Sabtu, 13 April 2013

Nasihat SI Pendosa

Ya. Aku bukan seorang yang baik namun aku berusaha menjadi baik. Aku bukan orang yang taat pada agama dan aku tak tahu sudah berapa banyak larangan yang sudah aku terobos kerana mengikuti nafsuku. Tapi itulah aku. Masih manusia yang lemah pada hatinya dalam menjadi pengikut Muhammad. 

Rakanku berbilang.
Berbilang segala aku rasa. Akhlaknya, moralnya, agamanya, bangsanya mahupun pendidikannya. Aku terima. Aku pun bukan baik. Maka aku tak memilih. Kata orang nak jadi baik maka carilah sahabat yang baik akhlaknya dan jauhi orang yang rosak hatinya. Kedengaran mudah bukan.

Argghh! Getus hati ini. 
Aku ketuk kepala. Semudah itukah menjadi baik? 
Aku ini gadis kotor. Selagi mampu aku bertukar pasangan selagi itu aku buat. Selagi mahu selagi itu aku teruskan. Akhlak aku kalau dicampak tak tahu ke jurang neraka mana ia akan pergi. Kalau mudah cari orang baik untuk menjadi kawan dah tentu banyak orang yang sudah jadi baik. Aku yang jahat ini jelas-jelasnya mahu menjadi baik perlu berkawan dengan orang baik. Formula mudah, orang yang baik sudah tentu seribu kali mahu berkawan dengan orang yang baik sahaja dan menjauhi orang seperti aku. Sudahnya bagaimana untuk aku berkawan dengan orang yang baik kalau orang yang baik itu menjeing orang seperti aku sudah jijik.

Aduh! Malas untuk aku fikir lagi. Biarlah kalau yang aku kawan itu jahat mana sekalipun tetap kawan aku.

Satu hari aku keluar bersama seorang sahabat. Baru kenal. Berlainan jantina. Berborak, bercerita dan  berkenalan aku rasa. Sesekali bermesra. Dalam perjalanan pulang selepas pertemuan kami, seperti orang lain kami berkomunikasi.

"You lepas study nak kerja apa?" Soal kenalanku.
"Kalau ikut I tak nak kerja. Habis belajar cari lelaki kaya je. Hidup senang goyang kaki" Balas aku sambil menyengih macam kerang busuk.
"Sayang la. You belajar tinggi kena la kerja."
"I gurau je la. I ingat nak jadi cikgu."
"Great! Pilihan yang baik. You tau elok jadi cikgu ni. Besar jasa dan baktinya. Didik anak bangsa masa hadapan jadi manusia berguna dan jangan jadi macam kita ni."
"Hahaha...betul tu. Kita dah buat dah tahu baik buruknya Memang elok la orang macam kita ini yang mengajar ye." Jawabku ringkas sambil menahan sisa tawa yang tak terbatas.

Wow! Terkesima, terkedu dan segala macam rasa yang seangkatan dengannya. Hati aku terdetik. 
Ahli neraka macam mamat ni pun terfikir nak jaga anak bangsa. 

"Kalau you dah kerja nanti dan kalau you dah jadi cikgu, I tak kan ajak you buat apa kita buat sekarang ni. I pun tak selamanya nak jadi macam ni, tapi I tak tahu la bila I akan ready untuk berubah. Nanti bila you dah kerja buat elok-elok ok. Jadi cikgu yang baik."

Dia mungkin seorang pendosa tapi dia masih ada kesedaran. Hatinya mungkin penuh dengan noda hitam tapi masih ada ruang bersih yang belum terusik. Nasihat si pendosa menghiris bagai sembilu yang tajam. Biarlah luka dan berparut asal aku tak lupa nasihatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan