Selasa, 22 April 2014

Semoga dapat bermula..Kembali.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama. 

Diam. 
Senyap. 
Sunyi. 

Jari aku berhenti menari di papan kekunci komputer riba ini. Hari ini aku kembali. Niat sudah lama. Tapi baru hari ini terlaksana. Tak pasti bila kali terakhir jari-jemari ini lincah berkejaran untuk menaip cerita yang tak sudah dan mungkin tak pernah dibaca orang lain.

Mahunya hanya bercerita. 
Cerita aku. Cerita yang tak penting. 
Tapi mungkin boleh memberi inspirasi atau cukup untuk membuang sekejap lelah seharian.

Di sana. 
Senyumkah?
Gembirakah warkah pertama ini kau baca setelah lama aku tak berkongsi kisah?

Aku harap.
Harap ada juga yang baca walau tak pernah aku dapat ulasan sesiapa.
Mungkin juga tak perlu ulasan kerana mungkin saja aku mula jadi taksub kongsi cerita kerana mahu pujian.

Sampai sini dulu. 
Cinta lama sudah datang menyapa.
Aku nak jaga.
Aku nak pupuk.
Tak mahu hilang lagi.