Assalamualaikum..
Apa khabar kalian diluar sana?? Pastinya pelajar-pelajar yang menuntut di IPTA dan IPTS dan sedang mengikuti pengajian ijazah dan keatas sedang sibuk menelaah bagi menghadapi peperiksaan akhir bagi semester kali ini. Aku pun sedang mengulangkaji sebenarnya ni. Tapi aku rehat sekejap untuk makan dan buat keputusan untuk menaip sebentar.
Harap semua dapat menelaah dengan baik dan dalam masa yang sama tak abaikan pemakanan dan kesihatan. Bukan apa, aku tengok banyak sangat student yang bila masa exam selalu mengabaikan aspek-aspek kehidupan yang lain seolah-olah exam ni tujuan sebenar mereka belajar di universiti.
Contoh terdekat adalah beberapa orang rakan aku. Masa tidur tak dijaga, pemakanan diabaikan dan masa aktiviti lain diketepikan. Hal ini adalah tak seimbangkan ok. Sedangkan agama Islam sendiri mengajar penganutnya agar tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara tetapi lebih mengajar kepada konsep kesederhanaan malahan tidak juga agama menyusahkan hamba.
Firman Allah di dalam Al-Quran :
مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
Terjemahan:
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.(Surah Taha, 20:2)
Berdasarkan potongan ayat Al-Quran diatas dapat kita fahami bahawa Allah SWT sendiri tidak menyusahkan Rasulullah SAW untuk menanggung Al-Quran. Sedangkan ia sebuah kitab yang mulia dan agung bagi umat Islam. Tapi kita sanggup bersusah-susahan sehingga abaikan makan minum untuk menelaah buku-buku pelajaran yang lain tetapi tidak Al-Quran (merujuk juga kepada diri aku sendiri). Kalian jangan salah faham dan menganggap aku ini jumud atau orang yang beralasan kerana tidak mahu menelaah untuk menghadapi exam. Tetapi aku nak cakap di sini betapa zalimnya kita dalam memilih ilmu. Fahamilah zalim dalam Islam bermakna tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya macam kebanyakan yang dilakukan oleh kita pada hari ni. Belajar mengejar ilmu dunia bersungguh-sungguh, membeli pelbagai buku ilmiah sehingga tak menag akal nak membaca tetapi Al-Quran yang ada dalam satu versi sahaja dari zaman Nabi sampai sekarang tak terlarat kita nak baca waima satu muka sekalipun untuk masa sehari. Aku tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana aku bukanlah ahli pada bidangnya.
Kembali kepada topik pengabaian aspek kehidupan bila tiba masa peperiksaan. Sering terjadi bila tiba masa exam perkara utama yang akan berubah adalah masa tidur. Akan ada pelajar yang menelaah bersungguh-sungguh sehingga lewat malam. Malahan ada juga yang sanggup tak tidur semata-mata nak habiskan ulangkaji (masalah jadi macam ini sebab tak mula ulangkaji bila kuliah dah bermula dan cuba cover semua topik dalam masa yang singkat). Padahal tindakan ini boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan. Bekerja guna akal sebenarnya lebih memenatkan tubuh berbanding bekerja menggunakan kudrat. Apabila akal kita penat maka tubuh kita secara tak langsung akan turut penat kerana akal yang memberi arahan kepada tubuh badan. Bila jadi macam ini kita memerlukan sistem rehat yang efisyen. Rehat yang berkesan bukan sahaja dengan tidur tapi melalui pemakanan seimbang, ibadah yang teratur serta riadah bagi menenangkan pemikiran kita.
Masalahnya sekarang masa tidur saja dah tunggang terbalik. Pukul 3-4 pagi baru nak tidur. Bangun dah lambat mulalah buat solat Subuh gajah. Makan main hentam aja. Belajar-belajar lupa nak makan. Bila perut dah sakit masuk angin baru nak cari makanan. Ada yang malas nak keluar beli nasi dengan lauk berkhasiat ambil keputusan telan megi saja. Baikkah untuk otak dan tubuh?
Kalau keperluan asasi iaitu MAKAN boleh diabaikan apatah lagi nak keluar beriadah.
Jawapannya memang tak lah kan. Kalau berterusan macam ini boleh mendatangkan mudharat pada tubuh. Lebih-lebih lagi buat sehari sebelum exam. Contoh benar aku bagi ni. Kawan aku menelaah samapi lewat malam, malam sebelum exam. Esoknya exam dia datang lambat. Nasib baik exam belum mula lagi tapi dia dah kelam-kabut pagi itu sebelum exam maknanya hati dia tak tenang. Bukankah akan mengganggu konsentrasi masa nak jawab exam tu sebab dia dah panik. Kalau jenis yang cepat cool down tak pe ni dapat yang gabra lebih bukan ke kes naya.
Pasal tidur satu hal. Ini kes makan pulak. Bila dah masuk angin baru cari makan. Lagi bahaya. Masuk angin, perut kembung akan sebabkan rasa tak selesa. Kalau korang dah tak selesa boleh ke fokus masa jawab exam?
Nak jawab soalan perut sakit pulak. Dah dalam otak pikir nak stay jawab soalan ke nak pergi jamban. Kalau pergi jamban karang takut tak cukup masa nak menjawab. Kalau terus stay takut nanti melepas dalam dewan exam pulakkan. Celaru lagi. Hilang ilmu yang korang belajar tu sekejap sebab sibuk pikir pasal perut korang yang meragam tu.
Oleh itu rakan-rakan, buatlah semuanya secara berpada-pada. Jangan melampau-lampau belajarnya sampai solat lima waktu tak cukup, keperluan tubuh tak dijaga sehingga bawa mudharat. Apa-apa pun belajar la bersungguh-sungguh dan secara bijak ye.
SELAMAT SEMUANYA DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR.
JANGAN LUPA USAHA, DOA DAN TAWAKAL.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan