Salam Jumaat.
Amboii..amboii...amboii.. (ayat tuk minggu ini ye)
Hari ini aku join blogging class.
Ok..
Rupanya ajar cara nak mulakan blog. Fine. Aku dah ada blog. Makanya aku pun bermain-main di belakang kelas bersama Si Kecik. Kira kitorang dah advance kan. Kami pun duk la touch up blog kami. Buh maskara sikit, lipstick, blusher dan tak lupa BB cream.
Duh!!!
Mengarut.
Tapi yang pasti budak-budak yang baru nak belajar buat ni sangat untunglah sebab cikgu yang ajar tu boleh fokus dengan mereka kerana kebanyakan yang join ni dah ada blog sendiri. Sesi kedua petang ni pasti ada sesuatu yang baru yang aku tak tahu lagi mengenai ilmu blogging. Si Kecik lagi dahsyat!! Dia siap download templat untuk blog dia. Amboi..amboii..amboi...
Kenapa saya buat blog???
Sebab...
Sebab...
ADA ORANG PAKSA!!!
Kihkihkih... itu alasan pertama.
Alasan lain sebab aku suka menulis. Aku suka bercerita. Aku suka tunjuk bagus.
Kihkihkih.
Kira kalau ada blog ini macam cool la kan. Hebat dari orang lain la kononya.
Diulangi..
KONONNYA.. macam bagus!
Itu yang aku rasa mula-mula dulu. Lama-lama benda ni tak ada benda pun. Biasa je. Makin ramai orang ada blog. Makin ramai orang yang boleh bercerita melalui medium ini. Cuma apa yang kita cerita dan sampaikn jetak sama. Aku rajin juga buat blog walking ni. Kebiasaannya blog yang bertemakan gossip dan cerita artis-artis ni cerita salin tampal (copy and paste la maknanya) Kira tak ada kualiti la. Maka aku bagi rating BORIIIINNGGGGGG!!!!!!!!!!!! (macam blog aku best sangat kan).
Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Saja nak update. Tapi topik yang aku buka ni macam best je nak bincang kan. Maybe next time aku buat topik ini selepas aku menjelajah lebih banyak blog. Aku pun bukan bagus sangat. Masih lagi terkial-kial nak buat semua.
Lain masa cerita lagi. Adios...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan