Isnin, 27 Februari 2012

Rak buku, Printer dan Kasut Tumit Tinggi.

Assalamualaikum
Harapan aku diiringi doa semoga kalian semua sihat sejahtera dan terus taat menjalankan kewajipan sebagai khalifah muka bumi Allah. Entri kali ini telah terperap agak lama lebih kurang dalam empat hari kerana sebab-sebab tertentu. Alasan-alasan munasabah yang mengakibatkan aku lambat nak habiskan cerita kali ini adalah disebabkan:
  1. Aku malas
  2. Aku sibuk dengan perkara-perkara yang aku sendiri tak pasti sama ada perlu atau tidak aku menyibuk sehingga aku sendiri jadi sibuk.
  3. Aku asyik tidur sepanjang hari. Bangun bila matahari meninggi (memang tak sesuai buat bini), perut dah lapar pergi mandi, makan dah kenyang sambung balik membuta. Memang tak ada life macam itu.
  4. Aku duk layan cerita korea+layan perasaan (kes senyum sorang-sorang tengok pakwe Korea kacak)
Cukup rasanya alasan aku tu. Kesimpulannya adalah aku tidak memiliki azam yang kuat untuk menghabiskan sesuatu kerja dengan pantas selepas mula melaksanakannya (termasuklah dalam isu buat assignment).

Cerita kenapa aku perap cerita ini lama dah selesai. Kita boleh bergerak kepada cerita yang berkaitan dengan entri ini pula.

Khamis yang lalu semua pelajar ijazah kat universiti aku belajar menerima pembayaran pinjaman PTPTN. Maka aku dan si kecil Afaf telah membuat keputusan beberapa hari sebelum itu bila masuk je duit kami akan pergi beli semua barang keperluan, dari barang-barang dapur sebab kami duduk menyewa sehinggalah barangan yang berkaitan dengan keperluan peribadi dan pelajaran. Tapi rasanya aku yang banyak membeli dari si Kecik. Hehehe...

Perghh.. bukan main hijau
lagi rak aku.
Penuh buku dan juga balang biskut.
Antara barang yang aku beli dan termasuk dalam list 'sangat perlu' adalah seperti tajuk entri kali ini. Aku sangat memerlukan sebuah rak buku kerana koleksi buku aku yang terlebih banyak sampai aku tak sempat lagi nak menghabiskan semuanya. Sebelum ada rak buku, aku terpaksa letak buku-buku tersebut dalam kotak. Bila dah dalam kotak maknanya aku tak nampak la buku-buku tu depan mata. Makanya akibat sifat kemalasan yang tak boleh dipisahkan dari diri aku ibarat isi dengan kuku, aku pun tak sentuh langsung buku-buku tersebut kecuali dalam keadaan tertentu seperti nak cari maklumat yang berkaitan dengan pelajaran aku barulah buku-buku itu mendapat 'belaian kasih sayang' daripada aku. Atas alasan tersebut mendapatkan sebuat rak buku amat-amat menjadi prioriti aku.

HP Deskjet 2000 (J210a)
Rm115 jer..
Seterusnya adalah printer. Keperluan alat ini tak usah dicanang-canangkan lagi. Dah tentulah sebab aku nak print assignment. Kalau aku buat kerja last minutes (memang pasti confirm sure buat kerja saat akhir) aku tak perlu lagi nak terkejar-kejar ke sana sini cari mesin pencetak mahupun beratur panjang kat library sebab nak print assignment (paling sakit hati, punya lama aku beratur bila sampai turn aku boleh blackout pula satu library). Malahan jimat duit tak payah nak fikir keluar duit untuk print lagi. Wah...sangat bahagialah aku rasa sebab berjaya membeli sendiri printer ini. Hihihi...

Kasut BnC jer...


Selesai dua objek yang memang nampak sangat keperluannya dalam hidup aku sebagai seorang student secara jelas. Benda yang ketiga tu nampak macam tak ada kepentingan sangat betul tak? Baiklah, mari sahabat aku terangkan. Sekiranya aku ini seorang perempuan atau wanita yang normal citarasanya dalam berpakaian maka pembelian kasut tumit tinggi memang tiada kepentingan dalam pembelajaran aku. Namun disebabkan kepelikan aku dalam berfesyen bak kata orang lain kan, pembelian dan pemilikan sepasang kasut tinggi yang tumitnya hanya setengah inci sekalipun tingginya adalah sangat penting untuk aku. 
Ini semua gara-gara subjek pengucapan awam dan debat bawah seliaan ibunda tercinta Puan Hafiah Yusof. Demi Puan Hafiah saya rela.

*Solehah, why dont you just wear any shoes that you have right now?

Why? kalian tanya why? Alasannya kerana aku selalu pergi kelas pakai baju kurung dengan sport shoes tak pun sneakers. Takkan aku nak buat pengucapan awam pakai kasut macam tu. Tak ada etika sungguh. Bak kata orang lagi mencacatkan pemandangan dan nanti orang tak fokus dengan apa aku nak cakap sebab duk tenung kasut aku yang tak sesuai dengan pakaian. Demi pembelajaran aku dan demi menyembahkan satu persembahan yang terbaik aku beli kasut ini dan belajar berjalan guna kasut bertumit. Petang tadi aku pergi kelas pakai kasut ini. Dah tu ada kawan aku tegur macam ni ;
"Wah, Solehah! Cantik Kasut". Ok, part ni hati aku kembang.
TAPI part ni aku paling tak tahan.
"Fuyoo, Solehah! Ang jalan macam perempuan".
Ceit! Selama ini aku jalan tak serupa perempuan ke? Aku bukan marah cuma terfikir sebelum ini hodoh sangat ke cara jalan aku??? Aku rasa nak gelak pun ada dengar komen kawan aku yang seorang ini.

Rasanya itu je la dulu cerita aku buat masa ini. Lega dapat berbelanja secara berhemah kali ini. Jumpa dalam cerita yang lain ok. Moralnya beli barang itu biarlah ada keperluannya lebih-lebih lagi kita ini pelajar dan dapat duit pinjaman atau tajaan gunalah dengan baik jangan nak main suka je beli itu ini. Lagipun orang yang suka membazir tu kan sahabat syaitan. Nanti orang cakap kau tu kawan dengan setan kau marah pulak padahal terang-terang mengikut hasutan makhluk itu. Mudahnya buat senarai barang apa nak beli supaya tak beli benda yang mengarut. Fikir-fikirkanlah.

Wassalam.

Selasa, 21 Februari 2012

Inilah Kehidupan

Assalamualaikum.
Rindu nak bercerita. Lama dah aku menyepi kerana bercuti bersama bonda dan ayahanda yang tercinta. Menerawang sehingga ke utara tanah air, Kedah dan Perlis. Itulah destinasi yang menjadi pilihan kami. Bukan sahaja makan angin tetapi juga mengeratkan silaturrahim kerana memenuhi undangan sambutan Maulidur Rasul serta majlis perkahwinan saudara jauh kami.
Boleh tahan seronok tambah memenatkan. Hehehe..aku ni pun dah rasa nak demam. Minggu depan aku akan kembali ke bumi Terengganu untuk kembali belajar selepas berehat panjang hampir sebulan lebih. Macam-macam cabaran yang aku hadapi sepanjang semester yang lepas dan aku harap aku akan jadi lebih kuat selepas ini.

Itu mukadimah je kawan. Cerita sebenar baru nak bermula. Ini kisah aku. Kisah yang selama ini aku simpan (yeke aku simpan?) Kisah keluarga yang ada masanya bahagia, kadang-kala suram dan ada ketikanya panas macam perang Zionis.

Pernah tak korang rasa mak ayah korang pilih kasih?

ATAU

Kalian rasa kakak atau abang atau adik kalian selalu cemburukan kalian?

ATAU

Korang yang rasa korang benci dan menyampah sangat dengan keluarga korang yang selalu je buat korang rasa sakit hati?

Jika YA untuk semua soalan di atas atau salah satu daripadanya itu adalah tanda anda manusia normal yang punya sifat mazmumah. Tapi perasaan itu hanya sementara. Bila pemikiran kita dah mula rasional kita akan sedar bahawa semua itu hanya ujian Allah kepada kita supaya kita sentiasa memikirkan kelemahan kita dalam kehidupan seharian sehingga kita mendapat layanan sedemikian atau kita berasa hati sehingga tahap begitu.

Kebiasaanya kita suka lihat apa yang ada pada orang dan tak ada pada kita. Kemudian kita mempertikaikan semua itu dan mengatakan ia tidak adil. Kita jarang sekali hendak melihat apa yang kita ada tapi tidak ada pada orang lain. Sedangkan cara itu menambahkan kesyukuran kita kepada Allah. Manusia sering mencari jalan untuk jauh dari Rabbnya sedangkan banyak perkara yang diwujudkan untuk kita selalu dekat kepada Pencipta yang esa. Allah bagi kita rasa susah supaya kita tahu rasa senang TAPI masa kita susah kita mengeluh kisa salahkan Allah tak adil pada kita lain bila kita senang sikit syukur tak ingat kita nak panjatkan pada Allah dan mengaku semuanya selayaknya kita dapat sebab kita dah usaha sungguh-sungguh. Allah bagi kita sakit biar kita faham indahnya sihat TAPI kita bising kenapa Allah biar kita sakit dan tak mampu nak bekerja dapat semula nikmat sihat itu kita puji yang lain. Ubat itu bagus lah, doktor itu hebat la, alat itu berkesanlah sedangkan jika Allah kata Kunfayakun maka jadilah apa yang ditetapkan Allah. Lalai lagi kita menerima semua itu sebagai tarbiah dari Dia.

Hakikatnya itulah manusia. Sering alpa dengan dunia. Aku tak menuding jari kepada sesiapa tapi ini pesan untuk aku. Aku menulis ini bukan mahu pujian kalian bukan nak semua orang tahu aku ini punya kurniaan Allah dalam penulisan tetapi lebih sebagai satu lembaran untuk aku ulang-ulang baca supaya aku tak lupa dengan kehidupan lalu aku yang mendidik aku menjadi manusia seperti hari ini. Kalau satu hari nanti aku mati biarlah blog ini terus ditatap dan dibaca oleh orang lain. Mungkin ada kisah yang sedikit peribadi dan orang rasa tak perlu dicerita tapi bagi aku ini kisah hidup yang perlu dikongsi supaya kebodohan aku yang lalu jadi iktibar pada yang membaca dan mereka tidak mengulanginya.

Wassalam.

p/s:berkongsilah sahabat perkara yang memberi manfaat supaya manfaat itu berterusan dan mudah-mudahan kita beroleh kurnia dari DIA.

Masalahnya...

Assalamualaikum
Kembali ber'blogging'. Mungkinkah semakin ramai yang mengikuti perkembangan kisah aku yang dikategorikan sebagai merapu bagi kebanyakan orang dan diri aku sendiri. Hahaha..belum apa-apa aku dah nak mula mengarutkan.

Sekarang aku dah kembali ke kampus. Tapi buat masa ini jadual kelas masih bercelaru dan kuliah pun nak kata dah macam mula belum mula lagi. Nak kata tak mula pulak rasa macam ada yang dah mula. Aku sendiri keliru. Celaru lak rasa emosi aku ini. Hahaha..masalah bulanan perempuan betul aku ni.

Aku sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan situasi sekarang. Aku tak tahu kenapa tapi sekarang ni aku rasa macam agak pelik je keadaan aku. Tapi aku tak pasti la pula apa sebenarnya yang tak kena. Aduhai..masalahnye la kan.

Sebenarnya aku tak ada apa nak cakap tapi rasa sayang dah lama tak update apa-apa kat sini. Hihi..

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ruangan ini.

Wassalam

Khamis, 2 Februari 2012

Sedih Pulak Hati Aku Rasa

Assalamualaikum
Harap kalian ceria dan sihat selalu.
Ini adalah entri kedua aku untuk hari ini.
Aku tak tahu kenapa aku semangat sangat untuk bercerita.
Mungkin sahaja kerana tekanan yang sedang aku hadapi dan aku tak ada kawan untuk bercerita.
Emak pastinya akan dengar cerita aku tapi aku rasa cukup dah emak dengar cerita lara aku yang boleh sahaja menyedihkan hati emak. Silap hari bulan boleh naik darah tinggi emak aku.
Makanya aku berharap kalian sudi la membaca cerita aku ni ye...


Sedih..(Sumber: Google)
Walau apa pun yang terjadi kalian jangan la menangis ok. Cerita aku ni tak adalah sadis sangat tapi aku ni memang ratu air mata. Memang layaklah berlakon sinetron watak gadis-gadis teraniaya sebab watak macam ini memerlukan kemahiran mengalirkan air mata. Ok..jangan layan cakap-cakap merapu aku ini.

Selain kisah sedih masih ada kisah indah untuk dikongsikan. Contohnya petang ini aku ada date dengan kawan baik aku Ismi. Kitorang nak pergi jalan-jalan kat Taman Botani Kepong di Taman Ehsan. Tapi masih ada cerita sedih sebab aku tak dapat jemput kawan aku naik kereta sebab adik aku nak cuci dan periksa enjin kereta maka kena naik motor je la. Huhuhu...sobak hati den. Jangan menangis lagi sebab belum sampai babak yang sedih lagi.

Dua tiga hari ini aku tak tahu la kenapa aku asyik ingat abang aku. Rasa lain pulak bila dia dah kahwin ni. Selalunya pagi-pagi mesti nampak muka dia nak pergi kerja. Malam lak dah lewat baru dia balik rumah. Tapi sekarang ni tak muncul-muncul. Kali terakhir aku jumpa dia 2 minggu lepas. Aku dah tak ada orang untuk dibuli. Orang yang aku boleh 'paw' duit. Orang yang jadi bahan kutukan aku dan seumpamanya. Bila abang aku dah tak duduk sini aku tak ada la orang untuk dikacau. Kak Lang pulak yang buli aku. Huhu...sedih tau abang tak ada. Siapa yang rapat dengan abang dia mesti faham perasaan aku. Mula-mula aku tahu yang abang aku nak bertunang dulu aku rasa tak best sangat. Aku rasa macam abang aku akan dirampas dari aku. Tragis betul pemikiran aku ni kan. Memang sebijik jalan cerita drama tv swasta.

Aku rasa tu je sebenarnya yang aku nak cerita. Betul tak aku cakap cerita aku tak lah sedih cuma aku je yang over. Oh, My Allah. Aku nak potong kuku sebenarnya tadi dah terluapa lak melayan laptop kesayangan ni. Nanti aku story lagi ok.
Jaga diri

Wassalam.

Luahan Hati Si Failure Dean's List

*ARTIKEL INI ADALAH LUAHAN HATI SEORANG PELAJAR YANG GAGAL MENCAPAI SENARAI DEKAN UNTUK KALI YANG KE-5

Assalamualaikum.

Akhirnya selepas beberapa lama memendam rasa untuk update blog ini. Aku kembali dengan kisah hidup aku. Cerita tentang Si Pemalas yang cemburu dengan kejayaan Si Rajin hari ini dan masih lagi tak mahu mengaku salah diri kerana mahu menyedapkan hati sendiri. 

Si Pemalas itu adalah diri aku sendiri dan Si Rajin itu adalah kawan-kawan aku yang lain. Aku baru je dapat tahu keputusan peperiksaan aku yang lepas dan alhamdulillah pointer aku meningkat walaupun aku tak dapat Senarai Dekan untuk kali yang ke-5. Misi aku ni asyik gagal je dan aku tak tahu la bilanya nak termakbul. Tapi aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini kerana apa yang aku dapat ini adalah apa yang aku usahakan dan apa yang aku doakan. Dah aku minta biarlah aku lulus ada satu subjek ni dan aku mintak kalau tak dapat dekan pun tak mengapalah janji pointer aku semester ini meningkat (padan muka sendiri nak berdoa pun tak mahu bersungguh-sungguh). Allah makbulkan permintaan aku. Syukur sangat.

Dalam pada masa yang sama aku tetap cemburu dengan kawan-kawan aku yang dah berulang kali mendapat dekan. Aku tak lah nak sangat tapi maka ayah aku selalu cakap nak tengok aku dapat anugerah dekan. Hajat emak ayah aku yang lain mungkin susah aku nak tunaikan dan aku rasa hajat ni satu yang mampu aku tunaikan. Aku tahu aku boleh dapatkan senarai dekan tu tapi aku ni selalu sambil lewa belajar. Masa exam pun boleh duduk lepak-lepak main game dan menonton movie. Belajar pun ala kadar je. Tak adalah bersungguh sangat macam orang lain sampai tak makan tak tidur. Aku tak tahulah dah berapa kali aku dengar orang cakap dengan aku guna dialog ini, 
"Kau tengok Solehah, kau tak belajar pun dapat pointer tinggi. 3.4, 3.3 tu elok dah. Sikit lagi je nak cecah 3.5. Kalau kau belajar betul-betul tak mustahil kau boleh dapat 4".
Dah memang terbukti saya ni LOSER plus FAILURE. Kalau dah ramai cakap dengan aku guna dialog kat atas ini, memang terang lagi bersuluh yang aku ni pemalas dan kurang bersungguh tak campur lagi suka bertangguh dalam belajar. Waaa...waaa... Nabi SAW cakap kalau orang yang sama dengan hari semalam adalah bodoh, klu lebih teruk dari semalam adalah laknat. Dah terbukti dah kan yang aku ni BODOH. Jangan kata aku ni sama macam semalam tapi sama je untuk tahun-tahun yang lepas jugak. Maknanya aku ni BODOH + +.

Arrrgghhh..............MENYESAL SEH!!!!
Tapi apa la guna aku nak menyesal masa ni? Keputusan dah keluar pun dan aku ada beberapa sem je lagi nak kejar senarai dekan. Punca-punca yang menyebabkan aku lalai dalam pelajaran aku adalah aku ni dah memang dasar pemalas dan tidak berusaha mengubah kelemahan itu ke arah yang lebih positif. Sedar diri itu pemalas tapi follow the flow jugak. DASAR SENGAL KE BENGAP AKU NI? Selain tahap kemalasan melampau yang melanda diri, aku juga menghadapi masalah mudah hilang fokus terhadap pelajaran dan suka memfokuskan perkara yang sepatutnya aku tak perlu fokus (contoh: kenapa housemate aku balik rumah lambat atau macam mana kucing aku boleh hilang dan kemanakah ia pergi?). Selalu je dalam kelas, aku ni berborak dan bergurau senda sambil curi-curi tidur sebab tak berjaya menahan mengantok. Kalau asyik nak gelak-gelak je dalam kelas memanglah kan tak dapat apa yang lecturer ajar. Masalah seterusnya yang memberi kesan terhadap pembelajaran aku ini adalah aku selalu kutuk lecturer. Memanglah ada masa kita akan dapat pensyarah yang agak annoying kan. Tapi as a student kita sepatutnya simpan je rasa sakit kita terhadap lecturer dan bukannya kutuk-kutuk. Walau macam mana sekalipun beliau tetap lecturer kita yang bagi ilmu kepada kita dan berjasa kepada kita dengan cara mereka yang tersendiri. Ilmu yang aku dapat tu tak berkat sebab aku ambil kebaikan dari pensyarah tu tapi balas dengan keburukan yakni kutuk mengutuk lecturer. Kalian mesti faham konsep berkat dan redha kan. Hidup ini kalau kau usaha setinggi langit sekalipun tapi keberkatan dan keredhaan kau tak dapat tak bahagia la kau. Kalau ada hati yang kau dah guris dan tak minta maaf memang tak tenang la jawabnya. Tenang ini soal hati. Kau mungkin boleh sorok dari pandangan orang lain tapi kau tak boleh tipu diri sendiri kan. Betul tak aku cakap? Siapa setuju sila komen. Hihihi...

Aku rasa itu je dulu kelemahan diri aku yang dapat aku catatkan untuk semester ini. Artikel ini adalah muhasabah untu diri aku sendiri tapi kalau korang rasa munasabah cerita ni nak buat renungan korang, korang ambil la ye.

Wassalam.