Khamis, 26 Mac 2015

tetibe lak cemburu!

Haip! 

Tak tidur lagi?

Its okay boleh layan aku mengarut jap malam ni.

Cerita sebelum ni aku buat simple recap yang aku dah bertunang kan.

Ok! Aku sebenarnya jujur cakap la kan bukan tangkap cintan sangat dengan tunang aku.

Kalau dia aku tak tau la kan macam mana. Tapu aku rasa kalau buat matematik percentage dia sayang aku mesti lebuh tinggi dari aku sayang dia. Aku yakin sangat.

Selepas beberapa siri percintaan yang aku lalui dari zaman jahiliyah aku, akhirnya aku buat keputusan untuk relaks-relaks je kalau ada orang suka aku. Kira aku tak letak harapan sangat la tak nak cakap sangat pasal kahwin dan sebagainya.

Oleh sebab itu boleh dikatakan apa yang tunang aku buat sebelum kami bertunang aku tak berapa nak ambik kisah sangat. Dia keluar pergi mana pergi dengan siapa kawan dengan siapa memang seriously aku tak kisah. Boleh dikategorikan aku ni sifar cemburu la sepanjang kenal dia. Tapi sebab dia sayang aku lebih dia memang banyak tanya dan suspek je aku buat 'jenayah'. Hahaha.

Selepas 4 bulan bertunang ni baru aku rasa yang aku ni sebenarnya memang sayang kat bakal suami aku ni la. 

Hal ini disebabkan oleh aku tetibe je boleh curios pulak sape perempuan yang komen kat status fb tunang aku.

Hahahaha!!! Macam siot je.. 

Macam mana aku boleh secara tak sengaja ni terasa cemburu lak. Awek cantik lak tu komen. Mula-mula aku nak balas komen tu tetibe tak jadi lak sebab nanti jatuhlah martabat srikandi aku yang selama ni cool aje. 

Hahaha..

Oklah Encik Tunang sebenarnya memang saya sayang kat awak walaupun saya selalu bersikap kejam dan ada masa tu agak zalim kat awak dan cume buat baik apabila melibatkan $$$!

Haha...

Adios..

Selamat Malam Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan