Jumaat, 9 April 2010

Berlalunya tahun pertama di UDM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Pejam celik pejam celik...tahu-tahu je dah setahun aku bermastautin di Terengganu, sebuah tempat yang aku tak jangka aku akan sampai dan menetap untuk satu tempoh masa yang aku kira agak lama. Tempoh setahun yang pendek aku pernah rasakan, tempoh setahun yang mendidik aku jadi lebih matang dalam kehidupan ini. Teringat hari pertama pendaftaran di UDM. Orang pertama yang aku tegur kat sana adalah 'abang suci'. HEHEHEHE...gelaran ni aku dan kawan-kawan aku yang bagi pada senior ni sebab dia ngaku dia masih suci.
Abang ni salah seorang pelajar yang uruskan hal-hal pendaftaran pada hari pendaftaran di sini dan dia la orang yang aku tanya arah tuju nak daftar macam mana. Thanks a lot bro..

Sekarang ni tengah study week jadi aku dapat la guna internet di rumah dan ada lah post baru aku nak tambah. Sebelum ni dah ada yang aku post tapi aku yang agak mereng ketika saat itu telah terpadam semua cite yang aku dah taip. Sangat kecewa dan kecewa... Lupakan hal kecuaian aku tu. Sambung balik cerita kat UDM. Lepas pendaftaran yang amat meletihkan itu aku pun dapat la bilik asrama. Dah bawa masuk barang semua keluarga aku pun nak balik la kan. wah...sedih tau tapi masa ni aku masih mampu cover 'macho' aku. Takkan la aku nak teriak pulakkan..malu la depan kakak-kakak aku tu. Jadi masa mak keluarga aku balik tu aku buat cool je la tapi lepas aku dah masuk asrama duk dalam bilik aku pun tersedu-sedan menangis-nangis macam orang mati laki. Sebak sangat sebab aku tak pernah berpisah dari keluarga aku. Tapi masa sekolah dulu mulut aku ni pun agak cabul bila kena marah je bila gaduh je aku suka cakap bila aku nak sambung belajar aku nak pergi belajar jauh-jauh dari K.L supaya mak ayah aku tak boleh nak selalu lawat aku kat asrama. Alih-alih dah dapat menangis tiap-tiap hari sampai adik aku yang belajar kat Jengka, Pahang terpaksa menenangkan aku dengan mengeluarkan kata-kata kalau aku nak nangis call la dia supaya aku tak keseorangan. Sehari sebelum aku daftar U dia pun mendaftar jugak kat UiTM aku ikut hantar jugak. Adik aku menangis masa kitorang balik sebab tu aku tahan dari menangis masa keluarga aku balik.

Sekarang kita flashback kejadian-kejadian sepanjang perjalanan ke Kuala Terangganu. Masa sampai di Dungun van yang kitorang naik ada masalah lak. Jadi terpaksa la cari bengkel untuk repair.Lama jugak tersadai kat situ. Masa tu kami semua tak makan lagi, perut memang main macam-macam lagu la. Kebetulan dekat bengkel tu ada kawasan tanah sikit dan pak cik yang merupakan tuan punya bengkel tu ada la tanam tebu. Kak Lang aku ni mulut dia bising suruh aku mintak sikit tebu tu kat pak cik kedai tu. Mula-mula aku malas nak layan tapi lepas dengar dia bising kata teringin nak rasa tebu tu aku pun mintak la kat pak cik tu dengan muka selamba dan tak malunya. Dengan senang hati pak cik tu kata boleh je lagipun tebu tu bukan ada orang makan. Kak Lang aku yang tadi bising termalu-malu sebab aku jual nama dia kat pak cik tu masa mintak tebu tu. Pak cik tu pun potong la tebu tu dan bagi pada aku dengan parang sekali. sementara tunggu van siap kitorang pun pulun la tebu tersebut. Sekali tengok macam masyarakat primitif pun ada jugak. Heheheheh...seterusnya kejadian aku buat lawak dengan kawan anak pak cik bengkel tu. Masa tu pak cik tu dengan anak dia keluar pergi cari spare part untuk van ni. Maka kami la yang ada kat situ sambil jaga bengkel tu. Tiba-tiba ada la sorang mamt ni datang naik motor tanya mana tuan punya bengkel tu pergi. Aku pun dengan tak bersalah menjawab yang pak cik tu dengan anak dia missing in action dan aku la yang tengah jaga kedai tu. Mamat tu tergelak-gelak je dengar jawapan aku dan cakap nanti dia datang balik nak mengorat aku.Hahahaha....yang ni tipu. Dia cuma cakap nanti dia datang balik je. Cabaran betul la masa nak pergi tu. Aku macm nak menangis ja. Mak yang banyak tenangkan aku. Aku ingat lagi, mak cakap kalau kita nak tuntut ilmu nak cari redha Allah bukan senang. Macam-macam ujian Allah turunkan untuk bagi kita satu kenikmatan yang tak dapat kita jangkakan. Emak walau belajar tak tinggi tapi sekali dia bagi nasihat kalah pensyarah yang ada master dengan Phd. Jangan kata percakapan mak aku je tapi perwatakan dia pun sekali tengok ramai yang ingat mak aku pengetua sekolah.

Sekarang masuk bab macam mana aku mengadaptasi persekitaran aku yang sama sekali berbeza dengan kehidupan aku kat K.L. Mula-mula susah jugak sebab kebanyakan pelajar-pelajar yang asal dari Pantai Timur ada yang jenis suka pandang rendah, serong dan macam-macam pandangan lagi la terutamanya dengan budak dari bandar macam aku. Tension jugak sebab diorang asyik tanya aku ni keluar malam tak pergi clubbing tak? Wah ingat aku ni tak ada agama ke nak buat benda-benda macam tu. Pemikiran mereka ni kebanyakannya tertutup dengan apa yang diorang dengar je. Selalu fikir yang orang K.L ni teruk... Mulanya aku control la perangai cakap pun sepatah dua je. Tapi lama-lama tak tahan la nak jaga hati orang je tapi aku ni asyik kena attack je. Dalam kelas pun asal bagi contoh masalah sosial asyik yang kena K.L, sampai satu hari tu lepas diorang bagi pandapat tentang topik masalah sosial (macam biasa contoh tetap orang K.L) aku pun bangun gak cakap tapi perkara pertama yang aku sebut ialah "orang K.L tak bersalah dalam hal ini". hahahaha......puas hati aku...

OK...sini dulu kisah berlalunya setahun di UDM dengan pelbagai ragam diri aku sendiri. Hal-hal dalam kelas aku akan cerita dalam post yang lain.

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan