Assalamualaikum
Sahabat yang disayangi+dikasihi+dirindui
Beberapa hari ini aku tidak dapat menyentuh papan kekunci Shiba-shiba kesayangan aku (name for my lovely laptop) . Ha...mesti korang nak tahu kenapa kan. Aku kena pergi Kampung Awek, Besut, Terengganu kerana menhgadiri program anak angkat. Makanya aku tidak membawa bersama Shiba-shiba aku. Mak angkat aku best sebab asyik bagi aku makan sehingga setiap pagi bila aku bangun dari tidur aku kena kosongkan tangki aku yang terlalu penuh dengan makanan. Hahahaha....
Cerita yang lagi seronok adalah aku berpeluang untuk bermain bola jaring dalam sawah bendang. Perghh...jadi minah kampung kot aku. Aku je satu-satunya orang yang asalnya Kuala Lumpur. Jadi aku memang tak pernah masuk bendangla kan. Tengok-tengok dari jauh tu biasa la. Cuma tengok. Tapi kali ini aku dapat masuk kot. Sama macam aku selalu main lumpur tanah merah masa kecil dulu kat kebun nenek aku cuma yang bezanya masuk benang ni selut dia dalam lagi la sampai ke lutut. Masa main bola jaring tu kan aku masuk masa kedua. Masa pertama hanya jadi penyokong dari tepi je. Al-kisahnya aku tak nak pun main sebab malas nak cuci baju tapi kawan kesayangan aku yang dah berlumuran dengan lumpur tu naik atas dan peluk aku sebab nak bagi aku kotor. Alang-alang aku dah kotor aku pun turun la main dengan penuh semangat keazaman kot. Masa main tu boleh pulak kaki aku tersekat dalam selut tu dan aku terus pusingkan kaki aku menyebabkan aku terseliuh dan seriously its hurt. Naik je ke atas aku jalan dah terhencut-hencut. Hebohlah semua orang kaki aku sakit (biasa la budak bandar masuk bendang) semua orang mempamerkan muka kasihan kepada aku. Sakit tu memang la sakit tapi tak lah teruk mana cuma orang kampung tu sangat risau sebab aku orang KL rasanya. Dalam sekelip mata habis semua orang kampung (ok..not all of them but almost all of the villagers) tanya pasal kaki aku dan suruh aku berurut dengan orang tu, dengan orang ini. Sangat prihatin mereka ni. Kiranya kerana insiden kaki aku terseliuh tu terus aku glamour kot. Hahaha...
Eventhough I'm having fun there tapi semua tu tetap tak mampu tutup luka hati aku yang tak dapat jenguk rumah untuk kenduri kahwin abang aku. Aku paling kecewa sebab tak dapat jumpa kawan abang aku yang tersangat-sangat comel tu (hahahaha..seriously comel?) OK..jangan layan aku yang cuba buat lawak bodoh tambah bangang. Tapi memang tak best sebab aku tak dapat nak sarung pakaian kenduri tu bersama-sama ahli keluarga aku yang lain. Sedih sangat. Huhuuhu...tapi kerana tanggungjawab aku sebagai pelajar aku terpaksa korbankan kepentingan peribadi aku. Sekurang-kurangnya aku masih boleh sambut raya, sambut merdeka, sambut tahun baru, sambut maulidur rasul dan sambut macam-macam lagi sambutan lain yang disambut di negara kelahiran aku bersama-sama ahli keluarga aku. Lagi sedih orang yang duduk luar negara tu sebab semuanya jauh dari keluarga. Aku tak ada la cakap aku ni dekat dengan keluarga aku. Jauh la jugak tapi Terengganu je kot!!!!! Tak payah la nak drama lebih sangat kan. Hahaha.. Tabah la Solehah you are big girl now (memang aku tau la aku besaq kan..bahasa mudahnya aku ni tembam tambah debab sama dengan la gemuk..tiba-tiba aku nak feeling padahal sendiri yang taip). Lupakanlah hal tu yang pastinya memang aku tak dapat balik dan kenduri tu pun dah berlalu serta aku berjaya mengharungi semua itu walau rasa kesal masih bermain di hati.
Aku buat jahat hari ini sebab aku sedang menaip artikel ini di dalam kelas. Hahaha...sekarang ni baru lepas satu kumpulan membuat pembentangan aku menjadi penjaga masa (nampak tak? aku selalu jadi orang penting dalam banyak hal.hihi..). Kawan-kawan yang baca artikel ini aku minta kalian jangan tiru apa yang aku buat ni sebab tak baik dan tak berkat korang belajar nanti.
Masa hari akhir tu, mak dengan kakak angkat aku bagi aku hadiah kenangan. Aku dapat tuala dengan kain pasang uhtuk buat baju. Lagi penting mak aku bekalkan aku sesuatu yang menjadi kegemaran aku iaitu jeruk petai..muahahaha...sedap seh.
Eeuww...busuk...(ini kata orang lain)
Ada aku kisah.
Memang la busuk tapi ang tok sah pi peghabih sampai satu balang sekali bila makan. Sikit-sikit dah la. Habis makan gosok la gigi dan minum ayaq banyak-banyak biar time ang terkucil bau tak kuat mana. Kalau pi solat jemaah pun orang lain tak pening lalat bau mulut hangpa. Cukup cerita jeruk petai tu. Apa yang penting seronok dapat keluarga angkat dan mudah-mudahan aku dapat jalinkan hubungan ini dan menjaga ikatan ini sebaik mungkin.
Solehah, tiadakah berlaku aksi mencari-cari bakal menantu atau keluarga mentua???
Kalau dalam keluarga aku tiada la sebab mak aku tu cuma ada anak perempuan seorang ja lagi yang belum nikah iaitu anak bongsu dia (gila apa nak jodohkan aku dengan anak dia..eeuuww..aku straight ok). Kalau yang keluarga lain ada juga yang kena 'kenen-kenen' kot. Lagi pun aku ni tak comel mana. Siapa la yang nak kan (tiba-tiba aku buat ayat pasrah).
Satu cerita yang agak menarik. Ada seorang kawan aku ini, lelaki. Sampai je Kampung Awek ni dia dah cari mak angkat dia sendiri dah. Bajet dia dapat mak tu alih-alih aku yang dapat mak yang tadi dia nak jadi mak angkat dia tapi mak tu jadi mak angkat aku (tapi kan mak angkat aku asyik tanya kawan aku tu je maka aku pun suruh la kawan aku tu datang rumah jumpa mak aku). Dah la aku dapat mak angkat tu, aku jadi anak tunggal lak tu. Tak ada kawan-kawan lain yang dapat keluarga angkat yang sama dengan aku. Itu yang jadi aku kena makan banyak (seriously bukan banyak tapi sangat banyak). Bayangkan sebelum tidur aku kena makan nasi dengan lauk ikan toman masak lemak cili api dan malam kedua aku kena makan roti canai dua keping. Aku kenyang tapi aku tak sampai hati sebab mak aku tunggu aku balik dari aktiviti malam untuk teman aku makan. Maka dengan hati yang separuh ikhlas aku pun makan la. :)
Apa-apa pun semuanya berjalan lancar dan aku pun gembira duduk kat situ dengan anak-anak buah aku yang nakal dan mampu untuk membuatkan aku meletup. Nasib anak orang je kalaulah anak buah aku....kalaulah....hihihi
Moral of the story jangan duk ingat aku ni budak bandaq aku tak tau duk kat kampung na. Walau aku terseksa (tak la terseksa mana sebab nikmat kot dapat makan banyak-banyak) dan tiap-tiap malam berperang dengan nyamuk tapi aku berjaya menjadi orang kampung untuk tiga hari dua malam tu ye. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengucap (hahaha..ayat akhir tu aku bergurau). Walau kat mana pun kita berada jangan bawa gelaran kita sebab Rasul kita Muhammad sendiri tak pernah bawa gelaran Baginda untuk dibangga-banggakan apatah lagi mengharapkan layanan istimewa daripada orang lain. Walaubagaimanapun kita ni bila dapat tetamu ni kena la layan sebaik mungkin mengikut kemampuan kita. Bila jadi tetamu pula jangan la kita meminta secara berlebih-lebihan sehingga menyukarkan tuan rumah.
Itu saja kawan-kawan.
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan