Ada masa kita rasa kita sudah kuat. Sudah mampu melupakan. Sudah boleh melangkah penuh yakin untuk mengukir kisah baru. Namun itu cuma perasaan yang penuh pengharapan. Kerana itu ia dipanggil rasa. Untuk masa yang singkat, kisah 7 tahun bukan mudah untuk dipadam. Akal fikiran manusia adalah ciptaan Allah yang hebat. Manusia yang lupa ingatan mampu untuk mendapat kembali memorinya dengan izin dari-Nya. Ini kan pula aku yang tak pernah mengalami apa-apa penyakit yang boleh buat aku nak melupakan sesuatu yang menyentuh hati dengan sekelip mata.
Hari ini kisah lama buat aku menitiskan air mata. Mungkin terlalu tragis. Allah menguji. Dan aku kuat dengan setiap ujian dari-Nya. Namun satu saat aku masih lagi rapuh.
Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain.
Hari demi hari, minggu demi minggu membawa kepada bulan ke bulan. Kini beranjak kepada sapaan tahun. Kehilangan seorang demi seorang yang kita sayang bukan mudah. Lebih sukar bila kita tahu orang itu masih ada tapi kita tak mampu untuk behubung dengannya kerana ada batas yang sudah memisahkan. Wujud sempadan.
Dan aku bukan penceroboh.
Dan aku takkan sesekali untuk menceroboh.
Mulut aku mungkin kata benci tapi bukan membawa sebagaimana maknanya. Kata benci itu menandakan betapa sakit yang perlu aku lalui.
Benar sakit.
Sakit kerana masih sayang dan aku terpaksa pendam.
Allah uji kita melalui orang yang kita sayang, benda yang kita sayang dan perkara yang kita suka. ujian Allah pelbagai. Sama ada kita sedar atau tidak. Aku tak pandai membenci sebab ayah dan emak tak pernah ajar perasaan tu. Ayah selalu berulang-ulang menyatakan,
"Kalau benci pun jangan tunjuk kita benci. Kita taktahu hati orang. Nanti kalau hari ini kita cakap tak nak, tak suka benci. Esok-esok itu yang kita dapat".
Bukan ayah je yang pesan. Allah pun dah ingatkan kita dalam Al-Quran:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah ayat 216
Maka aku didik hati sabar. Allah maha mengetahui. Ada yang lebih baik. Belum masa. Benda baik kena sabar bukan cepat-cepat Allah bagi. Realiti hidup benda yang mudah sangat dapat orang cepat lupa dan tinggalkan. Tapi yang susah ni orang jaga sebab ada nilai. Hendak pegang susah kalau dah dapat takkan mudah-mudah kita nak buang kan.
Tak salah kalau teringat dan tak salah kalau menangis. Kalau itu mampu melegakan. Mungkin ada yang kata bodoh. Namun manusia lain-lain cara menghadapinya.
Yang lepas biarlah berlalu. Aku lepaskan ia berlalu.
Aku tahu aku buat benda yang betul mengizinkan seseorang menjadi anak yang taat kepada ibu bapanya walau aku terpaksa terluka. Pengorbanan memang begitu sakit. Nama pun korban. Mana ada orang berkorban tak perit. Cuba tengok lembu kambing yang kena sembelih masa raya korban tu. Nampak seksanya kan.
Sakit.
Tak tahu la aku kalau korang pernah tengok binatang yang kena korban tu bersuka-ria pulak.
Ya, aku masih sayang. Tapi aku tak harapkan apa-apa. Cuma doa yang boleh aku kirimkan. Hanya ingatan yang aku ada untuk dia. Hanya kenangan yang aku simpan dengan dia. Dan aku tahu, aku dan dia ada 7 tahun itu.
7 tahun yang kami usahakan untuk ke jalan DIA.
TAPI. . .
DIA dah tetapkan kami akan ke jalan itu dengan pasangan yang berbeza.
Dengan pasangan yang DIA dah tetapkan.
Air mata, gugurlah kalau nak gugur.
Hati...hibalah kalau nak hiba.
Kerana aku Solehah, seorang manusia, seorang perempuan yang sudah begitu Allah ciptakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan