Sabtu, 26 Jun 2010

Adik Aku Bercinta????

Assalamualaikum..

Entah apa la masalah aku ni asyik cakap pasal cinta je semenjak dua menjak ni. Mungkin juga sebab diri aku sedang dipenuhi dengan kasih sayang sekarang ni. (perghhh..ayat bukan main jiwang lagi..)
Hihihihi...
Aku ni sebenarnya sedang membaca sebuah buku yang berkisar mengenai cinta. Bagus juga tulisannya. Buat aku memahami dan mendalami cinta itu kepada dasarnya dan bukan sekadar luarannya. Artikel sebelum ni aku ada sebut biar cinta tu bermaruah kan.
Ini aku nak sebut sikit tentang adik kesayangan aku ni. Bila terjebak dengan cinta macam-macam la jadinya. Aku pun bukan la arif sangat tentang cinta ni tapi ada la sikit pengalaman yang mampu bimbing aku dalam melangkah dalam dunia kasih-sayang ni. (aitcheh leha...dia buat dah..) Semenjak adik aku sambung belajar ni bukan main lagi dia...walau dia tak mengaku tapi dari gerak tubuh dia kami semua kakak-kakaknya tahu dia ada awek..
Baru-baru ni keputusan peperiksaan dia untuk sem 2 keluar dan pointernya jatuh dari 3 pointer kepada 2 pointer.
Apa lagi, kakak-kakak dia yang berlima ni tanpa berlengah telah memuntahkan segala jenis peluru ala-ala rejim zionis kepada adinda seorang ini...hati kami sakitnya jangan dikata.. Degil dia kami terima, nakal dia kami telan tapi satu bab tentang pelajaran ni memang tak ada kompromi. Nampak sangat dia makin leka dengan hal-hal yang luar dari akademik. Cakap kami ni ada je yang dia nak tentang dan bantah. Tapi kalau yang SI DIA tu cakap apa kat dia pun dia terima je. Orang tu panggil dia tongek bongek (yang sampai hari ni aku tak tahu apa maknanya) wahh!!! DIA TERIMA JEK..... (mesti korang tertanya jugak mana aku tahu semua ni.. dunia siber kawan..semuanya bermula di FB) Bagus juga ada teknologi macam ni dapat jugak aku tahu apa adik aku buat dan dengan siapa dia berkawan...
Aku ni bukan la anti bila adik aku dah pandai bercinta tapi pandai la bawa diri. Pasal cinta hidup kita pulak yang kecundang apa cerita kan.. Sebagai kakak siapa yang tak sayang adik kan.. Aku nak yang terbaik je. Hidup dia masih panjang. Tak perlu untuk dia ikat diri dia hanya pada seseorang. Rasa cinta tu bukan salah dan bukan dosa tapi biarlah semua tu berbalik pada PEMILIK CINTA itu sendiri...jangan kita yang syok sendiri.
Cukup la kot..lagi banyak aku cakap lagi banyak amarah yang aku hamburkan... Yang baca ni ingat-ingat la jangan kita kecundang kerana cinta mainan lebih baik kita merana demi cinta yang hakiki (tapi kalau kita dah ketemu cinta hakiki mungkinkah si DIA akan biarkan kita merana)

Wassalam

Jumaat, 25 Jun 2010

Hidupku Tak Keruan..

Assalamualaikum..

Wahai sahabat-sahabat sekalian, bertemu lagi kita dalam ruangan aku yang tak seberapa indah ni. Kepada sahabatku Ezuan nanti aku update nota-nota untuk Metodologi Dakwah dan subjek agama lain yang aku dah sedia ada. Nak bagi orang kongsi ilmu kita kena yang terbaik tak boleh la nak bagi carca-marba punya kerjakan. Ilmu itu milik Allah SWT maka sebagai hambaNYA kena la kita jaga sebaiknya. InsyaAllah.
Aku ni sebenarnya tak tahu nak tulis tentang apa. Beberapa hari kebelakangan ni kehidupan aku agak tak keruan. Tambahan lagi tak lama lagi aku dah nak mula sem baru. Rumah aku pun dah tunggang-langgang semenjak adik aku, Shahir mula kerja dekat PROTON di Shah Alam aku dan adik bongsu aku kena ambil alih kemas rumah (kerja yang aku paling malas nak buat). Kak Lang aku pun dah mula kerja dengan MAKNA maka bertambah la lagi beban aku untuk lakukan yang terbaik masak untuk semua orang. Masa aku cuti boleh la nak buat sikit-sikit tapi bila kerja memang aku surrender la. Tak larat weh...
Itu hal kat rumah. Belum cerita belah malam aku kena pergi tidur rumah wan dan atuk aku. Memang la tak ada keje nak buat kat sana. Pergi sana hanya untuk tidur dan standby untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Kedua-duanya sudah makin uzur jadi tak boleh la nak tinggalkan mereka berdua sahaja. Apa yang memenatkan adalah nak kena ulang-alik. Aku ni pulak kalau tidur kat sana memang selalu sangat terlajak tidur. Mula la nanti nak kejar masa siapkan urusan aku pulak nanti. Nak harapkan adik aku yang seorang tu bangunnya tak tentu. Ada masa awal pagi dah bangun. Ada masa selagi tak dikejut, kita ni mimpi la nak tengok dia bangun tidur.
Semalam, sebelum tidur aku call Saha. Kami pun berborak la. Macam biasa aku cerita semua yang aku lalui sepanjang hari. Aku pun cerita kat dia pasal orang gila. Sekarang aku dengan orang gila hanya berkomunikasi menerusi ruangan sembang di FB. Dalam album gambar aku di ruangan sosial tu ada gambar aku berdua dengan adik aku. Orang gila komen kata sesuai. Ada ke dia pikir tu pakwe aku padahal adik aku. Lantak dia la kan. Tak lama lagi pun dah nak jadi laki orang. Apa lagi yang aku nak harap pada dia. Semoga dia berbahagia la dengan bakal isteri dia tu nanti. Hati aku yang lara ni biarkan je la. Dia seorang sahabat dan aku sayangkan dia sebagai sahabat. Rasa sayang yang lebih itu mungkin hanya sementara untuk Allah uji kesetiaan aku terhadap cinta yang DIA hadiahkan dalam hidup ni. Seribu kali ganda rasa sayang aku pada orang lain tak mungkin boleh ubah pendirian dan perjanjian kasih antara aku dan Saha. Selagi Allah tak ubah haluan hati kami ni InsyaAllah segalanya kan terlaksana. Kalian yang baca artikel ni tolong la doakan niat suci ni termakbul.
Masa aku borak-borak dengan Saha, dia ada bagi tahu pada aku bahawa sebenarnya dia lepas SPM dia memang dah tak minat nak sambung belajar. Tapi disebabkan dia dah tak ada kerja nak buat serta dia juga anak sulung, dia sambung juga belajar di politeknik dan ambil sijil (masa Saha buat praktikal ni kami berdua baru je berkenalan lepas beberapa bulan kami ambil keputusan untuk jalin hubungan yang lebih serius). Lepas buat sijil Saha nak kerja je. Dia siap kata nak amik lesen untuk lori. Katanya dapat kerja jadi pemandu lori pun tak pe janji leh kerja bantu mak dan ayah dia. Aku tergelak masa dia cakap macam tu tapi dalam masa yang sama aku bangga sebab dia ni bertanggungjawab dan tak memilih kerja sangat. Aku tanya dia lagi kenapa pulak dia sambung diploma, ada kena-mengena dengan aku ke???
HIHII...mula-mula tu tak nak mengaku..tapi bila aku merajuk dia mengaku jugak memang aku salah satu sebab dia sambung buat diploma. Dia cakap bila kenal aku buat dia fikir kalau dia kerja jadi pemandu lori cukup ke nak bagi makan anak bini lagi-lagi dia kalau boleh dia tak nak aku kerja. Makanya Si Dia pun sambung belajar biar dapat kerja yang lebih elok upahnya. (semenjak umur Saha menginjak 23 tahun suka sangat dia cakap pasal kahwin).
Sesiapa yang baca ni ingat la bercinta tu berpada-pada la jangan sampai melebihi cinta kita pada Allah, Rasulullah saw dan juga orang tua kita tu. Jadikan cinta tu semangat kita untuk berjaya bukan jadi lagi mundur sebab ingatkan kekasih jer sampai semua benda tunggang terbalik. Cinta tu biar bermaruah biar ada visi dan misinya. Kalau sekadar nak suka-suka tak payah la nak 'berkapel-kapel' ni. Buang masa je..

Rasanya itu je tuk kali ni. Aku pun nak pergi kerja jap lagi. Apa yang elok jadikan la sebagai panduan tapi yang salah tu jadikan sempadan dalam menjalani kehidupan kita sebagai hamba yang serba daif ini.

Wassalam..

Sabtu, 19 Jun 2010

Bila kita tak mampu memiliki..

Assalamualaikum

Hidup ni tak selalunya jadi macam yang kita minta. Tak salah bila kita berhajat tapi bila segala telah ditentukan, perlulah kita sabar dan redha dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kita. Manusia telah Allah jadikan punya naluri dan perasaan ingin dikasihi dan disayangi. Lebih dari itu manusia juga adalah makhluk yang Allah kurniakan nafsu. Bila kita sebut saja tentang nafsu ni kita kena ingat bahawa nafsu ini bikan saja mendorong kita kepada kejahatan tetapi juga kepada kebaikan. Kita kena faham maksud nafsu itu adalah keinginan sama ada baik atau buruk.

Sama la aku pun macam tu jugak sebab aku pun manusia. Tak tahu la kalau korang tak macam tu mungkin korang spesis lain kot. Cuma ada masanya naluri kita berkehendakkan sesuatu yang kita tak mungkin perolehi. Situasi macam ni selalu sangat buat aku kecewa. Aku selalu berfikir kenapa terlalu mudah aku mengalah kepada dugaan yang diturunkan pada aku? Kenapa aku terlalu rapuh bila menghadapi sesuatu yang melibatkan pilihan dan perasaan? Kawan-kawan aku selalu tanya kenapa aku boleh jadi lemah dalam hal-hal begini. Aku sendiri keliru dengan peribadi aku. Kawan-kawan tengok aku dari luaran seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi cabaran walau aku ni jenis cepat menangis tapi aku cekal laksanakan apa pun yang mendatang. Tapi apabila libatkan hati dan perasaan aku macam orang bodoh je. Aku fikir balik, bila aku sayangkan seseorang mana aku letak Allah dalam hidup aku? Sayang aku pada orang tu aku rasa berlebih-lebih. Sampai ada ketikanya aku yang makan hati. Aku tak suka rasa macam ni.

Aku tak tahu la apa lagi yang aku nak cakap. Tapi inilah yang aku rasa. Aku jadi sesat dan kabur sekejap. Aku jadi kecewa bila tak mampu untuk memiliki sesuatu yang aku sayang. Aku sakit hati bila aku kena memilih salah satu. Aku jadi tak keruan bila yang aku nak tu bakal jadi hak orang lain. Aku pun tak nak dia memilih. Aku cuma nak dia bahagia. Aku dah redha pada mulanya bila aku yakin aku takkan ada apa-apa lagi hubungan dengan dia tapi bila dia datang balik aku rasa sayang nak lepaskan dia kembali. Aku cuba terima dia sebagai sahabat tapi sayang aku rupanya dah lebih sempadannya. Aku nak dia sebagai sahabat aku, aku nak dia sebagai ORANG GILA aku. Aku nak dia yang dulu, dia yang nak kenal aku dan jadi kawan aku. Tapi mungkin takkan terjadi. Aku sendiri yang buat perasaan aku terluka. Aku sendiri yang campak hidup aku dalam lautan air mata. Aduhhh..kecewa betul ayat-ayat aku ni kan.

Cukuplah dulu..aku cuma nak orang gila bahagia je. Aku cuma nak semua yang aku sayang gembira... Aku cuma nak jadi macam dulu. Aku dah penat hidup dalam rasa bersalah dan kecewa...

Selasa, 8 Jun 2010

Cukup Untuk Saya..

Assalamualaikum

Kebelakangan ini emosi aku agak terganggu. Mungkin kerana terlalu penat dengan persiapan kenduri kahwin kakak aku yang baru sahaja berlangsung 6 Jun yang lepas. Dalam masa yang sama aku terpaksa bekerja untuk tambah duit poket aku. Lebih dari itu perhubungan aku dengan Saha bagai ada yang tak kena di mana silapnya aku sendiri tak dapat kenal pasti lagi. Tapi yang pasti pada aku jarak bukan masalahnya. 5 tahun kami berhubungan takkan la sekarang timbul isu jarak. Kalau ini puncanya dari dulu lagi masalah ini perlu timbul. Lupakan hal tu. Aku nak cakap sesuatu yang berkaitan dengan tajuk kali ini.

Dalam hidup ini. pelbagai perkara perlu kita laui sama ada susah atau senang, suka atau tidak sudah takdir Ilahi kita perlu melalui semua ini. Walaubagaimanapun kita perlu untuk belajar kata 'CUKUP'. Hal ini aku dapat dari cikgu aku, Cik Farainaz Hazimal. Satu hari aku dan sahabat baikku Ezuan, buat latihan untuk pidato Piala HASIL. Masa bincang tentang isi apa yang patut dimasukkan, cikgu aku bagi kami artikel tentang hal belajar kata cukup ini. Bila selesai baca baru aku sedar yang aku selalu meminta lebih dari apa yang sepatutnya aku dapat.

Mungkin juga tanpa sedar kalian juga begitu.
CONTOH:
1. SEHARI BELANJA RM5 TAK CUKUP LA, SEPATUTNYA RM 10.
2. DUIT PTPTN YANG KITA DAPAT MANA CUKUP NAK TAMPUNG SEMUA BELANJA.
3. KERJA SEKARANG GAJI KECIK SANGAT NAK BAYAR MACAM-MACAM.
4. MAK AYAH AKU TU KAN SEMUA BENDA TAK BOLEH BUAT, KAN BAGUS MAK AYAH AKU JENIS 'OPEN'.
5. UNTUNG KAU DAPAT SUAMI KERJA GAJI BESAR, LAKI AKU KERJA KULI JE.
6. DAN SEBAGAINYA.
Banyak rupanya dalam hidup ni yang kita rungutkan. Bila aku fikir kembali sebenarnya apa yang kita dapat seharian dalam hidup ini cukup sangat tapi kita tak sedar semua itu. Bila kita tak dapat kita minta-minta tapi bila kita dah dapat apa yang kita idamkan lain pulak masalah yang datang.
SEBAGAI CONTOH:
AHMAD KERJA KERANI. SEBELUM DAPAT KERJA DIA CAKAP SEBULAN GAJI RM500 CUKUP LA. DAPAT KEJE, GAJI PUN MACAM YANG DIA MAHUKAN TAPI DAH DAPAT DIA CAKAP TAK CUKUP PULAK. KALAU DAPAT JADI RM 800 CUKUP LA. BILA DAPAT JUMLAH YANG DIIDAMKAN KATA DIA TAK CUKUP JUGAK. DIA MINTAK BOS TAMBAH KERJA LEBIH MASA. DIA PUN DAPAT KERJA LEBIH MASA. GAJI PUN BERTAMBAH TAPI SEKARANG KATANYA MASA REHAT TAK CUKUP. NAK DAPAT CUTI SUSAH. NAK BALIK KAMPUNG PUN JARANG-JARANG.
Jadi apa yang cukup sebenarnya untuk kita yang bergelar manusia ni? Tak pernah yang cukup sebenarnya bila kita terlupa konsep syukur terhadap SANG PENCIPTA. Kita asyik mengeluh kata itu ini tak cukup. (tak cukup dari sudut pandang apa yang kita dapat) Sekarang ni kita fikir dari sudut apa yang kita bagi kembali kepada PEMBERI REZEKI kita.
Senarai Semak :
1. Solat lima waktu.
a.cukup
b.tak cukup
c.langsung tak buat
2.Puasa bulan Ramadhan
a.penuh tanpa prejudis
b.ikut yang termampu tapi ganti balik
c. ikut suka kalau tak buat pun tak ganti
3.Hormat ibubapa
a.taat setia tak kira situasi
b.hormat tapi kalau ada tak suka pasti memberontak
c.relakslah buat mak ayah macam kawan-kawan je
Cukuplah 3 tu rasanya.. Agaknya kita macam mana ye dengan 3 yang diatas tu markah penuh tak?
Cakap pasal cukup ni juga pernah Saha tanya aku apa yang kurang pada dia dan apa lagi yang aku nak dari dia. Aku cakap cukup semuanya tak ada apa yang perlu aku minta dari dia lagi. Apa lagi yang aku nak minta? Diri aku pun bukan sempurna mana untuk minta lebih demi kekurangan diri aku ini. Semua yang ada pada masa ini sempurna jika tak cukup aku sendiri akan berusaha dapatkan yang terbaik.
Bila kita dah belajar tentang berkata cukup ini ada juga hal-hal tertentu yang takkan pernah cukup. perkara tersebut adalah ilmu dan amal ibadat. Jadi tu sentiasa la update semua tu ye..
Semoga aku jadi orang yang tahu bercakap cukup dan bersyukur di atas segalanya..
Wassalam.