Khamis, 18 Oktober 2012

Solehah Latif???


Assalamualaikum

Hope semua sihat-sihat belaka. Hari ini terasa nak kongsi mengenai isu persepsi.

Persepsi ini sebenarnya perkataan Bahasa Inggeris yang telah di Melayukan. Asal katanya ialah perception yang membawa maksud penglihatan;pengertian;tanggapan. Kali ini isu aku lebih kepada pengertian yang ketiga tadi iaitu tanggapan.

Penggunaan peribahasa Inggeris Don't judge books by it's cover  sering digunakan sebagai peringatan kepada kita supaya tidak mudah menilai dan meletakkan label kepada seseorang berdasarkan luarannya. Namun telah menjadi lumrah kita untuk selalu menilai seseorang berdasarkan luarannya. Termasuklah aku. Kadang-kadang (aku rasa selalunya) orang tu kita tak kenal pun. Tapi kebetulan jodoh kita dia nak lalu depan kita kan. Tak pasal je kita akan memperkatakan perihal orang itu berdasarkan luarannya yang kita nampak. See! Suka-suka hati je nak judge orang kan. Tak berdosa sedara kita tu.

Aku pun ada masanya kena jugak macam itu. Bila aku tak banyak cakap dalam kelas orang akan kata aku tengah marah or bad mood. Ada juga buat andaian aku tak sihat sedangkan hari tu aku cuma tak nak cakap je sebab dah selalu sangat aku yang cakap maka bagi la peluang kat orang lain untuk bersuara pulak kan..kan.. Masa mula-mula sambung belajar, masa aku semester 1 ramai pikir aku ni sombong. Alkisahnya muka aku ni garang. Nak buat macam mana dah memang muka kita macam tu kan. Apa la kita boleh buat. Terima je la pandangan negatif orang. Tohmahan itu (ceh dramatik je bunyi kan) bertambah kuat bila aku ni bukan jenis jalan bilik orang, kerja duduk memerap dalam bilik dan sering saja balik KL. Pendek cerita memang aku kurang campur orang la. Biasa la tu tak biasa lagi dan tak kenal orang sangat. Namun lama-kelamaan situasi berubah dan kawan-kawan punya lebih banyak ruang untuk kenal aku bila buat assignment sama-sama kan.

Tapi situasi ini masih lagi berterusan sehingga hari dan saat ini. Spekulasi, persepsi dan seadik-beradik dengannya terus menghantui diri. Termasuklah label-label baru yang aku dapat dari kawan-kawan aku kan. Mungkin kerana pembawakan aku yang berubah sedikit demi sedikit kot. Entahlah. Wah tetibe saya konpius la!

Semenjak belajar jauh ni, aku semakin terbuka untuk menerima hal-hal baru dalam hidup aku seperti gaya hidup orang di Pantai Timur macam budaya dan makanan mereka. Aku semakin terbuka dengan ideologi-ideologi baru (hah! mentang-mentanglah awak student social science kan) dan yang paling aku sendiri tak sangka ialah aku menerima perubahan fesyen (pergh!!!! jadi fashion addict dah aku) Dulu-dulu lah kan, aku tak kisah sangat pasal fesyen ni. Apa yang ada aku pakai je la kan. Sampai kawan aku kata aku ni selekeh (even though I selekeh tapi still maintain cute..hahaha)

Cakap pasal fesyen, aku telah mengalami beberapa transformasi (bukan transformasi kerajaan ok!). Antara yang aku buat adalah fesyen baju kurung dengan kasut sukan, tudung belit-belit, cuba pakai baju selain fesyen baju kurung dan yang terbaru spek mata ala k-pop.

Malas cerita banyak mari kita lihat transformasi aku dari setahun ke setahun! Dan kawan-kawan sekalian sila kagum. Haha...

GAYA BIASA-BIASA JE












PENGARUH TUDUNG BELIT BERMULA









GAYA JUBAH DAN JILBAB



So macam mana?? Makin kemas kan. Berbanding yang mula-mula aku nampak sangat biasa. Seterusnya gaya-gaya aku yang menyebabkan kawan kelas aku bagi nama baru kat aku. Solehah Latif. Oh, No! Sangat tak lah kan. Hanya kerana gaya aku yang mula bercermin mata (welcome to rabun group) Maka aku terus mendapat nama timangan yang baru. Korang tengok sendiri la ada ke macam Najwa Latif?? Tak kan. Lagi sorang tu katanya macam Ainan Tasneem. Mana ada. Tak ada la. 
Aku ni rupa Yuna ok! (Tersangatlah perasaan. Sila Abaikan!)

GAYA K-POP MUSLIMAH!
(KEHKEH)

Sweet!


Demam Kuning!
Haha
Sangat Retis kan!


 Sangat transformasi bukan gaya aku.
 Selepas beberapa perubahan sepanjang 4 tahun belajar di UniSZA pelbagai persepsi yang telah diberikan oleh kenalan saya. Setiap kali saya berubah gaya ada je yang kata kerana saya dah bertunang, saya dapat pakwe baru, saya cuba meraih perhatian tak kurang yang kata saya cuba tiru gaya artis-artis bertudung yang sedang glemer. 

Penjelasan daripada saya (perghh!!! macam retis lak kena bagi statement gitu)
Saya ingin tampil lebih fresh, untuk raih satu energy baru dalam hidup saya dan membina personaliti baru untuk membina keyakinan diri dan menimbulkan rasa mesra dan senang kepada orang lain yang memerhati. 
Itu sahaja!

Sekian Wassalam.


p/s: bersamalah kita elak buat persepsi yang entah apa-apa.

credit: Nazirah Che Ali
           Nur Afaf Atiqah Mohd Radzuan
           (as photographer tak bertauliah)


Selasa, 2 Oktober 2012

Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada Jumaat yang lalu bertarikh 28 september 2012, datuk saya iaitu ayah kepada bonda saya telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
 Al-Fatihah...

Saya bukan cucu yang rapat dengan arwah tapi masih ada kenangan indah yang mampu saya kenang berkaitan arwah. Semenjak dari kecil dan daripada cerita ayah dan emak, arwah memang pemurah dan suka memberi. Jika datang bertandang ke rumah atuk ada saja yang ingin diberi sama ada duit sekupang dua atau makanan. Paling tidak atuk akan suruh ke dapur dan makan. Jangan buat tak acuh bila disuruh makan, pasti dia suruh berulang kali. Selagi jawapan yang diberi tidak memberi nilaian positif selagi itu arwah tidak akan puas hati.

Ada masanya tidak ada nasi dan lauk-pauk pun di dapur. Yang ada hanya roti kosong atau pun biskut kering. Itu pun disuruh juga ke dapur makan apa yang ada. Memberi sekadar apa yang ada. Tak perlu bermewah-mewah. Apa yang lebih penting adalah keikhlasan dalam memberi kepada orang lain.

Semenjak nenek yang saya panggil 'Wan' mula kurang sihat iaitu mengalami lemah jantung, maka adik-beradik emak sepakat untuk membuat jadual tugasan bergilir menjaga kedua-dua ibubapa mereka. Bagi keluarga saya, tanggungjawab itu kami laksanakan secara bersama kerana semua cucu-cucu atuk sudah besar dan sudah boleh diamanahkan dengan tanggungjawab. Bila tiba giliran emak sama ada aku atau adik-adik yang akan pergi tidur di rumah mereka kerana hanya kami sahaja yang punya masa lapang (masih belum bekerja). Ada masa aku akan pergi bersama emak. Walau ada masa rasa lelah tapi saya seronok. Bukan sahaja dapat berbakti kepada atuk dan wan tapi juga dapat meluangkan lebih masa dengan emak.

Hanya selepas atuk benar-benar uzur tidak mampu lagi bergerak sendiri maka tugas menjaga atuk diambil alih sepenuhnya oleh adik lelaki saya, Shahir yang kami panggil Ayen atau Andak dan sekali-sekala dibantu oleh adik bongsu kami, Shamil. Atuk dah tak boleh nak bergerak. Isu-isu kebersihan, makan dan pakai sepenuhnya memerlukan bantuan orang lain. Maka sememangnya memerlukan tenaga yang kuat. Bila tiba giliran emak, adik-adik yang akan ke rumah atuk dan melakukan kerja-kerja yang patut seperti menukar lampin, membersihkan luka pada badan atuk dan sebagainya. Emak akan masak untuk hantar makanan ke rumah atuk dan wan. Jika aku bercuti maka aku atau kakak aku yang akan masak. Adik-adik emak yang lain iaitu pak cik-pak cik aku juga tidak pernah gagal dengan tanggungjawab masing. Toleransi dan komitmen yang tinggi diberikan semua orang supaya atuk dapat penjagaan yang terbaik daripada kami semua baik anak-anak mahupun cucu-cucu atuk.

Sebelum arwah pergi, Shahir cerita atuk minta dibawa ke masjid pada hari Jumaat sebab arwah nak solat Jumaat. Katanya dia dah rasa sihat dan ada upaya nak ke masjid. Adik aku mengiyakan dan berjanji akan bawa atuk. Allah maha mengetahui. Siapa sangka itu petanda atuk nak pergi. Shahir tunaikan hajat atuk. Shahir mandikan atuk, siapkan atuk ke masjid. Cuma bukan untuk menunaikan solat Jumaat, sebaliknya untuk atuk disolatkan oleh jemaah. Atuk nak pergi solat Jumaat dan atuk dapat pergi. Shahir tak menangis sebab itu janji dia. Dia puas dapat berbakti pada atuk. Dia relakan atuk pergi selepas sekian lama atuk uzur.

Dua hari lepas arwah pergi, saya ke pasar dengan ayah. Jumpa sahabat-sahabat atuk. Ramai yang terkilan sebab tak dapat kebumikan arwah ada juga seakan marah kepada ayah kerana tak beritahu atuk dikebumikan di kampung. Kata pak cik-pak cik permintaan atuk hendak dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir. Rata-rata yang kami jumpa memuji sikap atuk jika di surau atau masjid. Jika bertakbir, bertasbih atau berselawat suara atuk paling kuat. Semua orang ingat itu. Semua orang ingat SUARA ATUK!

Mungkin itu kenangan yang masih kuat berkaitan atuk. Jika abang saya, pasti lebih banyak kerana dia cucu kesayangan atuk. Terima kasih kepada semua sahabat yang sama-sama mendoakan atuk saya. Saya cuba untuk tidak menitiskan air mata bercerita kali ini tapi hati saya tak sekuat itu. Saya tidak menangis bila pulang ke Kuala Lumpur bagi majlis tahlil tapi saya hanya menangis sebaik pulang semula ke Terengganu. Terkilan kerana saya tidak berjumpa arwah dulu sebelum naik semester kali ini sedangkan itu amalan saya setiap kali akan balik ke kampus. Walaupun Shahir mengajak saya ke rumah atuk berjumpa atuk. Terkenang gurauan Shahir, "Achik tak nak ikut pergi rumah atuk ke? Mana tahu atuk bagi duit lagi."

Sudah besar panjang, umur 23 tahun atuk masih bagi duit beli gula-gula. Dua tiga ringgit memang tak besar mana tapi besarnya keikhlasan hati arwah Allah sahaja yang tahu.

Wassalam.

Gambar terakhir aku dan arwah atuk semasa persandingan Abang.



Siapa sangka sikap berkeras ayah untuk bawa atuk dan wan jauh ke Sungai Besar bagi pernikahan dan persandingan Abang dan Kak Aini ada hikmah. Syukur atuk dipanjangkan umur lihat cucu kesayangannya berumah tangga.