Isnin, 16 Julai 2012

Solehah Bercerita


Bilakah kali terakhir aku update blog??? 
Ye aku pun tak tahu.. Hahaha...

Kalau korang nak tau korang pergi la semak-semak cerita aku yang paling last. Dulu aku ada passion untuk bercerita tapi sekarang semua rasa ghairah itu mula menghilang. Aku sendiri tak tahu kenapa. Rasa sedih sangat bila satu-satunya kesukaan aku dalam kehidupan ini sekepas buku juga sudah mula memudar. Adakah aku semakin kembali menjadi Solehah yang dulu??
Solehah yang mudah teralih fokusnya, yang selalu tidak menamatkan apa yang dimulakan dan sering bercampur-baur rasa dan pemikirannya...

Hurm..kenapa aku dilanda rasa keliru yang tak berpenghujung???

Perubahan. 
Itu yang cuba aku lakukan. 
Namun sehingga hari ini belum ada yang berubah ke arah yang lebih baik. Mungkinkah aku tidak meletakkan DIA dalam setiap langkah aku? Mungkinkah kerana niat perubahan aku itu tidak bersih? Mungkin juga kerana kehidupan aku ini tiada isi tetapi cuma ada lohong-lohong kosong yang aku biarkan sepi.
Satu ketika aku sudah menetapkan langkah aku. Aku dah siapkan jalan aku dan telah aku petakan arah tujuan aku sehingga aku tak perlu lagi menggunakan GPS sebagai pemandu arah. Namun sayangnya ada yang telah menamatkannya dahulu tanpa aku.
Ya...menamatkan semua itu tanpa aku. Perancangan aku tapi tanpa aku ia telah ditamatkan.

Apa yang mampu aku harap masa ini? Masa aku mula celaru. Apa seharusnya aku lakukan?

Putarkan kembali masa lalu untuk aku perbaiki semuanya?
Aku tak berkuasa untuk itu.

Bermula semula dari garisan permulaan?
Aku tak sanggup. Sumpah aku tak sanggup.

Sekarang aku melalui hari-hari aku dengan perkara-perkara yang sering menggamit aku ke masa yang dulu. Adakah kerana ini petunjuk Allah atau hanya perasaan aku yang begitu emosi melayan luka di hati?

Lebih dari itu rasa bersalah membelenggu aku ke tahap yang membuatkan aku dalam keadaan tiada cahaya. Gelap tanpa ada suluhan.
Itulah aku.
Sekarang.
Aku menjalani hari-hari aku dengan pelbagai perkara baru, namun semuanya bagaikan kosong. Ketika aku dikelilingi kasih sayang yang melimpah aku bahagia. Namun ketika aku sendirian tanpa teman bual bicara, aku hanyut dalam dunia yang tak pernah aku undang.


Aku pohon Ya Allah, biarlah rasa ini hanya aku yang rasa. Kau jauhkanlah rasa ini dari menerjah jiwa hamba-hambaMu yang lain. Berilah aku kekuatan seperti dahulu menjadi Solehah yang punya cerita.

P/s: Ada masa kita jadi lemah, rasa tak berdaya menghadapi sesuati yang memusnahkan harapan kita. Fahamlah kita perlu masa. Semua akan jadi baik cuma lambat atau cepat. Berusaha la. DIA selalu ada untuk kita.