Isnin, 19 Julai 2010

Doa..

(Dicatat pada hari Sabtu bertarikh 17.7.2010)



Ketika aku menulis artikel ini untuk dimuatkan dalam blog ini, aku baru sahaja selesai perjumpaan bagi taklimat kokurikulum semester ini. Pulang sahaja terus aku pergi beli makanan untuk makan tengah hari, seterusnya kembali ke asrama untuk berehat. Seperti kebiasaannya aku akan habiskan masa aku di bilik dengan menulis dan membaca.



Sebenarnya banyak benda menarik yang aku nak ceritakan tapi tak tahu mana yang perlu aku dahulukan. Kali ini aku nak ceritakan mengenai satu insiden yang ketika berlakunya hal ini aku tak berapa nak fikirkan implikasinya. Situasi ni terjadi beberapa bulan lalu ketika aku menemani emak pergi membeli barang persiapan untuk perkahwinan kakak aku.

Ketika aku dan emak berada dihadapan sebuah kedai kami didekati oleh seorang wanita yang datang untuk mengutip derma bagi sebuah rumah kebajikan. Emak pun hulur la sikit sumbangan tapi lafaz syukur wanita itu sungguh hebat. Lebih dari itu dia turut menitipkan doa untuk emak dan aku serta beri pesanan supaya aku belajar sungguh-sungguh dan jaga emak elok-elok.



Ini satu lagi kejadian yang lain pula situasinya...

Aku, sepanjang cuti semester yang lalu telah bekerja sambilan di sebuah stesen minyak berdekatan dengan kawasan perumahan aku. (walaupun aku kerja sambilan tetapi hakikatnya aku ni pekerja tetap, asal cuti ja aku kerja kat situ..sejak aku habis tingkatan 5>>>>korang kira la dah berapa tahun) Kiranya aku dengan keluarga pemilik stesen minyak ni memang baik la. Setiap kali aku berjumpa dengan Mak Cik (emak kepada pengurus aku) acap kali dia beri nasihat kepada aku. Mulutnya juga rajin menitipkan doa supaya aku menjadi anak yang solehah sebagaimana nama ku diberi dan mendoakan aku berjaya dengan cemerlang dalam pelajaranku dan peroleh kerja yang baik apabila habis belajar.

Bila kita senang dengan seseorang, bila kita ikhlas melalukan sesuatu semuanya pasti akan terserlah pada pandangan orang sekitar. Pasti juga kita diberi balasan yang baik dari Allah SWT. Sebelum ini bila sebut tentang balasan baik sering saja aku berfikir sesuatu yang berbentuk material dan fizikal. Hakikatnya balasan itu boleh datang dalam bentuk spiritual seperti ketenangan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Budi baik kita terhadap orang lain tak perlu balasan puji-pujian yang menggunung tinggi tapi adalah lebih bermakna bila ada orang yang ikhlas mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Bayangkan setiap kebaikan kita dibalas dengan doa-doa yang baik. Tidak kira sesama manusia atau alam sekitar, semua makhluk berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk kesejahteraan hidup kita. Pasti Allah akan mendengar doa-doa itu dan memakbulkannya walau bukan semuanya tapi tempias kebaikan doa tu sedikit pasti ada untuk diri kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan