Ahad, 24 April 2011

Exam..Jumpa Lagi...

(MENTOL IDEA BERNYALA PADA 24 APRIL 2011)

Assalamualaikum
Hai...bertemu lagi kita dalam blog aku ni. Lebih penting aku bersua lagi dengan saat-saat yang aku tunggu dari setiap awal semester iaitu minggu peperiksaan. Masa senggang study week macam biasa aku akan berada di Kuala Lumpur dan seperti kebiasaannya masa aku dihabiskan dengan video game, makan, tengok tv, mengadap internet dan ikut mak ayah aku merayau-rayau. Memang tak baca buku langsung. Tapi apa yang penting aku berjaya menyiapkan nota-nota yang aku kumpul dari hari pertama kuliah..hihihihi...

PERINGATAN!!!
Cara belajar yang aku amalkan ini bukan cara study yang baik maka kepada pembaca semua anda dinasihatkan untuk tidak meniru.

Aku ni jenis yakin boleh sebab tu aku dengan selamba belajar last minutes. Kebiasaannya aku dapat capai apa yang aku sasarkan tapi kalau tak dapat memang kecewa yang teramat sangat la. Sesiapa yang rasa dia jenis menghafal eloklah belajar dari awal. Aku kalau jawab exam banyak reka jawapan. Kalau soalan yang tak boleh nak pusing-pusing jawapan memang aku tak pernah dapat A paling bagus aku dapat dari lecturer pun B+.
Cakap pasal exam, hari ini baru sahaja aku menyelesaikan satu kertas peperiksaan iaitu subjek Dasar Perancangan Sosial. Apa yang ingin aku katakan ialah aku telah menjawab dengan penuh bergaya. Hihihi..
Bergaya di sini bukan bermaksud aku masuk dewan kuliah dengan cara gaya atau busana yang paling vogue sebaliknya aku menjadi orang pertama yang dengan yakinnya selesai menjawab soalan peperiksaan dan keluar sejam selepas peperiksaan yang mengambil masa dua jam itu berlangsung.
Sabar kawan-kawan jangan terlalu bangga dengan pencapaian aku ni kerana soalan yang diberikan adalah soalan berbentuk objektif atau aneka pilihan. Makanya tidak hairanlah aku boleh jawab dalam masa yang cepat. Hihihi..senyum sikit... :)
Bila masuk pulak cerita tentang soalan objektif ni, siapa yang pernah baca post aku sebelum ini yang berkaitan dengan soalan peperiksaan aneka pilihan ini pastinya faham perangai aku yang takkan baca buku. Kalau baca pun buat syarat je la. Satu keajaiban telah berlaku sebab kali ini aku mengulang kaji dengan bersungguh-sungguh. Aku pastikan aku baca semua bab yang ada dalam nota yang diberikan pensyarah from front to the back. Semalam seharian aku membaca buku dan cuba mengingati maklumat-maklumat penting sampai pukul 3 pagi.
Kata kunci untuk melakukan semua ini hanya ada satu sahaja iaitu semangat. Kalau semangat kita kuat InsyaAllah dipermudahkan semuanya.
Selain itu solat taubat dan solat hajat. Aku bukan jenis orang yang selalu amalkan dua solat sunat ini tapi aku masih dapat merasakan nilai kedua-dua ibadah ini. Aku senang untuk belajar walau di saat akhir. Hati aku juga tenang.
Aku belajar disaat akhir bukan sebab aku ini malas atau kuat sangat bermain tapi aku sebenarnya dah tetapkan jadual untuk aku ulangkaji pelajaran aku untuk setiap peperiksaan.

Kita selalu dengarkan pakar motivasi kata mesti belajar dari mula, jangan kerja bertangguh-tangguh. Tapi jarang kita dengar pakar motivasi yang bagi penyelesaian bagi masalah yang agak kritikal dalam belajar ini. Aku nak kongsi sikit tips bagi pelajar tegar yang confirm sure ulang kaji saat-saat akhir jugak. Perkara ini tak boleh diamalkan selamanya tapi hanya penyelesaian sementara dan kita tetap perlu berubah menjadi yang lebih baik untuk berjaya.
Tips ringkas yang aku amalkan adalah;
  1. Kaji jadual peperiksaan dengan teliti untuk mudahkan penyusunan jadual ulangkaji.
  2. Ulang dahulu matapelajaran yang dirasakan susah untuk dikuasai.
  3. Sediakan satu pelan ulangkaji yang realistik dan boleh dilaksanakan tanpa menimbulkan bebanan dan tekanan. Pelan ulangkaji yang realistik adalah;
  • Sistem jadual yang boleh diikuti secara konsisten/berterusan.
  • Tidak mengganggu aktiviti harian dan keperluan lain seperti masa tidur, rehat, bersukan dan seumpamanya.
  • Jadual yang memastikan pelajar dapat menghabiskan semua silibus yang perlu dibaca dan difahami.
Ini adalah tips untuk mereka yang sangat suka belajar saat akhir tapi tak tahu apakah cara paling berkesan untuk memastikan diri masih mampu untuk cover seberapa banyak topic yang boleh dan lebih penting adalah kuasai topic yang anda benar-benar faham dan pastikan anda cuba ingat maklumat-maklumat penting bagi topic yang anda kurang kuasai. Hal ini adalah sangat-sangat penting kerana ada masa ketika peperiksaan soalan yang keluar itu adalah soalan yang memang kita tak minat tapi dalam keadaan darurat sekurang-kurangnya anda masih ada point untuk diterangkan dalam jawapan anda walau tak sempurna. Pemeriksa juga manusia dan mereka masih ada budi bicara dalam pemberian markah terutamanya bagi pelajar university kebiasaanya cara pemberian markah adalah bergantung kepada pensyarah yang mengajar subjek tersebut.
TETAPI DIINGATKAN BELAJAR SAAT AKHIR ADALAH SATU PERJUDIAN DALAM MENENTUKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANDA MAKA BERUSAHALAH UNTUK BELAJAR SEJAK AWAL LAGI..
SEMOGA KALIAN BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN...
APA YANG LEBIH PENTING BERGEMBIRALAH MENGHADAPAI PEPERIKSAAN KERANA PEPERIKSAAN HANYA DATANG SEMENTARA SAHAJA SELEPAS ANDA BERTUNGKUS-LUMUS MENELAAH UNTUK SATU TEMPOH MASA YANG LEBIH PANJANG.
WASSALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan