Ahad, 17 Jun 2012

For My Only Saharudin

MY SAHARUDIN
Assalamualaikum and HELLO THERE!!!

Secara tiba-tiba aku terkenang ayat kesukaan Anuar Hadi. Hahaha...

Kali ini untuk ayah.

Ya..artikel kali ini untuk ayah. Sekian lama aku mendiamkan diri dari berblogging dan aku muncul semula untuk bercerita. Waaa.... rindu kau!!!

Tak banyak yang aku boleh cakap kat sini sebab dah lama sangat aku tak bercerita. Tapi yang pasti banyak kenangan-kenangan yang sweet and simple antara aku dengan ayah. Semenjak ayah aku pencen ni, aku antara orang yang rajin ikut ayah aku keluar. Paling rajin bila mengikut acara jalan-jalan cari makan. Paling seronok kalau makan tepi-tepi jalan ni.

Cendol, rojak dengan mee rebus tu memang biasa dah tu. Pebret terbaru aku dengan ayah aku makan sarapan kat kedai mamak. Order thosai dengan telur separuh masak.

MEMANG SUPERB WA CAKAP LU!!!

Lagi superb bila pergi terus lepas kena kejut secara mengejut dengan ayah aku. Taik mata tak sempat nak tenyeh apatah lagi taik gigi kan.

Perghh!!! Solehah memang tak senonoh.

Hahaha..memang kalah la anak lelaki kan.

Kalau makcik-makcik dengan pakcik-pakcik kat taman tu tengok aku memang confirm tak nak buat menantu.  Kihkihkih...tapi aku tak kisah sebab ayah aku tak kisah. Aku kalau mandi dengan tak mandi kakak aku kata sama je rupa. Jadi bukan oranhg boleh bezakan pun. Buat tak tahu sudah la kan. Haaha...aku mengarut lagi.

Next, pasal ayah aku. Beliau memang suka buat permintaan menu bila aku balik cuti. Nasib mintak yang simple je macam masak asam pedas dengan buat pengat. Ayah memang suka makan pengat. Selalu aku la yang rajin masak. Tak la rajin mana tapi aku suka bila tengok orang makan. Biar la tak sedap pun kan tapi diorang makan tu maknanya not bad la.

Seterusnya yang best pasal ayah ialah beliau sangat suka bercucuk tanam. Setakat ini ayah berjaya menanam pokok terung. Aku tak ingat apa nama terung tu. Warna dia hijau, panjang-panjang tapi tak la besar sangat. Comel-comel je. Kami ni duduk rumah teres kat taman perumahan jadi agenda tanam menanam ni buat dalam pasu je la dengan bekas polisterin. Pokok terumg tu dari sepokok dan jadi 3-4 pokok dah. Seterusnya ayah aku tanam labu. Dalam bekas polisterin je tau. Dah berbuah 5 biji. Sebiji yang dah masak bagi nenek aku. Sebiji lagi aku masak pengat masa balik cuti hari tu. Ada satu lagi je tengah tunggu keluar buah. Daun dia bukan main kembang cantik. Buah tak keluar-keluar jugak. Tunggu nenas pulak. Hihi..

Banyak yang boleh diceritakan pasal ayah aku ni sebenarnya tapi aku macam dah penat rase. Next time ok!

Akhir kata,
FOR MY ONLY SAHARUDIN...

HAPPY FATHERS DAY! LOVE YOU BECAUSE OF ALLAH!

Mudah-mudahan dipanjangkan umurmu untuk menjadi waliku saat akad nikahku serta dipanjangkan umurmu untuk merasa bakti dari semua anak-anakmu.

Ayah with his beloved wife