bertahun-tahun berkomunikasi suaranya kuat. Kau ingat satu malam dia boleh ubah?

Kau kutuk dia cakap kasar, bahasa tak lapik. Weh, sedar tak family dia macam mana pulak? Open minded terima pendapat satu sama lain, selalu luah perasaan untuk selesai masalah tapi tak makan dalam. Kau cakap baik, sopan santun konon tapi makan dalam masalah sikit cerita 10 tahun lepas kau boleh ungkit.

Kawan,
Aku pun tak sempurna. Kalau salah kau tegur. Bagi masa aku berubah dan dididik la aku semampu kau. Kalau kau tak tahan kau boleh angkat kaki dan aku tak boleh paksa. Mungkin aku tak boleh jadi kawan kau yang baik. Aku terima kau tanpa syarat tapi kalau kau berharap aku jadi macam yang kau nak memang aku tak mampu dan tak mungkin aku akan buat. Kenapa aku nak berubah semata-mata untuk seorang yang tak boleh terima aku sedangkan kat luar sana ramai saja yang boleh terima kekurangan aku.

Kawan aku minta maaf kalau kau terasa. Tapi kalau orang lain boleh terima aku tanpa syarat kenapa tidak kau?

Aku yang bermasalah atau kau yang sempurna???

P/s: Moral of the story? Sudah terang lagi bersuluh!

Sabtu, 1 Disember 2012

Bila Rajin Terlebih!

Assalamualaikum.

Cerita hari ini adalah cerita semalam. Wah..saya tiba-tiba jadi terlebih rajin. Setelah hampir 2 minggu hidup dalam kecelaruan, akhirnya saya menemui jalan kebenaran. Hahaha...

Terlalu sibuk dengan tugasan akademik seringkali menemukan saya dengan kegagalan menguruskan masa sebaik mungkin. Selalu saja kerja-kerja tertentu saya abaikan buat sementara waktu bagi memastikan tanggungjawab akademik saya dapat dilaksanakan dengan baik. Antara perkara yang terabai dan diabaikan ialah keperluan mencuci pakaian dan juga mengemas bilik.

Terus-terang saya bukanlah insan yang sangat cemerlang dalam kerja-kerja mengemas ini. Namun demikian saya juga tidak suka keadaan yang berselerak dan berserabut. Akibat dari kecelaruan hidup yang sementara tadi maka saya jadi tak kisah dengan situasi sekeliling bilik saya.

TERIMA KASIH KEPADA ROOM MATE!
Beliau sangat memahami saya dan tak pernah complain (setakat ini la).

Ada masa memang kita tak dapat nak siapkan sesuatu tugasan itu seperti kebiasaannya namun cuba didik diri untuk sentiasa cermat dengan masa. Semalam saya telah bertekad (teringat teknik nekad sesaat dalam Diari Mat Despatch) walau apa pun yang terjadi saya harus selesaikan kerja-kerja rutin saya sebelum ini seperti membasuh dan mengemas. Sepanjang pagi harinya saya berjaya melaksanakan kerja tersebut. Tambahan kawan sebilik telah balik ke rumah maka lebih mudah saya meng'over haul' bilik saya. Bilik saya agak luas tetapi tempat simpan barang pula tak cukup maka memang jelas kelihatan barang-barang saya agak bersepah dan tidak tersusun. Sabar je la kan. Walaupun saya ada rak buku sendiri dalam bilik namun buku saya pulak yang terlebih banyak maka tak muat nak letak semua kat rak buku itu. Sekali lagi, saya sabar saja. Duduk di asrama kena terima apa adanya maka saya bersabar la lagi. Oh, sangat tak sangka saya ini penyabar juga orangnya dalam urusan hidup. Alhamdulillah.

Mungkin saya ini kurang sabar bila melibatkan urusan dengan manusia sahaja. Hahahaha...

Maaf kerana penulisan saya hari ini kedengaran (bila anda baca kuat) atau kelihatan (melihat dan membaca dalam hati) agak skema ayam. Saya pun tak tahu kenapa tapi layankan saje la ye. :)

Banyak sangat sudah saya membebel hari ini. Mungkin juga terselit karutan (bukan carutan ye) seperti kebiasaan penulisan saya.

Jika mengemas dan mencuci itu kerja rutin saya maka ia tidak termasuk dalam klasifikasi terlebih rajin. Ada kerja lain yang saya telah buat sehingga menyebabkan ia termasuk dalam kategori terlebih rajin.

Almari kecik besi langsir pun jadi la!
Baju yang siap di'iron'
Gambar di atas (yang diambil menggunakan kamera 'Konon DSLR') adalah bukti kerajinan aku. Hahaha.. Tak ada keje aku nak buat, maka aku telah menseterika 6 pasang baju kurung siap dengan tudungnya sekali. Padahal kelas aku seminggu ada 4 hari je. Itu pun pada hari Ahad kelas 2 jam saje sebelah petang dan hari Rabu kelas 3 jam sahaja pada sebelah paginya. Maknanya akan ada sepasang baju yang aku akan pakai untuk 2 hari. Bilangan sebenar yang aku perlukan untuk seminggu kuliah hanyalah 3 pasang. Ini kira tuk 2 minggu punya persiapan ni. Maaf kerana terlalu banyak fakta nombor pada perenggan kali ini. Hehehehe....

Moral of the story hari ini ialah :
1. Kalau dah tak pandai sangat nak uruskan masa, sila selesaikan kerja ikut kepentingan lebih-lebih lagi bila kerja itu akan menyebabkan implikasi sosial kepada orang lain ok! (amboi terkeluar lak istilah sains sosial kan).
2. Bila kita banyak kerja kita akan stress maka ada masanya kita perlu distract kesibukan kita tu kepada perkara lain untuk merehatkan minda kita dari memikirkan kerja yang terlalu banyak. Macam aku dah sibuk sangat dengan belajar maka aku alih jap otak aku ni pikir benda lain. Baru lega.

Itu je tuk kali ni. Jap lagi aku story hal baru.

Wassalam.

p/s: next post lagi cerita rajin. hehehe

Khamis, 29 November 2012

Ada buat mcm ni???

Assalamualaikum.

Aku sekarang ini dalam usaha merajinkan diri update blog (exam dah dekat makcik lebih afdal kamu rajin buat ulangkaji..tibe2 hati kecil aku berkata2). Walau tak banyak cerita aku akan tetap bercerita namun tidak sesekali untuk mengada-adakan cerita. I tak kejar glamour ok! Sebab tu I ok je follower cume 12 orang (sentap mak nak!!!)

Tahniah kepada follower yang ke-12 iaitu Noor Suriyanti! Hadiah istimewa untuk awak ialah pelukan kasih sayang dari jauh.

Hahahaha! Merepek lagi.
Yeah!!!! Memang itulah kegemaran Solehah.

Solehah suka apa????

MEREPEK!!!!! PLUS KEREPEK KENTANG...mister potato..mister potatoo....
(huhu..bakpe ea mu hok sengal gini???)

Abaikan penyakit sawan yang menyerang secara tiba-tiba. Tolong perhatikan gambar di bawah.

Tengok..siap highlight lagi baca tau!

Ha..mesti tak caye kan. Kak Leha rajin ok!
Kita kalau membaca point-point penting tu memang patut sangat la kita tanda kan. Kita ni (ok..bukan kita tapi aku) memang tak ada makna la kan nak baca satu buku ulang 4-5 kali..untunglaaa!!!

Kalau kau tahap professor emeritus wajib la baca buku ulang-ulang kan. Ini tahap result STPM dulu sipi-sipi je bagi masuk U, sekali baca bagi khatam tu dah patut bersyukur ye! Kembali kepada jalan kebenaran, pentingnye kita tanda ni supaya mudah kita nak cari balik maklumat tu. Tak la terkial-kial ye. Lagi satu tak la penat nak menelaah buku tu. Kalau sebuah tak per la kalau dah berbuku-buku nak belek balik tak ke kes menganiaya diri sendiri. Ada yang rajin tu akan buat catitan pada kertas kuning yang boleh lekat-lekat tu kan tepek kat halaman yang tertentu. Ada juga jenis yang kelepet hujung-hujung muka surat buku atau guna penanda berglu yang kaler-kaler tu. Ikut suka la mana yang selesa. Ada lagi bijaksana bukan takat tepek-tepek kertas tapi dia siap buat catitan ringkas lagi kat muka tu. Kelas kau Jah! Kalau aku, memang tak ada la sebab aku tak suka comotkan buku yang aku beli. Kalau nota aku pun aku elak buat catitan tambahan kecuali sangat-sangat perlu. Tapi macam aku cakap tadi (ulang suara..testing..1..2..3..testing) ikut la keselesaan masing-masing kan.

Kenapa aku rasa macam tengah bagi tips-tips belajar ni???

Pelik sungguh...adakah mungkin kerana aku sedang memikirkan exam? Oh, tidak! Itu bukan Solehah... Jarang Solehah fikir hal exam...

Abaikan monolog di atas. Korang nk tau tak buku apa yang aku study sampai bertanda bagai tu. Rajin sangat la kan aku baca sampai macam tu sekali. Memang siapa yang kenal dengan aku tak sangka la aku rajin macam aku ni.Nak tahu buku apa? Sila lihat gambar di bawah!

Actually novel je dik non!

Waaaa...terujanya Kak Solehah rajin baca buku! Sungguh la aku nak rajin macam tu kan. Aku baca novel je kot. Even novel je dah tu novel remaja lak tu, pengisiannya sangat baik. Ada ayat-ayat yang lucu tapi membawa erti yang besar dan buat kita berfikir. Ayat-ayat tu ada aku kongsikan kat bahagian mutiara kata. Sila klik Mutiara Kata. Nanti korang akan jumpa la ye. Sekarang aku nak tanya korang-korang semua yang suka baca novel ni, ada buat macam ni??? Ada korang baca novel pastu siap buat highlight lagi??

Diam lak. Tak de la tu!!

p/s: sambil bercerita aku kongsi tips belajar. please take note!

Wassalam

Prinsip oh Prinsip!

Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa macam rajin sikit nak menaip. Otak pun ada la jugak benda yang nak dikongsi bersama kan. Jumpa dan kenal orang baru banyak la benda kita dapat kongsi kan. Wah! Dah lama aku tak jumpa orang yang boleh berborak dengan aku berjam-jam lamanya. Borak hal-hal yang jauh dari perkaitan yang membebankan hidup sendiri. Berborak sambil bergurau pas tu boleh gaduh-gaduh lagi kan. Ada masa topik tu tak ada kaitan pun dengan kami dan kami pun tak payah sepatutnya bertekak pasal hal tu tapi kami buat juga perkara tersebut. Agak mengarut dan merepek tapi still ok je. Hahahaha....

Hari ni aku nak cerita. Just cerita ok. Ini pendapat aku. Pendapat korang mungkin lain. Tapi sayangngye setakat ni aku tak pernah dapat pendapat dari orang lain melalui penulisan aku ni. Orang baca tapi tak komen (jelas kedengaran aku kecik hati, sambil buat muka sedih)

Kita ni dalam hidup kebiasaanya mesti ada prinsip atau sesuatu perkara yang kita pegang. Sesetengah orang panggil kepantangan diorang. Kira kalau sesuatu tu berlaku atau ada orang buat perkara itu kepada dia memang nahas la. Mati hidup semula pun dia takkan terima perkara tu dan orang yang melakukan perkara itu.

Walaubagaimanapun tanpa sedar ada masanya sesuatu yang menjadi pegangan kita itu akan kita lepaskan perlahan-lahan apabila kita berjumpa dengan seseorang. Mungkin selama ini kita tidak suka dengan orang yang panas baran. Satu hari kita jumpa jenis orang yang kita tak suka tu tapi entah macam mana kita ada kekuatan untuk terus bersabar dengan orang tu. Baran orang tu datangnye meluap-luap tak berhenti tapi kita masih maintain cool aje. Why?? Why??? Aku sendiri tak tahu nak kata macam mana.

Mungkin aja kerana kita suka pada dia, atau dia punya daya tarikan lain yang mengikat untuk kita menerima dia atau juga kita sebenarnya semakin bijak dalam menerima orang sekeliling kita.

Hidup memang perlukan prinsip namun prinsip juga perlukan perubahan. Ada masa terlalu berpegang kepada prinsip boleh merosakkan kita kerana kita mungkin akan melepaskan sesuatu yang sangat baik dalam hidup kita. Prinsip ini juga bukan sesuatu yang perlu kita jaja. Cukup la kita seorang je yang tahu prinsip kita tu kalau orang lain dengar lain pulak jadinya. Lebih-lebih lagi kita ni memang bersikap ekstremis dengan sesuatu yang kita pegang tetapi nak diizinkan Allah kita sendiri yang melanggar prinsip tu.

Hah!
Amacam???

Masa tu mesti rasa agak malu-malu tambah segan dan berkemungkinan ada je yang amik tindakan drastik untuk terus keluar daerah akibat tidak sanggup menanggung malu diatas keterlanjuran diri yang satu ketika dulu berdegar-degar cakap tentang prinsip yang dipegang sepanjang hayatnya sebelum ini.

Pelunturan prinsip ini mungkin saja boleh berlaku dalam masa yang singkat tapi kita tak sedar atau sebenarnya tak nak mengaku sebab tak mahu orang tahu yang kita ni dah malu.

Sering dalam hidup ini kita tak tahu apa yang sepatutnya kita dapat dan kita perlu ada. Kita selalu kisahkan apa yang kita mahu dalam kehidupan seharian sehingga mengabaikan keperluan yang sebenarnya. Begitu juga konsep prinsip yang kita pegang dalam hidup ini. Atas sebab tertentu kita bina prinsip-prinsip yang kita rasa boleh memandu kita dalam membuat keputusan. Mungkin disebabkan pengalaman lampau atau cerita-cerita orang sekeliling maka wujud item-item tertentu dalam pegangan kita. Syarat-syarat yang tanpa sedar kita buat dalam diam untuk mencari teman atau orang yang kita boleh bergaul dalam hidup. Sedangkan kita tak cuba untuk mengalami situasi tersebut atau berhadapan dengan golongan yang selama ini kita bataskan pergaulan kita atau mungkin sahaja kita tak berusaha mencari penyelesaian terhadap sebab-musabab tembok-tembok pemisah itu kita bina dalam hidup.

Maka, bina dan patuhi la prinsip hidup yang kamu pegang itu seadanya. Jangan sampai satu tahap kamu terlalu taksub dengannya. Tetaplah berpegang pada tali Allah kerana Dia pemilik segala kebenaran dan kebaikan. Prinsio yang kita pegang hanya kita sahaja yang faham dan juga hanya relevan pada diri kita. Pada orang lain berkemungkinan perkara itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima pakai.

Waahhh!!!!!!! Tibe-tibe lak macam karangan motivasi. Motif ringkas aku adalah...

"Prinsip itu perlu dalam hidup bagi mendidik diri menjadi tegas dalam semua hal agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna lalu membuahkan hasil yang menakjubkan. Namun jangan biarkan prinsip mengaburi kita dalam membuat penilaian dan keputusan kerana ia mampu merosakkan diri. Peganglah prinsip itu seadanya dan jangan berlebihan sebab satu hari bila kita terpaksa lepaskan atau ubah sikit prinsip tu jadi fleksibel tak la kita malu kan...kan..kan.."

p/s: Jangan suka cakap berdegar pasal prinsip, cakap prinsip aku tak akan layan orang yang cepat marah tau2 kau dapat bini panas baran kan.. ahakss!

Wassalam.

Jumaat, 23 November 2012

Perempuan Itu Complicated!

Assalamualaikum

Lama sudah aku menyepi. Bukan nak menyorok atau merajuk tapi tiada apa yang baru untuk aku ceritakan. Lagi pun tak baik cerita benda yang bukan-bukan dan mengarut. So, better be silent!

Tapi entah kenapa hari ini aku rasa nak bercerita. Bukan sesuatu yang fakta tapi hanya sesuatu yang aku rasa macam boleh diterima akal. Haha..ye la kot boleh diterima akal atau akal aku je yang mahu menerimanya.

Oh ye! Sementara tu aku nak bagi tau kat seorang Tuan Guru aku iaitu Tuan Hafis, nama blog ni 'CERITA SEORANG SOLEHAH'. Bukan 'AKU SEORANG SOLEHAH'. (maap ye Tuan)


Dari dulu aku rasa perempuan ni complicated. Sejak aku kecil. Aku tak tahu la sebab apa kan. Sampai satu tahap aku cakap aku tak suka adik perempuan sebab aku rasa kalau adik perempuan ni mesti leceh. Mungkin disebabkan ada saudara-saudara perempuan aku yang lebih kecil nampak sangat mengada-ngada kot.

Bila aku dah start sekolah rendah, aku semakin rasa perempuan ni kompleks sangat. Biasa la dulu sekolah, baru kenal manusia lain selain keluarga sendiri kan. Rasa macam best je ada kawan. Time ni le pandai nak ada bff la, kawan baik la, sahabat sejati la tapi tidak teman tapi mesra ok! Masa sekolah ni kan tak tahu la kenapa nasib aku ni kurang baik kan aku selalu je dapat kawan yang mudah sangat nak terasa, nak merajuk dan jap-jap nak putus kawan. Masa ni rasa macam bodoh je bebudak ni kan. Apa barang la nak merajuk-rajuk ni.  Ptuihhhh!

Tapi ye la kan, namanya pun budak lagi. Perangai kat rumah tu kita (bukan aku tapi diorang ok!) bawak pergi sekolah sama-sama. Aku tak berapa kisah orang yang suka merajuk ni. Tapi yang aku kisah orang yang dia ada hal dengan orang lain pas tu datang kat kita sambil bawa dialog, 
"Awak! Awak jangan kawan dengan dia tau. Dia tu kan .......... (ada la cerita ntah pape dia bawak kan). Awak jangan kawan dengan dia ok! Awak kawan dengan kita je ye."

 Apa kehe la perangai macam ni kan. Ceit!

Itu cerita sekolah rendah. Masuk sekolah menengah ni pulak lain la jalan cerita. Start era baru ni muncul lak golongan-golongan yang punya geng-geng yang tersendiri. Aku ni masa masuk sekolah menengah, aku jenis tak berapa nak ikut orang sangat. Aku kawan je dengan yang orang aku rasa aku boleh kawan. Aku tak berapa 'attach' dengan sesiapa. kalau baik dan rapat pun buat sementara waktu je. Selepas itu tak ada dah. Aku pun tak tahu apa masalah aku masa tu ( ye la perempuan kan complicated)


Mungkin perempuan complicated mcm ni!
Haha...aku lagi suka kawan dengan laki. Mungkin antara sebabnya ialah aku ni selekeh, so budak laki xberapa kisah maka tak de sape yang akan kritik macam mana aku lipat tepi tudung aku. Selain itu, aku ni temper kawan laki aku pun boleh on je sebab diorang adalah golongan yang paling pandai buat bodoh! Kehkehkeh... Sape-sape yang kenal aku masa sekolah dulu tahu la aku ni macam mana waktu sekolah menengah (sampai satu tahap kawan aku boleh keluarkan kenyataan yg dia tak rasa pun aku ni mcm perempuan...adeh!)

Masa ni la aku kenal dengan dengan kumpulan hot chick (budget hot), kumpulan kaum (Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India), kumpulan berita terkini hiburan sensasi (gosip and story pasal hot guy..kunun la kan) dan macam-macam la yang mungkin wujud.

Aku kalau kumpulan 'anak ayam panas' tu memang aku tak join la. Gedik plus geletis kot. Aku kan ganas and a bit a cool person (ptuihh! perasan siot) memang tak sesuai la. Kumpulan kaum aku ok ja. Tak de hal. Malahan boleh gak aku belajar speaking sikit-sikit dan upgrade ilmu maths aku yang macam haram je. Kumpulan berita terkini hiburan sensasi ni aku biasa-biasa je. Bahaya gak kalau baik-baik sangat kang tak pasal-pasal dengan aku-aku kena bahan kan. Cuma satu la kumpulan ni jenis kutuk cikgu. Entah apa penyakit diorang dengan cikgu tu, ada je tak kena kan. Biasanya yang diorang tak suka adalah ustazah sebab ustazah sekolah aku garang-garang. Ustaz time aku belajar dulu tarak. Bila aku dah masuk form 6 baru ada. Ustaz tu hensem wooooo!!! (bukan aku cakap tapi junior aku cakap) ~cube mengalih fakta~

Pada masa ini aku terfikir kenapa la perempuan ni perlu hidup dengan puak macam ni. Aku tengok budak laki best je. Hidup dalam keadaan aman dan damai. Kawan diorang tu busuk ke, gemuk ke, jongang ke, terlebih panjang ke dan sebagainya mereka menerima dengan hati yang terbuka. Pergi makan sama-sama, main bola sama-sama, pecahkan tingkap sekolah sama-sama, kutuk cikgu berjemaah dan ponteng dalam bentuk rombongan. Kan meriah hidup macam tu. Tak payah pening-pening atau rasa terpinggir kan.

Sampai hari ini aku rasa perempuan itu complicated sebab aku kadang-kadang pun tak paham dengan diri aku sendiri.  Aduh masalah sungguh! Aku rasa memang sah la  

...PEREMPUAN ITU COMPLICATED!...

p/s: biasalah bila peralihan hormon berlaku budak2 suka try benda baru dan cube cari identiti diri.

Khamis, 18 Oktober 2012

Solehah Latif???


Assalamualaikum

Hope semua sihat-sihat belaka. Hari ini terasa nak kongsi mengenai isu persepsi.

Persepsi ini sebenarnya perkataan Bahasa Inggeris yang telah di Melayukan. Asal katanya ialah perception yang membawa maksud penglihatan;pengertian;tanggapan. Kali ini isu aku lebih kepada pengertian yang ketiga tadi iaitu tanggapan.

Penggunaan peribahasa Inggeris Don't judge books by it's cover  sering digunakan sebagai peringatan kepada kita supaya tidak mudah menilai dan meletakkan label kepada seseorang berdasarkan luarannya. Namun telah menjadi lumrah kita untuk selalu menilai seseorang berdasarkan luarannya. Termasuklah aku. Kadang-kadang (aku rasa selalunya) orang tu kita tak kenal pun. Tapi kebetulan jodoh kita dia nak lalu depan kita kan. Tak pasal je kita akan memperkatakan perihal orang itu berdasarkan luarannya yang kita nampak. See! Suka-suka hati je nak judge orang kan. Tak berdosa sedara kita tu.

Aku pun ada masanya kena jugak macam itu. Bila aku tak banyak cakap dalam kelas orang akan kata aku tengah marah or bad mood. Ada juga buat andaian aku tak sihat sedangkan hari tu aku cuma tak nak cakap je sebab dah selalu sangat aku yang cakap maka bagi la peluang kat orang lain untuk bersuara pulak kan..kan.. Masa mula-mula sambung belajar, masa aku semester 1 ramai pikir aku ni sombong. Alkisahnya muka aku ni garang. Nak buat macam mana dah memang muka kita macam tu kan. Apa la kita boleh buat. Terima je la pandangan negatif orang. Tohmahan itu (ceh dramatik je bunyi kan) bertambah kuat bila aku ni bukan jenis jalan bilik orang, kerja duduk memerap dalam bilik dan sering saja balik KL. Pendek cerita memang aku kurang campur orang la. Biasa la tu tak biasa lagi dan tak kenal orang sangat. Namun lama-kelamaan situasi berubah dan kawan-kawan punya lebih banyak ruang untuk kenal aku bila buat assignment sama-sama kan.

Tapi situasi ini masih lagi berterusan sehingga hari dan saat ini. Spekulasi, persepsi dan seadik-beradik dengannya terus menghantui diri. Termasuklah label-label baru yang aku dapat dari kawan-kawan aku kan. Mungkin kerana pembawakan aku yang berubah sedikit demi sedikit kot. Entahlah. Wah tetibe saya konpius la!

Semenjak belajar jauh ni, aku semakin terbuka untuk menerima hal-hal baru dalam hidup aku seperti gaya hidup orang di Pantai Timur macam budaya dan makanan mereka. Aku semakin terbuka dengan ideologi-ideologi baru (hah! mentang-mentanglah awak student social science kan) dan yang paling aku sendiri tak sangka ialah aku menerima perubahan fesyen (pergh!!!! jadi fashion addict dah aku) Dulu-dulu lah kan, aku tak kisah sangat pasal fesyen ni. Apa yang ada aku pakai je la kan. Sampai kawan aku kata aku ni selekeh (even though I selekeh tapi still maintain cute..hahaha)

Cakap pasal fesyen, aku telah mengalami beberapa transformasi (bukan transformasi kerajaan ok!). Antara yang aku buat adalah fesyen baju kurung dengan kasut sukan, tudung belit-belit, cuba pakai baju selain fesyen baju kurung dan yang terbaru spek mata ala k-pop.

Malas cerita banyak mari kita lihat transformasi aku dari setahun ke setahun! Dan kawan-kawan sekalian sila kagum. Haha...

GAYA BIASA-BIASA JE












PENGARUH TUDUNG BELIT BERMULA









GAYA JUBAH DAN JILBAB



So macam mana?? Makin kemas kan. Berbanding yang mula-mula aku nampak sangat biasa. Seterusnya gaya-gaya aku yang menyebabkan kawan kelas aku bagi nama baru kat aku. Solehah Latif. Oh, No! Sangat tak lah kan. Hanya kerana gaya aku yang mula bercermin mata (welcome to rabun group) Maka aku terus mendapat nama timangan yang baru. Korang tengok sendiri la ada ke macam Najwa Latif?? Tak kan. Lagi sorang tu katanya macam Ainan Tasneem. Mana ada. Tak ada la. 
Aku ni rupa Yuna ok! (Tersangatlah perasaan. Sila Abaikan!)

GAYA K-POP MUSLIMAH!
(KEHKEH)

Sweet!


Demam Kuning!
Haha
Sangat Retis kan!


 Sangat transformasi bukan gaya aku.
 Selepas beberapa perubahan sepanjang 4 tahun belajar di UniSZA pelbagai persepsi yang telah diberikan oleh kenalan saya. Setiap kali saya berubah gaya ada je yang kata kerana saya dah bertunang, saya dapat pakwe baru, saya cuba meraih perhatian tak kurang yang kata saya cuba tiru gaya artis-artis bertudung yang sedang glemer. 

Penjelasan daripada saya (perghh!!! macam retis lak kena bagi statement gitu)
Saya ingin tampil lebih fresh, untuk raih satu energy baru dalam hidup saya dan membina personaliti baru untuk membina keyakinan diri dan menimbulkan rasa mesra dan senang kepada orang lain yang memerhati. 
Itu sahaja!

Sekian Wassalam.


p/s: bersamalah kita elak buat persepsi yang entah apa-apa.

credit: Nazirah Che Ali
           Nur Afaf Atiqah Mohd Radzuan
           (as photographer tak bertauliah)


Selasa, 2 Oktober 2012

Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada Jumaat yang lalu bertarikh 28 september 2012, datuk saya iaitu ayah kepada bonda saya telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
 Al-Fatihah...

Saya bukan cucu yang rapat dengan arwah tapi masih ada kenangan indah yang mampu saya kenang berkaitan arwah. Semenjak dari kecil dan daripada cerita ayah dan emak, arwah memang pemurah dan suka memberi. Jika datang bertandang ke rumah atuk ada saja yang ingin diberi sama ada duit sekupang dua atau makanan. Paling tidak atuk akan suruh ke dapur dan makan. Jangan buat tak acuh bila disuruh makan, pasti dia suruh berulang kali. Selagi jawapan yang diberi tidak memberi nilaian positif selagi itu arwah tidak akan puas hati.

Ada masanya tidak ada nasi dan lauk-pauk pun di dapur. Yang ada hanya roti kosong atau pun biskut kering. Itu pun disuruh juga ke dapur makan apa yang ada. Memberi sekadar apa yang ada. Tak perlu bermewah-mewah. Apa yang lebih penting adalah keikhlasan dalam memberi kepada orang lain.

Semenjak nenek yang saya panggil 'Wan' mula kurang sihat iaitu mengalami lemah jantung, maka adik-beradik emak sepakat untuk membuat jadual tugasan bergilir menjaga kedua-dua ibubapa mereka. Bagi keluarga saya, tanggungjawab itu kami laksanakan secara bersama kerana semua cucu-cucu atuk sudah besar dan sudah boleh diamanahkan dengan tanggungjawab. Bila tiba giliran emak sama ada aku atau adik-adik yang akan pergi tidur di rumah mereka kerana hanya kami sahaja yang punya masa lapang (masih belum bekerja). Ada masa aku akan pergi bersama emak. Walau ada masa rasa lelah tapi saya seronok. Bukan sahaja dapat berbakti kepada atuk dan wan tapi juga dapat meluangkan lebih masa dengan emak.

Hanya selepas atuk benar-benar uzur tidak mampu lagi bergerak sendiri maka tugas menjaga atuk diambil alih sepenuhnya oleh adik lelaki saya, Shahir yang kami panggil Ayen atau Andak dan sekali-sekala dibantu oleh adik bongsu kami, Shamil. Atuk dah tak boleh nak bergerak. Isu-isu kebersihan, makan dan pakai sepenuhnya memerlukan bantuan orang lain. Maka sememangnya memerlukan tenaga yang kuat. Bila tiba giliran emak, adik-adik yang akan ke rumah atuk dan melakukan kerja-kerja yang patut seperti menukar lampin, membersihkan luka pada badan atuk dan sebagainya. Emak akan masak untuk hantar makanan ke rumah atuk dan wan. Jika aku bercuti maka aku atau kakak aku yang akan masak. Adik-adik emak yang lain iaitu pak cik-pak cik aku juga tidak pernah gagal dengan tanggungjawab masing. Toleransi dan komitmen yang tinggi diberikan semua orang supaya atuk dapat penjagaan yang terbaik daripada kami semua baik anak-anak mahupun cucu-cucu atuk.

Sebelum arwah pergi, Shahir cerita atuk minta dibawa ke masjid pada hari Jumaat sebab arwah nak solat Jumaat. Katanya dia dah rasa sihat dan ada upaya nak ke masjid. Adik aku mengiyakan dan berjanji akan bawa atuk. Allah maha mengetahui. Siapa sangka itu petanda atuk nak pergi. Shahir tunaikan hajat atuk. Shahir mandikan atuk, siapkan atuk ke masjid. Cuma bukan untuk menunaikan solat Jumaat, sebaliknya untuk atuk disolatkan oleh jemaah. Atuk nak pergi solat Jumaat dan atuk dapat pergi. Shahir tak menangis sebab itu janji dia. Dia puas dapat berbakti pada atuk. Dia relakan atuk pergi selepas sekian lama atuk uzur.

Dua hari lepas arwah pergi, saya ke pasar dengan ayah. Jumpa sahabat-sahabat atuk. Ramai yang terkilan sebab tak dapat kebumikan arwah ada juga seakan marah kepada ayah kerana tak beritahu atuk dikebumikan di kampung. Kata pak cik-pak cik permintaan atuk hendak dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir. Rata-rata yang kami jumpa memuji sikap atuk jika di surau atau masjid. Jika bertakbir, bertasbih atau berselawat suara atuk paling kuat. Semua orang ingat itu. Semua orang ingat SUARA ATUK!

Mungkin itu kenangan yang masih kuat berkaitan atuk. Jika abang saya, pasti lebih banyak kerana dia cucu kesayangan atuk. Terima kasih kepada semua sahabat yang sama-sama mendoakan atuk saya. Saya cuba untuk tidak menitiskan air mata bercerita kali ini tapi hati saya tak sekuat itu. Saya tidak menangis bila pulang ke Kuala Lumpur bagi majlis tahlil tapi saya hanya menangis sebaik pulang semula ke Terengganu. Terkilan kerana saya tidak berjumpa arwah dulu sebelum naik semester kali ini sedangkan itu amalan saya setiap kali akan balik ke kampus. Walaupun Shahir mengajak saya ke rumah atuk berjumpa atuk. Terkenang gurauan Shahir, "Achik tak nak ikut pergi rumah atuk ke? Mana tahu atuk bagi duit lagi."

Sudah besar panjang, umur 23 tahun atuk masih bagi duit beli gula-gula. Dua tiga ringgit memang tak besar mana tapi besarnya keikhlasan hati arwah Allah sahaja yang tahu.

Wassalam.

Gambar terakhir aku dan arwah atuk semasa persandingan Abang.



Siapa sangka sikap berkeras ayah untuk bawa atuk dan wan jauh ke Sungai Besar bagi pernikahan dan persandingan Abang dan Kak Aini ada hikmah. Syukur atuk dipanjangkan umur lihat cucu kesayangannya berumah tangga.

Rabu, 12 September 2012

Masih Student Masih Single

Assalamualaikum 

And Hello World!!! 

Rindu kat budak sengal ni tak????

Lama aku sudah tidak menjenguk  blog ini. Mungkinkah sudah ada haiwan-haiwan liar yang mula membuat kawanan mereka sendiri? Mungkinkah sudah menjadi hutan rimba yang tebal??

Mungkinkah???

Hahaha..memang tak lah kan. Semua itu hanyalah ayat-ayat drama daripada Siti Solehah Saharudin, Si Drama Queen. Haha..tapi bakat sedia ada aku tu memang tak mampu untuk menenggelamkan bakat Kak Lang aku la kan.

Lama.....
Lama sangat rasanya atau mungkin sudah terlalu lama agaknya ( Bukankah semua itu hanya membawa maksud yang sama???)

Sekian lama aku membawa diri selepas berhadapan sesuatu yang mungkin layak aku katakan sebagai krisis hidup seorang remaja (remaja lagi ke? erkk..!) Dan akhirnya aku mula menjalani kehidupan ini seadanya dengan insan-insan yang Allah kurniakan untuk aku. Bersama jodoh-jodoh kehidupan yang ada dengan aku. Syukur alhamdulillah. Dia masih beri aku kesempatan merasai kasih-sayang yang indah di muka bumi ini. 

Tiba-tiba saya jiwang ( dan tiba-tiba tanpa aku sangka keluar pulak lagu Yuna, Terukir Di Bintang dalam playlist aku ni)

Sebenarnya apakah yang aku nak cerita? As ususal, aku biasa la, akan memang suka mengarut yang bukan-bukan dulu sebagai cara menjana idea. Haha..kan bagus kalau teknik ini aku boleh guna untuk assignment.

Aku sebenarnya baru je balik semula ke asrama. Naik sem baru. Ye, kawan-kawan! Saya masih student. Masih mahasiswi. Masih pelajar dan jugak MASIH BUJANG! (perlu ke bujang itu diperbesarkan?)

Hehehe...cuti semester yang lepas (actually nikah sebelum exam hari itu, time cuti tu kenduri) ada seorang sahabat kelas selamat bergelar seorang isteri dan suaminya itu juga senior satu kos dengan kami. Alhamdulillah semoga dipanjangkan jodoh kalian dan selamat semuanya. Amin.


Masa cuti sem lepas jugak ada yang dah bergelar tunangan orang. Tahniah dan semoga diperkukuhkan ikatan itu dengan pernikahan pula ye kawan. 

Aku pulak??
Nak tanya lagi..kan tadi aku cakap dah...
MASIH BUJANG! 

Maka adalah relevan untuk aku cakap pasal bujang ni kan sebab berkait dengan isu nikah kahwin ni. Hihi..secara rasminya sekarang dalm kelas kami dah ada seorang bapak orang, ada seorang ibu orang, ada dua orang bakal ibu orang, dua isteri orang dan dua ke tiga orang tunangan orang (setakat yang aku tahu la ni)

Apa yang lebih penting semuanya masih lagi student di UniSZA tercinta. Setahun lagi untuk aku dan kawan-kawan yang ada habiskan baki pengajian ini. Berdebar pulak bila jadi senior, senior, senior kepada junior,junior dan junior. Tanggungjawab sebagai pelajar memang besar. Sama ada kita sedar atau tak dan sama ada kita nak bertanggungjawab atau tidak je. Nampak macam selamba je buat kerja kan nampak macam tak ada apa-apa je tapi sebenarnya orang sekeliling sentiasa menilai kita dan meletakkan pelbagai tahap terhadap penampilan kita. Maka kepada kawan-kawan yang sudah berumah tangga, sudah beranak-pinak, bakal beranak-pinak and still study saya kasi tabik spring sehingga bateri habis. Marilah kita semua berusaha menjalani tahun akhir ini dengan penuh iltizam dan semangat yang berkobar-kobar (haha..semangat awal sem je aku ni!)

Masuk tahun ke-4 bergelar mahasiswi. Ada yang tanya kenapa lama sangat belajar, bila nak kahwin dan berderet-deret lagi soalan yang mungkin sebenarnya korang sendiri ada masanya akan tanyakan kepada-kawan-kawan sebaya korang kan. 

Belum masanya lagi untuk sebuah pernikahan maka bersabarlah. Allah lebih mengetahui. Tapi jangan pula bersikap tunggu dan lihat kerana Allah menyuruh hambaNya berusaha. Kalau duduk je atas kerusi dan meja makan tak boleh juga makan kan kecuali korang pergi kedai dan pesan makanan baru la makanan tu datang sendiri. Jodoh pun macam tu gak konsepnya. Kena usaha dapatkan yang terbaik untuk diri kita sambil kita berusaha juga jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik tadi. Jika rasa dah jumpa jika rasa dah berkenan berdoalah semoga itu yang terbaik Allah dah tetapkan untuk kita tapi kalau kita tak dapat janganlah kita kecewa. Kita kena selalu ingat yang Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita hendak. Ada ahli keluarga aku yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya tapi masih belum bertemu jodoh yang sesuai dan mereka menjadi pembakar semangat kepada aku untuk tidak tertekan dengan soalan-soalan nikah kahwin ini. Ingat! Jodoh itu urusan Allah dan kita hanya mampu berusaha dan merancang.  Relaks la.. Ratu Rock Ella tu pun kahwin umur dah lanjut tak de hal pun kan..kan.

Aku bercakap ini bukan sahaja untuk kawan-kawan tapi lebih kepada diri sendiri. Aku pernah punya impian dan punya perancangan yang nampak indah depan mata tapi penghujungnya penuh duka yang tak terjangka. Terfikir kenapa itu yang terjadi kepada aku dan aku sedar kerana doa aku supaya aku sentiasa kuat dan tabah dengan apa sahaja rintangan yang telah Allah tetapkan untuk uji aku. Maka itu ujian yang aku dapat dan rasanya Allah dah bagi apa yang aku perlu dan bukan apa yang aku hendak.

Hari ini aku menjadi orang yang lebih tabah dan ada masa aku rasa aku ni macam dah kejam sikit. Ok yang tak elok tu aku kena ubah kan. Maka hari ini aku masih student berstatus single. Soal jodoh tak perlu resah sebab aku yakin Allah dah sediakan Imam aku. Walau ada masa kita akan rasa a bit stress sebab ada kawan-kawan yang suka post pasal couple, nikah muda, dan sebagainya. So, nasihat saya buat tak tau la. Baca buku Bahrudin Bekri lagi best. Hahaha..

Pengajaran cerita hari ni, kalau korang single itu bukan masalah sebab korang ada banyak masa lagi untuk tidur dengan mak korang, masih boleh main game dan layan kedai mamak sampai lewat malam (untuk orang lelaki), tak da sape nak komplen kalau korang cuma pandai masak telur mata dengan kicap (untuk perempuan) dan tak ada sape boleh judge kebusukan bantal ucuk korang. Kan..kan..kan.. :) Be happy sebab masih banyak kebaikan menjadi single. Paling best adalah korang tak payah tanggung rindu. Keh...keh...great kan.