Ada masa dalam hidup ni, aku tak boleh nak bagi nasihat kat orang direct macam tu. Nak tegur terus pun tak mampu. Banyak hal yang aku kena pertimbangkan sebelum memngambil tindakan tersebut. Adakah masa itu sesuai, boleh ke orang tu terima apa yang aku cakap dan adakah butir bicara yang bakal aku keluarkan itu relevan dengan apa yang berlaku.
Beberapa hari kebelakangan ni aku perasan seorang kawan ni atau lebih kepada pangkat adik sebenarnya yang terpaksa berhadapan dengan masalah yang menyebabkan hatinya berasa berat. Beban mungkin. Sesuatu yang tak pernah dia jangka boleh jadi begitu. Masalah dengan kawan-kawan. Salah faham yang diperbesarkan, kemudian ada campur tangan pihak lain. Bila punca terjadi ditemui si pesalah tak mahu pula mintak maaf. Boleh pulak suruh kawan yang teraniaya lagi dianiaya tu lupakan je hal tu kan.
Jawabnya. . . .
"MEMANG TAK LAH..!"
Aku tak tahu la manusia jenis apakah macam tu. Dah la buat salah, lepas tu jaja cerita tak betul kat orang lain a.k.a fitnah dengan mendedahkan identiti diri mangsa pulak tu. Kawan tu habis la makan hati dan tertekan. Siap ada simpan niat untuk jadi sedikit kejam pulak tu. Aduhai.
Adik, sini akak nak cakap ye. Sukalah awak nak kategorikan sebagai nasihat ke, gurindam ke, lullaby ke and what so ever kan tapi baca, faham dan hayati (bukan Hayati nama orang ye tapi maksudnya mendalami).
Buat baik ni tak salah. Kita digalakkan untuk buat baik. Tapi ada masanya kita kena tahu masa kita buat baik tu kena atau tidak. Perlu untuk baik atau perlu diabaikan. Kita nak buat baik mesti tengok balik pada diri kita. Adakah perbuatan baik kita tu akan membawa kebaikan pada diri kita dan orang atau hanya makan diri. Buat baik ni juga tak semestinya dilakukan dengan perbuatan. Ada masanya kita tak berbuat apa juga dikira sebagai baik. Contohnya kita tak suka dengan seseorang tapi kita tak ganggu dia, tak cakap hal yang buruk tentang dia itu juga sudah di kira sebagai baik.
Memang benar orang selalu bagi nasihat, kita ni kena buat baik dengan semua orang. Nabi s.a.w dengan orang kafir pun baik walau kena cerca dan hina. TAPI kita kena la muhasabah diri kita. Nabi tu sabarnya tinggi. Baginda tak membenci. Kita ini manusia biasa ada samapai tahap tertentu sabar tu kita terus buang dan benci terus tertanam. Maka sebelum sampai puncak itu, selalu la fikir baik yang kita buat ni esok hari adakah kita akan ingat dan ungkit atau sebentar nanti kita dah tak ingat baik yang kita buat dan kita juga tidak akan mengungkit.
Dugaan akan selalu datang dik. Cuma Allah bagi orang lain-lain bentuk cubaan itu. Maka hadapilah semua itu dengan bijaksana. Dugaan itu mematangkan manusia yang bijak dan belajar dengan apa yang berlaku. Dugaan juga mengajar kita jadi kuat, tabah dan berani.
Bila bercakap tentang kuat dan berani, sifat ini bukan datang dalam bentuk fizikal tapi dalam bentuk spiritual atau kerohanian. Duduknya di hati dan bukan pada jasad kita seperti tangan dan kaki. Bila kita berhadapan dengan masalah terutamanya melibatkan individu lain kita kena kuat dan berani menghadapi mereka.
TAPI
Bukan kuat dan berani dengan cara pergi belasah orang tu.
Oleh sebab orang itu dah sakitkan hati kita dan menyebabkan pelbagai kerosakan berlaku kepada kita maka kita pun dengan BERANI telah pergi tampat orang itu dengan KUAT. Atau mungkin kita pergi herdik dan marah dia dengan KUAT dan BERANI.
Sebaliknya berani mempertahankan diri kita ini benar dan bukan hanya berdiam diri. Kita kuat untuk berhadapan dengan orang itu. Kita mampu 'angkat muka' bila berhadapan dengan dia. Kita tak ada masalah kalau berjalan berselisih dan terserempak dengan dia. Kita hadapai hari-hari kita seperti biasa walau dia dah buat macam-macam dengan kita. Jalani hari kita tanpa rasa terusik dengan perbuatan bodoh orang itu. Diulangi PERBUATAN BODOH ORANG ITU!
Jadi berani dan kuat serta tabah tak perlu dengan maki dan marah orang. Cukup dengan senyuman dan sabar serta ikhtiar dan tawakal kepada Allah. Kita berhak atas kehidupan yang kita jalani. Orang lain tak boleh nak campur dengan siapa kita nak berkawan, baik dan rapat selagi mana apa yang kita buat itu tak memudaratkan orang lain. Jadi berani tak perlu cari gaduh dengan orang.
Ingat adik,
Orang akan respect kita bila kita ini ada keyakinan, kita tahu dengan apa yang kita buat dan kita ada pegangan yang kita pegang kuat dan tak goyah.
Orang akan respect kita bila kita ini ada keyakinan, kita tahu dengan apa yang kita buat dan kita ada pegangan yang kita pegang kuat dan tak goyah.
Selagi mana yang tak suka kamu itu bukan Allah, bukan Rasul, bukan ayah kamu, bukan ibu kamu, bukan ahli keluarga kamu MAKA kamu jangan berduka cita. Selalu la berdoa semoga Allah kurniakan kamu kekuatan dan pohon juga doa daripada ibu dan ayah kamu.
Adik kena kuat sebab diri sendiri dan bukan orang lain. Dugaan ini Allah bagi untuk menguatkan jiwa kamu. La Tahzan. Bergembiralah wahai hamba yang diuji Rabbnya. Itu tanda DIA kasih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan