Assalamualaikum!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Macam biasa la. Aku memang suka buat entri pasal exam. Sebelum ni aku selalu buat entri pasal nasihat-nasihat nak study dah dekat exam kan. Ke korang tak ingat??? Atau yang sebenarnya korang tak pernah baca pun..huhuhu...sob..sob.. Pi tekan kat bawah tu cepat, baru leh baca cerita ni sampai habis.
Ok! Masuk cerita hari ini. Aku baru je balik dari Kuala Lumpur selepas seminggu ber'study week' (huaa....study le sangat kan!) Semenjak aku mula belajar di Universiti memang setiap kali cuti ulangkaji aku akan balik rumah. Ada sekali tu cuti ulangkaji 2 minggu aku boleh balik rumah dan siap buat kerja part time lagi. Mak aku naik pening tengok aku boleh buat relax je nak exam. Biasa la aku, dah dekat exam esok baru pening-pening nak belajar semua subjek dan topik. Solehah kan... Tak pelik pun.
Aku balik rumah masa cuti ulangkaji memang tak pernah ada niat untuk buat revision.
Sebaliknya untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana untuk menghadapi exam. Bila dengan family aku kumpul semangat untuk peperiksaan. Teringat seorang ustaz aku pesan, dah nak dekat exam ni call la orang tua kita untuk minta maaf, restu dan doa mereka supaya mudah kita nak menghadapi peperiksaan.
Hah, Ustaz! Saya jangan takat call, saya balik rumah terus ustaz. FAce to Face bak kata orang putih dan tak putih.
Sebaliknya untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana untuk menghadapi exam. Bila dengan family aku kumpul semangat untuk peperiksaan. Teringat seorang ustaz aku pesan, dah nak dekat exam ni call la orang tua kita untuk minta maaf, restu dan doa mereka supaya mudah kita nak menghadapi peperiksaan.
Hah, Ustaz! Saya jangan takat call, saya balik rumah terus ustaz. FAce to Face bak kata orang putih dan tak putih.
Selain tabiat aku yang suka balik KL dengan menharungi perjalanan bas selama 8 jam, aku juga ada kegemaran dan tabiat lain yang telah terlaksana sejak zaman dolu-dolu aku.
Aku ni dari dulu ada tabiat yang lain sikit dari adik-beradik aku. Tabiat tersebut ialah ambil barang emak dan ayah aku sebagai penguat semangat. Dah macam tangkal je bunyinye kan. Tapi jangan nak menuduh bukan-bukan ea. Aku ni dari kecik memang tak suka sangat pergi mana-mana tanpa family aku. Kalau pergi mana-mana mesti kena ada mak ayah aku paling tidak adik-beradik aku yang akan teman. Kalau dengan kawan-kawan tu memang aku rasa tak best. Masalahnya kalau program sekolah macam kem motivasi sekolah dan seumpamanya, mana boleh bawak keluargakan. Makanya ayah aku selalu bekalkan sesuatu (dah macam makanan la pulak) untuk aku sesuatu daripada barangan dia. Antaranya ialah jaket, sweater atau jam tangan. Kalau mak aku lak dia bagi t-shirt dia dan juga bekalan nasihat. Tapi sekarang ni mak aku bekalkan aku duit je.
Hahaha...
Barang yang di bawa ni buat aku rasa dekat dengan mak ayah aku selain aku akan ingat diorang.
Hahaha...
Barang yang di bawa ni buat aku rasa dekat dengan mak ayah aku selain aku akan ingat diorang.
Untuk peperiksaan kali ini aku bawa balik beberapa barang. Satu dari ayah dan satu dari emak. Dua-dua barang ni aku mintak dari mak ayah aku. Satu lagi dari diri sendiri.
Nak tau tak ape...nak tau tak...nak tau tak????
Jap ea kita tengok gambar dulu ea.
Jam Tangan Ayah |
Handphone mak (Nokia C2) |
Kasut Baru B.U.M Equipment |
Jam Tangan Ayah aku tu saje je wat gambar gitu. Jap lagi aku tunjuk rupa sebenarnya gane ea. Hehe..
Handphone mak aku tu pulak boleh masuk dua simkad. Mudah la tak payah nak mengangkut dua handphone. Penat aku, tercicir mana-mana dah masalah pulak.
Kasut tu pulak tak ada niat nak beli pun sebanarnya tapi dah lama aku cari kasut jenis sarung macam tu je terus dengan harga murah. Pergi window shopping je kot. Sekali tu jumpa. Duit lak cukup-cukup je masa tu. Kalau tak beli aku rasa rugi pulak takut esok-esok datang dah tak ada. Maka, terbanglah duit RM29.90. Hahaha.. Tak pe la sebab aku pasti pakai kasut ni sampai lunyai. Sangat Pasti!
Masa yang dinanti-nanti..
Gambar jam aku tu!
Jeng..Jeng...Jeng..!!!
Men's Seiko 5 Automatic Military Style (From Frontside) |
(From Backside) |
Sedikit penerangan pasal jam ni yang aku copy dari www.timemasteruk.co
Men's Seiko 5
AUTOMATIC MILITARY STYLE
(Model SNK807K2)
Seiko 21 Jewels Automatic watches have the traditionally built mechanical movements same as some of the best known and most expensive watches in the world. The watches simply wind themselves as they are worn and so never need batteries or any other complicated power source. They have the sweeping rather than ticking second hand. This is one of the latest Seiko 5 models, solid and built to last for many years.
(Seiko 21 Jewels jam tangan automatik mempunyai pergerakan yang dibina secara mekanikal tradisional sama seperti beberapa jam tangan yang terkenal dan paling mahal di dunia. Jam tangan ini akan berfungsi sendiri apabila dipakai pada pergelangan tangan si pemakai dan tidak memerlukan bateri hanya menggulung diri mereka sebagai mereka yang dipakai dan sebagainya tidak memerlukan bateri atau mana-mana sumber kuasa rumit yang lain. Jarum jam bergerak secara sapuan berbanding gerakan secara berdetik. Ini adalah salah satu model Seiko 5 terkini, ia dibina dengan kukuh dan untuk bertahan selama bertahun-tahun.)
Model: SEIKO Men's SNK807K2 Automatic
7S26 Movement.
- Designed/Sized for: Men
- Hardlex Crystal Glass
- Accurate and Reliable Automatic 21 Jewel Movement
- Smooth Sweeping Second Hand
- Face Size: 38mm inc crown Depth 10mm
- Crown at 4'oclock
- Matt Stainless Steel Case and Military Royal Blue Nylon Strap
- Royal Blue Face with White Hands and Markers
- Day / Date Display at the 3'oclock
- See through Back Casing
- Strong Lumibrite Hands & Markers
- 30m Water Resistant
- Warranty - 2 years with Documents and Seiko Presentation Box
- To fit up to 8.75" Wrist
- High Street Retail £149.00
Selepas aku men'google' dan seterusnya men'convert'kan harga jam ni daripada pound sterling kepada Ringgit Malaysia, harga tersebut bersamaan RM 736.92.
WooHaaaa... *PENGSAN SEKEJAP!
Patut la bapak aku jeling-jeling je bila aku mintak tukar dengan jam digital Casio aku yang cuma berharga RM100 tu. Tapi aku rasa masa beli tu tak ada sampai 700 sebab kitorang regular customer kat kedai tu. Mesti dah dapat special price. Berapa tu aku tak pasti la tapi memang tak semahal harga yang aku dah convert tu.
Cukuplah sampai sini dulu. Penat dah aku menaip pagi ni sambil edit-edit gambar semata-mata tuk cerita kali ni. Tersemangat lak nak bercerita. Hehehe...
Wassalam...