Alhamdulillah dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk bercerita.
Hari ini aku teringat sebuah cerpen daripada penulis yang menjadi kegemaran aku. Aku sering memastikan diri ini untuk sentiasa update dengan karya-karya terbaru daripada beliau selepas Andrea Hirata iaitu Bahruddin Bekri.
Penulisannya aku kira tidak la puitis namun perbandingan yang sering diberikan dalam karya beliau bagiku sangat mudah difahami kerana menggunakan perkara-perkara yang hanya berlegar sekeliling kita dan makna tersirat dalam setiap patah kata juga mudah kita cerna dan tidak perlu membuka buku-buku pujangga klasik aku kira.
Lebih kurang 2 bulan lepas, pada masa itu arwah ayah ku masih ada. Aku membaca sebuah cerpen karya Tuan Baha. Aku menangis. Halnya kerana aku masih terkenangkan kekasih lama dan aku rasa sangat sukar untuk menempuhi hidup ini tanpa dia. Alasannya selama tujuh tahun kami bersama, semua cerita seharian aku akan aku ceritakan padanya. Suka, sedih dan gembira mahupun marah semua aku luahkan padanya. Rasa ketidakbiasaan aku selepas kami berpisah menyebabkan aku sering tidak selesa dan resah. Cerpen yang aku baca ini tajuknya "Dik, lama-lama nanti, biasalah". (klik untuk baca)
Bila aku baca, aku mula didik hati aku.
"Solehah, lama-lama nanti biasalah!"
Ringkas aku cerita cerpen ini mengenai seorang wanita yang dinikahi oleh seorang lelaki pilihan keluarga dan bukan yang dicintainya. Si suami acapkali mengungkapkan kata-kata, "Dik, lama-lama nanti, biasalah", untuk menenangkan Si isterinya dan juga itu cara dia memujuk.
Ye. Perpisahan pada mulanya memang merimaskan. Pastinya kita takkan biasa. Itu juga yang aku rasa. Namun selepas membaca cerpen ini aku mula faham bahawa rasa itu takkan sembuh dengan cepat. Ada masanya perasaan yang kita alami itu hanya akan terubat dengan beredarnya masa. Memang benar mendekatkan diri dengan Allah itulah yang terbaik namun ia tidak akan sembuh sepenuhnya dengan sekelip mata. Sakit itu akan ada kerana ingatan itu masih kuat.
Hari ini jika diminta untuk membaca kembali cerpen ini nescaya aku sudah tidak mampu lagi kerana rasa itu telah beralih kepada ayah.
MASIH TAK BIASA!
Namun aku kuatkan hati. Lama-lama nanti biasalah!
Terima Kasih kepada yang sering bertanyakan keadaan saya. Yang prihatin dan melihat dari jauh dan merisik keadaan saya dari rakan-rakan terdekat. Saya tahu jika ada sesuatu yang anda mampu lakukan pasti anda akan buat untuk saya, untuk lihat saya seperti dahulu sentiasa bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan walau saya tak bagus dan tak mahir.
Hanya masa yang akan mengubati rasa ini. Allah lebih mengerti.
Doakan sahaja yag terbaik untuk saya.
Khas untuk penyelia saya...
TERIMA KASIH KERANA MENJADI PENYELIA, GURU, KAWAN, ABANG DAN ADA MASANYA AYAH KEPADA SAYA.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan