Assalamualaikum..
Wahai sahabat-sahabat sekalian, bertemu lagi kita dalam ruangan aku yang tak seberapa indah ni. Kepada sahabatku Ezuan nanti aku update nota-nota untuk Metodologi Dakwah dan subjek agama lain yang aku dah sedia ada. Nak bagi orang kongsi ilmu kita kena yang terbaik tak boleh la nak bagi carca-marba punya kerjakan. Ilmu itu milik Allah SWT maka sebagai hambaNYA kena la kita jaga sebaiknya. InsyaAllah.
Aku ni sebenarnya tak tahu nak tulis tentang apa. Beberapa hari kebelakangan ni kehidupan aku agak tak keruan. Tambahan lagi tak lama lagi aku dah nak mula sem baru. Rumah aku pun dah tunggang-langgang semenjak adik aku, Shahir mula kerja dekat PROTON di Shah Alam aku dan adik bongsu aku kena ambil alih kemas rumah (kerja yang aku paling malas nak buat). Kak Lang aku pun dah mula kerja dengan MAKNA maka bertambah la lagi beban aku untuk lakukan yang terbaik masak untuk semua orang. Masa aku cuti boleh la nak buat sikit-sikit tapi bila kerja memang aku surrender la. Tak larat weh...
Itu hal kat rumah. Belum cerita belah malam aku kena pergi tidur rumah wan dan atuk aku. Memang la tak ada keje nak buat kat sana. Pergi sana hanya untuk tidur dan standby untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Kedua-duanya sudah makin uzur jadi tak boleh la nak tinggalkan mereka berdua sahaja. Apa yang memenatkan adalah nak kena ulang-alik. Aku ni pulak kalau tidur kat sana memang selalu sangat terlajak tidur. Mula la nanti nak kejar masa siapkan urusan aku pulak nanti. Nak harapkan adik aku yang seorang tu bangunnya tak tentu. Ada masa awal pagi dah bangun. Ada masa selagi tak dikejut, kita ni mimpi la nak tengok dia bangun tidur.
Semalam, sebelum tidur aku call Saha. Kami pun berborak la. Macam biasa aku cerita semua yang aku lalui sepanjang hari. Aku pun cerita kat dia pasal orang gila. Sekarang aku dengan orang gila hanya berkomunikasi menerusi ruangan sembang di FB. Dalam album gambar aku di ruangan sosial tu ada gambar aku berdua dengan adik aku. Orang gila komen kata sesuai. Ada ke dia pikir tu pakwe aku padahal adik aku. Lantak dia la kan. Tak lama lagi pun dah nak jadi laki orang. Apa lagi yang aku nak harap pada dia. Semoga dia berbahagia la dengan bakal isteri dia tu nanti. Hati aku yang lara ni biarkan je la. Dia seorang sahabat dan aku sayangkan dia sebagai sahabat. Rasa sayang yang lebih itu mungkin hanya sementara untuk Allah uji kesetiaan aku terhadap cinta yang DIA hadiahkan dalam hidup ni. Seribu kali ganda rasa sayang aku pada orang lain tak mungkin boleh ubah pendirian dan perjanjian kasih antara aku dan Saha. Selagi Allah tak ubah haluan hati kami ni InsyaAllah segalanya kan terlaksana. Kalian yang baca artikel ni tolong la doakan niat suci ni termakbul.
Masa aku borak-borak dengan Saha, dia ada bagi tahu pada aku bahawa sebenarnya dia lepas SPM dia memang dah tak minat nak sambung belajar. Tapi disebabkan dia dah tak ada kerja nak buat serta dia juga anak sulung, dia sambung juga belajar di politeknik dan ambil sijil (masa Saha buat praktikal ni kami berdua baru je berkenalan lepas beberapa bulan kami ambil keputusan untuk jalin hubungan yang lebih serius). Lepas buat sijil Saha nak kerja je. Dia siap kata nak amik lesen untuk lori. Katanya dapat kerja jadi pemandu lori pun tak pe janji leh kerja bantu mak dan ayah dia. Aku tergelak masa dia cakap macam tu tapi dalam masa yang sama aku bangga sebab dia ni bertanggungjawab dan tak memilih kerja sangat. Aku tanya dia lagi kenapa pulak dia sambung diploma, ada kena-mengena dengan aku ke???
HIHII...mula-mula tu tak nak mengaku..tapi bila aku merajuk dia mengaku jugak memang aku salah satu sebab dia sambung buat diploma. Dia cakap bila kenal aku buat dia fikir kalau dia kerja jadi pemandu lori cukup ke nak bagi makan anak bini lagi-lagi dia kalau boleh dia tak nak aku kerja. Makanya Si Dia pun sambung belajar biar dapat kerja yang lebih elok upahnya. (semenjak umur Saha menginjak 23 tahun suka sangat dia cakap pasal kahwin).
Sesiapa yang baca ni ingat la bercinta tu berpada-pada la jangan sampai melebihi cinta kita pada Allah, Rasulullah saw dan juga orang tua kita tu. Jadikan cinta tu semangat kita untuk berjaya bukan jadi lagi mundur sebab ingatkan kekasih jer sampai semua benda tunggang terbalik. Cinta tu biar bermaruah biar ada visi dan misinya. Kalau sekadar nak suka-suka tak payah la nak 'berkapel-kapel' ni. Buang masa je..
Rasanya itu je tuk kali ni. Aku pun nak pergi kerja jap lagi. Apa yang elok jadikan la sebagai panduan tapi yang salah tu jadikan sempadan dalam menjalani kehidupan kita sebagai hamba yang serba daif ini.
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan