*ARTIKEL INI ADALAH LUAHAN HATI SEORANG PELAJAR YANG GAGAL MENCAPAI SENARAI DEKAN UNTUK KALI YANG KE-5
Akhirnya selepas beberapa lama memendam rasa untuk update blog ini. Aku kembali dengan kisah hidup aku. Cerita tentang Si Pemalas yang cemburu dengan kejayaan Si Rajin hari ini dan masih lagi tak mahu mengaku salah diri kerana mahu menyedapkan hati sendiri.
Si Pemalas itu adalah diri aku sendiri dan Si Rajin itu adalah kawan-kawan aku yang lain. Aku baru je dapat tahu keputusan peperiksaan aku yang lepas dan alhamdulillah pointer aku meningkat walaupun aku tak dapat Senarai Dekan untuk kali yang ke-5. Misi aku ni asyik gagal je dan aku tak tahu la bilanya nak termakbul. Tapi aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini kerana apa yang aku dapat ini adalah apa yang aku usahakan dan apa yang aku doakan. Dah aku minta biarlah aku lulus ada satu subjek ni dan aku mintak kalau tak dapat dekan pun tak mengapalah janji pointer aku semester ini meningkat (padan muka sendiri nak berdoa pun tak mahu bersungguh-sungguh). Allah makbulkan permintaan aku. Syukur sangat.
Dalam pada masa yang sama aku tetap cemburu dengan kawan-kawan aku yang dah berulang kali mendapat dekan. Aku tak lah nak sangat tapi maka ayah aku selalu cakap nak tengok aku dapat anugerah dekan. Hajat emak ayah aku yang lain mungkin susah aku nak tunaikan dan aku rasa hajat ni satu yang mampu aku tunaikan. Aku tahu aku boleh dapatkan senarai dekan tu tapi aku ni selalu sambil lewa belajar. Masa exam pun boleh duduk lepak-lepak main game dan menonton movie. Belajar pun ala kadar je. Tak adalah bersungguh sangat macam orang lain sampai tak makan tak tidur. Aku tak tahulah dah berapa kali aku dengar orang cakap dengan aku guna dialog ini,
"Kau tengok Solehah, kau tak belajar pun dapat pointer tinggi. 3.4, 3.3 tu elok dah. Sikit lagi je nak cecah 3.5. Kalau kau belajar betul-betul tak mustahil kau boleh dapat 4".
Dah memang terbukti saya ni LOSER plus FAILURE. Kalau dah ramai cakap dengan aku guna dialog kat atas ini, memang terang lagi bersuluh yang aku ni pemalas dan kurang bersungguh tak campur lagi suka bertangguh dalam belajar. Waaa...waaa... Nabi SAW cakap kalau orang yang sama dengan hari semalam adalah bodoh, klu lebih teruk dari semalam adalah laknat. Dah terbukti dah kan yang aku ni BODOH. Jangan kata aku ni sama macam semalam tapi sama je untuk tahun-tahun yang lepas jugak. Maknanya aku ni BODOH + +.
Arrrgghhh..............MENYESAL SEH!!!!
Tapi apa la guna aku nak menyesal masa ni? Keputusan dah keluar pun dan aku ada beberapa sem je lagi nak kejar senarai dekan. Punca-punca yang menyebabkan aku lalai dalam pelajaran aku adalah aku ni dah memang dasar pemalas dan tidak berusaha mengubah kelemahan itu ke arah yang lebih positif. Sedar diri itu pemalas tapi follow the flow jugak. DASAR SENGAL KE BENGAP AKU NI? Selain tahap kemalasan melampau yang melanda diri, aku juga menghadapi masalah mudah hilang fokus terhadap pelajaran dan suka memfokuskan perkara yang sepatutnya aku tak perlu fokus (contoh: kenapa housemate aku balik rumah lambat atau macam mana kucing aku boleh hilang dan kemanakah ia pergi?). Selalu je dalam kelas, aku ni berborak dan bergurau senda sambil curi-curi tidur sebab tak berjaya menahan mengantok. Kalau asyik nak gelak-gelak je dalam kelas memanglah kan tak dapat apa yang lecturer ajar. Masalah seterusnya yang memberi kesan terhadap pembelajaran aku ini adalah aku selalu kutuk lecturer. Memanglah ada masa kita akan dapat pensyarah yang agak annoying kan. Tapi as a student kita sepatutnya simpan je rasa sakit kita terhadap lecturer dan bukannya kutuk-kutuk. Walau macam mana sekalipun beliau tetap lecturer kita yang bagi ilmu kepada kita dan berjasa kepada kita dengan cara mereka yang tersendiri. Ilmu yang aku dapat tu tak berkat sebab aku ambil kebaikan dari pensyarah tu tapi balas dengan keburukan yakni kutuk mengutuk lecturer. Kalian mesti faham konsep berkat dan redha kan. Hidup ini kalau kau usaha setinggi langit sekalipun tapi keberkatan dan keredhaan kau tak dapat tak bahagia la kau. Kalau ada hati yang kau dah guris dan tak minta maaf memang tak tenang la jawabnya. Tenang ini soal hati. Kau mungkin boleh sorok dari pandangan orang lain tapi kau tak boleh tipu diri sendiri kan. Betul tak aku cakap? Siapa setuju sila komen. Hihihi...
Aku rasa itu je dulu kelemahan diri aku yang dapat aku catatkan untuk semester ini. Artikel ini adalah muhasabah untu diri aku sendiri tapi kalau korang rasa munasabah cerita ni nak buat renungan korang, korang ambil la ye.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan