Mutiara Kata

"Perempuan cantik itu, godaannya bukanlah kepada rupanya yg cantik, tetapi godaan pada statusnya. Pada ketika kamu tahu yg hatinya belum terisi, pada saat itulah godaannya meninggi."
 
 "Putus cinta itu bukanlah sakit yang perlu diratapi,tetapi yg perlu diratapi adalah jatuh cinta pada ketika sudah ada cinta yg menunggu di rumah."
(P/s: Putus cinta mengosongkan hati dan yg kosong itu boleh diisi semula. Tetapi hati yang telah diisi dan perlu diisi lagi menyesakkan sebab tu sakit. Makin sempit.)

Bahruddin Bekri - Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati -



Abu Hurairah merekodkan:
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg mahu doanya terkabul saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyakkan berdoa pada saat lapang (senang)".

P/s: Berdoalah sentiasa terutamanya masa kita bahagia dan senang kerana seorang mukmin itu antara cirinya adalah sentiasa bersiap sedia sebelum datangnya kepayahan. Berdoalah untuk dikuatkan hati dan fizikal menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Jangan dah susah baru ingat Allah.


 No Body Perfect At The First Step Neither On The Next Step, So Keep Trying
 -Solehah Saharudin-


Kami juga adalah pejuang...
Walaupun senjata kami hanya sebiji bola...
Andrea Hirata -Sebelas Patriot-


"Wang dan perempuan itu tidak boleh membeli bahagia, tetapi wang dan perempuan boleh membeli kerelaan seorang lelaki."

"Perjuangan itu memang susah. Sekiranya mudah, baik pergi tidur."

"Walaupun kecil tetapi setiap perjuangan yang besar bermula dengan langkah yang kecil."

"Kematangan bukan hanya memikirkan perkara-perkara yang besar, tetapi ia bermula dengan memerhatikan perkara-perkara yang kecil."

Bahruddin Bekri -Diari Mat despatch Naluri Ayah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan