Isnin, 26 April 2010

Menghadapi Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum.

Cerita exam masih belum tamat. Aku masih ada lagi dua subjek yang belum selesai. Hati tengah berdebar sebab lusa aku exam Sosiologi tapi still stay cool padahal nota aku belum lengkap dan disusun secara sempurna lagi. Sekarang ni aku tengah gila update blog dan ruangan facebook aku.
Aku ni ada satu tabiat buruk bila bercakap pasal peperiksaan ni. Aku pantang bila lecturer cakap soalan berbentuk objektif. Aku apa lagi dalam hati dan mulut terluah ucapan...WooHooo... Jawapan dah ada kawan tinggal tanda mana yang berkenan di hati je. Pasti aku jawab semua soalan tanpa tinggal satu pun, cuma jawapan je la yang belum tentu betul. Hihihihii....
Aku tak tahu la kan apa yang merasuk diri aku ni. Rasa malas sangat nak ulangkaji untuk exam. Asyik bersuka-ria je. Budak bilik aku asyik kata aku ni sempoi dan cool tapi dalam hati Allah je la yang tahu macam mana aku rasa tak senang memikirkan aku tak belajar apa pun untuk hadapi peperiksaan yang bakal memanggil-manggil nama aku untuk menjawab soalan.
Maka untuk menghadapi peperiksaan ni setiap kali sebelum mula exam aku akan pastikan aku beritahu mak aku dulu tak pun sehari sebelum tu aku beritahu. Macam cakap Ustaz kesayangan aku, Ustaz Firdaus, beliau mengatakan dalam hidup ni restu mak ayah penting lebih-lebih lagi mak walaupun kita belajar dah tinggi tapi kita kena ingat keberkatan kita letaknya pada orang tua. Lebih dari tu kalau tak silap aku ada ayat Al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Maka renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Tekanan sepanjang peperiksaan memang tak dapat disangkal la kan. Memang tahap gaban bak kata abang aku. Jadi bila mak aku call tenang la sikit dan mudah aku nak ulangkaji. Selain itu, sebagai seorang Islam biasa la ayat-ayat Al-Quran, solat sunat terutamanya solat tahajjud dengan solat hajat aku amalkan lebih dari hari biasa supaya urusan aku yang sukar sepanjang exam ini dipermudahkan Allah. Apa yang lebih penting sebenarnya kita jangan anggap peperiksaan ni sebagai satu tekanan dan jangan terlalu fokus pada exam sahaja. Jalani aktiviti lain seperti biasa. Kita mesti ingat agama kita mengajar kita tentang kesederhanaan jadi lakukan semuanya sebaik mungkin dan jangan berlebihan sehingga boleh memudaratkan diri.
Macam tu la cara aku hadapi peperiksaan. Aku hadapi dengan penuh kegembiraan. Secara jujur saya lebih suka pergi exam daripada pergi kelas setiap hari. Hihihihi

Wassalam..

Sabtu, 24 April 2010

MinggU Exam

ASSALAMUALAIKUM...
Sekarang ni tengah exam. Biasa la sibuk. (aku pun tak tahu la ye atau tak sibuk sebab aku rasa relaks je.) Otak aku entah apa masalah tak tahu nak ulang kaji. kerja aku asyik main game aje. Baru-baru ni aku ada exam paper ekonomi. Soalan tu mintak jawan dua ja aku bantai pergi jawab semua sebab aku cari-cari arahan yang arah jawab dua soalan tu tak jumpa. Aku ingat Prof.Ismail dah tukar format. Rupanya mata aku yang tak format lagi. Tak reti-reti nak baca arahan yang kat muka depan sekali tu. Lebih dari itu aku excited sebenarnya sebab aku faham subjek ekonomi ni setelah lama aku menuntut masa tingkatan 6 tapi tak masuk-masuk dalam kepala otak. Dah buat degree ni baru la aku faham apa Cikgu Farainaz ajar dulu (maaf cikgu dulu paper mikro saya fail). tak lah susah mana cuma nak ulangkaji lebih sikit je. Maka dengan ini, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada cikgu-cikgu ekonomi yang ajar saya masa form 6 dulu di Sekolah Menengah Kebangsaaan Taman Ehsan. Tanpa jasa cikgu semua mungkin saya tak merasa nak berada di menara gading. Jangan kata menara gading mungkin gading gajah pun saya tak berkesempatan nak merasa. wah..ucapan macam menang award je padahal result tak keluar lagi. Jangan kata result, paper tuk exam pun aku tak habis jawab lagi. Dulu Allah tu tak bukak lagi pintu hati aku untuk cinta akan ekonomi sekarang ni baru la dipermudahkan jalan. Kalau awal-awal dah dimudahkan mungkin bila masuk U ni aku ambil mudah dan tak serius dengan study subjek ekonomi aku.
Apabila berbicara tentang ekonomi (Wah..sekali lagi.. Skema ayat aku) aku kat sini dengan kawan aku Gee, jadi cikgu ekonomi. Aku dah merasakan sedih gagal subjek ni jadi aku pun tolong la sikit-sikit mana yang mampu dan dalam masa yang sama dapat gak mengubat kekecewaan sebab tak dapat sambung buat ijazah pendidikan dulu. Seronok weh ajar kawan-kawan lagi best bila diorang panggil aku cikgu. Wah bangga... Tapi satu la yang tak best aku takut nanti markah 'cikgu' lagi rendah dari markah 'murid'. Tak kisah la semua tu kan. Apa yang penting? KERJASAMA.... Eh..silap tu tema lagu Wonderpets. Apa yang penting adalah aku dah cuba yang terbaik. Itu yang aku balun jawab semua soalan tu...HAHAHAHA.... bukan terbaik atau baik punye macam trademark Dafi(AF) tu (hai cik kak layan AF jugak ke?) tapi dah masuk kategori yang selalu abang aku cakap kat aku bila aku baik hati tolong dia..TEERRRBAAAIIKKKK LA CHIK......HIHIHIHI....
Tak lama lagi berakhir la tahun pertama aku di UDM yang permai ni (permai ke??? permai la jugak kan). Seronok jugak tahun peretama ni tapi cabaran yang sebenar masih belum muncul lagi. Ada lagi 3 tahun kat sini dan aku semakin tak sabar nak tengok apa yang bakal aku terima.
Agaknya apa yang bakal berlaku ye... Kita tunggu dalam episod akan datang dalam kisah Hari-hari Mendatang Di UDM. BAIK PUNYER...LEH WAT TAJUK NOVEL NI. HIHIHI...
WASSALAM

Ahad, 11 April 2010

Adakalanya Manusia

Beberapa minggu ni aku terlalu jiwa kacau. Tengok la tu ayat aku pun tunggang-langgang. Entah apa yang aku nak cakap sebenarnya tapi aku kena jugak luahkan semua ni sebab tak mahu perkara yang tak penting ni menghantui hidup aku. Hidup ni memang tak pernah lari dari dugaan dan cabaran. Bak kata pepatah (aku yang reka sendiri sebenarnya) 'hidup tanpa cabaran ibarat tv hitam putih'. Tak ada warna jadi tu tak cantik kita nak tengok sebab selama ni kita dah biasa tengok tv ada colourkan kecuali cerita lama-lama.Aku pun manusia yang tak pernah lari dari diberikan 'hadiah-hadiah besar' dari Allah yang Maha Penyayang. Nak tahu kenapa aku cakap dugaan tu adalah hadiah besar? Keperitan hidup yang dipenuhi dengan dugaan adalah tanda kasih Allah pada orang-orang yang beriman. Aku ingat lagi Ustaz aku cakap dosa-dosa yang manusia buat ni ada sebahagiannya tidak akan terhapus dengan taubat dan amal kebajikan tetapi Allah hapuskan dengan turunkan kesakitan dan dugaan yang kuat dalam hidupnya bagi uji iman hamba tersebut dan mendidik hamba tersebut menjadi lebih kuat. Aku teringat kalau la aku tak silap aku pernah baca satu hadis yang maksudnya lebih kurang begini, 'setiap sakit yang dirasai oleh manusia akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu waima sakit itu hanya sakit tertusuk duri'. Kalau aku salah tolong betulkan tapi lebih kurang begitulah maksud hadis tersebut. Punya la Allah sayangkan manusia ni sakit kena duri pun boleh menghapuskan dosa kita yang banyak tu.

Jumaat, 9 April 2010

Berlalunya tahun pertama di UDM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Pejam celik pejam celik...tahu-tahu je dah setahun aku bermastautin di Terengganu, sebuah tempat yang aku tak jangka aku akan sampai dan menetap untuk satu tempoh masa yang aku kira agak lama. Tempoh setahun yang pendek aku pernah rasakan, tempoh setahun yang mendidik aku jadi lebih matang dalam kehidupan ini. Teringat hari pertama pendaftaran di UDM. Orang pertama yang aku tegur kat sana adalah 'abang suci'. HEHEHEHE...gelaran ni aku dan kawan-kawan aku yang bagi pada senior ni sebab dia ngaku dia masih suci.
Abang ni salah seorang pelajar yang uruskan hal-hal pendaftaran pada hari pendaftaran di sini dan dia la orang yang aku tanya arah tuju nak daftar macam mana. Thanks a lot bro..

Sekarang ni tengah study week jadi aku dapat la guna internet di rumah dan ada lah post baru aku nak tambah. Sebelum ni dah ada yang aku post tapi aku yang agak mereng ketika saat itu telah terpadam semua cite yang aku dah taip. Sangat kecewa dan kecewa... Lupakan hal kecuaian aku tu. Sambung balik cerita kat UDM. Lepas pendaftaran yang amat meletihkan itu aku pun dapat la bilik asrama. Dah bawa masuk barang semua keluarga aku pun nak balik la kan. wah...sedih tau tapi masa ni aku masih mampu cover 'macho' aku. Takkan la aku nak teriak pulakkan..malu la depan kakak-kakak aku tu. Jadi masa mak keluarga aku balik tu aku buat cool je la tapi lepas aku dah masuk asrama duk dalam bilik aku pun tersedu-sedan menangis-nangis macam orang mati laki. Sebak sangat sebab aku tak pernah berpisah dari keluarga aku. Tapi masa sekolah dulu mulut aku ni pun agak cabul bila kena marah je bila gaduh je aku suka cakap bila aku nak sambung belajar aku nak pergi belajar jauh-jauh dari K.L supaya mak ayah aku tak boleh nak selalu lawat aku kat asrama. Alih-alih dah dapat menangis tiap-tiap hari sampai adik aku yang belajar kat Jengka, Pahang terpaksa menenangkan aku dengan mengeluarkan kata-kata kalau aku nak nangis call la dia supaya aku tak keseorangan. Sehari sebelum aku daftar U dia pun mendaftar jugak kat UiTM aku ikut hantar jugak. Adik aku menangis masa kitorang balik sebab tu aku tahan dari menangis masa keluarga aku balik.

Sekarang kita flashback kejadian-kejadian sepanjang perjalanan ke Kuala Terangganu. Masa sampai di Dungun van yang kitorang naik ada masalah lak. Jadi terpaksa la cari bengkel untuk repair.Lama jugak tersadai kat situ. Masa tu kami semua tak makan lagi, perut memang main macam-macam lagu la. Kebetulan dekat bengkel tu ada kawasan tanah sikit dan pak cik yang merupakan tuan punya bengkel tu ada la tanam tebu. Kak Lang aku ni mulut dia bising suruh aku mintak sikit tebu tu kat pak cik kedai tu. Mula-mula aku malas nak layan tapi lepas dengar dia bising kata teringin nak rasa tebu tu aku pun mintak la kat pak cik tu dengan muka selamba dan tak malunya. Dengan senang hati pak cik tu kata boleh je lagipun tebu tu bukan ada orang makan. Kak Lang aku yang tadi bising termalu-malu sebab aku jual nama dia kat pak cik tu masa mintak tebu tu. Pak cik tu pun potong la tebu tu dan bagi pada aku dengan parang sekali. sementara tunggu van siap kitorang pun pulun la tebu tersebut. Sekali tengok macam masyarakat primitif pun ada jugak. Heheheheh...seterusnya kejadian aku buat lawak dengan kawan anak pak cik bengkel tu. Masa tu pak cik tu dengan anak dia keluar pergi cari spare part untuk van ni. Maka kami la yang ada kat situ sambil jaga bengkel tu. Tiba-tiba ada la sorang mamt ni datang naik motor tanya mana tuan punya bengkel tu pergi. Aku pun dengan tak bersalah menjawab yang pak cik tu dengan anak dia missing in action dan aku la yang tengah jaga kedai tu. Mamat tu tergelak-gelak je dengar jawapan aku dan cakap nanti dia datang balik nak mengorat aku.Hahahaha....yang ni tipu. Dia cuma cakap nanti dia datang balik je. Cabaran betul la masa nak pergi tu. Aku macm nak menangis ja. Mak yang banyak tenangkan aku. Aku ingat lagi, mak cakap kalau kita nak tuntut ilmu nak cari redha Allah bukan senang. Macam-macam ujian Allah turunkan untuk bagi kita satu kenikmatan yang tak dapat kita jangkakan. Emak walau belajar tak tinggi tapi sekali dia bagi nasihat kalah pensyarah yang ada master dengan Phd. Jangan kata percakapan mak aku je tapi perwatakan dia pun sekali tengok ramai yang ingat mak aku pengetua sekolah.

Sekarang masuk bab macam mana aku mengadaptasi persekitaran aku yang sama sekali berbeza dengan kehidupan aku kat K.L. Mula-mula susah jugak sebab kebanyakan pelajar-pelajar yang asal dari Pantai Timur ada yang jenis suka pandang rendah, serong dan macam-macam pandangan lagi la terutamanya dengan budak dari bandar macam aku. Tension jugak sebab diorang asyik tanya aku ni keluar malam tak pergi clubbing tak? Wah ingat aku ni tak ada agama ke nak buat benda-benda macam tu. Pemikiran mereka ni kebanyakannya tertutup dengan apa yang diorang dengar je. Selalu fikir yang orang K.L ni teruk... Mulanya aku control la perangai cakap pun sepatah dua je. Tapi lama-lama tak tahan la nak jaga hati orang je tapi aku ni asyik kena attack je. Dalam kelas pun asal bagi contoh masalah sosial asyik yang kena K.L, sampai satu hari tu lepas diorang bagi pandapat tentang topik masalah sosial (macam biasa contoh tetap orang K.L) aku pun bangun gak cakap tapi perkara pertama yang aku sebut ialah "orang K.L tak bersalah dalam hal ini". hahahaha......puas hati aku...

OK...sini dulu kisah berlalunya setahun di UDM dengan pelbagai ragam diri aku sendiri. Hal-hal dalam kelas aku akan cerita dalam post yang lain.

Wassalam...