Im 23 years old already.
Old..old..old... Awkward...
Itulah yang aku rasa ketika ini. Dah 23 aku ni tapi kan muka ni duk tumbuh jerawat lagi. Baru je semalam menjelang detik umur aku 23 tahun aku telah memicit 2 biji jerawat yang 'sudah masak' di pipi aku. Hahahaha..Baru aku puas hati. Asyik nak menepek je kau kan kat muka aku. Atau mungkin kemunculan jerawat ini untuk menenangkan hati aku bahawa aku masih muda remaja sebab tu jerawat masih singgah di pipi gebu aku ni (gebu ke??? kalau tembam aku setuju)
Alhamdulillah...
Syukur dipanjangkan umur dan masih lagi diberi peluang untuk bernafas di tahun baru 2012 dan masih mampu melangkah tika usia menginjak 23 tahun. Syukur Ya Allah. Terima Kasih Ya Rabb. Macam kebiasaannya, aku akan terima ucapan ulang tahun dari ahli keluarga dan sahabat handai. Orang pertama yang bagi pesanan ringkas kepada aku adalah Kak Uda aku. Hihihi... Lepas tu kawan-kawan dan yang lain-lain tu bagi mesej kat FB je tapi ok la kan sebagai tanda ingatan. Kalau tak ingat pun tak mengapa apa yang penting orang ingat aku sebagai seorang sahabat.
Hari ini juga aku akan menghadapi final exam untuk semester 5 tahun 3. Huhuhu..berdebar rasa. Perut aku ni dah tak sanggup nak tanggung rasa cuak berlebihan ni. Tadi pun dah kurangkan sikit dengan pergi 'melabur'. Lega la sikit. Confirm masa jawab exam nanti perut aku tak buat hal dan aku boleh jawab dengan tenang dan yakin walaupun jawapan aku tu tak tentu lagi betulnya. Tapi bak kata mak ayah aku dan cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Jangan tinggalkan kosong tak berjawab sebab rugi sangat. Kalau kita salah bukan kena tolak markah pun. Yang penting kita tunjukkan effort kita yang tak berbelah bahagi masa nak jawab soalan tu. Baru la pemeriksa tu happy sikit bila dia tengok kita bukan generasi yang mudah mengalah dan tidak mahu mencuba kan. Beranilah menjadi orang yang berbuat salah dan menghadapi kesalahan itu. Kalau kita tak tahu apa yang salah kita takkan pernah kenal apa yang betul. Am I right?
Hahaha..sekali dah macam pakar motivasi dah. Apa-apa pun kena berjuang untuk exam (aah..Solehah, berjuanglah sangat kau ni. Lagi dua jam nak exam kau ada masa lagi nak taip artikel kan)
Berjuanglah ni aku tengah berjuang menghilangkan rasa gementar kot. Hihihi...
Semoga tahun baru dan usia baru ini memberi sinar yang lebih gemilang dalam kehidupan aku. Rasanya pengakhiran tahun 2011 adalah sangat baik bagi aku kerana aku dapat berkumpul bersama ahli keluarga aku sama ada yang jauh atau yang dekat.
Ok geng. Jaga diri dan semoga bertemu lagi dalam artikel yang lain. Mungkin akan lambat update sebab aku akan sibuk dengan revision. Take care all.
Wassalam
P/s: Walaupun sibuk dengan exam bukan penghalang kita buat apa yang kita suka. Just chill and enjoy your exam. Stres bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan