Sabtu, 13 Februari 2010

SIAPA AKU?


ASSALAMUALAIKUM...


Rasanya perkara paling penting sekali adalah siapa aku yang sebenarnya? Betul tak? Bila kita membaca sesebuah artikel kita mesti nak tahu siapa penulisnya. Kalau aku, memang aku nak tahu siapa penulisnya kerana aku nak tahu latar belakang orang tersebut dalam memberikan buah fikirannya melalui penulisan. Oleh itu, biarlah aku perkenalkan siapa diri aku.
Nama diberi Siti Solehah Binti Saharudin. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Aku belajar di SK Taman Ehsan, darjah 1-6 dan di SMK Taman Ehsan dari tingkatah 1-6. Tidak ada yang istimewa tentang aku sebenarnya. Aku pun bukan berbakat sangat dalam penulisan tapi aku suka menulis, suka bercakap dan suka bagi pendapat, pandangan serta berkongsi cerita. Bukan nak buka pekung di dada tapi sekadar buat renungan buat pembaca. Maaflah kalau apa yang aku tulis ni terasa terlalu formal. Aku cuba nak gunakan bahasa Melayu yang betul demi memartabatkan maruah bangsa aku ni. Aku tak mampu nak pengaruhi orang jadi biarlah aku yang mulakan langkah dulu. Mudah-mudahan jadi ikutan yang lain.
Kembali mengenai aku, lahir dalam keluarga yang sederhana. Aku anak ke-6 dari 8 beradik. Ada 1 abang, 4 kakak dan 2 adik lelaki. Sekarang ni aku menuntut di Universiti Darul Iman Malaysia, jurusan sains sosial (antropologi dan dakwah). Aku ni rumit orangnya. Ada masa jugak aku ni tak kuat pendirian. Macam lalang suka sangat ikut angin.
Huurrrmm...mesti semua pun teringin nak tahu kenapa aku mula buat blog ini. Saja je sebenarnya sebab aku suka nak buat. Bila ada benda aku nak kongsi boleh la taip dalam blog. Aku tak tau nak cakap apa lagi. Kalau nak tahu lagi tentang aku tanya la k.
wassalam