Selasa, 25 April 2017

Elok Pada Kau Jelik Pada Orang

Kadang-kadang dalam hidup ini, sesuatu yang biasa bagi kau terlihat kurang normal pada mata orang lain. Perkara tu mampu jadi jelik dan pelik walaupun hakikatnya langsung tidak melanggar sebarang norma kehidupan. 

Macam aku.
Aku memang dari dulu suka bercakap. Bila aku dah pandai main internet ni, suka bercakap aku tu bertukar kepada suka menaip. Aku mula kongsi satu per satu cerita yang aku rasa aku nak cerita. Mulanya dulu aku nak jadi blogger la. Konon boleh popular. KONON SANGAT!

Kah..kah...kah...
Aku kalau berangan memang tinggi tapi aku punye malas lagi tinggi. Berangan pun tak boleh kejar kau tahu! Maka terkulai layu ditinggal sepi la blog ni akibat aku asyik taip lepas tu delete semula sebab aku rasa cerita aku tu takkan mungkin jadi blockbuster (ayat tak nak kalah) Allah maha mengetahui. Nampak sangat niat aku tu tak betul maka tak adalah jauh mana cerita-cerita aku ni. Takat bersawang je la sendiri-sendiri dalam ni. Cerita aku tak bagi motivasi mahupun inspirasi pon. Sekadar buat baca-baca buang masa mungkin atau juga dulu mampu hilangkan stress kawan-kawan sekelas aku mengadap nota kuliah.

Selain pandai main blog (ok aku guna perkataan main ye sebab blog ni macam suka-suka main tetris je) aku pun dah pandai main pesbuk. Akibat kewujudan pesbuk ni, aku mula taip cerita aku, emosi aku, pendapat aku dan apa-apa yang berkaitan dengan aku dekat pesbuk. Memang kuranglah kat blog ni sebab aku rasa rugi cerita pendek-pendek letak kat blog (poyo padahal kat pesbuk tu banyak gak selambak cerita yang aku post, saje buat semak timeline orang lain). Masa bujang-bujang orang tak kisah sangat. Eh, siapalah nak kisah aku cerita apa kan! Bukan penting pon. Masa tu cume budak hingusan jer. Aku mengarot apa pun orang tak peduli.

Tapi bila aku dah bertunang dan seterusnya bernikah. 

Ohooiii....oiii!

Walau sekadar noktah je aku buh kat status pesbuk tetap bakal jadi kisah. Hambik kau punya hyperbola cerita aku. Kebiasaan aku kongsi cerita diri sendiri yang tak penting tu dah menarik perhatian orang lain. Diorang rasa pelik. Mungkin sebab aku bukan 'public figure' maka kerajinan tak bertempat aku buat kisah dongeng kat pesbuk sendiri tu adalah luar biasa. Sampai orang tanya shuben kita kenapa kita ni asyik menulis kat pesbuk. 

Masa tu perasaan aku macam bercampur-baur. Kelakar ada, sakit hati ada, pelik ada, sedih ada, terguris perasaan, calar jiwa raga dan kau namakan la apa juga perasaaan yang wujud dalam dunia ni semua aku rasa. Sampai aku merajuk dengan dunia (propaganda lagi ni) tak mau dah update status kat pesbuk. Mungkin sebab aku bukan sape-sape maka adalah tidak layak untuk aku meng'update' status secara kerap. Mungkin terlihat seperti orang sakit jiwa mungkin. Nampak macam kurang kasih sayang kata orang.

Tapi ada sorang kakak tu ada whatsapp aku. Dia kata dia suka tengok status pesbuk aku sebab buat dia terhibur. Lepas tu dia tanya aku apa perubahan yang aku rasa lepas guna satu produk yang aku beli dengan dia. 
Korang rasa adakah puji-pujian yang kakak tu bagi kat aku ikhlas? Atau sekadar satu persendaan (macam lirik lagu pulak ye) 

Moral of the story:
Buatlah apa yang kau suka asalkan tak datangkan mudharat. Manusia ni macam-macam. Tak payah pening nak puaskan hati orang. Buat yang kau mampu dan usaha jadi lagi baik. Jangan jadi macam aku. Cepat down bila orang tak faham aku. Akibatnya lama aku tak menulis. Aku stop membaca. Aku tak nak kongsi cerita. 

Seterusnya mula la keluar 
#rapuh 
#sentap 
#jiwaluka 
#tercalarperasaan 
#laraaishah 
#eh?

Tak semua keadaan kita perlu buat orang faham kita sebab tak semua ada keinginan nak faham kita. 

Ok untuk topik #nakbagiorangfaham InsyaAllah next cerita. 

#siscuba

Malas aku ni lama dah dalam badan. Shuben kata kena mandi sabun daun bidara bagi keluar semua saiton-saiton dalam bini dia. Kalau yang baca dan komen post kali ni lebih dari 5 mungkin boleh jadi booster aku untuk terus menulis. Kalau tak ada pun aku tetap menulis lagi, cuma korang bersabarlah sesabar sabarnya sebab tak tahu pulak bila semangat  tu nak datang. Korang kena paham yang aku ni #rapuh.

Jumaat, 17 Mac 2017

Selalu Rindu

Setahun
Tiga bulan
Dua Belas hari
Masa terus berlalu

Terasa seperti baru semalam
Kau dengan yakin
Memikul beban-beban amanah

Masa terus berdetik
Kau terus saja berkongsi
Detik-detik babak drama
Dari seorang perempuan yang kau gelar Umairah

Menatap wajah yang sama setiap hari
Namun rasa rindu tak pernah kurang
Walau depan mata masih rindu
Walau baring sebantal tetap rindu

Dan selalu aku doa biar rindu ini tak pernah padam
Tetap segar dalam hati
Walau nanti jasad tak lagi ada
Rindu itu akan selalu ingatkan aku berdoa untuk kau.

Khas buat kamu sang suami


Khamis, 26 Mac 2015

tetibe lak cemburu!

Haip! 

Tak tidur lagi?

Its okay boleh layan aku mengarut jap malam ni.

Cerita sebelum ni aku buat simple recap yang aku dah bertunang kan.

Ok! Aku sebenarnya jujur cakap la kan bukan tangkap cintan sangat dengan tunang aku.

Kalau dia aku tak tau la kan macam mana. Tapu aku rasa kalau buat matematik percentage dia sayang aku mesti lebuh tinggi dari aku sayang dia. Aku yakin sangat.

Selepas beberapa siri percintaan yang aku lalui dari zaman jahiliyah aku, akhirnya aku buat keputusan untuk relaks-relaks je kalau ada orang suka aku. Kira aku tak letak harapan sangat la tak nak cakap sangat pasal kahwin dan sebagainya.

Oleh sebab itu boleh dikatakan apa yang tunang aku buat sebelum kami bertunang aku tak berapa nak ambik kisah sangat. Dia keluar pergi mana pergi dengan siapa kawan dengan siapa memang seriously aku tak kisah. Boleh dikategorikan aku ni sifar cemburu la sepanjang kenal dia. Tapi sebab dia sayang aku lebih dia memang banyak tanya dan suspek je aku buat 'jenayah'. Hahaha.

Selepas 4 bulan bertunang ni baru aku rasa yang aku ni sebenarnya memang sayang kat bakal suami aku ni la. 

Hal ini disebabkan oleh aku tetibe je boleh curios pulak sape perempuan yang komen kat status fb tunang aku.

Hahahaha!!! Macam siot je.. 

Macam mana aku boleh secara tak sengaja ni terasa cemburu lak. Awek cantik lak tu komen. Mula-mula aku nak balas komen tu tetibe tak jadi lak sebab nanti jatuhlah martabat srikandi aku yang selama ni cool aje. 

Hahaha..

Oklah Encik Tunang sebenarnya memang saya sayang kat awak walaupun saya selalu bersikap kejam dan ada masa tu agak zalim kat awak dan cume buat baik apabila melibatkan $$$!

Haha...

Adios..

Selamat Malam Dunia.