Khamis, 17 Mei 2012

Konvokesyen

Assalamualaikum.

Hope semuanya sihat sejahtera. Aku sihat. Jarang update sekarang sebab tak ada cerita yang menarik. Atau munkin aku dah tak berapa pandai nak bercerita kot dah hari-hari asyik buat drama sebabak dengan Si Kecik kan. Theres nothing important to tell all of you today. Cuma nak share gambar konvo adik aku dua hari lepas. Ayah memang rajin sangat hantar multimedia messages service (mms) untuk aku. Aku rasa kalau ayah aku pandai FB dia dah upload gambar sambil tagged nama semua anak-anak dia.

Just enjoy the picture ok!

Emak dan Ayah
di UiTM Shah Alam, Selangor.


Adikku, Muhammad Shamil dan emak.



Besar dah adik aku. Macam tak sangka je. Ini konvo untuk diploma dia. Alhamdulillah sekarang ini tengah future study untuk first degree pula. Aku pula insyaAllah setahun lagi nak tamatkan pengajian dan mudah-mudahan aku dapat sambung belajar untuk peringkat Sarjana/Master pulak.

Wassalam

Jumaat, 11 Mei 2012

Blogging Class

Salam Jumaat.
Amboii..amboii...amboii.. (ayat tuk minggu ini ye)
Hari ini aku join blogging class.
Ok..
Rupanya ajar cara nak mulakan blog. Fine. Aku dah ada blog. Makanya aku pun bermain-main di belakang kelas bersama Si Kecik. Kira kitorang dah advance kan. Kami pun duk la touch up blog kami. Buh maskara sikit, lipstick, blusher dan tak lupa BB cream.

Duh!!!
Mengarut.

Tapi yang pasti budak-budak yang baru nak belajar buat ni sangat untunglah sebab cikgu yang ajar tu boleh fokus dengan mereka kerana kebanyakan yang join ni dah ada blog sendiri. Sesi kedua petang ni pasti ada sesuatu yang baru yang aku tak tahu lagi mengenai ilmu blogging. Si Kecik lagi dahsyat!! Dia siap download templat untuk blog dia. Amboi..amboii..amboi...

Kenapa saya buat blog???

Sebab...

Sebab...

ADA ORANG PAKSA!!!

Kihkihkih... itu alasan pertama.

Alasan lain sebab aku suka menulis. Aku suka bercerita. Aku suka tunjuk bagus.
Kihkihkih.
 Kira kalau ada blog ini macam cool la kan. Hebat dari orang lain la kononya.

Diulangi..

KONONNYA.. macam bagus!

Itu yang aku rasa mula-mula dulu. Lama-lama benda ni tak ada benda pun. Biasa je. Makin ramai orang ada blog. Makin ramai orang yang boleh bercerita melalui medium ini. Cuma apa yang kita cerita dan sampaikn jetak sama. Aku rajin juga buat blog walking ni. Kebiasaannya blog yang bertemakan gossip dan cerita artis-artis ni cerita salin tampal (copy and paste la maknanya) Kira tak ada kualiti la. Maka aku bagi rating BORIIIINNGGGGGG!!!!!!!!!!!! (macam blog aku best sangat kan).

Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Saja nak update. Tapi topik yang aku buka ni macam best je nak bincang kan. Maybe next time aku buat topik ini selepas aku menjelajah lebih banyak blog. Aku pun bukan bagus sangat. Masih lagi terkial-kial nak buat semua.

Lain masa cerita lagi. Adios...

Selasa, 8 Mei 2012

Nasihat Dari Si Broken's Heart

Orang patah hati boleh pakai ke nasihatnya?

Entah la. Mungkin boleh kot untuk orang yang sama-sama broken hatinya.

Orang cakap sape-sape yang putus cinta ni selalu saja keluarkan kata-kata pujangga. 
Betul ke?

Aku rasa tak ada la. Kalau ada kata-kata yang keluar pun merepek je banyak. Kan..kan...
Kucing pun broken heart gak.

Tapi kalau patah hati ini memang sakit tau. Tak ada sape boleh tolong ubat. Allah je yang ada.

Kenapa kita patah hati???

Sebab...

Kita berharap pada manusia. Kamu tahu manusia??? Kamu itulah manusia dan sama macam kamu itu la manusia. Takkan aku nak bagi definisi manusia mengikut Kamus Dewan pulak kan. Kamu kan manusia sebab itu kamu baca artikel ini tak mungkin kamu adalah makhluk lain yang bukan dipanggil manusia kan. Ke kamu memang bukan manusia? (nampak sangat patah hatinye sebab merepek kan) Sesungguhnya kamu lebih mengetahui siapa diri kamu.

Ye, kita berharap pada manusia. Manusia itu tidak sempurna. Ada masanya baik ada masanya tidak. Manusia itu bernafsu, ada masa dia kuat dan ada masa dia lemah. Lidahnya nampak lembut tapi tajam lagi dari pedang samurai mahupun ninja ( ninja pakai pedang ke?) Tapi yang pastinya tajam la. Imam Ghazali juga sebutkan hal ini masa berteka-teki dengan anak didiknya.

Tolong..tolong..
Aku tak nak ada yang buat lawak antarabangsa pergi jelir lidah lepas tu pergi try tikam orang nak tengok ye atau tidak lidah tu tajam. Maksud lidah tajam tu, kata-kata manusia ini bisa dan menyakitkan.

Stress la aku nak terangkan kat korang. Aisshhh... (tanda patah hati la tu stress tak menentu)

Ok. Manusia tu banyak kekurangannya. Bila kita bergantung harap pada makhluk memang kita akan mudah patah hati. Gantunglah harapan kamu pada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang perlu untuk hati kamu. Dia Maha Mendengar dengan setia. Dia Penjaga Terbaik. Dia Maha Penyayang. Semuanya pada Allah. Carilah Dia dalam hati kamu yang sesak dengan manusia itu. Dia ada dalam hati kamu cuma kamu yang tak mahu mencariNya. Cuma kamu yang letak Dia kat sudut yang susah kamu capai.

Kalau la leh plaster je. Senang sikit
P/s: Nasihat ini dibawakan dari Pusat Pemulihan Patah Hati Dengan Kerjasama Agensi Cekal Berwibawa di Bawah Kelolaan Menteri di Jabatan Kementerian Hati-hati.

Hadapi Dengan Senyuman :)

Selasa, 1 Mei 2012

Hari Ini

Hari ini rasa itu masih ada
Tetapi 
Semakin menghilang

Hari ini kenangan itu masih ada
Sayangnya
Nilainya sudah menyusut
Lebih sayang
Sudah tidak membuahkan senyuman
Seperti satu waktu dahulu

Hari ini sayang itu masih ada
Namun
Tiada makna lagi
Kerana
Wujudnya sayang itu pada yang tidak berkehendak

Hari ini 
Hari ini
Hari ini
Hanya aku
Tanpa dia

Hari ini..hari ini..hari ini..