Selasa, 1 Mac 2011

Koleksi Bicara Terpendam (Puitis la konon)

Assalamualaikum...

Kali ni tak ada cerita cuma beberapa koleksi madah yang aku buat bila aku bosan... Kadang-kadang aku ni jiwang jugak walaupun kebanyakan masanya aku ni sengal memanjang..hehehehe...

  • MASA
Masa mendidikku menjadi sempurna,

memberi ruang untuk aku membesar,

membenarkan a
ku untuk berfikir,

mengizinkan aku untuk menjadi diriku.


Aku dan masa saling berkejaran,

cuma yang pasti masa tidak pernah menungguku,


sepantas mana aku bergerak masih sukar aku menyaingi masa.


Aku perlu cepat,

perlu pantas,


tak bisa lagi berlengah,


kerana masa itu umpama nyawa,


jika terlepas tidak mungkin akan kembali.



  • Langkah-langkahku

Perlahan aku melangkah,


mengorak gerak mencari jalan


dalam kekaburan


aku gagahkan langkah-langkah longlaiku.


Pantas desah nafasku,


laju degup jantungku meluncur deras aliran darahku.

kakiku masih rapuh,


tak kukuh.


Jalan-jalan yang ku telusuri tak tahu arahnya,


yang lurus dan diredhai Allah


ATAU


yang menyimpang dan dilimpahkan kehinaan.


Langkahku kian perlahan lalu terus terhenti.


Terjatuh aku tersimpuh


dalam kegelapan ku panjatkan doa


Yang Maha Kuasa...


Suluhkan jalanku,


Benarkanlah langkahku bersama redhaMU.



  • Aku Manusia Lemah
Aku manusia lemah

Rapuh pegangan


Goyah pendirian


Mudah tergerak walau terjentik perlahan.


Aku manusia lemah,

Selemah buih-buih lautan,


Sekali tercipta begitu banyak,


Namun segera hilang sekelip mata.


Aku manusia lemah,

Lidahku tak mampu menegur,


Tanganku tak mampu mendidik,


Langkah kakiku tak mampu mencegah,


Mataku kabur,


Telingaku tuli,


Hatiku buta.


Aku selemah-lemah manusia,

Tak mampu berlaku apa,


Jika tiada izinNya,


Tak mampu bicara perlu,


Tanpa kebenaran daripadaNya,


Benar aku lemah,


Tapi aku dikurnia usaha,


Agar mampu ku tegarkan hatiku,


Untuk menjadi insan kamil..


  • Tiada dirimu

Tika bibirmu riuh berbicara


bertanya itu dan ini


aku jadi tak keruan


aku jadi tak betah


rasa sesak dan rimas


terasa dikekang setiap apa yang aku laku.


Tapi tika kau menyepi tanpa suara


menghilang tanpa bayang


aku jadi rindu,


separuh gila kau buat jiwaku,


tak tertanggung rasa kalau tiada dirimu


terasa bagai nyawa tanpa jasad


rindu dan sepi jadi teman


buat hidupku tak pernah tenang


perlu dirimu sepanjang masa


sebagai pendamping hidup ini.



  • Perasaanku
Perasaan ini sukar digambarkan,

Kadang-kala kita sendiri susah nak tafsirkan apa yang kita rasa.


Lebih lagi bila kita sayangkan seseorang.


Hati kita cepat berubah,


lebih cepat dari ombak lautan.


Kadang-kala pasang surutnya tidak dapat diduga.


Begitulah hati ini pada dirimu.


Bilaku marah itu tanda sayang.


Bilaku merajuk itu tanda kasih.


Bilaku cemburu itu tanda cinta.


Setiap apa tindakanmu


Setiap apa yang dirimu ucapkan


Semuanya berbekas dalam hatiku


Itulah gambaran hatiku.


Jikalau aku mampu,


Aku ingin sayangkan dirimu


Sebanyak isi bumi yang Allah kurniakan pada makhlukNya


Kalau aku mampu juga


Aku teringin curahkan cintaku


Sebanyak air hujan yang Allah titiskan dari langit ke muka bumi.


Tapi aku manusia biasa yang tak mampu lakukan perkara yang diluar batasku.


Jika satu hari kau tidak mampu bahagiakanmu


Percayalah..


Aku telah cuba yang terbaik untuk mencintaimu


Semampu mungkin aku kasihkan dirimu


tapi hidup bukan di tangan kita.


Kalau satu hari...


kita terpaksa berpisah,


aku berharap kita berpisah sebagai saudara


dan kekal sebagai sahabat.


Aku harap dirimu


tidak akan pernah tinggalkan aku


walau aku tidak ditakdirkan menjadi milikmu.


Namun jika melupakan aku adalah yang terbaik untukmu


Lakukanlah kerana kau berhak untuk itu.


Itu je yang ada setakat ini.

Kalau ada lagi yang aku buat, InsyaAllah aku akan kongsikan.
Tapi korang dah baca ni jangan la duk gelak-gelak pulak...

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan