Beberapa minggu ni aku terlalu jiwa kacau. Tengok la tu ayat aku pun tunggang-langgang. Entah apa yang aku nak cakap sebenarnya tapi aku kena jugak luahkan semua ni sebab tak mahu perkara yang tak penting ni menghantui hidup aku. Hidup ni memang tak pernah lari dari dugaan dan cabaran. Bak kata pepatah (aku yang reka sendiri sebenarnya) 'hidup tanpa cabaran ibarat tv hitam putih'. Tak ada warna jadi tu tak cantik kita nak tengok sebab selama ni kita dah biasa tengok tv ada colourkan kecuali cerita lama-lama.Aku pun manusia yang tak pernah lari dari diberikan 'hadiah-hadiah besar' dari Allah yang Maha Penyayang. Nak tahu kenapa aku cakap dugaan tu adalah hadiah besar? Keperitan hidup yang dipenuhi dengan dugaan adalah tanda kasih Allah pada orang-orang yang beriman. Aku ingat lagi Ustaz aku cakap dosa-dosa yang manusia buat ni ada sebahagiannya tidak akan terhapus dengan taubat dan amal kebajikan tetapi Allah hapuskan dengan turunkan kesakitan dan dugaan yang kuat dalam hidupnya bagi uji iman hamba tersebut dan mendidik hamba tersebut menjadi lebih kuat. Aku teringat kalau la aku tak silap aku pernah baca satu hadis yang maksudnya lebih kurang begini, 'setiap sakit yang dirasai oleh manusia akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu waima sakit itu hanya sakit tertusuk duri'. Kalau aku salah tolong betulkan tapi lebih kurang begitulah maksud hadis tersebut. Punya la Allah sayangkan manusia ni sakit kena duri pun boleh menghapuskan dosa kita yang banyak tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan