Selasa, 8 Mei 2012

Nasihat Dari Si Broken's Heart

Orang patah hati boleh pakai ke nasihatnya?

Entah la. Mungkin boleh kot untuk orang yang sama-sama broken hatinya.

Orang cakap sape-sape yang putus cinta ni selalu saja keluarkan kata-kata pujangga. 
Betul ke?

Aku rasa tak ada la. Kalau ada kata-kata yang keluar pun merepek je banyak. Kan..kan...
Kucing pun broken heart gak.

Tapi kalau patah hati ini memang sakit tau. Tak ada sape boleh tolong ubat. Allah je yang ada.

Kenapa kita patah hati???

Sebab...

Kita berharap pada manusia. Kamu tahu manusia??? Kamu itulah manusia dan sama macam kamu itu la manusia. Takkan aku nak bagi definisi manusia mengikut Kamus Dewan pulak kan. Kamu kan manusia sebab itu kamu baca artikel ini tak mungkin kamu adalah makhluk lain yang bukan dipanggil manusia kan. Ke kamu memang bukan manusia? (nampak sangat patah hatinye sebab merepek kan) Sesungguhnya kamu lebih mengetahui siapa diri kamu.

Ye, kita berharap pada manusia. Manusia itu tidak sempurna. Ada masanya baik ada masanya tidak. Manusia itu bernafsu, ada masa dia kuat dan ada masa dia lemah. Lidahnya nampak lembut tapi tajam lagi dari pedang samurai mahupun ninja ( ninja pakai pedang ke?) Tapi yang pastinya tajam la. Imam Ghazali juga sebutkan hal ini masa berteka-teki dengan anak didiknya.

Tolong..tolong..
Aku tak nak ada yang buat lawak antarabangsa pergi jelir lidah lepas tu pergi try tikam orang nak tengok ye atau tidak lidah tu tajam. Maksud lidah tajam tu, kata-kata manusia ini bisa dan menyakitkan.

Stress la aku nak terangkan kat korang. Aisshhh... (tanda patah hati la tu stress tak menentu)

Ok. Manusia tu banyak kekurangannya. Bila kita bergantung harap pada makhluk memang kita akan mudah patah hati. Gantunglah harapan kamu pada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang perlu untuk hati kamu. Dia Maha Mendengar dengan setia. Dia Penjaga Terbaik. Dia Maha Penyayang. Semuanya pada Allah. Carilah Dia dalam hati kamu yang sesak dengan manusia itu. Dia ada dalam hati kamu cuma kamu yang tak mahu mencariNya. Cuma kamu yang letak Dia kat sudut yang susah kamu capai.

Kalau la leh plaster je. Senang sikit
P/s: Nasihat ini dibawakan dari Pusat Pemulihan Patah Hati Dengan Kerjasama Agensi Cekal Berwibawa di Bawah Kelolaan Menteri di Jabatan Kementerian Hati-hati.

Hadapi Dengan Senyuman :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan