Lama sudah aku menyepi. Bukan nak menyorok atau merajuk tapi tiada apa yang baru untuk aku ceritakan. Lagi pun tak baik cerita benda yang bukan-bukan dan mengarut. So, better be silent!
Tapi entah kenapa hari ini aku rasa nak bercerita. Bukan sesuatu yang fakta tapi hanya sesuatu yang aku rasa macam boleh diterima akal. Haha..ye la kot boleh diterima akal atau akal aku je yang mahu menerimanya.
Oh ye! Sementara tu aku nak bagi tau kat seorang Tuan Guru aku iaitu Tuan Hafis, nama blog ni 'CERITA SEORANG SOLEHAH'. Bukan 'AKU SEORANG SOLEHAH'. (maap ye Tuan)
Dari dulu aku rasa perempuan ni complicated. Sejak aku kecil. Aku tak tahu la sebab apa kan. Sampai satu tahap aku cakap aku tak suka adik perempuan sebab aku rasa kalau adik perempuan ni mesti leceh. Mungkin disebabkan ada saudara-saudara perempuan aku yang lebih kecil nampak sangat mengada-ngada kot.
Bila aku dah start sekolah rendah, aku semakin rasa perempuan ni kompleks sangat. Biasa la dulu sekolah, baru kenal manusia lain selain keluarga sendiri kan. Rasa macam best je ada kawan. Time ni le pandai nak ada bff la, kawan baik la, sahabat sejati la tapi tidak teman tapi mesra ok! Masa sekolah ni kan tak tahu la kenapa nasib aku ni kurang baik kan aku selalu je dapat kawan yang mudah sangat nak terasa, nak merajuk dan jap-jap nak putus kawan. Masa ni rasa macam bodoh je bebudak ni kan. Apa barang la nak merajuk-rajuk ni. Ptuihhhh!
Tapi ye la kan, namanya pun budak lagi. Perangai kat rumah tu kita (bukan aku tapi diorang ok!) bawak pergi sekolah sama-sama. Aku tak berapa kisah orang yang suka merajuk ni. Tapi yang aku kisah orang yang dia ada hal dengan orang lain pas tu datang kat kita sambil bawa dialog,
"Awak! Awak jangan kawan dengan dia tau. Dia tu kan .......... (ada la cerita ntah pape dia bawak kan). Awak jangan kawan dengan dia ok! Awak kawan dengan kita je ye."
Apa kehe la perangai macam ni kan. Ceit!
Itu cerita sekolah rendah. Masuk sekolah menengah ni pulak lain la jalan cerita. Start era baru ni muncul lak golongan-golongan yang punya geng-geng yang tersendiri. Aku ni masa masuk sekolah menengah, aku jenis tak berapa nak ikut orang sangat. Aku kawan je dengan yang orang aku rasa aku boleh kawan. Aku tak berapa 'attach' dengan sesiapa. kalau baik dan rapat pun buat sementara waktu je. Selepas itu tak ada dah. Aku pun tak tahu apa masalah aku masa tu (
Mungkin perempuan complicated mcm ni! |
Masa ni la aku kenal dengan dengan kumpulan hot chick (budget hot), kumpulan kaum (Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India), kumpulan berita terkini hiburan sensasi (gosip and story pasal hot guy..kunun la kan) dan macam-macam la yang mungkin wujud.
Aku kalau kumpulan 'anak ayam panas' tu memang aku tak join la. Gedik plus geletis kot. Aku kan ganas and a bit a cool person (ptuihh! perasan siot) memang tak sesuai la. Kumpulan kaum aku ok ja. Tak de hal. Malahan boleh gak aku belajar speaking sikit-sikit dan upgrade ilmu maths aku yang macam haram je. Kumpulan berita terkini hiburan sensasi ni aku biasa-biasa je. Bahaya gak kalau baik-baik sangat kang tak pasal-pasal dengan aku-aku kena bahan kan. Cuma satu la kumpulan ni jenis kutuk cikgu. Entah apa penyakit diorang dengan cikgu tu, ada je tak kena kan. Biasanya yang diorang tak suka adalah ustazah sebab ustazah sekolah aku garang-garang. Ustaz time aku belajar dulu tarak. Bila aku dah masuk form 6 baru ada. Ustaz tu hensem wooooo!!! (bukan aku cakap tapi junior aku cakap) ~
Pada masa ini aku terfikir kenapa la perempuan ni perlu hidup dengan puak macam ni. Aku tengok budak laki best je. Hidup dalam keadaan aman dan damai. Kawan diorang tu busuk ke, gemuk ke, jongang ke, terlebih panjang ke dan sebagainya mereka menerima dengan hati yang terbuka. Pergi makan sama-sama, main bola sama-sama, pecahkan tingkap sekolah sama-sama, kutuk cikgu berjemaah dan ponteng dalam bentuk rombongan. Kan meriah hidup macam tu. Tak payah pening-pening atau rasa terpinggir kan.
Sampai hari ini aku rasa perempuan itu complicated sebab aku kadang-kadang pun tak paham dengan diri aku sendiri. Aduh masalah sungguh! Aku rasa memang sah la
...PEREMPUAN ITU COMPLICATED!...
p/s: biasalah bila peralihan hormon berlaku budak2 suka try benda baru dan cube cari identiti diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan