Assalamualaikum.
Cerita exam masih belum tamat. Aku masih ada lagi dua subjek yang belum selesai. Hati tengah berdebar sebab lusa aku exam Sosiologi tapi still stay cool padahal nota aku belum lengkap dan disusun secara sempurna lagi. Sekarang ni aku tengah gila update blog dan ruangan facebook aku.
Aku ni ada satu tabiat buruk bila bercakap pasal peperiksaan ni. Aku pantang bila lecturer cakap soalan berbentuk objektif. Aku apa lagi dalam hati dan mulut terluah ucapan...WooHooo... Jawapan dah ada kawan tinggal tanda mana yang berkenan di hati je. Pasti aku jawab semua soalan tanpa tinggal satu pun, cuma jawapan je la yang belum tentu betul. Hihihihii....
Aku tak tahu la kan apa yang merasuk diri aku ni. Rasa malas sangat nak ulangkaji untuk exam. Asyik bersuka-ria je. Budak bilik aku asyik kata aku ni sempoi dan cool tapi dalam hati Allah je la yang tahu macam mana aku rasa tak senang memikirkan aku tak belajar apa pun untuk hadapi peperiksaan yang bakal memanggil-manggil nama aku untuk menjawab soalan.
Maka untuk menghadapi peperiksaan ni setiap kali sebelum mula exam aku akan pastikan aku beritahu mak aku dulu tak pun sehari sebelum tu aku beritahu. Macam cakap Ustaz kesayangan aku, Ustaz Firdaus, beliau mengatakan dalam hidup ni restu mak ayah penting lebih-lebih lagi mak walaupun kita belajar dah tinggi tapi kita kena ingat keberkatan kita letaknya pada orang tua. Lebih dari tu kalau tak silap aku ada ayat Al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Maka renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Tekanan sepanjang peperiksaan memang tak dapat disangkal la kan. Memang tahap gaban bak kata abang aku. Jadi bila mak aku call tenang la sikit dan mudah aku nak ulangkaji. Selain itu, sebagai seorang Islam biasa la ayat-ayat Al-Quran, solat sunat terutamanya solat tahajjud dengan solat hajat aku amalkan lebih dari hari biasa supaya urusan aku yang sukar sepanjang exam ini dipermudahkan Allah. Apa yang lebih penting sebenarnya kita jangan anggap peperiksaan ni sebagai satu tekanan dan jangan terlalu fokus pada exam sahaja. Jalani aktiviti lain seperti biasa. Kita mesti ingat agama kita mengajar kita tentang kesederhanaan jadi lakukan semuanya sebaik mungkin dan jangan berlebihan sehingga boleh memudaratkan diri.
Macam tu la cara aku hadapi peperiksaan. Aku hadapi dengan penuh kegembiraan. Secara jujur saya lebih suka pergi exam daripada pergi kelas setiap hari. Hihihihi
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan