Khamis, 19 Januari 2012

Aku Wanita Aku Kaum Hawa

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan dalam keadaan yang gembira. Tapi kalau kalian tak berapa nak gembira, aku harapkan cerita yang aku kongsi mampu memberi sedikit keceriaan pada kehidupan kalian.

Pada malam hari selepas peperiksaan terakhir, aku telah menjadi penghasut yang cemerlang apabila berjaya menghasut kawan-kawan serumah merangkap kawan sekelas aku untuk keluar pergi lepak kat Pantai Batu Buruk. Menikmati angin malam dan melihat alam ciptaan Allah.

Tapi sayang...
Pemandangan itu dicemari dengan pasangan-pasangan kekasih yang memadu asmara (tak payah kat luar ni, dalam kawasan kampus pun lebih kurang je aku tengok). Sebagai orang yang tak suka kepada pemandangan yang tercemar ini maka aku dengan kawan-kawan ni secara tidak berdisiplinnya telah melakukan dakwah dalam nada yang aku kategorikan sebagai sedikit perlian. Aku ni jenis memang cakap kuat. Konon-konon macam berbual pasal topik pelajaran kitorang sambil keluarkan hadis janganlah kamu mendekati zina. Bukan main kuat kami cakap dan pasangan bangku sebelah tu memang dengar la. Aku rasa sekejap je diorang dating kat situ lepas tu blah. Ada dalam 2 ke 3 pasangan yang kena macam tu dengan kami. Nak tegur depan-depan kami tak ada keberanian itu. Setakat tu je la yang mampu kami buat dan semoga diberikan kekuatan melakukan yang sesuatu yang lebih besar demi jalan Allah. Amin.

Lupa nak cakap. Adegan penghasutan kat rumah aku berlaku bila lagi dua orang kawan serumah kami merangkap senior kami buat barbeque dengan kawan-kawan mereka yang lain maka rumah ni berasap-asap dengan bau ayam dan sate yang menusuk kalbu. Aku pun naik berasap sebab dah tak selesa selain rasa terliur sangat-sangat. Dah buat macam tu tak ajak sekali lak tu. Aku malas nak kupas hal itu. Aku dah tak senang duduk kat rumah dan aku rasa diorang yang buat majlis tu pun akan rasa tak senang kalau kami ada dalam rumah tu maka aku buat keputusan untuk ajak lagi dua orang kawan aku tu pergi lepak tepi pantai. Kemudian ajak lagi seorang kawan yang duduk kat hostel keluar sekali dengan kami.

Masa kat pantai kami pun borak-borak la macam-macam perkara. Bergelak-ketawa bukan main. Apa yang pastinya tindakan kami keluar tu antaranya adalah untuk melepaskan tekanan serta meraikan yang kami dah habis exam untuk semester ini. Isu utama yang diperbincangkan adalah isu seorang tenaga pengajar kami. Macam-macam perkara keluar. Hanya nak melegakan rasa hati dan meletakkan kembali rasa positif dalam diri kami sebab beliau orang yang bagi ilmu maka kena hormat kang kena ketulahan dah susah nak belajar kan. Masalah ini pun kami dah selesaikan :)

Ok kawan. Kita nak masuk cerita tajuk entri hari ni. Hahaha..Mukadimah cerita lain bukan main panjang ye. Masa kat pantai tu kami berkongsi cerita kan. Aku cerita kat kawan aku ni pasal family angkat aku. Dah lama aku tak pergi tengok diorang dan semua dah tanya bila lagi aku nak datang sebab aku tak pergi beraya kat sana dan ada kenduri pun aku tak join juga. So, adik kepada kakak angkat aku ni selalu contact aku dan aku suruh dia beritahu yang aku akan datang jenguk diorang balik cuti ni. Anak buah dia yang aku panggil Botak ni dengar dan tanyalah kat Pak Lang dia ni, "Pak Lang, Pak Lang, makcik Solehah nak datang tengok kita ye?". Balas Pak Lang dia, "Makcik Solehah tak jadi datanglah Tak". Si Botak pun pergi kepada mama dia dan cakap pula, "Alaa..mama makcik Solehah tak jadi datanglah".

Cerita atas inilah permulaan kepada tajuk cerita aku yang kat atas tu. Kawan aku tanya aku bukan ke dulu aku tak berapa suka budak-budak? Macam mana pulak aku boleh suka budak-budak sampai anak kakak angkat aku tu boleh naik excited aku nak datang. Masa aku tidur kat rumah kakak angkat aku tu budak tu tidur sekali dengan aku, bila aku dah siap-siap nak tidur tiba-tiba dia angkut bantal dia keluar dari bilik mak dia dan letak sebelah bantal aku. Adik dia pun mengikut sama abang dia. Comel je bila aku tanya nak tidur dengan Achik ke, dia senyum-senyum. Hihihihi... Aku cakap dengan kawan aku, yang aku mula suka budak bila : 
"AKU YAKIN YANG SELAMA KEHIDUPAN AKU INI AKU SEBENARNYA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG WANITA DAN AKU PERLUKAN SESEORANG YANG BERGELAR LELAKI UNTUK MENJADI PENDAMPING AKU YAKNI SEBAGAI SEORANG SUAMI DAN MENDIDIK AKU MENJADI ISTERI SOLEHAH SERTA AKU PUNYA NALURI UNTUK MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ZURIAT SEPERTI WANITA YANG LAIN."

Maka sejak detik itulah aku sedar aku perlu mula belajar sukakan budak-budak (korang bayangkan aku ucap dialog tu dengan penuh perasaan syahdu kat tepi laut yang anginnya agak kuat sambil aku berpeluk tubuh dan membuang pandangan (ayat novel cinta seh) ke arah laut.

Lepas aku cakap macam tu dia gelak besar. Dia cakap ayat aku tak boleh blah. Sebijik macam dialog drama swasta. Dia tanya lagi habis selama ini aku bukan perempuan aku cakap sebelum ini aku macam ada kecelaruan gender sebab aku selalu cakap kenapa aku ni anak perempuan tapi selalu kena buat kerja anak lelaki maka benarkah aku ni perempuan. Kiranya aku seakan mempertikaikan fitrah aku yang lahir sebagai perempuan. Berdosanya aku. Masa tu aku jahil lagi tapi sekarang aku dah sedar.

Rasanya itu je confession yang aku nak buat kali ini. Nantikan pengakuan berani mati dalam segmen-segmen yang akan datang. Hahaha....

Wassalam.

Novel Ke Filem/Drama

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat? Harap semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kepada rakan-rakan yang sedang cuti semester ni apa cerita duduk di rumah? Aku yakin yang mana peminat novel-novel cinta tanah air akan menepek je depan TV tengok cerita Gemersik Kalbu yang sedang dimainkan di TV3. Saluran Astro Prima pulak ada cerita Bicara Hati belah malamnya tapi aku tidak ingat pula bila siarannya. Semenjak tulisan Ahadiat Akashah yang meletup dijadikan sebuah filem iaitu Lagenda Budak Setan, semakin ramai penerbit dan pengarah yang memilih untuk membuat filem dan drama berdasarkan novel-novel yang pernah menjadi kegilaan pecinta novel.

I will not talk about how good their creativity and effort to inteprate the story from books to film or drama. But I would like to talk about how great the impact on what they were doing. Selepas tayangan filem Ombak Rindu habis dimainkan di pawagam aku terbaca satu ruangan dalam sebuah akhbar tempatan yang memaparkan serta melaporkan perkembangan industri penerbitan bahan-bahan bercetak di negara Malaysia tercinta ini termasuklah mengenai novel-novel karya penulis tempatan. Aku memang suka buku dan biasanya kalau aku nak beli buku aku akan refer pada akhbar atau internet untuk intai-intai buku apa yang tengah hot kat pasaran dan dapat banyak review dari pengkritik-pengkritik karya penulisan. Cara inilah yang mendorong aku berkenalan dengan penulis-penulis yang luar biasa. Antara yang aku kenal dan jatuh hati dengan penulisannya adalah Andrea Hirata. Ulasan yang sangat banyak mengenai novel Laskar Pelangi mendorong aku untuk membaca karya pertama beliau dan seterusnya menjadi seorang manusia yang ketagih dengan karya-karya baru dari beliau. 

Oh, tidak! Aku mula berbicara seperti seorang pengkarya agung. Mungkinkah aku? :)

Back to the basic (hah?betul ke ayat ni untuk situasi aku sekarang?) Actually back to the main point. Aku nak cakap pasal impak filem yang mengadaptasi kisah dari novel yang ada dipasaran. Selepas filem Ombak Rindu meletup-letup kat pawagam dan dapat banyak komen termasuklah daripada tokoh-tokoh agama terkemuka negara novel tersebut turut menerima tempiasnya. Tadi aku ada kata yang aku baca akhbar yang satu ruangan itu berkisar mengenai dunia penulisan kan. Ok, aku tengok senarai buku-buku paling tinggi jualannya di kedai-kedai buku utama negara dan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari menduduki tangga teratas. Hebat tak? Padahal novel itu aku dah baca masa aku masih lagi sekolah menengah adalah dalam 5 ke 6 tahun yang lepas and now that novel become a hit back. Dahsyat bro!!! 

Lepas ini aku nak tengok pulak kehebatan drama Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Adakah mampu untuk mengangkat kembali karya penulis Anis Ayuni dan Damya Hana sebagaimana Ombak Rindu? Korang yang baca artikel ini pun rajin-rajinlah belek akhbar untuk tahu perkembangan penerbitan buku yang terkini.

Aku rasa tu je yang aku nak kongsi hari ini. Take care.

Wassalam

P/s: Sebenarnya aku nak cerita pasal aku pergi pasar malam tadi entah kenapa boleh terpesong cerita ini. Confuse jap. Hihi..

Jumaat, 6 Januari 2012

STUDY?? Tak Payah Melebih-lebih laa...

Assalamualaikum..

Apa khabar kalian diluar sana?? Pastinya pelajar-pelajar yang menuntut di IPTA dan IPTS dan sedang mengikuti pengajian ijazah dan keatas sedang sibuk menelaah bagi menghadapi peperiksaan akhir bagi semester kali ini. Aku pun sedang mengulangkaji sebenarnya ni. Tapi aku rehat sekejap untuk makan dan buat keputusan untuk menaip sebentar.
Harap semua dapat menelaah dengan baik dan dalam masa yang sama tak abaikan pemakanan dan kesihatan. Bukan apa, aku tengok banyak sangat student yang bila masa exam selalu mengabaikan aspek-aspek kehidupan yang lain seolah-olah exam ni tujuan sebenar mereka belajar di universiti. 
Contoh terdekat adalah beberapa orang rakan aku. Masa tidur tak dijaga, pemakanan diabaikan dan masa aktiviti lain diketepikan. Hal ini adalah tak seimbangkan ok. Sedangkan agama Islam sendiri mengajar penganutnya agar tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara tetapi lebih mengajar kepada konsep kesederhanaan malahan tidak juga agama menyusahkan hamba. 

Firman Allah di dalam Al-Quran :

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
Terjemahan: 
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
                                                                                                             (Surah Taha, 20:2)

Berdasarkan potongan ayat Al-Quran diatas dapat kita fahami bahawa Allah SWT sendiri tidak menyusahkan Rasulullah SAW untuk menanggung Al-Quran. Sedangkan ia sebuah kitab yang mulia dan agung bagi umat Islam. Tapi kita sanggup bersusah-susahan sehingga abaikan makan minum untuk menelaah buku-buku pelajaran yang lain tetapi tidak Al-Quran (merujuk juga kepada diri aku sendiri). Kalian jangan salah faham dan menganggap aku ini jumud atau orang yang beralasan kerana tidak mahu menelaah untuk menghadapi exam. Tetapi aku nak cakap di sini betapa zalimnya kita dalam memilih ilmu. Fahamilah zalim dalam Islam bermakna tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya macam kebanyakan yang dilakukan oleh kita pada hari ni. Belajar mengejar ilmu dunia bersungguh-sungguh, membeli pelbagai buku ilmiah sehingga tak menag akal nak membaca tetapi Al-Quran yang ada dalam satu versi sahaja dari zaman Nabi sampai sekarang tak terlarat kita nak baca waima satu muka sekalipun untuk masa sehari. Aku tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana aku bukanlah ahli pada bidangnya.

Kembali kepada topik pengabaian aspek kehidupan bila tiba masa peperiksaan. Sering terjadi bila tiba masa exam perkara utama yang akan berubah adalah masa tidur. Akan ada pelajar yang menelaah bersungguh-sungguh sehingga lewat malam. Malahan ada juga yang sanggup tak tidur semata-mata nak habiskan ulangkaji (masalah jadi macam ini sebab tak mula ulangkaji bila kuliah dah bermula dan cuba cover semua topik dalam masa yang singkat). Padahal tindakan ini boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan. Bekerja guna akal sebenarnya lebih memenatkan tubuh berbanding bekerja menggunakan kudrat. Apabila akal kita penat maka tubuh kita secara tak langsung akan turut penat kerana akal yang memberi arahan kepada tubuh badan. Bila jadi macam ini kita memerlukan sistem rehat yang efisyen. Rehat yang berkesan bukan sahaja dengan tidur tapi melalui pemakanan seimbang, ibadah yang teratur serta riadah bagi menenangkan pemikiran kita. 

Masalahnya sekarang masa tidur saja dah tunggang terbalik. Pukul 3-4 pagi baru nak tidur. Bangun dah lambat mulalah buat solat Subuh gajah. Makan main hentam aja. Belajar-belajar lupa nak makan. Bila perut dah sakit masuk angin baru nak cari makanan. Ada yang malas nak keluar beli nasi dengan lauk berkhasiat ambil keputusan telan megi saja. Baikkah untuk otak dan tubuh? 
Kalau keperluan asasi iaitu MAKAN boleh diabaikan apatah lagi nak keluar beriadah. 
Jawapannya memang tak lah kan. Kalau berterusan macam ini boleh mendatangkan mudharat pada tubuh. Lebih-lebih lagi buat sehari sebelum exam. Contoh benar aku bagi ni. Kawan aku menelaah samapi lewat malam, malam sebelum exam. Esoknya exam dia datang lambat. Nasib baik exam belum mula lagi tapi dia dah kelam-kabut pagi itu sebelum exam maknanya hati dia tak tenang. Bukankah akan mengganggu konsentrasi masa nak jawab exam tu sebab dia dah panik. Kalau jenis yang cepat cool down tak pe ni dapat yang gabra lebih bukan ke kes naya.

Pasal tidur satu hal. Ini kes makan pulak. Bila dah masuk angin baru cari makan. Lagi bahaya. Masuk angin, perut kembung akan sebabkan rasa tak selesa. Kalau korang dah tak selesa boleh ke fokus masa jawab exam? 

Nak jawab soalan perut sakit pulak. Dah dalam otak pikir nak stay jawab soalan ke nak pergi jamban. Kalau pergi jamban karang takut tak cukup masa nak menjawab. Kalau terus stay takut nanti melepas dalam dewan exam pulakkan. Celaru lagi. Hilang ilmu yang korang belajar tu sekejap sebab sibuk pikir pasal perut korang yang meragam tu.

Oleh itu rakan-rakan, buatlah semuanya secara berpada-pada. Jangan melampau-lampau belajarnya sampai solat lima waktu tak cukup, keperluan tubuh tak dijaga sehingga bawa mudharat. Apa-apa pun belajar la bersungguh-sungguh dan secara bijak ye.

SELAMAT SEMUANYA DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR.
JANGAN LUPA USAHA, DOA DAN TAWAKAL.

Wassalam.


Rabu, 4 Januari 2012

Aku Nak Follower

Assalamualaikum

Dan

Hai semua!!!

Hope all of you just fine.  For the next two days I will be a 'merdeka' student.
Just for the next two days ok. Hari ni adalah hari aku bersuka-ria. Rindu korang semua tahu tak?? (Hahaha..macamlah ramai sangat yang baca apa yang melalut dalam ini kan). Korang rasa ramai tak yang baca???
Hurm..ini dah masuk tahun ketiga aku aktif menaip dalam blog. Tapi aku tak ramai follower. Rasa macam best je kan kalau ramai yang follow aku. Tapi kalau orang follow sebab aku yang merayu-rayu atau mintak kawan-kawan suruh diorang punya kawan-kawan dan kawan-kawan kepada kawan-kawannya untuk suka blog ni atau jadi follower tapi diorang tak baca pun tak payahlah kan. Aku nak penulisan aku ni bagi makna pada pembaca. Ada kesan pada orang yang berkenalan dengan aku melalui cerita-cerita aku. Kiranya aku nak orang terinspirasi dengan idea dan kisah aku macam aku yang sentiasa mendapat inspirasi baru bila baca karya Bahruddin Bekri dan juga Andrea Hirata.

Itu je kot aku nak cakap kali ini. Tiba-tiba aku hilang idea. Nak cari lagu-lagu yang menginspirasikan aku pulak. :)
Good day all.

Wassalam.

P/s: Dying to hear comment from all of you. Nak tahu gak apa pendapat korang dengan penulisan aku so aku boleh improve.

Isnin, 2 Januari 2012

Seriously 23 Years Old...

Assalamualaikum and Hello there!

Im 23 years old already. 
Old..old..old... Awkward...
Itulah yang aku rasa ketika ini. Dah 23 aku ni tapi kan muka ni duk tumbuh jerawat lagi. Baru je semalam menjelang detik umur aku 23 tahun aku telah memicit 2 biji jerawat yang 'sudah masak' di pipi aku. Hahahaha..Baru aku puas hati. Asyik nak menepek je kau kan kat muka aku. Atau mungkin kemunculan jerawat ini untuk menenangkan hati aku bahawa aku masih muda remaja sebab tu jerawat masih singgah di pipi gebu aku ni (gebu ke??? kalau tembam aku setuju)

Alhamdulillah...
Syukur dipanjangkan umur dan masih lagi diberi peluang untuk bernafas di tahun baru 2012 dan masih mampu melangkah tika usia menginjak 23 tahun. Syukur Ya Allah. Terima Kasih Ya Rabb. Macam kebiasaannya, aku akan terima ucapan ulang tahun dari ahli keluarga dan sahabat handai. Orang pertama yang bagi pesanan ringkas kepada aku adalah Kak Uda aku. Hihihi... Lepas tu kawan-kawan dan yang lain-lain tu bagi mesej kat FB je tapi ok la kan sebagai tanda ingatan. Kalau tak ingat pun tak mengapa apa yang penting orang ingat aku sebagai seorang sahabat.

Hari ini juga aku akan menghadapi final exam untuk semester 5 tahun 3. Huhuhu..berdebar rasa. Perut aku ni dah tak sanggup nak tanggung rasa cuak berlebihan ni. Tadi pun dah kurangkan sikit dengan pergi 'melabur'. Lega la sikit. Confirm masa jawab exam nanti perut aku tak buat hal dan aku boleh jawab dengan tenang dan yakin walaupun jawapan aku tu tak tentu lagi betulnya. Tapi bak kata mak ayah aku dan cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Jangan tinggalkan kosong tak berjawab sebab rugi sangat. Kalau kita salah bukan kena tolak markah pun. Yang penting kita tunjukkan effort kita yang tak berbelah bahagi masa nak jawab soalan tu. Baru la pemeriksa tu happy sikit bila dia tengok kita bukan generasi yang mudah mengalah dan tidak mahu mencuba kan. Beranilah menjadi orang yang berbuat salah dan menghadapi kesalahan itu. Kalau kita tak tahu apa yang salah kita takkan pernah kenal apa yang betul. Am I right?
Hahaha..sekali dah macam pakar motivasi dah. Apa-apa pun kena berjuang untuk exam (aah..Solehah, berjuanglah sangat kau ni. Lagi dua jam nak exam kau ada masa lagi nak taip artikel kan)

Berjuanglah ni aku tengah berjuang menghilangkan rasa gementar kot. Hihihi...

Semoga tahun baru dan usia baru ini memberi sinar yang lebih gemilang dalam kehidupan aku. Rasanya pengakhiran tahun 2011 adalah sangat baik bagi aku kerana aku dapat berkumpul bersama ahli keluarga aku sama ada yang jauh atau yang dekat. 

Ok geng. Jaga diri dan semoga bertemu lagi dalam artikel yang lain. Mungkin akan lambat update sebab aku akan sibuk dengan revision. Take care all.

Wassalam

P/s: Walaupun sibuk dengan exam bukan penghalang kita buat apa yang kita suka. Just chill and enjoy your exam. Stres bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.