Khamis, 19 Januari 2012

Aku Wanita Aku Kaum Hawa

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan dalam keadaan yang gembira. Tapi kalau kalian tak berapa nak gembira, aku harapkan cerita yang aku kongsi mampu memberi sedikit keceriaan pada kehidupan kalian.

Pada malam hari selepas peperiksaan terakhir, aku telah menjadi penghasut yang cemerlang apabila berjaya menghasut kawan-kawan serumah merangkap kawan sekelas aku untuk keluar pergi lepak kat Pantai Batu Buruk. Menikmati angin malam dan melihat alam ciptaan Allah.

Tapi sayang...
Pemandangan itu dicemari dengan pasangan-pasangan kekasih yang memadu asmara (tak payah kat luar ni, dalam kawasan kampus pun lebih kurang je aku tengok). Sebagai orang yang tak suka kepada pemandangan yang tercemar ini maka aku dengan kawan-kawan ni secara tidak berdisiplinnya telah melakukan dakwah dalam nada yang aku kategorikan sebagai sedikit perlian. Aku ni jenis memang cakap kuat. Konon-konon macam berbual pasal topik pelajaran kitorang sambil keluarkan hadis janganlah kamu mendekati zina. Bukan main kuat kami cakap dan pasangan bangku sebelah tu memang dengar la. Aku rasa sekejap je diorang dating kat situ lepas tu blah. Ada dalam 2 ke 3 pasangan yang kena macam tu dengan kami. Nak tegur depan-depan kami tak ada keberanian itu. Setakat tu je la yang mampu kami buat dan semoga diberikan kekuatan melakukan yang sesuatu yang lebih besar demi jalan Allah. Amin.

Lupa nak cakap. Adegan penghasutan kat rumah aku berlaku bila lagi dua orang kawan serumah kami merangkap senior kami buat barbeque dengan kawan-kawan mereka yang lain maka rumah ni berasap-asap dengan bau ayam dan sate yang menusuk kalbu. Aku pun naik berasap sebab dah tak selesa selain rasa terliur sangat-sangat. Dah buat macam tu tak ajak sekali lak tu. Aku malas nak kupas hal itu. Aku dah tak senang duduk kat rumah dan aku rasa diorang yang buat majlis tu pun akan rasa tak senang kalau kami ada dalam rumah tu maka aku buat keputusan untuk ajak lagi dua orang kawan aku tu pergi lepak tepi pantai. Kemudian ajak lagi seorang kawan yang duduk kat hostel keluar sekali dengan kami.

Masa kat pantai kami pun borak-borak la macam-macam perkara. Bergelak-ketawa bukan main. Apa yang pastinya tindakan kami keluar tu antaranya adalah untuk melepaskan tekanan serta meraikan yang kami dah habis exam untuk semester ini. Isu utama yang diperbincangkan adalah isu seorang tenaga pengajar kami. Macam-macam perkara keluar. Hanya nak melegakan rasa hati dan meletakkan kembali rasa positif dalam diri kami sebab beliau orang yang bagi ilmu maka kena hormat kang kena ketulahan dah susah nak belajar kan. Masalah ini pun kami dah selesaikan :)

Ok kawan. Kita nak masuk cerita tajuk entri hari ni. Hahaha..Mukadimah cerita lain bukan main panjang ye. Masa kat pantai tu kami berkongsi cerita kan. Aku cerita kat kawan aku ni pasal family angkat aku. Dah lama aku tak pergi tengok diorang dan semua dah tanya bila lagi aku nak datang sebab aku tak pergi beraya kat sana dan ada kenduri pun aku tak join juga. So, adik kepada kakak angkat aku ni selalu contact aku dan aku suruh dia beritahu yang aku akan datang jenguk diorang balik cuti ni. Anak buah dia yang aku panggil Botak ni dengar dan tanyalah kat Pak Lang dia ni, "Pak Lang, Pak Lang, makcik Solehah nak datang tengok kita ye?". Balas Pak Lang dia, "Makcik Solehah tak jadi datanglah Tak". Si Botak pun pergi kepada mama dia dan cakap pula, "Alaa..mama makcik Solehah tak jadi datanglah".

Cerita atas inilah permulaan kepada tajuk cerita aku yang kat atas tu. Kawan aku tanya aku bukan ke dulu aku tak berapa suka budak-budak? Macam mana pulak aku boleh suka budak-budak sampai anak kakak angkat aku tu boleh naik excited aku nak datang. Masa aku tidur kat rumah kakak angkat aku tu budak tu tidur sekali dengan aku, bila aku dah siap-siap nak tidur tiba-tiba dia angkut bantal dia keluar dari bilik mak dia dan letak sebelah bantal aku. Adik dia pun mengikut sama abang dia. Comel je bila aku tanya nak tidur dengan Achik ke, dia senyum-senyum. Hihihihi... Aku cakap dengan kawan aku, yang aku mula suka budak bila : 
"AKU YAKIN YANG SELAMA KEHIDUPAN AKU INI AKU SEBENARNYA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG WANITA DAN AKU PERLUKAN SESEORANG YANG BERGELAR LELAKI UNTUK MENJADI PENDAMPING AKU YAKNI SEBAGAI SEORANG SUAMI DAN MENDIDIK AKU MENJADI ISTERI SOLEHAH SERTA AKU PUNYA NALURI UNTUK MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ZURIAT SEPERTI WANITA YANG LAIN."

Maka sejak detik itulah aku sedar aku perlu mula belajar sukakan budak-budak (korang bayangkan aku ucap dialog tu dengan penuh perasaan syahdu kat tepi laut yang anginnya agak kuat sambil aku berpeluk tubuh dan membuang pandangan (ayat novel cinta seh) ke arah laut.

Lepas aku cakap macam tu dia gelak besar. Dia cakap ayat aku tak boleh blah. Sebijik macam dialog drama swasta. Dia tanya lagi habis selama ini aku bukan perempuan aku cakap sebelum ini aku macam ada kecelaruan gender sebab aku selalu cakap kenapa aku ni anak perempuan tapi selalu kena buat kerja anak lelaki maka benarkah aku ni perempuan. Kiranya aku seakan mempertikaikan fitrah aku yang lahir sebagai perempuan. Berdosanya aku. Masa tu aku jahil lagi tapi sekarang aku dah sedar.

Rasanya itu je confession yang aku nak buat kali ini. Nantikan pengakuan berani mati dalam segmen-segmen yang akan datang. Hahaha....

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan