Khamis, 29 Disember 2011

23rd Birthday Wishlist

Assalamualaikum and Hello there people!!

Seriously aku nak bagi tahu yang aku belum mandi. Ya, memang tak senonoh bagi seorang anak dara buat pengakuan macam ini (at least aku jujur apa!). Cakap pasal mandi pagi, jam sebenarnya dah masuk pukul 12.30 masa aku menaip artikel ini. Kira tak boleh kelaskan pasal mandi pagi lagi tapi mandi tengah hari aku pun tak dilaksanakan lagi. Tadi lagi aku nak mandi tapi layan tengok tv dengan kakak-kakak aku tu yang lambat (as always, I shift the blame to someone else). Sekarang ini pulak aku baru teringat yang beberapa hari lepas aku nak buat wishlist untuk ulang tahun kelahiran aku yang ke 23 Tahun. Oh, my Allah. Am I that old? 

Maybe for some people 23 years old is still a small number and can be categorize as young. Tapi untuk aku dah tua kot! 23 tahun aku hidup apa aku dah bagi pada diri aku? Pada keluarga aku? Pada bangsa aku? Pada agama aku? Pada Negara aku? Pada dunia? Nothing that much.. Still give some ideas about to change the world become better than now but who is really listen to it? Still myself, family and friends.

Ok, lupakan hal tua atau muda atau apa jasa aku dah bagi kat bumi Tuhan ini. Sekarang ini aku nak cakap apa yang aku nak untuk hadiah ulang tahun aku walaupun aku tahu memang takkan dapat walaupun dalam mimpi tapi tak salahkan kalau aku bagi tahu kalian apa yang sangat aku teringin hendak miliki.

Ladies and gentlemen, now  presenting to all of you my wishlist for my 23rd birthday.
  1.        Printer to help me print out documents and assignment.
  2.        New camera from Nikon, Nikon 1 and I want the red colour.
  3.        New handphone, Sony Ericson Xperia Play.
  4.        A Sony  handycam (this item can be wait).
  5.        A new brand of laptop bag.


Melampau tak permintaan aku ini??? 

Hahaha...aku tahu agak keterlaluan tapi aku nak sangat. Macam orang mengidam tahu tak. Kalau tengok tu rasa nak terliur je. Huhuhu. Apa pun yang palig penting aku nak printer dengan bag laptop tu la. Kalau aku pujuk-pujuk mak ayah aku mungkin aku boleh dapatkannya.
Itu je untuk cerita aku kali ini. Cuma nak luahkan keinginan yang terpendam ini. Walaupun tak dapat tapi sekurang-kurangnya ada juga yang tahu hajat aku memiliki item-item berikut.

Good day all.
Wassalam.

P/s: Pasanglah angan-angan kamu setinggi langit dan berusahalah mencapainya. Jika takut jatuh dari tempat tinggi cukuplah impian kamu itu setinggi lelangit mulut kamu sebelum kamu menambahkan ketinggiannya impian itu. J

Ahad, 18 Disember 2011

I Shift The Blame To Someone Else 2

Assalamualaikum.

Hari ini mood tak berapa molek. Buang masa hampir dua jam tunggu si beliau. Ketua kelas aku cakap si beliau pergi bank. Aku blank sekejap. Office hour pergi bank??? 
Apa si beliau fikir kami ni datang belajar ni nak tunggu beliau berjam-jam ke?? Aku kalau hal ini jadi sekali dua tak apa lagi. Ini kalau dah berkali-kali aku tak boleh tahan kot. Kadang-kadang aku rasa kecewa sangat bila aku bersemangat datang kelas seawal mungkin nak belajar. Kalau dah terlambat tu aku siap berlari-lari kot. 

GERAM TAHU TAK?????? 

Aku cuba menenangkan diri. Petang tadi pun aku rasa macam nak blah je dari kelas tu. Tapi aku masuk la juga sebab nak tanda tangan attendance tapi aku bukan dengar pun apa yang kawan-kawan kelas aku present. Lagi-lagi aku menyampah yang teramat-amat sangat. Ang bajet bagus sangat la tu boleh buat orang gelak-gelak bila buat pembentangan. Kalau itu yang dikatakan sebagai pembentangan yang hebat ok fine lepas ni aku bagi orang gelak ja tak payah dengar isi presentation aku. Aku cakap apa yang orang nak dengar dan bukan apa yang patut orang dengar. 

Kalau nak bagi markah rendah aku tak kisah ok bagi la kalau dah itu yang layak untuk aku. Ini ada yang present macam dalam kelambu dah tu duk baca slide je dan tak bagi penghuraian yang sepatutnya pun. Cakap pun tak ada keyakinan. Utarakan idea teragak-agak. Bila diberi soalan tolak-menolak antara ahli kumpulan untuk jawab TAPI MARKAH DIA LAGI TINGGI DARI GROUP AKU. Aku punya bersungguh la dengan kawan-kawan aku bagi penghuraian yang bombastik sambil menjawab dengan penuh bergaya dan penuh kayakinan tapi markah kami..Aduyaii...nak nangis seh.

DID HE JUDGE US BY HOW WE PRESENT OUR SELF OR HOW WE PRESENT OUR POINT?????? Aku cakap macam ni sebab ada beberapa group tu yang kami rasa ada beberapa ciri penampilan diri mereka yang mungkin nampak lebih sopan maybe or Islamik mereka semua dapat markah tinggi. Mungkin itu yang buat si beliau bagi markah lebih kot berbanding group aku ni yang nampak biasa-biasa je. Ada satu group tu present aku rasa cukup baik tapi dapat markah rendah juga. Ada orang present tapi sikit habuk tak faham (sendiri bentang sendiri tak faham) TAPI MARKAH TINGGI GAK DARI KAMI. 

Oopsss..maybe my presentation is not Islamic enough for him (well, this subject is related to religion)  It must be I did not give any phrase of Holy Quran in my idea. I just give my opinion so it is not good enough for him.
So, why dont you tell us what kind of presentation you want from us????

Dah la tak guna pun nak merungutkan. Tapi aku memang rasa si beliau juga yang bersalah. Entahlah..demi meredakan hati yang mendung dan kesedihan yang besar bak orang mengandung, aku pun layan la video ni.
VIDEO MARI MERUNGUT BY MATLUTHFI



Oklah..memang tak patut aku salahkan si beliau pasti ada kelemahan dari aku juga (tapi aku tetap tak puas hati lagi). Nak merungut pun tak ada guna lagi. Apa yang penting aku fight untuk final exam aku. Wish me luck friends. Kejayaan takkan datang bergolek so lancarkan perang time final nanti. Semangat untuk diri sendiri.

Moral of the story : Cakap banyak pun dah tak guna. Setiap orang ada penilaian yang tersendiri. So, usahakanlah yang terbaik ok. Kalau kita tak dapat yang terbaik hari ini mungkin ada yang lebih baik Allah simpan untuk kita di kemudian hari.

WASSALAM

I Shift The Blame To Someone Else

Assalamualaikum and Hello There..

Aku harap hangpa semua sihat sejahtera na. Aku ni tengah hangat ni. Aku tak tau la aku nak marah ka nak kecewa ka nak apa ka. Tapi sungguh la....aku memang tak puas hati sungguh kot.

Waaa....betoi marah ang ni Leha. Awatnya ang serabut macam orang hilang laki?

Ini bukan masalah hilang laki ang tau dak. Ini rasa aku seperti kes tipah tertipu. Kalau hilang laki aku cari la kalau tak jumpa aku cari laki lain ja. Uisshhh...panas sangat la ni aku.....

(Ayat-ayat di atas hanya sebagai penyedap cerita bahawa aku sakit hati)
Tajuk bukan main orang putih kan. Sekali keluar slanga utara keluar kat perenggan pertama. Hihihihi..hidup kena kreatif sikit beb. 

Aku nak cerita la pasal lecturer aku ni. Cakap lain alih-alih yang jadinya lain. Apa yang aku geram ni beliau cakap hal tu berkali-kali tahu. Aku ingat lagi masa kelas yang mula-mula sekali, kelas beliau yang first yang aku dengan dua orang lagi kawan aku datang lambat ke kelas beliau kerana kami terpaksa berjalan kaki selepas dapat tahu kawan kami yang kami nak tumpang tu tak dapat nak tumpangkan kami pergi kelas. Tup...tup...jadi benda lain kot. Harunya hidup aku. Rasa teraniaya sangat tahu tak.

Kalian nak tahu  (dah tentu la nak tahu kan, kalau tak kalian tak baca blog ni). Kuliah yang pertama, masa sesi taaruf (perkenalan) lecturer aku ini dah bagi tahu bentuk soalan yang beliau akan tanya dalam kuiz mahupun ujian. Beliau cakap akan ada bentuk soalan betul-salah, soalan objektif, soalan struktur dan esei. Sekali kamu tahu masa kuiz hari itu tiada langsung bentuk soalan yang tiga pertama tu. Esei je yang ada. Ok..la, takat esei tu tak ada masalah lagi. Sekali dia minta jelaskan dengan dalil atau hadis atau ayat al-Quran. 

HANCUR!!!!

Walaupun nama patik ini Solehah tapi patik ini bukan bijak macam peserta rancangan realiti Solehah yang mencari pendakwah wanita tu. Aku mana mahir sangat bila nak kena bagi dalil-dalil ini. Kalau jawab ikut logik dan fakta serta huraian mampulah aku lakukannya. Nampak gaya macam rendah je markah aku untuk subjek ini. Sedih betul. Kuiz hari tu beliau bagi 2 soalan esei. Aku tak ingat la berapa markahnya. Mintak dalil aku bagi makna je tak tahu la betul ke tidak dengan aku tak ingat surah apa, hadis dari siapa, aku main bantai je semua tu.

Minggu lepas pula beliau kata nak buat test. Ada soalan betul salah, struktur dan esei. Kata beliaulah macam tu. Aku macam biasa kalau dah dengar bentuk soalan untuk selamatkan diri ini memang aku kurang sikit la menelaahnya. Kalau nak tahu macam mana aku menghadapi exam, test dan kuiz bolehlah refresh memori kalian dengan membaca entri Menghadapi Minggu Peperiksaan. Sebelum start exam malam tadi lecturer aku tu cakap tiada soalan betul salah. Yang ada cuma soalan struktur dan esei saja.  Sekali lagi aku terpedaya. Aku dah la study macam apa je dah tu tahu-tahu soalan yang mampu bantu aku tak mampu menjelmakan diri untuk membantu aku. Sangat sedih.. 

Waaaa..wa.....
Kenapa Prof?? Kenapa Prof mengecewakan hati seorang budak pemalas seperti saya??? Tahu tak betapa besarnya jiwa saya masuk ke kelas untuk jawab soalan betul salah yang akhirnya Prof cakap soalan tu tak ada dalam test kali ni? Kenapa mesti ini yang terjadi Prof? Kenapa?

Kalau aku dapat markah rendah semuanya salah beliau. Kelas selalu delay, kerap postpone (betul ke aku eja?) lagi hebat kelas cancel. Huhuhu... semua salah Prof tahu tak??? Prof kena bertanggungjawab jugak.

SILA TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK MENERUSKAN PEMBACAAN ANDA




OK. Aku insaf lepas tengok video ni. 


I will not shift the blame to someone else. What had happen is my fault. It was my responsibility to study and do my revision no matter what sort of questions will appear in my quiz, test or exam. Just beat the problems today and move forward. :) Thanks Matluthfi for your advice and creative video. Just admire your brain.


Wassalam
P/s: Pengajarannya aku rasa dah terang lagi bersuluh kot.




Khamis, 15 Disember 2011

Siti Solehah Saharudin.....I Luv U Part 2

Assalamualaikum and Hello there.
Meet again for second time today. Kepala aku pening entah kenapa. Mungkin nak demam agaknya sebab dua tiga hari ni aku tak berapa nak terurus dengan masa tidur aku. Tidur ikut sedap mata je. Sekarang ni kepala pun dah rasa bengal semacam.

Rasanya catatan kali ini ringkas sahaja berbanding post yang sebelum ini. Iya lah, aku ni tengah mamai lagi waktu menaip ni mana banyak idea nak cerita kalau merepek masa ni banyak la.
 Aku sambung ye al-kisahnya...

Taaadaaa!!!!! 
Selepas aku take a nap jam dah 6.30 petang. Aku dah kelam kabut nak mandi apa semua (poyo la kelam kabut minah. Padahal leh lepak-lepak and gosip-gosip dulu dengan member sampai lambat pergi kelas) Dah la aku dengan jalan macam ular kena palu dapat pula mesej daripada Saha. Dia cakap dia dah balik dari kursus di Mersing.
 Aku pun dalam hati...
"Yaaahooo....yabedabedu...Saha dah balik ada kawan nak borak-borak dan nak meluahkan perasaan". :)

NAMUN...

Yabedabedu aku tu hanyalah sementara kerana selepas itu disusuli satu lagi mesej yang buat aku rasa macam ni pulak...
"KENAPA???? Why??? Why??? Huhuhu..lamanya kena pergi kerja luar...luar Malaysia lak tu...". :(
Dia kena settlekan kerja dekat Singapore pulak dari Khamis sehingga Sabtu minggu ini selepas dia selesai kursus dari Isnin sehingga Rabu. ( Ada kawan suruh aku dengan member mangsa hack tu sambung 'relationship' kita orang tu lagi dua hari)

Sedih kot...huhuhu..tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab orang bekerja maka aku kena faham dan terima dengan redha la. Maka dengan adanya lawak-lawak jenaka dan usik mengusik dari kawan-kawan sekelas aku maka tak lah aku boring sangatkan. Sekurang-kurangnya menjadi penghibur duka (ini la yang aku kata impak baik yang aku terima dari usikan kawan-kawan aku). Nampaknya kisah post kat FB tu dah reda sikit. Tinggal yang nakal-nakal tu je la yang mengusik lagi. Tengok dari gaya semasa yang kami ni bercuti selama 3 hari dan tak berjumpa dalam kelas, naik kelas Ahad ni semuanya akan berjalan seperti biasa dengan syarat tiada pencetus topik ni lagi.

Moral of the story : Kadang-kadang kita rasa kawan-kawan kita ni suka mengusik sampai tahap kita rasa diorang ni macam bodoh ja. Banyak sangat hal boleh dibuat tapi dihabiskan masa itu dengan mengusik. Chill bro...bila kenang balik thats thing gonna be something nice to remember and it also can be a cure to your sadness. So, apa-apa pun layann...and..and..kita enjoy! :)

Wassalam...
P/s: Kalau mak aku tahu pasal gosip ni mesti mak aku sound baik punya, "Kau ni pergi belajar ke pergi menggatal???". (Wah..pedihnya...)

Siti Solehah Saharudin....I Luv U

Assalamualaikum and Hello there....
Hahaha....Sorry kawan-kawan, tapi apa-apa pun izinkanlah aku ketawa sepuas hati terlebih dahulu. Hahaha...HAHAHAHAA!!!!. (OK, aku dah puas gelak)

Aku nak cerita ni. Korang baca la ye sebab dah tentu tak boleh nak dengar sebab aku menaip bukannya bercakap ye tak.

Aku tak tahu kenapa aku ni selalu je jadi antara insan-insan terpilih untuk disakat dan menjadi mangsa ala-ala Wakenabeb! Aku ingat kerja gurau-gurau senda cinta monyet ni masa zaman aku sekolah je. Rupanya bila buat ijazah pun ada ja yang perangainya rupa gitu ye.

Dulu aku dikaitkan dengan isu kasut sukan dan sekarang ni aku dikaitkan dengan topik 'Cinta'.

Yaarrghhh!!! HOT GOSSIP...HOT GOSSIP...
How this kind of thing could happen to me???

Macam kebiasaannya. Semua berlaku di FB. Budak-budak kelas aku (Budak lagi ke??? Ada tu dah bapak orang kot) suka benar meng'hack' akaun FB kawan-kawan mereka yang ditinggalkan dalam keadan 'online'. Maka pada satu malam yang hening, ketika aku dalam mood penuh semangat keazaman nak menyiapkan ulasan artikel + soalan kira-kira analisis data + nak study untuk test dakwah yang semuanya perlu diselesaikan keesokkan harinya. Secara tiba-tiba aku dapat notification kat FB aku. Ada member tagged aku dalam post dia kat wall group kelas. Aku dalam hati tertanya-tanya.
 "Pehal budak kecik ni tagged aku dalam post dia ni. Mesti ada nak pekena aku ni", monolog aku sendirian.

Maka dengan hati yang diterajang rasa ingin tahu yang kuat, aku pun click la kat notification tu. Tanpa aku jangka keluar la post yang melibatkan nama aku tu yang memaparkan ayat.. 'Siti Solehah Saharudin....I Luv U'.

"Bodohlah!!!!!!", jerit aku sendirian dari dalam bilik sehingga mngundang rasa ingin tahu teman serumah merangkap budak kelas aku juga. Khianat sungguhlah kawan aku ni. Tanpa dipinta, berduyun-duyunlah komen yang tiba sehingga aku tak tenteram nak buat kerja sebab classmate yang satu rumah dengan aku ni duk kih...kih...kih...kat ruang tamu depan. TERGANGGU KOT!!!

OK LA...mungkin benda tu cuma gurauan rakan sekelas aku dan tak adalah mengganggu sangat. TAPI KALAU GURAUAN TU DATANG MASA AKU SIBUK TUNGGANG-TERBALIK NAK SETTLEKAN SUBMISSION AKU ESOK HARI MEMANG SANGAT-SANGAT MENGGANGGU KOT!!!

Setelah beberapa ketika (selepas lebih kurang 80 komentar mula memenuhi post tersebut) akhirnya tuan punya FB tersebut menjernihkan semula keadaan yang telah menghuru-harakan otak aku buat sementara waktu. Aku dan kawan aku Gee, dah terbahak-bahak ketawa selepas kawan kami ni buat pengakuan tentang peng'hack'kan ke atas akaun miliknya. Mana la kami tak gelak rupa-rupanya jangkaan kami siapa punya kerja khianat tu memang tepat sangatlah. Mana taknya orang yang paling pantas komen cerita-cerita hot kat FB tiba-tiba tak muncul-muncul lak join sekali. Macam pelik dah ni. Dah tu kawan  yang dianiaya tu biasanya komen guna dialek Kelantan kali ni guna BM standard seh. Sedang cakap dengan aku kecek klate. Memang menimbulkan tanda tanya la.

Walau apa pun yang telah terjadi malam itu seperti yang aku jangka hal ini pastinya bersambung di dalam kelas. Kiri kanan orang duk panggil aku Cinta (sebab aku layan sewel kawan aku tu nak panggil aku sayang, aku cakap aku nak dia panggil aku Cinta). Pada mulanya aku tak la terganggu sangat. Tapi dah kawan yang buat konspirasi pada malam sebelum itu duk senyum-senyum tiap kali aku tengok depa. Paling aku tak tak tahan masa aku pi belakang kelas nak mintak slide presentation kat kawan ni boleh pulak kawan yang semalam kena 'hack' tu duk belakang kawan aku yang aku nak ambil slide tu. Terus aku jadi terkelu nak cakap apa yang aku nak. Mahunya tak, bila aku dah berjalan ke belakang tu terus kawan yang sebelah kawan yang kena 'hack' tu tepuk dan gosok-gosok bahu kawan yang kena 'hack' tu. Aku nampak perbuatan dia tu seolah-olah membawa maksud macam ni, "Relaks..relaks...tu Cinta kau dah datang tu". Penat gelak je aku sepanjang hari tu dengan karenah kawan-kawan aku. Ada la lagi insiden lain yang seterusnya membuat aku mengambil tindakan membalas semula gurauan itu sehingga kawan yang mengusik aku tu tak mampu nak cakap apa selain tergelak. 
Balik je rumah lepas habis kelas terus aku pening kepala (mungkin banyak sangat ketawa).
Kepala aku sakit, aku tak larat pastu aku pun terus tidoq. Then I take a nap, bila aku bangun ja jam dah pukui 6.30 petang (aku balik rumah dalam pukul 2 lebih) 
Taaadaaaa.... (hahaha..aku tiru ayat Matluthfi). Dah nak maghrib sat lagi sebab maghrib awai dah la ni. Aku mandi tak lagi. Perancangan nak siapkan assignment tak buat lagi. Malam kang pukul 8 ada kelas pulak. Aduyaii....bengong jap kepala aku..

Itulah dulu ye ceritanya. Rasanya ni dah terlebih panjang ni dari kebiasaan. Nanti aku kongsi cerita lain pulak.
Moral of the story : Tak baik buat khianat pergi hack akaun FB kawan anda dan post lawak gurauan yang macam aku kena ni. Aku ok je. Cuma masa tak kena la sebab aku sibuk nak siapkan assignment. Kalau hangpa nak tau, aku sampai kena baca Quran kot bagi setan-setan yang duk galak suruh aku layan FB ni blah. Apa-apa pun ada juga impak baik yang aku terima dalam gurauan ni. Nanti aku sambung kat post yang lain.

Wassalam.

Ahad, 11 Disember 2011

Mak Aku Best..Kau Ada???

Assalamualaikum

And Hello There!!!

Aku sekarang ni telah dirasuk dengan roh Anwar Hadi dan Matluthfi. Dua vlogger yang tengah hot dikalangan kenalan aku.
Today I would like to talk about my mother. If you were my loyal follower, you must notice that I always talk about my dad more than my mom (ang bajet ang baguih sangat la duk cakap orang putih ni [lagi sekali ayat Matluthfi keluar])

Hahahaha...
Apa la salah cakap Inggeris sekali-sekala kan. Dah jadi budak degree kot. Malu la kalau nak cakap Inggeris sikit-sikit pun fail. OK...back to the topic. Aku nak cerita pasal mak aku. Berbanding dengan ayah aku, sebenarnya aku lebih rapat dengan mak aku. Apa-apa hal aku cerita dengan mak aku. Kalau aku ada msalah dengan study, kawan-kawan atau apa sahaja mak la pendengar setia aku. Sebelum aku terlupa. Artikel kali ini khas buat ibunda tercinta sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 59 tahun.

Kalau orang tanya aku, "Weh, mak kau macam mana?". Aku akan jawab, "Mak aku cool beb! Mak aku best. Kau ada?".

So, whats make my mom cool?
Mak aku cool sebab Mak aku ni memahami. Mak faham jiwa aku dan dia bukan jenis tembak je anak-anak bila buat salah. Mungkin ada la tapi itu masa kami kecil. Bila dah besar ni mak lebih terbuka. Mak lebih demokrasi la istilahnya. Contohnya, apa aku nak buat, mana aku nak pergi mak akan benarkan tapi dengan syarat aku pandai jaga diri. Mak aku ni jangan la pandai-pandai nak tipu sebab dia memang akan tahu. Dari bentuk jawapan dan nada suara aku dia tahu la aku ni cakap betul atau pusing-pusing. Bila aku menipu dia mak akan mengeluarkan dalil-dalil, kata pujangga dan seribu satu nasihat dan kata-kata tersirat. Mak aku kalau bercakap kalah dekan kau tahu. Belum lagi bila mak aku start speaking ("haaa...tu Mak Long marah tu", kata sepupuku Faiz bila Emak cakap omputih). 

Apa yang menjadikan mak saya seorang yang hebat ialah dia tak pernah mengeluh pasal duit. Masa mak aku kerja dulu aku tahu mak aku kerja gaji tak besar mana tapi tanggungan dia banyak. Walaupun macam tu aku tak tahu apa rahsia mak aku. Duit dia tak pernah tak cukup. Kami ni tak mewah tapi serba-serbi keperluan kami adik-beradik akan diadakannya. Setakat ini apa yang aku mintak mesti dapat sama ada cepat atau lambat je. Tapi apa yang aku minta tu mak aku akan pastikan juga apa yang aku minta itu adalah satu keperluan dan bukan untuk suka-suka. Cuma biasalah aku ni kan kadang-kadang tu ada juga aku minta benda yang bukan keperluan dan boleh dikategorikan sebagai mengarut kot mengikut definisi aku. Hehehe..caranya ialah aku pujuk-pujuk lah mak aku. Biasanya kalau aku nak sesuatu tu aku kan terlebih rajin buat semua kerja rumah termasuklah kerja-kerja khas mencuci pakaian mak aku yang kena bilas dengan tangan. Seriously, aku kalau pasal duit memang aku sanggup buat apa je biarlah susah mana pun aku akan usahakan. Maksud aku buat apa sahaja tu bukan perkara yang HARAM ok. Kalau kat rumah tu aku ni memang terkenal sebagai makhluk paling tak malu minta upah setiap kali kena buat kerja (ok stop cerita aku, ini artikel khas untuk mak)

Bila masuk bab duit ini kan mak aku tak nak anak-anak susah fikir pasal duit. Semenjak aku belajar jauh ini mak aku cuma nak aku belajar je. Kalau duit makan tak ada minta je nanti dia masukkan duit (tapi malu kot asyik minta duit kat mak, nampak sangat aku ni boros dan kuat makan tapi dalam malu-malu tu aku minta juga..ahaakkkss).
Emak kalau pasal pelajaran memang dia bagi penekanan. Janganlah nak buat main pasal pelajaran. Memang boleh penampar jawabnya. Pernah dulu masa aku sekolah menengah dan masa aku Tingkatan 6 mak aku ambil handphone aku sebab aku selalu malas pergi sekolah dan keputusan exam aku teruk nak mampus. Masa tu aku marah betul. Handphone tu macam nyawa aku kot Akibat rasa marah tu aku belajar sungguh-sungguh untuk buktikan kat mak aku yang tanggapan dia pasal aku selama ini adalah salah (Mak aku cakap aku malas belajar sebab laki tapi sebenarnya aku tak suka dengan seorang cikgu kat sekolah aku maka akal yang pendek ini suruh aku ponteng sekolah tidur kat rumah). 

Akhirnya masa STPM punya keputusan keluar aku dapat keputusan yang agak baik. Tindakan mak itu mungkin agak drastik dan dalam masa yang sama bagi tekanan kat aku tapi sekurang-kurangnya tindakan mak tu buat aku belajar rajin-rajin kan.Result SPM aku memang teruk la tapi syukur dapat sambung STPM. Masa STPM result tidaklah bagus mana tapi alhamdulillah aku dapat berada pada kedudukan hari ini. Hari aku dapat keputusan emak dah cakap kat ayah aku yang beliau akan 'belasah' aku kalau aku tak dapat gred A. Bila beliau dapat tahu dalam result tu aku ada dapat satu gred A, beliau cakap aku ni selalu je selamat bila beliau dah buat keputusan yang kritikal untuk aku (sebenarnya ni perbincangan antara ayah dengan emak tapi ayah aku dengan aku memang tak boleh simpan rahsia mesti dia cerita punya lepas tu suruh aku diam-diam jangan cakap kat mak aku). Kalau tak dengar cakap mak pasal belajar memang tak selamatlah aku confirm-confirm dah kena balun.

Selain itu, emak adalah penasihat yang baik. Macam-macam pesanan yang selalu dititipkan pada aku. Sehinggalah aku dah boleh baca apa yang mak aku akan sampaikan kepada aku setiap kali aku mengadu kat mak. Tapi yang tak boleh blah kan kalau ada orang buat perangai 'jahat' dengan aku mesti mak aku suruh balas balik supaya orang tu sedar dia sedang permainkan siapa. Hahaha...ada ke patut macam tu kan. Biasalah emak, ada masa beliau teremosi dalam memberi idea. Ada masa aku lak yang kena ingatkan mak. Bila dah tahap macam tu mak aku akan gelak dan jawab, 
"Ipau (cara mak aku gelarkan dirinya) cakap je, kau janganlah buat pulak. Kau kan belajar tinggi". 
Alahai emak...comel kan mak aku???

Lagi best pasal mak aku adalah aku boleh cakap apa je dengan beliau (hal cinta aku tak pernah try tapi ada la kasi hint sikit-sikit still tarak berani wooo..sebab aku faham hati mak aku). Semua cerita aku cerita, aku sakit perut aku cakap, susah nak uuu..uk..aku cerita, tengok drama apa, baca novel apa pun aku bagi tahu kot. Pendek dan panjang kata korang tanya la mak aku apa cerita yang aku tak bagi tahu kat beliau. Semua aku report kot (kalau la ada laporan rasmi yang direkodkan aku tak tahulah berapa tebal buku laporan tu). Anak mak la katakan. Sampai satu tahap kalau kakak-kakak aku nak minta apa-apa kat mak aku mesti diorang suruh aku. Bila aku cakap pergi minta sendiri mesti diorang cakap,
"Kau pergi la cakap Achik, mak kan sayang kau. Kau pandai pujuk". 
Dengar je ayat tu aku dengan bangga je pergi cakap kat mak hajat diorang. 
Hahahaha...dasar tak boleh kena puji.

Hari itu kenduri kahwin abang aku sebelah keluarga kami tapi aku tak dapat nak balik sebab terikat dengan progran di kampus aku. Dua hari lepas tu emak, ayah, Kak Uda dengan Abang Eddy singgah Terengganu tengok aku sebab diorang nak pergi Kelantan ziarah family abang ipar aku (Padahal memang aku suruh mak aku datang tengok aku sambil bawa telur rebus kenduri, kek dengan periuk nasi sekali). Aku tunggu mak aku kat lobi hotel bila aku nampak mak dengan kakak aku muncul, wah apa lagi macam orang gila je aku berlari-lari pergi peluk kakak dengan mak aku sambil cium-cium lagi (manja gila aku ni rupanya). Kawan-kawan yang tolong hantar tu sampai cakap kat mak aku, "Baguslah mak cik datang, dia ni kat rumah asyik menangis je". 
Mak aku balas, "Hah, tu la dia ni memang suka menangis. Hal tu nangis hal ni nangis. Memang macam ni la dia". 
Perghh.....masa tu aku malu kot tapi cover je la. Kawan-kawan aku memang tahu aku ni memang mudah menangis kalau hal yang memang menyentuh emosi aku tapi bila mak aku buat kenyataan macam tu aku tiba-tiba pulak rasa bertambah malu. Hihihi...

Itu je la kot pasal mak aku. Banyak nak cerita pasal mak aku ni. Tak cukup sehari je. Tapi nanti-nanti la ok. Aku dah penat. Ini pun 3 hari 3 malam aku nak menyiapkan artikel ni.

Apa-apa pun sayangilah mak anda sebab mak anda adalah makhluk ciptaan Allah yang terhebat kat muka ini. 

LOVE U MAMA!!!! MMMMMuuuaaahhhhhhhhhhh............. :)

WASSALAM

Khamis, 8 Disember 2011

20 Hari Lagi

Assalamualaikum
Semoga semuanya sihat belaka. Aku sebenarnya teragak-agak untuk menaip entri kali ni. Bercampur antara emosi dan sakit kepala (tiba-tiba migrain aku datang pulak). Macam yang kalian dah baca di atas, tajuk aku kali ini 20 hari lagi. Hari ini 8 Disember 2011 tambah lagi 20 hari maka kita akan pergi ke tarikh 28 Disember 2011. Mungkin pada sesetengah orang tarikh itu tiada signifikannya dalam hidup anda. Namun bagi setengahnya yang lain berkemungkinan sedang menyambut ulang tahun kelahiran ataupun other annivesary  dalam kehidupan mereka. Kepada sesiapa yang menyambut sebarang karaian pada hari tersebut aku ucapkan selamat semuanya.

Aku tidak meraikan sebarang momen indah pada hari itu tetapi aku memperingati sesuatu yang sangat dekat dengan hati aku dan ahli keluarga aku. Tarikh ini akan genap setahun pemergian arwah kakak aku. Rasanya macam baru semalam aku terima perkhabaran pemergiannya dari doktor sedangkan insiden itu telah berlalu setahun yang lalu. Aku bukan mahu bersedih tetapi kenangan hari-hari terakhir dengannya selalu bermain di benakku. Aku masih ingat yang dia minta aku masakkan nasi lemak untuknya, meminta aku menggosokkan baju kurungnya untuk dipakai berjumpa dengan doktor. Hari-hari akhir bersamanya selalu saja aku yang dipanggil untuk melakukan hal-hal yang perlu baginya.

Semenjak arwah sakit dan sering keluar masuk hospital aku antara yang setia melawat arwah di hospital. Walaupun masa tu aku dah belajar di Terengganu tapi mungkin sudah takdir Ilahi arwah sering saja di masukkan ke hospital semasa aku cuti semester. Aku akan melawat arwah dan temankannya walau hanya untuk 30 minit setiap kali aku berjumpa dengannya. Aku akan ceritakan semua kejadian yang berlaku di kampus. Insiden-insiden lucuku sentiasa saja mencuit hatinya. Kakak-kakak yang lain semuanya bekerja. Semasa arwah masih ada emak dan ayah aku masih bekerja. Maka di rumah hanya aku dan arwah saja. Dia la pendengar setia cerita-cerita aku dan orang yang setia makan masakan aku yang tak sedap mana. Dia teman aku tengok tv kira semuanya dia.

Kalau di hospital pula aku selalu datang belah petang. Jadi aku akan masak awal dan bawa makanan untuk arwah. Kalau arwah tak habis makan aku yang akan habiskan makanannya. Kalau orang sihat yang makan memang sedap lauk hospital tu. Selalunya memang aku yang habiskan ada masa aku bersemangat pergi jumpa arwah sebab nak rasa makanan hospital.

Aku tak berapa rapat dengan arwah tapi sejak arwah mula keluar masuk hospital aku semakin akrab dengannya. Aku tak pernah tahu serius mana sakit arwah dan aku tak tahu sakit arwah boleh bawa maut. Pemergiannya sangat aku tak jangka begitu juga ahli keluarga yang lain.

Banyak yang aku nak cerita tapi dah tak mampu nak menaip dengan air mata yang tak henti mengalir. Apa yang buat aku terkilan dengan pemergian arwah adalah aku tak sempat nak minta maaf dengan dia dan bagi tahu dia betapa aku sayang dan bangga ada kakak yang baik macam dia.

Al-Fatihah untuk Angah.

Coretan Untuk Angah...
"Aku dah lama nak menulis untuk kau Angah sebelum kau pergi lagi aku memang nak menulis tentang kau kat blog ini. Aku nak kau baca cerita pasal kau dari pandangan mata aku. Aku nak buat entri pasal kau yang kelakar sebab kau suka dengar lawak aku. Aku rindu kau sangat Angah. Kadang-kadang kalau aku sedih sangat aku menangis aku cakap sorang-sorang, aku luah semua yang aku nak kat kau walau aku tahu kau tak ada depan mata aku. Setiap kali balik KL setiap kali tu aku kena ingatkan diri aku yang kau dah tak ada tunggu aku depan muka pintu dan dengar cerita aku. Setiap kali ada kenduri kat rumah kita tiap kali tu juga aku akan ingat betapa seronoknya satu masa dulu kita berlima duduk sama-sama dan bercerita. Aku nak kau tengok aku dengan adik graduasi tapi apa daya Allah sayang kau lebih dari kami. Kami masih boleh tengok kau sakit Angah tapi Allah dah tak mahu kau menderita sebab tu Allah hilangkan sakit kau dan ambik kau duduk dengan Dia. Berbahagialah Angah kau kat sana. Kami tak pernah lupakan kau dan tak pernah lekang doakan kau bersama orang-orang yang beriman."

Wassalam


Ahad, 4 Disember 2011

Cerita Kampung Awek

Assalamualaikum
Sahabat yang disayangi+dikasihi+dirindui

Beberapa hari ini aku tidak dapat menyentuh papan kekunci Shiba-shiba kesayangan aku (name for my lovely laptop) . Ha...mesti korang nak tahu kenapa kan. Aku kena pergi Kampung Awek, Besut, Terengganu kerana menhgadiri program anak angkat. Makanya aku tidak membawa bersama Shiba-shiba aku. Mak angkat aku best sebab asyik bagi aku makan sehingga setiap pagi bila aku bangun dari tidur aku kena kosongkan tangki aku yang terlalu penuh dengan makanan. Hahahaha....
Cerita yang lagi seronok adalah aku berpeluang untuk bermain bola jaring dalam sawah bendang. Perghh...jadi minah kampung kot aku. Aku je satu-satunya orang yang asalnya Kuala Lumpur. Jadi aku memang tak pernah masuk bendangla kan. Tengok-tengok dari jauh tu biasa la. Cuma tengok. Tapi kali ini aku dapat masuk kot. Sama macam aku selalu main lumpur tanah merah masa kecil dulu kat kebun nenek aku cuma yang bezanya masuk benang ni selut dia dalam lagi la sampai ke lutut. Masa main bola jaring tu kan aku masuk masa kedua. Masa pertama hanya jadi penyokong dari tepi je. Al-kisahnya aku tak nak pun main sebab malas nak cuci baju tapi kawan kesayangan aku yang dah berlumuran dengan lumpur tu naik atas dan peluk aku sebab nak bagi aku kotor. Alang-alang aku dah kotor aku pun turun la main dengan penuh semangat keazaman kot. Masa main tu boleh pulak kaki aku tersekat dalam selut tu dan aku terus pusingkan kaki aku menyebabkan aku terseliuh dan seriously its hurt. Naik je ke atas aku jalan dah terhencut-hencut. Hebohlah semua orang kaki aku sakit (biasa la budak bandar masuk bendang) semua orang mempamerkan muka kasihan kepada aku. Sakit tu memang la sakit tapi tak lah teruk mana cuma orang kampung tu sangat risau sebab aku orang KL rasanya. Dalam sekelip mata habis semua orang kampung (ok..not all of them but almost all of the villagers) tanya pasal kaki aku dan suruh aku berurut dengan orang tu, dengan orang ini. Sangat prihatin mereka ni. Kiranya kerana insiden kaki aku terseliuh tu terus aku glamour kot. Hahaha...
Eventhough I'm having fun there tapi semua tu tetap tak mampu tutup luka hati aku yang tak dapat jenguk rumah untuk kenduri kahwin abang aku. Aku paling kecewa sebab tak dapat jumpa kawan abang aku yang tersangat-sangat comel tu (hahahaha..seriously comel?) OK..jangan layan aku yang cuba buat lawak bodoh tambah bangang. Tapi memang tak best sebab aku tak dapat nak sarung pakaian kenduri tu bersama-sama ahli keluarga aku yang lain. Sedih sangat. Huhuuhu...tapi kerana tanggungjawab aku sebagai pelajar aku terpaksa korbankan kepentingan peribadi aku. Sekurang-kurangnya aku masih boleh sambut raya, sambut merdeka, sambut tahun baru, sambut maulidur rasul dan sambut macam-macam lagi sambutan lain yang disambut di negara kelahiran aku bersama-sama ahli keluarga aku. Lagi sedih orang yang duduk luar negara tu sebab semuanya jauh dari keluarga. Aku tak ada la cakap aku ni dekat dengan keluarga aku. Jauh la jugak tapi Terengganu je kot!!!!! Tak payah la nak drama lebih sangat kan. Hahaha.. Tabah la Solehah you are big girl now (memang aku tau la aku besaq kan..bahasa mudahnya aku ni tembam tambah debab sama dengan la gemuk..tiba-tiba aku nak feeling padahal sendiri yang taip). Lupakanlah hal tu yang pastinya memang aku tak dapat balik dan kenduri tu pun dah berlalu serta aku berjaya mengharungi semua itu walau rasa kesal masih bermain di hati.

Aku buat jahat hari ini sebab aku sedang menaip artikel ini di dalam kelas. Hahaha...sekarang ni baru lepas satu kumpulan membuat pembentangan aku menjadi penjaga masa (nampak tak? aku selalu jadi orang penting dalam banyak hal.hihi..). Kawan-kawan yang baca artikel ini aku minta kalian jangan tiru apa yang aku buat ni sebab tak baik dan tak berkat korang belajar nanti.


Masa hari akhir tu, mak dengan kakak angkat aku bagi aku hadiah kenangan. Aku dapat tuala dengan kain pasang uhtuk buat baju. Lagi penting mak aku bekalkan aku sesuatu yang menjadi kegemaran aku iaitu jeruk petai..muahahaha...sedap seh.
Eeuww...busuk...(ini kata orang lain)
Ada aku kisah.
Memang la busuk tapi ang tok sah pi peghabih sampai satu balang sekali bila makan. Sikit-sikit dah la. Habis makan gosok la gigi dan minum ayaq banyak-banyak biar time ang terkucil bau tak kuat mana. Kalau pi solat jemaah pun orang lain tak pening lalat bau mulut hangpa. Cukup cerita jeruk petai tu. Apa yang penting seronok dapat keluarga angkat dan mudah-mudahan aku dapat jalinkan hubungan ini dan menjaga ikatan ini sebaik mungkin.

Solehah, tiadakah berlaku aksi mencari-cari bakal menantu atau keluarga mentua???
Kalau dalam keluarga aku tiada la sebab mak aku tu cuma ada anak perempuan seorang ja lagi yang belum nikah iaitu anak bongsu dia (gila apa nak jodohkan aku dengan anak dia..eeuuww..aku straight ok). Kalau yang keluarga lain ada juga yang kena 'kenen-kenen' kot. Lagi pun aku ni tak comel mana. Siapa la yang nak kan (tiba-tiba aku buat ayat pasrah).
Satu cerita yang agak menarik. Ada seorang kawan aku ini, lelaki. Sampai je Kampung Awek ni dia dah cari mak angkat dia sendiri dah. Bajet dia dapat mak tu alih-alih aku yang dapat mak yang tadi dia nak jadi mak angkat dia tapi mak tu jadi mak angkat aku (tapi kan mak angkat aku asyik tanya kawan aku tu je maka aku pun suruh la kawan aku tu datang rumah jumpa mak aku). Dah la aku dapat mak angkat tu, aku jadi anak tunggal lak tu. Tak ada kawan-kawan lain yang dapat keluarga angkat yang sama dengan aku. Itu yang jadi aku kena makan banyak (seriously bukan banyak tapi sangat banyak). Bayangkan sebelum tidur aku kena makan nasi dengan lauk ikan toman masak lemak cili api dan malam kedua aku kena makan roti canai dua keping. Aku kenyang tapi aku tak sampai hati sebab mak aku tunggu aku balik dari aktiviti malam untuk teman aku makan. Maka dengan hati yang separuh ikhlas aku pun makan la. :)
Apa-apa pun semuanya berjalan lancar dan aku pun gembira duduk kat situ dengan anak-anak buah aku yang nakal dan mampu untuk membuatkan aku meletup. Nasib anak orang je kalaulah anak buah aku....kalaulah....hihihi

Moral of the story  jangan duk ingat aku ni budak bandaq aku tak tau duk kat kampung na. Walau aku terseksa (tak la terseksa mana sebab nikmat kot dapat makan banyak-banyak) dan tiap-tiap malam berperang dengan nyamuk tapi aku berjaya menjadi orang kampung untuk tiga hari dua malam tu ye. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengucap (hahaha..ayat akhir tu aku bergurau). Walau kat mana pun kita berada jangan bawa gelaran kita sebab Rasul kita Muhammad sendiri tak pernah bawa gelaran Baginda untuk dibangga-banggakan apatah lagi mengharapkan layanan istimewa daripada orang lain. Walaubagaimanapun kita ni bila dapat tetamu ni kena la layan sebaik mungkin mengikut kemampuan kita. Bila jadi tetamu pula jangan la kita meminta secara berlebih-lebihan sehingga menyukarkan tuan rumah.
Itu saja kawan-kawan.
Wassalam...