Jumaat, 27 April 2012

Dari Siti Untuk Emak


Emak
Siti selalu menulis
Selalu buat sajak
Suka cipta madah
Tapi belum satu pun yang dibuat itu untuk Emak
Hari ini
Siti buat satu untuk Emak
Bukan tak sayang
Bukan tak ingat
Tapi
Siti tahu emak selalu faham isi hati anak-anak
Kalau kami ada masalah
Walau kami tak luah 
 Emak pasti dapat rasa
Walau duduknya anak-anak jauh dari mata
Namun
Di hati tak pernah jauh kan

Emak
Ada masa Siti buat sesuatu tak bagi tahu
Atau
Mungkin tak terus terang perkara yang benar
Tak ada niat nak tipu Emak
Tapi sebenarnya
Tak nak Emak risau 
Tak nak Emak sedih
Namun 
Tetap hal itu melukakan Emak
Sebab 
Emak rasa seperti dipinggirkan
Demi Allah
Tak terlintas nak buat Emak rasa sakit

Emak
Berhentilah berasa risau
Kerana anak yang namanya Solehah ini dah besar
Didikan yang Emak beri cukup sempurna
Kalau Siti degil dan tak dengar kata
Bukan salah Emak
Tapi salah Siti yang tak mengikut
Macam Emak selalu cakap
Benda tak elok tak perlu diajar sebab mudah diikut
Tapi
Kalau hal yang elok kena dididik dengan baik
Kerana
Buat baik ini banyak cabarannya.
Ada satu saat 
Siti tak mahu Emak lihat Siti
Saat Siti jatuh
Saat Siti patah hati
Saat Siti gagal penuhi hajat Emak
Sebab
Saat itu 
Hanya buat Siti rasa seperti anak yang kecundang

Emak
Kalau hati Mak gundah bila kenangkan anak-anak
Berdoalah
Allah itu Maha Mendengar
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa Emaklah pelindung kami di dunia dan akhirat.

Maaf Emak
Kata-kata ini tak cukup puitis
Tak layak digelar pujangga
Tapi 
Pastinya semua ini untuk Emak
Ikhlas dari hati seorang anak
Solehah.




Selasa, 24 April 2012

Teruja Bertambah Malu

Assalamualaikum
Masa berbaki 30 minit lagi sebelum tutorial seterusnya bermula. Saya sangat bangga kerana wifi universiti saya sangat cergas pagi ini. Yeay!!!! (bersorak sambil tepuk tangan tanda sangat teruja ini pagi).

Ok nak sambung cerita semalam. Aku terserempak dengan kawan (ermmm...lebih kepada kenalan je kot tu pun tak berapa nak kenal) masa pergi library. Biasa la pergi library lepak-lepak je. Hahaha..gurau ok. Aku pergi cari bahan untuk assignment. Masa aku duduk lepak jap lepas jumpa bahan aku nak aku pun duk la melilau mata sekeliling ruang perpustakaan itu untuk melihat panorama yang wujud kot-kot la ada ciptaan Allah yang indah yang selama ini aku tak perasan. Sekali tu, Si Kecik duk panggil aku dengan suara yang sayup-sayup, "Kak...kak...". Pada mulanya aku tak faham. Memang tak faham la. Bila aku toleh kat rak yang aku baru nak pergi ambil buku tu, muncullah keajaiban atas muka bumi ni. Masa tu reaksi aku macam ni...

Oh, My Allah!
Terkejut seh...memang tak sangka. Tapi aku macam biasa mesti la tunjuk yang aku ni cool lagi steady kan. Hanya tersenyum simpul sambil mengangguk kecil tanda hormat. Aku pusing je nak keluar dari laluan tersebut muncul lagi satu keindahan alam semesta seorang kenalan yang dah lama juga la tak jumpa tapi hanya dengar khabar dari FaceBook. Masa bertembung dengan dia, macam ni pula reaksi aku
v
v
Tak terkata dah..

Memang aku tak sangka la jumpa mereka pada masa dan hari yang sama. Kuikuikui... Tapi reaksi aku tu dalam hati je k. Muka cool cam biasa. Kang buat gitu jatuh saham aku. Mau heboh satu kampus (budget 'femes' ceit)






Mungkin inilah dinamakan pertemuan 3 penjuru. Hahaha..rasa masa tu excited sangat tau. Kalau boleh aku nak je buat macam ni...
v

v

v

Aribbbaaa...Yabedaa..beduuu!!!

Tapi tak mungkinlah kot. Macam aku cakap tadi kena control steady. Walaubagaimanapun aku tetap ada rasa malu-malu kucing. Tak tahu kenapa. Mungkin itu fitrah aku sebagai perempuan kot.Terasa juga nak tutup muka macam chimpanzi sebelah ini. Tapi nanti diorang cakap aku ni sewel lak kan nak malu tak bertempat. Maka aku cuma menonjolkan sedikit rasa malu aku tu dengan cara macam ni pula....
v
 v



Comel la sikitkan buat reaksi macam ni. Hehehe...suka sangat saya. Buat diri ini rasa bersemangat je nak memulakan hari-hari yang seterusnya. Kihkihkih. Ok nak baca buku dulu sebelum kelas mula.

Wassalam.

Isnin, 23 April 2012

Suatu Masa Dulu

Assalamualaikum
Ini artikel kedua hari ini.
Aku dah janji yang aku nak cerita tentang satu hal tapi aku rasa aku nak tangguhkan dulu kerana ada cerita yang lebih menarik untuk aku ceritakan.
Hari ini masa aku saja buat kerja tak bermakna (pergi google image dan masukkan nama sendiri) maka terkeluarlah gambar aku dengan kawan-kawan dulu masa Form 6. Cute je semua orang masa tu. Mesti korang nak tau macam mana aku dulu kan. Tak banyak beza tetap 'sihat'. Hahaha..


Buat banner untuk hari guru
(kecik skit time ni)








Tengah meeting PIBG
Kami tolong lepak kat belakang dewan

Backdrop belakang tu aku dengan kawan
punya hasil kerja la tu.

nina,fatin,awan,zam dan zaireal (depan)
memori menara jam
Gambar yang aku dan kawan-kawan pakai baju sekolah ini masa hari kecemerlangan pelajar. Biasalah bila kita jadi budak form 6 ni memang dah tak ada orang lain dah yang nak diharap buat kerja-kerja charity ni. Memang muka-muka kamilah yang akan tersembul kat majlis-majlis macam ni. Hihihi.

Fizal dan Aku
(Masa ni majlis Maulidur Rasul)

Ezuan dengan senyum bahagianya
Nizam dengan muka er...serius maybe :
Mana boleh lupa sorang ni
With Ismihani Ashari

Gambar yang ni pula masa Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Macam aku terangkan sebelum ini. Asyik-asyik muka kitorang je kan yang ada kan. Memang femes ar kami masa ni. Kalau jalan dalam kawasan sekolah tu boleh histeria budak-budak. Kihkihkih... Aku rasa itu je la yang aku nak share malam ni. Lain kali story lagi.

Memang kenangan sangat. Rindu korang semua!!!
Alahai indahnya tuk di kenang... :)











Dah Lama Tak Buat Kerja Ini

Assalamualaikum Sahabat.
Harap semuanya sihat sejahtera. Aku pun makin sihat. Makin tembam dan banyak la yang makinnya. Apa yang lebih pasti selepas mengalami era kejatuhan minggu lepas, minggu ini aku bertekad dengan semangat yang baru untuk bangkit, untuk berevolusi (hahaha..ayat tak boleh blah sebab terpengaruh dengan subjek Masyarakat Industri dan Perindustrian yang banyak sentuh hal revolusi industri di Britain dan Eropah).

Aku rasa semangat aku untuk revolusi baru ini. Situasi ini telah membuatkan hati aku gembira. Hari ini tanpa aku sangka aku terjumpa dengan...jeng..jeng.. Hahaha.. tak boleh share la. Bahaya. Biarlah hanya Cik Kecik yang tahu hal ini. Kahkahkah.. Apa yang lebih penting adalah aku bahagia dan orang yang jumpa aku tu pun macam a bit excited sebab dah lama tak nampak muka aku berkeliaran kat kawasan kampus (dah macam hantu la pulak nak berkeliaran ni kan) Terserempak (aku rasa lebih kepada bertembung kot) dalam library lak tu. Mesti diorang fikir aku ni rajin kan..kan..kan. Kihkihkih.. Kalau setakat seorang je tak pe ini dah macam serangan empat penjuru. Masing-masing nampak aku semuanya cakap, "eh..eh..". Hahaha..terkejut la tu dengan gaya baru aku yang lebih comel tu. Kihkihkih...
Aku asyik gelak je kan sebab excited sangat. Eh...aku bukan nak cerita hal ini. Aku nak cakap benda lain la. Topik ini aku cerita bila aku dah balik rumah petang nanti ye.

Ok, kalau aku bukan kat rumah sekarang ini dimanakah aku?

AKU KAT LIBRARY!!!

Jahat tak aku? Jahat tak??? (Orang tak ramai boleh la buat kerja ini, kalau banyak orang nak guna jangan buat ok kawan!)
Kerja online dan update blog ni dulu aku selalu buat kat computer lab masa kelas teknologi maklumat. Masa tu aku tak ada laptop lagi maka masa kelas tu je la masing-masing dapat komputer seorang satu. Tak payah risau-risau dah nak online. Aku memang sangat aktif la update blog masa tu. Memang aku make sure tiap kali masuk kelas tu aku dah ada bahan untuk cerita dengan korang (kan bagus kalau perangai macam tu dipraktikkan dalam study).
Disebabkan perbuatan lama ini aku ulang semula aku rasa macam excited DUA KALI GANDA!

Itu je kot aku nak cerita dengan korang. Aku pun kejar masa ni sebab ada tutorial pukul 12 nanti. Aku rasa revolusi aku kali ini akan berjaya. Aku dah makin tabah sekarang.
Cuma masalahnya semakin aku tabah semakin aku kejam. Hahaha...
Oh, lagi satu. Semalam aku ada test silat dan aku lulus maka ke'excited'an aku telah meningkat kepada TIGA KALI GANDA. :)

Wassalam.

Sabtu, 21 April 2012

Dear E

Assalamualaikum.
Sebelum ini aku ada cerita pasal E kan. Silalah tekan link itu ye. Masa itu aku ni emosi tersangat ye. Maka aku tak boleh berfikir dengan baik. Segala rasa amarah aku ini aku hamburkan kepada si E, sedangkan aku tak pernah tau mahupun kenal hati budi si E ni dan tak tau background dia pun. Berdasarkan cerita 'orang itu' aku percaya je la. Entah kenapa hari ini aku rasa sangat kelakar mengenangkan kebodohan diri aku ni. Masa yang seiring juga aku rasa bersalah sebab dah judge macam-macam pasal dia tanpa aku kenal dia luar dalam.

For my mistake from the past this poem is for you. Walaupun awak takkan pernah tahu tentang kewujudan saya dan permohonan maaf dari saya ini sekurang-kurangnya ia membantu saya rasa kurang bersalah.


Dear E
I know that You never knew about me
But
I know a little something about you
From a person that both of us know

I am so sorry
I do not know who you are
And
I should not talk at your back
About yourself

Here I am 
Somewhere on the earth
Apology from distance
Because
I judge you before I knew you
I blame you
While you cannot defense yourself

From the very bottom of my heart
I Am So Sorry
I wish I could see you
And 
Knew you better

Khamis, 19 April 2012

Laguku

Assalamualaikum..
Aku tak ada apa sangat yang nak diceritakan. Cuma aku nak kongsi lagu-lagu yang sangat sesuai untuk aku buat masa ini.

Berikut adalah lagu-lagunya.
1. Ketidakwarasan Padaku
2. Untuk Perempuan
3. Berhenti Berharap
4. Waktu yang Tepat 'tuk Berpisah
5. Jalan Terus

Rajin-rajin la tekan link tersebut ye. Aku rasa kalau korang dengar memang korang akan faham apa yang aku rasa. Selain itu bukan aku nak korang tahu apa aku rasa sebenarnya tapi nak korang hayati lirik lagu-lagu tersebut kerana bagi aku memang terbaik. Dari dulu sampai sekarang aku memang tak pernah dengar lagu yang lirik dia sangat mudah dan menyentuh hati. Inilah satu-satunya band yang aku minat masa aku sekolah rendah lagi dan sampailah sekarang. Kalau ada je berita baru pasal Sheila On 7 memang aku cari punya. There is lot of song from them yang bagus-bagus termasuklah sebuah lagu yang dalam bicara yang halus menyelar sikap-sikap pemimpin yang korupsi dan menindas. Tajuk lagunya Generasi Patah hati.

Janji aku kat kalian semua biarlah berapa kali pun aku dalam situasi patah hati aku takkan berhenti untuk bercerita pada kalian kerana cerita untuk dikongsi, dihayati dan diambil pedoman. Semoga dengan bercerita aku boleh kurangkan rasa sakit aku dan boleh jadi pemangkin semangat kepada orang lain yang alami situasi macam aku.

Wassalam.

TERIMA KASIH KAK MUNI!

Assalamualaikum.
Harap semuanya sihat sejahtera.
Aku setakat ini masih lagi mampu tersenyum. Aku masih boleh menangis. Masih mampu tertawa. Mampu lagi untuk merasai segala jenis macam emosi yang Allah kurniakan untuk hambaNya.

Perkara yang aku tak duga dan tak harap terjadi sudah terjadi tetapi orang sekeliling aku sangat-sangat menyayangi diri ini. Keprihatinan mereka akan selalu bersama aku menjadi semangat aku menjadi pemangkin aku. InsyaAllah. Teristimewa untuk Puan Munirah Masri. Terima kasih kerana titipan kata-kata semangat untuk saya. Tak mampu saya balas dengan kata-kata. Semoga Allah sentiasa mengingatkan diri ini untuk selalu menitipkan doa untuk Kak Muni dan suami serta bakal cahayamata kalian yang bakal lahir ke dunia ini.

"Salam, Solehah adik akak yang kuat orangnya. InsyaAllah nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih lagi. Masanya akan tiba, banyakkan bersabar dan berdoa yea. Allah pasti dah sediakan yang terbaik untuk Solehah"


Ini dugaan untuk aku. Sudah ku niatkan hati ini untuk menjadi Solehah sejati. Maka Allah menguji aku. Kesusahan ini walaupun berat namun masih bisa aku tanggung dengan kudrat yang diberikan. Aku yakin dengan satu hal ini kerana itu janji Allah pada setiap hambaNya.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
      (QS. Al-Baqarah: 286)

Wassalam.

Isnin, 16 April 2012

Noktah

Masanya tiba akhirnya
Sekian lama dalam penantian
Segalanya Sudah terjawab

Sedihkah?
Terlukakah?
Kecewakah?
Mungkin semuanya

Sedikit rasa lega itu timbul
Aku tenang
Ini yang terbaik untuk kita
Kamu
Aku
Kita Sahabat...

Tahniah kawan
Kamu memang anak yang baik
Sayang kamu selalu 
Kita akan selalu baik

Noktah di sini untuk kisah lama
Kita buka buku baru
Jilid yang berbeza

Kisah baru
Dan
Kita jadi penulisnya.



Isnin, 9 April 2012

Being Myself

I am doing this 
Because of Allah
I am try to change
To be a better muslim

I am being myself
Through the path of Allah
I am begging for His forgiveness

Please
I am trying
Please understand me
This thing cannot be in a second
I need time
I need space

This is not easy
I am doing this because of Allah
Not because I follow others
Not because I want you to like me
Not because I wanted to look good
In front of you 
That known as a human

I do not care if you want to judge me
Allah knew everything
Far more than you
What ever you think about me
Never change the way Allah look to me
Never affect the way His judge me

I am His slave
His the one that open my heart
I am doing this because my love to Him
Other than Him
This changes is for my 'wali'
I do not want 
To be the reason they got the punishment from Allah

The word may hurt me
But
It cannot harm me
For the path of truth
I will be strong
Just
To get your blessing.

Sabtu, 7 April 2012

Agak-agak Emak Ayah Aku Bagi Tak???

Assalamualaikum.

Hope you guys just fine. Hari ini aku tak ada apa sangat nak cerita. Cuma apa yang aku harapkan buat masa ini tak tertunai lagi. Aku pun tak tahu bila masanya. Rasa sedih pun ada juga. Tapi apa yang aku boleh buat hanya bersabar dan berdoa supaya orang tu faham yang aku serius. Aku tak main-main. Susah ke nak faham padahal aku dah cakap terus-terang. Atau aku yang bodoh sebab nak tuggu juga? Entah la. Kalau fikir banyak pun hanya buat rugi air mata aku. Kenapa aku ni senang sangat nak menangis? kenapa mudah sangat aku ni terluka? Kenapa aku tak boleh nak tabah dengan semua yang aku lalui?

 Aku tak tahu la!!!
Persoalan...boleh tak kau berhenti dari datang dalam kepala otak aku??? Penat tahu tak asyik bermain dengan fikiran dan perasaan sendiri tapi jawapan tetap tak datang pada kita. Masalah problem betul aku.

Forget about it!
Jom layan angan-angan aku. Kadang-kadang seronok kau tau jadi sang pemimpi buat sementara waktu. Apa yang kita idamkan tu mungkin kita takkan pernah dapat tapi perkara itu indah. Indah untuk difikirkan dan boleh buat kita bahagia sekejap dan bila fikir semula boleh buat kita tersenyum. :)

Kalau aku kahwin nanti aku nak
beli cincin yang sepasang cam ni



Cute tak? Aku pergi google jap tadi saja nak tengok cincin yang jenis sepasang-sepasang macam ni. Aku rasa sweet sangat. Korang rasa sweet tak? Apa?? Tak rasa? Huh!!! Kalau tak rasa pergi makan gula-gula baru kau rasa sweet. Cuba la layan sikit emosi aku ni. Sampai hati tau!

Ok...ok! Next kita tengok something yang cool lak.

Sesuai untuk couple yang gila gadget

Hahaha...cool tak? Ala-ala usb gitu! Kalau bakal isteri korang kepala senget macam aku mungkin ok la. Kalau jenis girlgirl mungkin korang kena katuk dengan tumit kasut tinggi diorang.

Tapi kan bila agaknya nak dapat rasa orang sarung cincin untuk aku pas tu aku pun sarung cincin juga untuk dia. Alahai..berangan la kau Solehah!

Ok selain cincin aku juga terfikir kan tentang kek kahwin. Aku nak yang unik dan cool juga macam aku. Kihkihkih..setelah penat aku meng'google' gambar kek, ada dua yang aku berkenan sangat... Check it out!

Kek Buku


Kek yang melambangkan aku! Smart seh! Nampak intelektual. Kahkahkah!!! Masa aku cari-cari kek yang cool aku terfikir kalau ada kek bentuk buku memang best ar. Memang masuk dengan jiwa aku. Sekali ada juga kek macam yang aku harapkan. Hahaha..rupa-rupanya dalam dunia ni ada je orang yang akal dia sama gila macam aku. Kek seterusnya memang sesuai untuk pasangan yang berkenalan atau sering berhubungan menggunakan medium internet.

Agak-agak boleh online tak?
Wifi boleh kot sebab aku tak nampak broadband.
kihkih...

Tema lain yang sesuai dengan aku adalah kalau ada kek yang bentuk kasut sukan. Cun la kan sebab aku bercita-cita tema kenduri kahwin aku 'Semangat Kesukanan'. Haha...memang wajib mak ayah aku tak restu. Tak pernah dibuat orang. Manusia yang bergelar atlet pun tak pernah terfikir nak buat macam tu. Aku je yang memandai.

Kalaulah termakbul hajat aku, berkemungkinan macam inilah tetamu yang datang akan berpakaian.
Tetamu yang berpasangan
pakai baju sedondon


Budak-budak pakai baju rumah suka.

Lepas tu lagi best bila tetamu nak ambil gambar dengan pengantin kena buat gaya ala-ala macam ni...
 
Gaya team bola.
Hahaha....
MELAMPAU KOT!!!
Agak-agak korang mak ayah aku izinkan tak permintaan aku yang tahap boleh campak pergi Tajung Rambutan ni???

Selain cincin, kek dan pakaian aku terfikirkan pelamin. Backdrop pelamin aku bentuk gol bola sepak. Pastu kain yang selalu orang gantung kat pelamin tu kan kita tukar dengan bendera setiap negeri kat Malaysia. Karpet lak kita buat ala-ala macam padang rumput. Kerusi kita guna kerusi panjang macam tempat duduk player bola kat padang. Lagi lampu kita tukar dengan obor olimpik tu. Haha..ok tak?

Lagi masa kenduri mesti ada pasang lagu kan. Kita pasang la lagu yang berbentuk kesukanan macam lagu Fikirkan Boleh, Selamanya, Chumbawamba Fifa World Cup atau Standing In The Eyes. Smart tak idea aku?

Agak-agak emak ayah aku bagi tak?

P/s: Masa tengah taip ni Liga Super Selangor vs Terengganu. 6-1. Hahaha..berkat kot aku cakap pasal tema kahwin ni.

Wassalam.

Jumaat, 6 April 2012

Mampukah Aku?

Assalamualaikum...

Apa khabar sidang pembaca yang dirahmati Allah? Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan daripada Allah sama ada kurniaan yang menggembirakan mahupun yang mampu mencabar diri kita sebagai hambaNya.

Pagi ini alhamdulillah aku selamat pulang ke pangkuan keluarga sempena dengan cuti pertengahan semester yang baru sahaja bermula. Rasa bahagia sangat dapat menatap muka kedua ibubapa. Antara cara mudah memperoleh pahala dari Allah adalah dengan menatap muka orang tua kita dengan penuh belas dan kasih sayang. Kalau korang tenung mak ayah korang sebab geram diorang tak bagi korang DSLR pahala tak da ok murka Allah lagi tercatit dalam buku amalan kalian.

Pagi ini juga aku dikejutkan dengan khabar dari pakcik aku mengenai atuk aku yang semakin uzur. Atuk dah tak kuat untuk berdiri walaupun dengan berpaut pada palang atau barang-barang lain yang kukuh dan statik kedudukannya. Sebelum ini atuk masih mampu untuk menggunakan kerusi roda untuk bergerak sekitar lokasi dalam rumahnya namun kini atuk dah tak kuat lagi kakinya. Pagi tadi aku, Andak dan juga emak ke rumah atuk untuk lihat kondisinya. Atuk hendak ke tandas. Sedih aku lihat apabila pergerakannya terbatas. Hampir tidak mampu untuk menguruskan keperluan diri untuk beristinjak. Solusi sementara yang kami ada tika ini adalah dengan memakaikan atuk lampin pakai buang untuk orang dewasa.

Aku lihat bagaimana emak dengan tenang membantu mana yang terdaya. Aku berteka-teki dengan diri sendiri. Satu saat nanti mampukah aku jadi sebaik emak? Melakukan semua perkara tanpa omelan walau sedikit pun. Bolehkah aku melakukan semua kewajipan menguruskan emak dan ayah andai satu hari nanti mereka seuzur atuk atau mungkin lebih teruk daripada itu? Sedangkan sekarang ini ketika emak dan ayah masih sihat dan kuat bila disuruhnya aku buat sedikit kerja yang langsung tidak menjijikkan aku dah banyak complain. Belum dengan tabiat yang suka meminta upah kerja.

Entah la. Aku masih tidak punya jawapannya.

Wassalam.


P/s: Jika kamu membaca artikel ini dan buat hati kamu terdetik memikirkan perkara yang sama, please spread my word semoga jadi peringatan buat kita. Aku bukan seorang da'ie. Aku cuma seorang manusia yang sedar tentang kelemahan aku.

Here I Am

Here I am
Back to you
Mom and Dad
Here I am
Back to my hometown

Here I am
Surrounding by my siblings and my lovely cats

Here I am
Still on the earth that created by The Mighty Allah

Here I am
With my hijab
Still standing as a proud muslim
And InsyaAllah
Will become a great mukmin

Here I am
Still alive as Solehah
And
May Allah give me His guidance
So I can be the real
SOLEHAH!