Khamis, 27 Oktober 2011

Umairah


Assalamualaikum.

Rindu aku rasa nak menaip untuk berkongsi cerita dengan kalian (walau hakikatnya aku baru je lagu update post dua tiga hari lepas). Banyak perkara yang aku nak kongsi dan aku dah mula taip pun tapi entah apa yang tak kena pun aku tak tahu la kan. Aku asyik kekeringan idea untuk menyambung kisah itu. Mungkin satu hari nanti sahabat, aku akan kongsi cerita itu dengan kalian juga. Aku akan berusaha sebaiknya.
Post kali ini tajuknya Umairah. Maknanya kemerah-merahan. Gelaran yang Rasulullah s.a.w berikan kepada isteri baginda, Aisyah r.a. Aku bukan nak bercerita mengenai isteri Baginda. Sebaliknya aku nak cerita tentang diri aku sendiri.
Seorang teman lelaki aku (teman sahaja, teman yang rapat) memberikan gelaran ini pada aku. Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab Nabi panggil isteri dia dengan gelaran ini dan dia pun nak panggil orang yang dia sayang dengan panggilan yang Rasulullah saw guna. Dia nak jaga aku dan sayang aku sebagaimana Baginda menyayangi para isteri Baginda. Aku tersenyum bahagia. Romantik kan???Aku suka dengan panggilan yang dia berikan untuk aku.
Ahli keluarga dia (kakak dia, nenek dia, mak cik-mak cik dia selalu tanyakan aku,itulah perkara yang buat aku selalu rasa pedih) tanya apa nama aku dan dia cakap la nama aku Solehah. Semua pelik kenapa dari Solehah boleh jadi Umairah sebab sebutan itu sangat jauh bezanya atau bahasa mudahnya tak ada bersabit langsung. Dia cuma jawab itu panggilan manja dia untuk aku.
J senyum...
Aku senyum tanda bahagia.

Tapi rasa tu dah berakhir sebab diri aku sendiri. Oleh sebab kekejaman yang aku cipta demi kepentingan diri. Masa ini aku tak lagi tersenyum sebaliknya menangisi kobodohan yang aku tonjolkan di hadapan seorang manusia yang jujur dan ikhlas hatinya menerima diri aku. Kelemahan aku, keburukan aku, kebodohan aku dan kegilaan aku semuanya dia terima tanpa syarat.
Terima tanpa syarat.
Itulah perkara yang sering kita harapkan dari pasangan kita tapi bila aku dah dapat aku boleh pula ketepikan semua itu. Dia realistik. Tak macam aku selalu terawang-awang. Bak kata Saha kalau dia nak gambarkan aku dalam satu perkataan dia pilih perkataan ‘melayang’. Aku tanya kenapa? Dia jawab sebab aku ini selalu sangat atas angin, terbang ke sana ke mari. Cakap aku, perbuatan aku semuanya tak tetap dan sering saja berubah-ubah. Aku tak pandai memilih. Sehingga ke saat aku menaip kisah ini aku masih lagi seorang manusia yang tidak pandai memilih dan juga seorang manusia yang sebenarnya takut untuk membuat pilihan.
Aku kalau boleh mana je yang aku nak aku akan ambil dan simpan dulu. Bila aku dah buat keputusan baru aku ambil mana yang aku nak dan aku ketepikan mana yang aku tak nak. Kalau barang tak pe lagi. Tapi apa yang aku buat ini melibatkan hati dan perasaan orang lain. Aku rasa aku ni dah buat perkara yang betul la kononnya dengan bersikap jujur tentang diri aku padahal aku memberikan sesuatu janji yang aku sendiri tak pasti aku mampu tunaikan (bukan tak pasti tapi aku rasa memang aku tak mampu) . Aku bagi harapan pada orang lain yang aku pasti pengakhirannya aku akan musnahkan harapan orang itu. Aku pasti akan buat orang itu kecewa. Malahan aku sendiri menangis sedih dan melukakan hati aku sendiri kerana ketidakuapayaan aku memenuhi kebahagiaan orang lain.

Kawan,
Bila kalian baca kisah ini, maka kalian jadikanlah ia satu pengajaran. Jangan kalian jadi seperti aku kerana aku hanya merosakkan banyak hati termasuk hati aku sendiri. Ingat buatlah pilihan yang terbaik jika tidak yakin kembalilah kepada DIA. Pasti hati kita lebih tenang. Kehidupan ini kamu takkan pernah dapat lari dari sekecil-kecil pilihan sehingga sebesar-besar pilihan. Maka pilihlah yang terbaik dan yang kamu mampu laksanakan sesempurna mungkin.
Wallahualam.

Wassalam.


Jumaat, 21 Oktober 2011

Untuk Kau Yang Selalu Melukaiku

Saat aku marahkan diri mu
Bukan bererti hati ini membenci
Namun semuanya kerana kasih
Atau
Mungkin kerana ketakutan yang tersembunyi dalam hati ini
Ketakutan untuk menerima hakikat kau bakal pergi dari ruang jiwa ku
Kenapa?
Terlalu sukarkah untuk kau mengerti di atas kejujuran yang aku luahkan
Kejujuran emosi yang sememangnya tidak bisa aku sembunyikan
Mengerti lah sekian lama bersama mu mencorak masa depan
Aku jadi terlalu rapuh jika kau cuba berpaling
Sedang badai yang sedang melanda ini saja aku sudah rasa tidak sanggup untuk menghadapi
Perlukah aku katakan bahawa diri mu jahat
Kerana sering saja tegar membiarkan aku sendiri memujuk hati yang kau lukai
Atau perlu saja aku kelaskan diri mu sebagai zalim
Kerana kekerapan kau membiarkan aku menangisi kesalahan yang kau cipta
Dan
Aku masih di sini
Menanti kau memberikan jawapan
Jawapan untuk mengubat luka di hati ini

Isnin, 17 Oktober 2011

E

Assalamualaikum

E tajuk cerita aku kali ini. E gelaran yang aku bagi kat seseorang yang satu jantina dengan aku. Apa yang pasti dia ni buat aku jadi paranoid. Can't stop thinking about her. Hati sakit jangan cerita. Pesaing aku kot. Bakal membawa seribu satu dugaan dalam kehidupan.
Oh, my Allah!

Kenapa mesti masalah macam ni? Tak best kan.
Tak pe...tak pe.. steady aku. Kena selalu cool. Tak nak marah-marah Solehah nanti muka berkerut. Ini pun kat dahi kau dah ada satu line ni.
Apa boleh buat, aku ni panas baran lebih-lebih lagi benda-benda yang aku memang tak suka. Menyirap kot darah aku naik sampai kepala. Aduh..malu kadang-kadang aku nak cakap nama aku Solehah sebab perangai tak molek mana.
Apa-apa pun si E ni memang membawa pengaruh yang besar dalam tumbesaran pemikiran idea dan emosi aku.

Hahaha...ayat aku memang tak boleh blah.

Tapi aku tak boleh juga salahkan dia kan. Tangan takkan berbunyi kalau tepuk sebelah je kan melainkan kau tepuk tangan kau tu kat gendang ke kompang ke atau kau pergi tepuk kat muka anak orang kuat-kuat. For sure, bunyi-bunyian akan keluar.
Ah...dah mula merepek secara terang-terangan ni.
Ok, aku tak ada masa nak merepek rasanya kali ni. Aku kena siapkan beberapa artikel lain yang tergendala. Banyak kot report yang aku kena hantar kat kalian yang sedang membaca ni. Kalau aku tak ceria nanti kalian kata aku tak sayang kalian sampai tak mahu kongsi cerita. Hihihi..

Terus kepada cerita si E.
Mesti kalian tertanya-tanya kenapa dan apa yang dia dah buat?
Dia kacau my Saha ok.
Dia cuba mengganggu-gugat jalan aku yang bertahun-tahun aku buat ni nak menuju apa yang dianjurkan agama yakni PERNIKAHAN.
Jodoh, ajal dan maut memang kuasa Allah. Tapi usaha kat tangan manusia ye. Allah takkan mengubah nasib seseorang hambaNya kalau hamba itu tak berusaha untuk dapatkan yang terbaik dalam hidup mereka. Aku memang cool and steady. Tapi kalau datang gangguan macam ni aku bukan steady lagi tapi aku dah jadi ready to fight ok.
HUhuhu..
Aku rasa aku tak pernah gila macam ni. Serius sangat aku tak suka nak cerita hal-hal bongok macam ni kat blog aku tapi aku rasa aku kena kongsi perkara ini.
Tolong la kalian kat luar tu kalau korang dah ada pasangan dan dah ada perancangan untuk future yang lebih serius bersama mereka maka berterus-terang la dengan ke semua orang yang berlainan jantina dengan anda yang telah menunjukkan tanda-tanda cuba nak cucuk line. Biarlah orang nak kata kau budget orang nak mengorat kau janji hubungan dengan orang yang korang sayang tu terpelihara dengan kejujuran kalian dan korang tak lukakan hati sesiapa.
Jujur aku cakap aku pun bukan baik sangat. Aku dalam masa yang sama ada juga kenal orang lain tapi aku beritahu status aku yang dah berpunya. Kalau orang tu nak lebih-lebih tu hal dia yang penting aku tak layan jiwang diorang. Masalahnya mamat seorang ni naif sangat layan si E ni. Hari itu dia yang berjanji tak nak lagi keluar dengan E kalau tak da hal yang mustahak, tak nak lagi telefon mahupun ber'sms' sedangkan aku dah cakap aku ok je dan aku tak nak kawal sosial dia. Alih-alih selepas dia bersungguh-sungguh berjanji tup-tup malam tu jugak dia keluar dengan minah tu.
Mahunya aku tak terbakar. Masa aku kata dah tak kisah dia tabur janji macam tabur benih dah tu tak sempat nak bercambah benih tu dia kambus balik semuanya.
Paling tak tahan beb semalam dia mesej aku cakap dia keluar jumpa perempuan tu sebab minah tu ada msalah nak minta tolong dengar. Pukul 12.30 malam kot ATAS ALASAN MINAH TU TAK ADA KAWAN NAK SHARE masalah dia.
Pembohong nak mampus la.
Aku, kalau minah tu sebatang kara duduk kat JB tu aku boleh terima lagi ok. Ini dia duduk dengan family, dia ada mak bapak lagi dia ada adik beradik. Family tak boleh nak dengar masalah dia dan tolong ke????
Aku yang duduk jauh dari mak ayah aku ni pun apa2 masalah aku telefon mak aku. Nak menangis nak meraung semua aku luah kat mak aku.

APA KEPERLUAN NAK JUMPA TENGAH MALAM ATAS ALASAN DIA ADA MASALAH DENGAN BOS KAT TEMPAT KERJA DIA???? BEB...DIA DENGAN SAHA BUKAN SATU PEJABAT OK. KALAU ADA APA-APA HAL CAKAP DALAM TELEFON TAK BOLEH KE?? SEDANG AKU BOLEH LUAH MASALAH AKU KAT TELEFON. MEMANG MACAM TU***UUTTT.
Malam tadi aku tunjuk protes aku kat Saha sayangnya tidak dilayan sehingga saat ini. Pedih tak korang rasa? Hati kau orang dah sakitkan tapi Si Dia boleh buat bangang je dan boleh tanya "Sayang marah ke?". Aku dengan penuh kasih sayang jawab, "Ada ke sayang marah abang? Sayang cakap lembut je ni kan tak ada pun jerit-jerit macam selalu". Dia boleh suruh aku pergi tidur sebab hari dah lewat. Dia call sebab nak bagi tahu dia dah balik dari keluar jumpa E bagi dengar luahan hati E. Pukul 3 pagi ok. AKU ULANG PUKUL 3 PAGI!!!!!!!!!!!!!
Malas dah kot nak menaip. Hati aku dah pedih menyucuk-nyucuk ni. FYI telefon bimbit aku kawan aku pegang supaya aku tak mesej mamat tu. So, aku cuma layan internet dan tidur.

ARTIKEL INI HANYALAH LUAHAN EMOSI. TAHAN JE LA PERASAAN AKU YANG MENGARUT NI. MAAF KAWAN-KAWAN...FIKIRAN AKU TAK RASIONAL SAAT INI.
Kawan
kalau korang dalam situasi ini sabarlah ye dan cari kawan yang boleh bagi korang kekuatan untuk sabar.
WASSALAM

Selasa, 11 Oktober 2011

Ini Cerita Ayah Aku

Assalamualaikum.


Aku bengang ok
Aku dah taip punye panjang tapi boleh terpadam semua sekali sebab aku dah tertekan entah button apa. Dan malang sekali boleh lak terus autosaved bila dah terpadam tu.
Stress kot...


Lupakan hal tu. Aku nak cerita jugak. Cerita hal ayah aku dengan bola sepak.
Ayah aku minat sukan. Antaranya bola sepak dan badminton. Kalau cerita hal bola ayah kira expert jugak la. Tak kira tempatan atau antarabangsa. Boleh tahan la knowledge beliau. Keaktifan ayah aku dengan sukan sangat menyerlah apabila beliau aktif melatih pasukan bola sepak sekolah dan juga menjalani latihan badminton lebih kurang 3 kali seminggu (sangat memalukan, aku baru umur 22 tahun nak pergi jogging sebulan sekali pun berat padahal ayah aku dah 56 tahun).
Ayah mula terlibat dalam melatih pasukan bola sepak sekolah ketika aku di bangku sekolah menengah. Ayah terlibat secara tak langsung atas beberapa faktor seperti terlibat dalam PIBG sekolah, adik aku adalah pemain dalam pasukan bola sepak sekolah dan ayah aku kenal baik dengan guru yang menyelia pasukan bola sepak. Ayah dikenali dalam kalangan guru-guru sekolah kerana kesemua adik beradik aku sebanyak 7 daripada 8 orang belajar di situ. Jadi tu tendang tolak masa yang ada, lebih 10 tahun ayah bersama sekolah itu secara sedar tak sedar. Ayah bersama pasukan bola sepak sekolah menengah aku tu ada la dalam 3 hingga 4 tahun juga. Sekarang ayah dah tukar team (perghh...Pak Din..macam coach professional). Ayah dengan SUTAS Soccer (pasukan bola sepak SMK Sungai Kertas) sekarang ini. Hal ini sebab ayah ikut Cikgu Suhaimi yang berpindah ke sana.
Cikgu Suhaimi adalah coach sekolah lama aku. Beliau ini kami dah anggap macam saudara sendiri. Memang baiklah dengan kami.


Aku, Ayah, Bola dan Anak-anak lelaki.
Kami memang layan bola. Kalau sumpah seranah player yang main macam haprak pun kami buat sama-sama (jangan tiru perbuatan ini tak baik ok). Aku bagi contoh kami tengok pasukan kebangsaan lawan dengan pasukan negara lain. Jarang kami kata team Malaysia akan menang sebab dah selalu sangat kalah (ramai peminat bola negara yang punya persepsi macam kami kot).
TAPI...
Kalah atau menang bukan la masalah utama di sini. Yang menjadikan kami hot lebih dari biasa adalah corak permainan yang dipamerkan. Tak kelihatan wajah-wajah kesungguhan. Tak nampak mereka seolah-olah menggalas nama MALAYSIA dibahu mereka. Aku akan tabik mereka kalau kena belasah 10-0 sekalipun jika permainan mereka mantap, kemas dan penuh usaha sehingga wisel penamat ditiup. Ini main macam nak tak nak je. Mesti la peminat kecewa kan. Kalau kalah pun biar bermaruah. Macam orang pergi perang biar mati sebab melawan musuh bukan mati sebab pergi serah diri kat musuh. Bak kata aku selalu KALAU KALAH PUN BIAR BERGAYA. Bukan nak kutuk pasukan negara cuma aku rasa sangat kecewa dengan mutu permainan yang di pamerkan.


Apa yang aku nak cerita sekarang ni ialah mengenai dua pasukan bola yang pernah dilatih oleh ayah dan sedang dilatih oleh ayah.
Aku mulakan dengan pasukan pertama ayah, pasukan sekolah lama aku. Mereka berbakat dan punya skill yang baik. Sayangnya mereka ini selalu nak jadi hero. Dalam otak asyik fikir nak masukkan gol dan bukannya mengatur perlawanan yang cermat dan saling membantu antara satu sama lain. Baru main peringkat sekolah kot tapi perangai dah kekwat. Jangan masuk cerita yang melawan coach, yang tak datang latihan dan perangai-perangai lain yang menyakitkan hati. Selalu aku dengar ayah mengeluh. Orang tua...bila nampak gelagat macam tu mana tak sedih. Dia anggap macam anak-anak dia sendiri. Ayah berhempas pulas untuk budak-budak ini. Kadang-kadang aku rasa ayah lebih utamakan diorang dari aku. Ayah lagi pentingkan pergi latih budak-budak bola dari hantar aku pergi exam Medsi untuk kelayakan temuduga bagi sambung belajar dalam ijazah pendidikan (tapi diorang datang latihan lambat, rasa macam nak tampar je). Kalau la aku boleh cakap kat diorang betapa orang lain berusaha untuk diorang berjaya supaya diorang sedar. Tapi bila aku fikir balik mampu ke budak-budak ini nak faham erti pengorbanan seorang lelaki yang tak punya pertalian darah dengan mereka. Demi kejayaan mereka dalam dunia sukan ayah berusaha macam-macam dengan Cikgu Suhaimi tapi hanya seorang dua yang nak dengar kata. Aku rasa macam nak tampar pun ada budak-budak ini tapi memandangkan mereka bukan adik aku maka aku pun pendamkan hasrat gila aku tu. Aku bukan sekadar dengar keluh-kesah ayah tapi aku sendiri pergi tengok permainan mereka di padang dan tengok disiplin mereka di luar padang (aku kan penolong ketua pengawas dulu..hihi..) Geleng kepala beb aku cakap.
Antara pelajar yang selalu terlibat dengan masalah disiplin adalah budak-budak bola sepak. Menyakitkan hati.
Ada juga yang baik. Memang baik. Dengar kata dan hormat orang. Kalau jumpa aku kat luar sekolah pun mesti tegur atau paling kurang menunduk hormat. Aku tak minta penghormatan mereka, begitu juga ayah dan Cikgu Suhaimi. Kami sekadar nak mereka ni sedar dengan realiti hidup ini untuk sentiasa berbuat baik tak kira siapa dan di mana. Hidup kena ada disiplin. Hidup kena berusaha. Hidup kena mendengar nasihat.

Cukup untuk sekolah lama.

Beralih kepada SUTAS SOCCER

Aku tak pernah tengok perlawanan mereka dan aku tak pernah jumpa mereka. Aku hanya dengar cerita ayah. Pujian demi pujian. Itu yang selalu ayah tuturkan dari mulutnya. Ayah nampak bahagia dengan penghijrahan ini.
Satu hari aku nak jumpa budak-budak ini.
Dan satu hari itu tiba.
Bukan di padang bola tetapi di Restoran KFC Jejantas Sungai Buloh. Semuanya berkepala botak dan memakai t-shirt putih.

Amboi...berdisiplin gila budak-budak ni. Teringat ayah aku berbisik, “Tengok Ti, botak semua, baju semua putih. Ikut tu pesan Cikgu Suhaimi. Kalau budak yang dulu tu tak ada la nak nampak macam ni”.

Memang taat la. Tak pernah aku jumpa budak yang taat macam tu. Cikgu suruh duduk diorang duduk. Tak ada pun yang berkeliaran tak tentu hala macam budak-budak lepak. Aku tengok pun terpegun. Mudah-mudahan berterusan ye adik-adik.

Ayah cakap, mereka ni semangat tinggi nak main bola tapi support tak kuat. Baik sokongan dari dalam sekolah mahupun luar. Sedih lagi, padang sekolah mereka yang kurang sesuai untuk aktiviti latihan dan permainan bola sepak. Semua itu bukan penghalang. Mereka tetap berusaha. Apa yang lebih menarik adalah tiap-tiap kali latihan mahupun perlawanan, budak-budak ini diarahkan untuk bawa sebotol air, kain pelekat dan juga t-shirt. Hal ini untuk memastikan anak-anak ini tidak meninggalkan kewajipan 5 waktu. Air dalam botol untuk berwudhuk. Kain pelekat dan t-shirt bersih untuk dipakai semasa menunaikan solat. Kala latihan berlangsung dan kedengaran azan berkumandang mereka akan berhenti bermain dan bersiap untuk solat di atas padang. Sangat-sangat membanggakan. Alhamdulillah...

Pencapaian yang mereka capai setakat ini...

Perlawanan bola sepak MSSD Gombak kalau tak silap aku sampai peringkat kedua. Satu pencapaian yang baik bagi sebuah pasukan yang baru meningkat naik. Beberapa bulan lepas mereka terpilih menyertai Perlawanan Bola Sepak Olimpik Muda dan mereka jadi Johan peringkat Daerah Gombak. Membanggakan. Ayah sangat teruja bercerita kepada aku apabila aku pulang ke rumah untuk cuti panjang. Walaupun sebelum itu ada cakap-cakap belakang kata pasukan ini takkan mampu pergi jauh tapi mereka dah buktikan yang sebaliknya. Aku nasihatkan orang yang mulut macam longkang sebelum ini gunalah Listerine untuk kesegaran nafas berpanjangan ye. Tak lama lagi diorang akan ada perlawanan Olimpik Muda peringkat negeri. Harap-harap dapat keputusan yang baik juga.

Kalah dan menang adat perlawanan. Apa yang penting kita tak putus asa dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang sebenar. Berjuang bukan hanya di padang bola tapi dalam hidup ini, dalam pelajaran, dalam pekerjaan, dalam keluarga dan dalam semua hal.

Penat rasanya menaip. Idea pun dah kering.

Akan bersambung pada sepak mula yang baru :)

Wassalam

Ahad, 9 Oktober 2011

Terjumpa Pulak

Assalamualaikum

Aku sebenarnya dah lama nak cerita tapi masa agak terhad kerana aku terpaksa menghadiri beberapa aktiviti kampus sehingga aku agak malas atau tidak rajin untuk menaip di blog ini.
Macam biasa selalu sangat perkara yang sama berulang-ulang terjadi dan menimpa ke atas diri aku. Kiranya aku ni bodoh la kot sebab asyik terhumban dalam lubang yang sama. Aku tak tahu la nak takrifkan perkara ini sebagai jodoh, suratan atau ketentuan atau kebetulan atau yang sewaktu dengannya.
Tak terfikir dan jauh sekali la nak menyangka yang hal ini akan terjadi.

HAL APA SOLEHAH??
Sabar la. Korang ni kalau hal orang laju je nak tahu kan. Aku nak cerita la ni tapi bagi aku habiskan dulu mukadimah cerita aku ni. Cool ok.

Dah lama...
Dah lama kot aku tanam dia jauh dalam memori aku supaya aku tak selalu nak kenang-kenang dia. Tapi aku ni siapa? Cuma manusia lemah yang tak mampu nak buat apa-apa tanpa izin dariNya. Dia ni pernah aku ceritakan. Rasanya cerita tentang dia berkisar dalam tempoh masa setahun yang lalu dan selepas itu aku dah tak ada lagi topik yang perlu untuk dikaitkan dengan dirinya. Tapi aku pelik bila dia selalu muncul masa aku rasa aku perlukan seseorang yang boleh buat aku berasa sangat dihargai dan dikasihi manusia. Bila dia muncul saat-saat kritikal masa tu buat aku rasa aku sayang balik kat dia.

OH..TIDAK.. JANGAN CARI PENYAKIT LEHA!!!
OK...bertenang semua.
Aku takkan cari penyakit. Bila migrain menyerang pun aku rasa tak sanggup nak tanggung apatah lagi cari penyakit lain yang mampu merosakkan hati aku yang kian pulih dari rasa jengkel dengan seseorang.
Dia muncul tiba-tiba.
Sangat mengesankan momen itu
. Atau mungkin juga memalukan kerana situasi itu. Bila difikirkan balik, aku lebih sanggup jatuh di hadapan khalayak ramai daripada berada dalam situasi yang aku rasa sangat memalukan itu.


APA SEBENARNYA YANG DAH JADI NI???
Ye...apa sebenarnya yang dah terjadi ini?
Hurm...yang mana satu dulu aku nak cerita ye? Aku nak cakap siapa atau apa yang dah jadi?
Rasanya lebih elok cerita tentang siapa dulu kan. Orang yang terlibat dalam kisah ini aku gelarkan sebagai 'ORANG GILA' (OG) [boleh rujuk post ORANG GILAKU]. Kejadian yang berlaku pula adalah aku ternampak dia (sebenarnya dia yang nampak aku dulu) masa aku makan tengah hari di Stesen Bas MBKT di Kuala Terengganu. Hari itu adalah hari yang indah sebab aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Tapi saat indah itu bertukar menjadi antara saat memalukan apabila aku direnung oleh seorang jejaka yang sedang tersenyum bahagia (memang patut dia bahagia kot dah setahun aku tak jumpa dia) sambil buat muka miang tahap GABAN depan mata aku. Aku pun tak tahu la macam mana mata aku pun masa tu melilau-lialu tengok orang sekeliling sedangkan masa tu aku tengah rancak bercerita dengan kawan-kawan aku. Masa mata aku bertembung dengan dia memang aku malu gila sebab masa tu aku sedang melakukan sesuatu yang sangat-sangat tidak menunjukkan sifat feminin seorang perempuan.
Masa tu kan kawan-kawan, aku tengah gigit-gigit tulang ayam yang baru je aku ratah isinya sebagai sajian makan tengah hari aku. Malu kan..malu kan.
Tapi satu la...mamat tu nampak comel lak renung aku macam tu sambil tersenyum. Waa..rasa macam angau pulak (stop it Solehah...focus!!!)
Buat aku tersenyum-senyum bila terkenang momen itu walaupun masa tu aku terpaksa menahan malu sambil memalingkan muka dari pandangan mata mamat tu.
Ceh!


Itu la ceritanya.
Tapi yang aku nak cakap kat sini. Aku sangat tidak tahan dengan dugaan yang satu ini. HARUS MEMILIH. Atau aku patut cakap WAJIB MEMILIH.
Huhuhu..payahnya bila berkaitan dengan urusan hati dan jiwa ni. (picit kepala, picit kepala..sudah pening woo)

Apa-apa pun aku nak fokus dengan pelajaran aku dulu. Selepas satu insiden, aku telah menukar impian aku untuk berkahwin muda kepada menjadi pendidik berjaya di usia muda. :) Sampai seru sampai jodoh akan bernikahlah aku. Walaupun ayah dah bagi greenlight kalau aku nak kahwin awal tapi aku rasa biarlah aku kejar semua impian aku dulu sebelum menoktahkan hidup bujang aku ini. Banyak yang aku nak kejar berlambak lagi yang aku nak capai. Pernikahan itu matlamat aku bergelumang dengan ilmu itu cita-cita aku.

Oleh itu, apakah nasihat yang paling sesuai untuk cerita kali ini.

??????

Hurmm..aku rasa nasihat yang sesuai kali ini adalah fokus dengan apa yang kita nak dan jangan mudah lalai bila datang gangguan yang tak terduga. Tak salah kalau sekali-sekala nak feeling-feeling tapi pastikan kita tak hanyut. Rasa-rasa macam dah ke laut tu, istighfar banyak-banyak dan ingat Allah serta kedua orang tua kita. Dalam hidup ini akan selalu datang perkara yang kita tak jangka tapi terimalah semuanya dengan hati yang terbuka.

Itu dulu buat masa ni.

Wassalam.

Selasa, 4 Oktober 2011

Persoalan-persoalan

Assalamualaikum.

Hari ini aku hanya akan membawa persoalan-persoalan yang bermain dalam hati dan pemikiran aku.

Soalan...Hanya soalan..

TIADA JAWAPAN

Kalau kalian nakkan jawapan maka kalian perlulah berfikir sendiri.
Fikir..fikir..fikir...
Macam yang selalu Jimmy Neutron cakap bila dia nak perah otak masa nak selesaikan masalahnya.
APA???
Anda tidak layan kartun The Adventures of Jimmy Neutron.
Tontonlah kawan-kawan. Usia yang meningkat bukanlah penghalang kita tengok kartun ok. Macam ada satu makhluk yang aku kenal ni. Usia dah 25 tahun tapi duk la tengok kartun sampai sanggup gaduh-gaduh dengan orang lain semata-mata nak layan cerita Spongebob Squarepants dan Fairly Odd Parents (merujuk kepada Kak Utih aku yang usia je naik tapi badan macam budak darjah 6). Itu tak tengok lagi abang kepada makhluk yang aku cakap tadi. Umur dah 32 tahun. Tak lama lagi nak jadi laki orang dah. Kalau pasal kartun dengan game memang dia gila.
Hai..macam-macam ragam kan.
TAPI apa kaitan mereka dalam persoalan yang aku nak utarakan???
MEMANG TAK ADA KENA-MENGENA. Hanya sekadar selingan untuk menjadikan cerita kali ini lebih panjang macam selalu. Hahahaha....

OK..Kita beranjak kepada persoalan yang menusuk-nusuk benak aku dari 3 hari yang lepas lagi.
  1. Perempuan jenis apakah yang baru 3 hari kenal seorang lelaki tetapi dia sudah berani mengajak lelaki tersebut untuk keluar berdua dengan dia?
  2. Perempuan jenis apakah yang baru kenal seorang lelaki dalam tempoh 3 hari, sudah berani bagi pendapat yang sangat peribadi iaitu menyuruh lelaki itu menukar stail agar nampak lebih smart+handsome? (lagi best suruh lelaki tu kuruskan badan sambil dia mencubit-cubit perut lelaki tu yang boroi..bangang betul buat aku sakit hati je)
  3. Apakah tafsiran yang layak kita bagi kepada perempuan yang kali pertama keluar dengan seorang lelaki tetapi dah berani pegang tangan lelaki itu, lentok kepala kat bahu lelaki itu (dan berkemungkinan lain-lain perbuatan yang tidak aku ketahui)?
  4. Apakah berbaloi untuk terus bertahan dengan seorang lelaki yang tidak mampu menolak ajakan seorang perempuan yang terang-terangan depan matanya bukan perempuan yang dia ingin keluar bersama?
  5. Adakah perlu seorang perempuan berjuang untuk seorang lelaki yang dia kasihi dan mempertahankan lelaki itu dari godaan perempuan lain sedangkan lelaki itu tidak nampak kesungguhannya untuk menolak anasir-anasir luar?
  6. Adakah aku seorang yang bodoh sekiranya hanya aku yang bersungguh-sungguh berusaha supaya perhubungan yang dibina menuju ke gerbang pernikahan yang Allah rahmati sedangkan sebelah pihak hanya menyerah kepada takdir tanpa ikhtiar yang sebenar?
  7. Lelaki jenis apa yang patut kita namakan jika dia tidak berjuang untuk mendapatkan bidadari yang dia cinta selama bertahun-tahun berhubungan?
  8. PERSOALAN TERAKHIR.. MANUSIA JENIS APAKAH YANG TIDAK TEGAS MENOLAK SESUATU YANG TERNYATA SALAH DAN HARAM SERTA TIADA KESUNGGUHAN DALAM BERJUANG MENDAPATKAN PERKARA-PERKARA YANG LAYAK UNTUK DIRINYA????
Cukuplah kot persoalan-persoalan yang bermain dalam otak aku saat ini. Sekarang aku nak bersiap untuk ke kuliah dan habis kuliah aku akan keluar beli tiket bas untuk balik Kuala Lumpur. Alangkah bagusnya kalau orang yang terlibat dalam persoalan ini baca artikel ini lagi menusuk kalbukan. Tapi nak buat macam mana selama ni orang yang aku anggap jadi tulang belakang aku tak pernah nak bagi sokongan dengan apa yang aku minat dan cinta.
HUrm...sudahlah jangan mengeluh dengan apa yang Allah dah kurniakan. Hidup ini masih banyak keindahan yang Allah cipta.

Oleh itu..
SENYUM..
TAK PERLU KATA APA-APA :)

WASSALAM

Ahad, 2 Oktober 2011

Untuk Kesekian Kali...

Assalamualaikum
Saat ini aku sedang diuji. Diuji sekali lagi. Diuji untuk kesekian kalinya tanpa aku pasti berapa banyak masalah sudah aku tempuh untuk aku jadi kental seperti hari ini. Lahir di bandaraya Kuala Lumpur tidak menyebabkan aku bergelumang dengan kekotoran yang ada. Lahir di bandar metropolitan ini tidak menjadikan aku salah seorang penghuni neraka dunia yang manusia sendiri ciptakan.


JUJUR!!!
Aku sudah tidak larat lagi untuk terus-terusan mendengar sumpah seranah manusia-manusia yang tidak kenal bumi Kuala Lumpur

.
KALAU AKU PUNYA SUARA YANG GAH, AKAN AKU LAUNGKAN
"BAHAWASANYA LUMPUR-LUMPUR YANG BERSERAKAN DAN TERPALIT-PALIT DI BUMI KELAHIRAN AKU BUKAN HASIL TANGAN ANAK TUMPAH DARAH TETAPI MANUSIA-MANUSIA RAKUS YANG ENTAH MANA ASALNYA MEMBUAT ONAR DAN MENJADIKAN KUALA LUMPUR SEBAGAI NERAKA DUNIA".

Itu hanya luahan hati aku yang sangat sakit di atas satu insiden yang telah berlaku. Aku terpaksa saban hari menjamah kata-kata nista tentang bumi kelahiran aku.

Hina sangatkah?

Terlalu kotorkah?

Aku lahir di sini, membesar di sini dan aku tahu apa yang ada disini. Jika terlalu hina kenapa masih ramai yang terkinja-kinja mengejar Kuala Lumpur??
Mengapa???
Mengapa tak tinggalkan sahaja tanah kotor ini dan jejakkan kaki ke tanah yang lebih mulia.

KAWAN...
Manusia jika berjiwakan syaitan tak perlu jejak bumi KL tak perlu pergi neraka dunia. Di mana sahaja mampu dia membuat kerosakan. Berselindung di sebalik ilmu-ilmu Allah yang hanya dipelajari dan ditunjuk-tunjuk untuk mendapatkan rasa bangga dan angkuh.


UNTUK APA SAHABAT???
KAU LANTANG SEBUT KAU BELAJAR AGAMA TAPI PERLAKUAN KAU LEBIH TERUK DARI ORANG TAK BERAGAMA. MALAHAN KAU BERANI-BERANI MEMAKI ORANG YANG KURANG ILMU INI APABILA MENEGUR KESIALAN YANG KAU TUNJUKKAN SECARA TERANG-TERANGAN. KAU HUNUSKAN LIDAH TAJAM KAU DENGAN BERKATA:

'RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI ' KEPADA AKU.


NAH, WAHAI SETERU AKU SI JALANG YANG TIDAK LAGI PUNYA MUKA MALU!!!
AKU PALINGKAN SEMULA HUNUSANMU ITU..

'RUMAH SIAPA YANG SEDANG MENGHALAU DENGAN PENUH RASA BENCI DAN KUBUR SIAPA YANG SEDANG MEMANGGIL TIDAK SABAR UNTUK MENGAZAB?'

Luka hati ini hanya Allah yang maha ketahui. Kecewanya aku takkan mungkin aku ucapkan dengan kata-kata. Malunya aku pada Sang Pencipta kerana kelemahan aku yang tak mampu membantah kemungkaran yang wujud di depan mata. Hak-hak aku dan sahabat-sahabat aku diinjak-injak seolah-olah kami ini Si Pandir yang hanya terus sahaja mengikut rentak orang lain. Diinjak bukan oleh orang yang berbeza dengan aku tetapi seagama sebangsa denganku. Tingkahnya seolah-olah perlakuannya itu tidak salah.

Mungkin sahaja sahabat, membawa yang bukan muhrim ke dalam rumah bukan lagi satu masalah besar kepada kebanyakan daripada kita namun kebiasaan itu tidak bermakna sesuatu yang betul atau tidak salah jika dilakukan. Sedarlah hari ini berapa banyak kebiasaan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian terang-terangan menentang hukum Allah???

Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku. Entah berapa banyak kata carutan yang aku sebut hari ini kerana mengikut amarah yang gagal dibendung. Astaghfirullahala’zim..

Terasa canggung pula rasanya bila pulang ke rumah. Serba tak kena. Petang tadi terpaksa sahaja aku dan 2 lagi sahabat membawa diri apabila tetamu yang tak diundang bertandang dan dijemput masuk tanpa ada kata perbincangan mahupun persetujuan daripada kami.

Bukan main. Bergolek-golek atas sofa di ruang tamu seolah-olah sewa rumah yang kami duduki ini bapak dia yang tolong bayarkan. Kami pula yang mulanya tidak tahu mengenai hal kedatangan ‘tetamu’ (lelaki yang tidak kami kenali) hanya dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas yang menyuruh kami tidak pulang awal ke rumah pada sebelah petang tadi ketika cuaca di luar tidak menentu dan sangat membahayakan keselamatan. Apa cerita??? Kenapa begitu??? Siapa mereka nak memberi arahan sedemikian seolah-olah sewa rumah yang mereka bayar lebih tinggi dari kami.

GILA!!! SANGAT GILA...

Fikirlah kawan dengan masalah di kampus seperti yang pernah aku ceritakan dahulu dan ditambah dengan konflik di rumah, betapa tak tenangnya hati aku untuk belajar.

Kalian yang membaca ini aku pohon doakan kesejahteraan aku dan doakan agar aku terus sabar dengan dugaan ini. Cukup rasanya ini sahaja yang aku coretkan kerana jari-jemari aku juga sudah penat bercerita kekotoran yang manusia palitkan di bumi Allah ini.

Wassalam