Khamis, 27 Mei 2010

Saharudin Dalam hidupku...

Assalamualaikum..
Boleh tahan lama aku tak update blog aku. Hari ini aku nak cerita tentang SAHARUDIN. Mesti bila anda baca karangan kali ini tertanya-tanya siapa gerangan empunya nama ini. Apa yang bakal aku cerita ni adalah luahan rasa hati aku terhadap insan ini. Mungkin orang ini sendiri tak tahu apa yang aku rasakan ini tapi aku nak kongsi semua ni dengan sesiapa saja yang baca ruangan ini. Insan ni terlalu banyak bagi kesan dalam hidup aku. 


SAHARUDIN 

Nama penuh Saharudin Bin Parmin. Lahir pada 28 Februaru 1954.
Beliau adalah ayah aku. Orang yang bertanggungjawab di atas kelahiran aku di muka bumi Allah ini. Orang yang mendidik aku dan menyayangi aku dan adik-beradik aku yang lain. Orang yang bagi pendidikan sebaiknya kepada aku. Ayah adalah orang yang paling banyak mempengaruhi bentuk karektor aku. Walaupun hakikatnya aku adalah anak emak tapi minat dan kesukaan aku lebih terdorong kepada ayah.

Antara emak dan ayah, ayah adalah orang yang lebih spesifik pandangannya kepada anak-anak. Walaupun adakalanya sikap ayah yang pilih kasih antara anak-anak jelas kelihatan (salah satu perkara yang jarang diakui oleh ibubapa walaupun hakikatnya pasti ada anak kesayangan dalam keluarga) tetapi ayah masih perasan apa yang sering dilakukan anak-anak dan ke mana arah kecenderungan kami. Contohnya aku. Aku suka kepada penulisan, aku seorang yang punya sikap sastera yang tinggi dalam keluarga. Ayah sentiasa bagi dorongan supaya aku selalu menulis. Ayah juga banyak bagi galakan membaca bahan bacaan di luar keperluan akademik sekolah aku. Membaca itu satu pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. Bila aku membaca aku berfikir bagaimana orang boleh buat cerita dan bercerita tentang pelbagai perkara yang menarik dan buat aku minat untuk menulis agar satu hari nanti ada pula orang lain yang akan baca kisah aku seperti apa yang aku alami sekarang. Ayah juga garang. Dari cerita abang dan kakak-kakak aku, diorang cakap masa kecik dulu kalau buat salah mesti kena rotan, kena kurung luar rumah. Diorang cakap memang terseksa sangat tapi bila masa aku dengan adik-adik ayah dah kurang garangnya. Tapi aku tetap takut dengan ayah masa kecik. Dah besar ni tak takut tapi tak berani dan lagi satu aku tak suka kena marah. Aku tak suka kalau mak ayah aku bising walaupun apa diorang cakap tu betul tapi aku cuma tak suka cara penyampaiannya. Satu perkara yang aku ingat lagi tentang ayah ialah ayah selalu bawa aku dan kakak aku, Kak Utih pergi tempat kerja dia masa tu umur aku mungkin dalam 3 tahun. Ayah keje dengan majlis daerah mak pulak dengan Felda. Kami sekeluarga tinggal di rumah ibubapa mak aku. Oleh sebab tak ada orang nak jaga aku dengan kakak aku, ayah angkut kitorang sekali pergi tempat kerja dia. Biasanya kitorang msih tidur lagi dalam kereta masa ayah sampai tempat kerja jadi ayah akan amanahkan satu uncle India ni jaga kitorang. Bila terjaga je kitorang akan masuk satu dewan ni dan main-main dalam tu. Bila dah penat uncle akan bagi kitorang minum susu dan tidurkan kitorang. Masa ni tak ada masalah cabul atau rogol budak-budak. Aman sangat langsung tak rasa terancam walaupun orang asing yang jaga aku masa tu. Seronok masa tu yang aku tahu bangun tidur main dah penat tidur balik. Sampai tahap macam tu ayah jaga kitorang. Tangan mak ayah yang didik kitorang. Walaupun waktu susah tapi mak ayah sedaya upaya besarkan kami dengan cara yang terbaik. Ayah pernah cerita yang dulu gaji kecik nak beli susu pun terpaksa berhutang. Aku dengan dua adik bawah aku cuma jarak setahun-setahun jadi banyak nak guna susu dan lain-lain keperluan. Selalu ayah aku beli susu tin kecik je tapi tauke kedai runcit tu orang bangsa Cina suruh ayah aku ambil tin besar bila ayah aku kata tak ada duit terus dia cakap tak pe nanti ada duit baru bayar sekarang anak kecik-kecik lagi baru nak besar tak pe la jangan bagi anak rasa susah. Sampai tahap macam tu sekali pemahaman masyarakat terhadap kesusahan orang lain. Aku bukan cakap soal faham antara satu sama lain sahaja tapi soal keikhlasan dan semangat saling percaya masyarakat masa tu. INDAH..TERLALU INDAH. Itulah ungkapan yang mampu aku lontarkan bila terkenang kisah tu. Aku juga tak pernah jemu dengar cerita ayah ini walau diulang berkali-kali. Aku bersyukur kerana pernah rasa hidup atas budi baik orang-orang seperti ini. Andai kata mereka yang mulia hati seperti ini tiada masa aku dan adik-adik aku membesar mungkinkah kami boleh jadi seperti apa yang kami jadi seperti hari ini? Wallahualam..kuasa Allah yang maha penyayang hanya mampu aku panjatkan kesyukuran diatas nikmat luar biasa yang DIA bagi untuk hamba yang serba cela ini. Bercerita tentang ayah, ada satu perkara yang paling aku tak lupa tentang ayah. Bila duduk berdua dengan ayah banyak perkara yang kami bincangkan dari topik hal keluarga, isu semasa, isu belajar aku dan macam-macam lagi. Ayah tak pernah lupa ingatkan aku dan bagi nasihat. Selalu yang suka dia ingatkan dah tentu pentingnya solat dan doa pada Allah kemudian tentang perangai aku yang perlu banyak berubah jadi lebih sabar dan lembut dalam perbuatan dan percakapan dan akhirnya menginjak kepada ketekunan aku dalam mengejar ilmu. Walaupun ayah hanya insan biasa yang punya banyak khilafnya sehingga adakalanya melukai hati aku sebagai seorang anak tapi aku tetap sayangkan ayah dan dia adalah WIRA dalam hidup aku. Cinta kekasih kita boleh bertukar ganti tapi kasih ayah satu ni je mati ayah ni mati lah kasih dia yang ada hanya yang tersemat dalam hati.



Wassalam

1 ulasan: