Macam biasa rindu dah nak cerita dengan kalian semua. Aku ni tengah buat tugasan dengan kawan-kawan aku ni. Kepala dah sikit pening. Mungkin sebab aku banyak ketawa atas satu insiden yang menimpa diri ini.
Sebelum tu aku nak cakap yang aku tak jadi pergi kem memanah yang dijangka berlangsung di Hot Spring sebab cuaca tak mengizinkan selain tempat tu dah naik air banjir. Aku mula-mula berat hati kot nak pergi lebih-lebih lagi tugasan berlambak-lambak yang aku kena siapkan. Tapi akhirnya aku kena la juga menjalankan kewajipan aku sebagai NAIB PRESIDEN KOR-MEMANAH (korang perasan tak ni apa yang cuba aku lakukan ni?) Huhuhu...
Mula-mula aku sangat tidak rela untuk pergi kem tu tapi akhirnya aku jadi sangat-sangat rela kot kerana seseorang...
Hahahaha...
Dalam bas masa bertolak tu tempat duduk dah penuh makanya terpaksa peserta lelaki berdiri. Sekali tu, pujaan hati aku tu leh lak berdiri berhadapan dengan aku. Waaahhh..bahagianya hidup. Masa dia toleh dan nampak aku dia toleh aku dua kali untuk meng'confirm'kan itu adalah aku. Dia senyum kat aku ok... Alahai bahagia sekali lagi. :) Kerana dia lah aku menjalani sepanjang hari kat kem tu dengan penuh semangat.
Huurrmm (tengah berfikir)...apa panggilan yang patut aku bagi kat dia?? Hurmmm...(sedang berfikir lagi)
Hah!!!
Aku dah tahu.
PUJAAN HATI..
Ya...Pujaan Hati. Itulah nama untuk dia.
Aku kenal Pujaan Hati masa terlibat dalam satu kem ni. Aku tertarik dengan dia sebab dia senyum sebijik macam Orang Gila aku. Aku sampai hari ini masih lagi terfikir adakah aku suka kepada dia kerana dirinya atau kerana bayangan seseorang pada dirinya. Masih keliru tapi yang pasti aku suka tengok dia senyum. Sebenarnya ada beberapa insiden lain yang buat aku berminat dengan si Pujaan Hati ini tapi biarlah rahsia (perghh....dah macam lagu Siti Nurhaliza kot) Apa-apa pun aku agak seronok masa kat kem sebab aku kena bertugas dan tak ada la tercongok je tengok orang. Aku tolong-tolong masak dan uruskan peserta yang ada. Sampai ada seorang jejaka ni duk panggil aku coach. Hahahaa..kelakar pun ada sebab lepas habis aktiviti explore race dia tanya aku, "Coach, tak nak rehat ke coach? Jap lagi ada sukan nanti coach penat." Macam -macam perangai la tapi semuanya baik-baik senang aku menjaganya.
Ok..nak masuk topik aku terluka pulak.
Aku tak tahu la nak kata sedih ke kelakar ke mengharukan ke tapi rasanya bercampur baur antara panik dan takut kot serta sedikit lawak. Alkisahnya tangan aku atau lebih tepat lagi pergelangan tangan aku terluka sebab tergesel dengan kaca cermin tingkap yang terpecah kerana tekanan yang kuat dari aku masa nak tutup tingkap tu. Agak ngeri sebab bukan luka sebab terhiris tetapi pergeselan itu menyebabkan sedikit isi atau daging kat pergelangan tangan aku tu terobek (inilah istilah yang sesuai kot) maka berdarahlah. Aku macam nak pitam dah. Maka kalutlah si kecil Afaf mencari kapas tisu dan minyak gamat. Mula-mula dia punya semangat nak tolong bubuh minyak. Alih-alih aku bubuh sendiri sebab dia tak sanggup nak tengok darah tu. Lepas dah lega sikit luka tu, aku pun call Saha bagi tahu apa yang jadi. Mula-mula dia risau dan suruh aku pergi hospital. Bila aku cakap sambil gelak-gelak terus hilang risau dia dan dia cakap jauh dari nyawa pun. Hahaha..kat mak ayah aku, aku tak bagi tahu sebab nanti diorang risau pulakkan.
End of the story, aku keluar dengan Afaf. Mula-mula nak pergi farmasi je nak cari iodin dengan kain kasa tapi dah pukul 10 malam. For sure, kedai tutup dah. Nasib baik ada klinik yang masih buka maka aku terus jumpa doktor la. Tak ada apa yang teruk pun. Doktor cuma cuci luka dan bubuh ubat serta tutup luka tu dengan kain kasa dan plaster serta bagi ubat untuk sapu pada luka. Doktor pesan aku jangan banyak guna tangan kanan sebab nanti pendarahan jadi balik tapi dah aku ni jenis pengguna tangan kanan yang tegar agak susah la aku nak elakkan pergerakan tangan kanan ni. Sekarang ni pun aku duk ligat menaip ni. Rasa pedih dah menyerang balik kat pergelangan tangan aku ini.
Rasanya itu la dulu untuk kali ini. Moral cerita ini tak ada kot. Saja nak kongsi ja. Selamat Malam semua.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan