Sabtu, 30 April 2011

Kenangan Ringkas Tahun 2 dan Dedikasi Untuk Senior

Assalamualaikum...

DEDIKASI KHAS UNTUK SENIOR-SENIOR SAINS SOSIAL 2ND BATCH TERUTAMANYA YANG TERLIBAT DENGAN KELAB BOSS SESI 2010/2011

Agak panjangkan tajuk kali ini tapi itu tak pentinglah yang penting ada juga tajuknya. Betul tak kawan-kawan???
Sekarang aku sedang menghabiskan sisa-sisa minggu peperiksaan yang hampir tamat atau mungkin lebih tepat baki-baki masa di KW 224 (nombor bilik asrama aku) sebelum melayari bahtera percutian selama 4 bulan. Pasti akan sangat rindu dengan tanah Terengganu, bayu pantai di UniSZA dan aktiviti sewa kereta dan memandu sekitar daerah Kuala Terengganu. Apa yang paling aku rindu adalah senior-senior yang bakal menamatkan pengajian mereka semester ini. Pasti akan berbeza apabila 'kakak-kakak kesayangan' ini sudah tidak lagi bergelar pelajar di universiti ini. Sikap ramah mereka, senyum yang tak pernah lekang serta sapaan-sapaan lembut setiap kali kami bertembung. Bukan mahu puji melambung tapi itulah yang aku rasa tika mengenali mereka. Aku yang tak tahu siapa-siapa pun semasa menjadi AJK dalam Persatuan Mahasiswa Sains Sosial rasa senang berada disekeliling mereka. Kekok pada awal perkenalan itu perkara biasa ditambah dengan aku yang kurang ramah dengan orang yang aku tak berapa nak kenal. Tapi lama-kelamaan tembok yang wujud sebelum itu dengan mudah terlerai. Aku mudah mengikut apa saja arahan yang diberikan tanpa rasa berat untuk laksanakan. Itulah pertama kali aku rasa seronok kena buat kerja. Bukan banyak sangat pun kerjanya tapi cukup memberikan impak yang besar kepada aku. Sekarang aku suka untuk berpersatuan cuma yang jadi masalah adalah sikap malas nak pergi meeting itu masih terus membelenggu. Hihihi....

Kawan-kawan semua maaflah kalau post aku kali ini kurang unsur humor seperti kebiasaannya kerana saat ini aku agak sentimental. Rasanya kenangan bekerjasama dengan kakak-kakak dan abang-abang sains sosial sangat-sangat seronok. Aku jadi adik mereka. Aku suka buat perangai sengal dengan mereka, cakap macam budak innocent, buat gaya-gaya yang orang lain mungkin tak sanggup nak buat sebab menarik perhatian orang lain untuk lihat. Apa yang paling aku tak boleh lupa adalah bagaimana aku buat semua tu dengan muka yang selamba tanpa memikirkan penilaian orang lain ke atas diri aku. Aku seolah-olah berada dalam zaman kanak-kanak aku, seperti aku dikelilingi ahli keluarga aku sendiri. Biasanya perangai aku yang dikategorikan oleh kakak aku sebagai 'bodoh tapi menghiburkan' hanya dipamerkan dihadapan keluarga tapi bersama mereka the truth in me has come out. Tiada sebarang sikap 'plastik' bak istilah yang digunakan oleh reporter entertainment. SERONOK!!!! ITULAH KALIMAH YANG PALING TEPAT UNTUK SAAT-SAAT BERSAMA DENGAN MEREKA...

Antara aktiviti yang aku terlibat bersama mereka adalah jualan sempena pesta konvokesyen, jualan bazar Ramadhan, Jamuan Hari Raya dan juga Konsert Gaza anjuran KASTRO. Masa jualan bazar memang best. Bila habis jualan untuk sehari itu, aku join diorang berbuka sama-sama kat tapak niaga itu. Sepanjang Ramadhan yang aku lalui tahun lepas di asrama adalah antara Ramadhan yang agak hiba kerana aku sering berbuka berseorangan. Berbuka bersama senior-senior satu hari itu memang sangat seronok. Walaupun makanan tak mewah tapi itu tak penting sebab kami makan bersama seolah-olah satu keluarga.

INDAHNYA YA ALLAH NIKMAT PERSAUDARAAN YANG KAU KURNIAKAN...KEKALKANLAH YA RABB UKHWAH YANG TELAH KAMI MULAKAN INI, SEMOGA BERKEKALAN UNTUK SELAMANYA BERSAMA REDHAMU...

Aku harap lebih banyak yang dapat aku coretkan untuk kalian. Tapi kenangan ini sungguh sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata kerana ingatan ini aku harapkan akan tersemat kukuh dalam ingatan aku untuk selamanya supaya aku sentiasa berbesar hati untuk menjalinkan ukhwah atas redha Allah SWT.

KEPADA SEMUA ABANG DAN KAKAK SENIOR
SEMOGA KALIAN SENTIASA DALAM REDHA ILAHI, DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN YANG BAIK DAN SEMOGA KITA MENJADI GENERASI YANG MENERUSKAN PERJUANGAN DAKWAH RASULULLAH SAW.

KEPADA SENIOR-SENIOR YANG PERNAH BEKERJASAMA DENGAN SAYA, ANDAI ADA SALAH DAN SILAP DALAM PERTUTURAN MAHUPUN PERLAKUAN MOHON KEMAAFAN YANG TAK TERHINGGA.

Wassalam

Rabu, 27 April 2011

HAL EXAM LAGI..HIHIHI


(AWAN BUAH FIKIRAN BERKEPUL PADA 27 APRIL 2011)
WHAT AM I DOING IN THE MIDDLE OF MY EXAM WEEKS???

B.L.O.G.G.I.N.G
A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M
Memang agak pelik apa yang aku buat ini bukan?
Aku terasa nak menulis. Gian sudah aku rasa sekarang ni selepas beberapa bulan aku mengabaikan blog ini. Rasanya skill yang aku ada dalam blogging ini pun semakin pudar. Jangan la cerita pulak pasal kebiasaan aku membaca. Sememangnya terbukti aku semakin kurang melaksanakan tanggungjawab itu. Jangan nak kata sebulan sebuah buku ini dah nak masuk bulan Mei tapi untuk rekod tahun 2011 ni aku hanya menghabiskan 2 buah buku novel ringan itu pun tak berapa nak tebal la kan.
Hurm....mana tidaknya sibuk dengan TOSHIBA aku je. Kalau dapat pulak line internet baik punyer lagi la aku galak online memanjang. Aku rasa kalau komputer riba aku ni boleh berbicara mesti beliau akan cakap,
"Cukuplah Cik Leha asyik on saya ni. Punggung saya ni dah panas. Bila masanya Cik Leha nak pergi belajarnya ni??".

Tapi itu hanyalah imaginasi aku je. Just miracle can make it happen.
Yeah!!!
Seperti biasa dalam nukilan aku jarang sekali aku tidak merepek sebab itu memang trademark aku. Walau ada yang tak suka, ini aku nak cakap sikit,
"ADA AKU KISAH KE?".
Agak jahatkan ayat aku tu. Nak buat macam mana inilah aku. Tapi tidak selamanya aku nak jadi begini. Masih dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik.
Aku rasa
peperiksaan kali ini macam tak berapa nak seronok kerana aku terlalu cool, sempoi dan tidak risau macam selalu. Aku jugak tak buat jadual sasaran aku macam biasa. Terasa semester ini berlalu seperti cuaca kat Malaysia ni juga. Sekejap panas, sekejap hujan. Kalau orang tengok aku ni macam tak periksa je. Kadang-kadang aku terfikir juga betul ke aku ni belajar kat universiti dan sedang bertarung mendapatkan segulung ijazah sebab aku terlalu tenang tak macam masa sekolah dulu bersungguh-sungguh je nak buat yang terbaik. Macam ada yang tak kena dengan otak aku ni. Aku dah kurang berfikir. Aku juga dah kurang mewujudkan persoalan-persoalan yang bersarang dalam otak aku ni. Hurmmm....(mengeluh sedikit sambil berfikir)

Lupakanlah hal itu.
Apa yang lebih penting adalah aku masih lagi menikmati keindahan peperiksaan kali ini seperti saat-saat sebelum ini.
Aku rasa aku layak menggelarkan diri aku ini sebagai 'PECINTA PEPERIKSAAN'.

Hihihihi...agak melampau aku ni kan siap bagi title lagi untuk sifat aku yang terlalu sukakan peperiksaan ini.
Alasan aku lebih suka peperiksaan berbanding menghadiri kelas atau kuliah adalah disebabkan oleh aku malas nak pergi kelas hanya untuk rasa tak seronok semata-mata untuk melangut dan merasa mengantuk.

Satu lagi yang
aku suka peperiksaan ini ialah ketika inilah aku betul-betul berusaha sendiri untuk memastikan aku tidak gagal dalam sesuatu subjek. Aku seolah-olah mencabar diri untuk lihat sejauh mana aku mampu dan sanggup buat untuk mempertahankan diri aku dari tersungkur dengan ilmu-ilmu yang selama ini aku bertungkus-lumus untuk dapatkan. Aku berusaha keras untuk memastikan yang aku cuba juga jawab soalan yang diberikan itu walaupun aku memang tak tahu jawapan yang tepat. Apa yang lebih penting aku tak meniru orang dan aku tak suka orang yang meniru dalam peperiksaan.

Kalau tahu nak lulus dan tak nak gagal dam peperiksaan belajar la. Aku pun bukan jenis yang kuat belajar tapi aku tak ada la guna cara yang hina macam tu untuk berjaya. Apa kita dapat kalau berjaya sekalipun tapi tak ada keberkatan dalam kejayaan kita. Semua itu palsu. Belakang hari kita akan malu dengan apa yang kita buat sebab kita tahu kita berjaya bukan sebab memang kita layak untuk berjaya sebaliknya kejayaan kita itu di angkat atas penipuan kita yang bertimbun-timbun. Usaha la sebaik mungkin walaupun nanti kita akan gagal dan buat ibu bapa kita kecewa. Tapi percayalah ibu bapa kita sebenarnya lebih bangga ada anak yang jujur dan berusaha untuk berjaya dari anak yang menipu dia pandai dan akhir cerita menconteng arang ke muka orang tua sendiri. Sekiranya anda masih mengalami kegagalan selepas berusaha percayalah sebenarnya anda telah berjaya kerana anda telah mengikuti langkah untuk mencapai kejayaan itu dengan baik cuma bukan rezeki anda untuk memiliki apa yang jadi idaman anda. Sebaliknya jika anda berjaya atas dasar penipuan maka anda adalah orang yang gagal kerana anda telah tahu bahawa anda bakal mengalami kegagalan tetapi anda tidak berusaha mengelakkannya dengan cara yang sebenar.

Mungkin anda semua dah biasa dengar apa yang bakal aku katakan ini tapi aku tak nak hiraukan kebosanan kalian itu kerana aku tetap mahu menyatakan bahawa
apa yang lebih penting selepas kalian keluar dari menara gading bukanlah segulung ijazah bersama CGPA yang bagus tetapi yang lebih mustahak adalah bagaimana kalian melatih diri, ideologi dan jiwa kalian sebagai seorang insan yang layak di gelar khalifah muka bumi Allah.

SEMOGA AKU DAN KALIAN YANG MEMBACA POST KALI INI SAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG SEBENAR IAITU KEJAYAAN DI AKHIRAT KELAK UNTUK KE SYURGA ALLAH DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK MENGABAIKAN KEJAYAAN SEMENTARA DI DUNIA INI.
'BEKERJALAH KAMU SEPERTI KAMU AKAN HIDUP UNTUK SERIBU TAHUN LAGI, DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKAN HARI'

W.A.S.S.A.L.A.M

Ahad, 24 April 2011

Exam..Jumpa Lagi...

(MENTOL IDEA BERNYALA PADA 24 APRIL 2011)

Assalamualaikum
Hai...bertemu lagi kita dalam blog aku ni. Lebih penting aku bersua lagi dengan saat-saat yang aku tunggu dari setiap awal semester iaitu minggu peperiksaan. Masa senggang study week macam biasa aku akan berada di Kuala Lumpur dan seperti kebiasaannya masa aku dihabiskan dengan video game, makan, tengok tv, mengadap internet dan ikut mak ayah aku merayau-rayau. Memang tak baca buku langsung. Tapi apa yang penting aku berjaya menyiapkan nota-nota yang aku kumpul dari hari pertama kuliah..hihihihi...

PERINGATAN!!!
Cara belajar yang aku amalkan ini bukan cara study yang baik maka kepada pembaca semua anda dinasihatkan untuk tidak meniru.

Aku ni jenis yakin boleh sebab tu aku dengan selamba belajar last minutes. Kebiasaannya aku dapat capai apa yang aku sasarkan tapi kalau tak dapat memang kecewa yang teramat sangat la. Sesiapa yang rasa dia jenis menghafal eloklah belajar dari awal. Aku kalau jawab exam banyak reka jawapan. Kalau soalan yang tak boleh nak pusing-pusing jawapan memang aku tak pernah dapat A paling bagus aku dapat dari lecturer pun B+.
Cakap pasal exam, hari ini baru sahaja aku menyelesaikan satu kertas peperiksaan iaitu subjek Dasar Perancangan Sosial. Apa yang ingin aku katakan ialah aku telah menjawab dengan penuh bergaya. Hihihi..
Bergaya di sini bukan bermaksud aku masuk dewan kuliah dengan cara gaya atau busana yang paling vogue sebaliknya aku menjadi orang pertama yang dengan yakinnya selesai menjawab soalan peperiksaan dan keluar sejam selepas peperiksaan yang mengambil masa dua jam itu berlangsung.
Sabar kawan-kawan jangan terlalu bangga dengan pencapaian aku ni kerana soalan yang diberikan adalah soalan berbentuk objektif atau aneka pilihan. Makanya tidak hairanlah aku boleh jawab dalam masa yang cepat. Hihihi..senyum sikit... :)
Bila masuk pulak cerita tentang soalan objektif ni, siapa yang pernah baca post aku sebelum ini yang berkaitan dengan soalan peperiksaan aneka pilihan ini pastinya faham perangai aku yang takkan baca buku. Kalau baca pun buat syarat je la. Satu keajaiban telah berlaku sebab kali ini aku mengulang kaji dengan bersungguh-sungguh. Aku pastikan aku baca semua bab yang ada dalam nota yang diberikan pensyarah from front to the back. Semalam seharian aku membaca buku dan cuba mengingati maklumat-maklumat penting sampai pukul 3 pagi.
Kata kunci untuk melakukan semua ini hanya ada satu sahaja iaitu semangat. Kalau semangat kita kuat InsyaAllah dipermudahkan semuanya.
Selain itu solat taubat dan solat hajat. Aku bukan jenis orang yang selalu amalkan dua solat sunat ini tapi aku masih dapat merasakan nilai kedua-dua ibadah ini. Aku senang untuk belajar walau di saat akhir. Hati aku juga tenang.
Aku belajar disaat akhir bukan sebab aku ini malas atau kuat sangat bermain tapi aku sebenarnya dah tetapkan jadual untuk aku ulangkaji pelajaran aku untuk setiap peperiksaan.

Kita selalu dengarkan pakar motivasi kata mesti belajar dari mula, jangan kerja bertangguh-tangguh. Tapi jarang kita dengar pakar motivasi yang bagi penyelesaian bagi masalah yang agak kritikal dalam belajar ini. Aku nak kongsi sikit tips bagi pelajar tegar yang confirm sure ulang kaji saat-saat akhir jugak. Perkara ini tak boleh diamalkan selamanya tapi hanya penyelesaian sementara dan kita tetap perlu berubah menjadi yang lebih baik untuk berjaya.
Tips ringkas yang aku amalkan adalah;
  1. Kaji jadual peperiksaan dengan teliti untuk mudahkan penyusunan jadual ulangkaji.
  2. Ulang dahulu matapelajaran yang dirasakan susah untuk dikuasai.
  3. Sediakan satu pelan ulangkaji yang realistik dan boleh dilaksanakan tanpa menimbulkan bebanan dan tekanan. Pelan ulangkaji yang realistik adalah;
  • Sistem jadual yang boleh diikuti secara konsisten/berterusan.
  • Tidak mengganggu aktiviti harian dan keperluan lain seperti masa tidur, rehat, bersukan dan seumpamanya.
  • Jadual yang memastikan pelajar dapat menghabiskan semua silibus yang perlu dibaca dan difahami.
Ini adalah tips untuk mereka yang sangat suka belajar saat akhir tapi tak tahu apakah cara paling berkesan untuk memastikan diri masih mampu untuk cover seberapa banyak topic yang boleh dan lebih penting adalah kuasai topic yang anda benar-benar faham dan pastikan anda cuba ingat maklumat-maklumat penting bagi topic yang anda kurang kuasai. Hal ini adalah sangat-sangat penting kerana ada masa ketika peperiksaan soalan yang keluar itu adalah soalan yang memang kita tak minat tapi dalam keadaan darurat sekurang-kurangnya anda masih ada point untuk diterangkan dalam jawapan anda walau tak sempurna. Pemeriksa juga manusia dan mereka masih ada budi bicara dalam pemberian markah terutamanya bagi pelajar university kebiasaanya cara pemberian markah adalah bergantung kepada pensyarah yang mengajar subjek tersebut.
TETAPI DIINGATKAN BELAJAR SAAT AKHIR ADALAH SATU PERJUDIAN DALAM MENENTUKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANDA MAKA BERUSAHALAH UNTUK BELAJAR SEJAK AWAL LAGI..
SEMOGA KALIAN BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN...
APA YANG LEBIH PENTING BERGEMBIRALAH MENGHADAPAI PEPERIKSAAN KERANA PEPERIKSAAN HANYA DATANG SEMENTARA SAHAJA SELEPAS ANDA BERTUNGKUS-LUMUS MENELAAH UNTUK SATU TEMPOH MASA YANG LEBIH PANJANG.
WASSALAM