Khamis, 29 November 2012

Prinsip oh Prinsip!

Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa macam rajin sikit nak menaip. Otak pun ada la jugak benda yang nak dikongsi bersama kan. Jumpa dan kenal orang baru banyak la benda kita dapat kongsi kan. Wah! Dah lama aku tak jumpa orang yang boleh berborak dengan aku berjam-jam lamanya. Borak hal-hal yang jauh dari perkaitan yang membebankan hidup sendiri. Berborak sambil bergurau pas tu boleh gaduh-gaduh lagi kan. Ada masa topik tu tak ada kaitan pun dengan kami dan kami pun tak payah sepatutnya bertekak pasal hal tu tapi kami buat juga perkara tersebut. Agak mengarut dan merepek tapi still ok je. Hahahaha....

Hari ni aku nak cerita. Just cerita ok. Ini pendapat aku. Pendapat korang mungkin lain. Tapi sayangngye setakat ni aku tak pernah dapat pendapat dari orang lain melalui penulisan aku ni. Orang baca tapi tak komen (jelas kedengaran aku kecik hati, sambil buat muka sedih)

Kita ni dalam hidup kebiasaanya mesti ada prinsip atau sesuatu perkara yang kita pegang. Sesetengah orang panggil kepantangan diorang. Kira kalau sesuatu tu berlaku atau ada orang buat perkara itu kepada dia memang nahas la. Mati hidup semula pun dia takkan terima perkara tu dan orang yang melakukan perkara itu.

Walaubagaimanapun tanpa sedar ada masanya sesuatu yang menjadi pegangan kita itu akan kita lepaskan perlahan-lahan apabila kita berjumpa dengan seseorang. Mungkin selama ini kita tidak suka dengan orang yang panas baran. Satu hari kita jumpa jenis orang yang kita tak suka tu tapi entah macam mana kita ada kekuatan untuk terus bersabar dengan orang tu. Baran orang tu datangnye meluap-luap tak berhenti tapi kita masih maintain cool aje. Why?? Why??? Aku sendiri tak tahu nak kata macam mana.

Mungkin aja kerana kita suka pada dia, atau dia punya daya tarikan lain yang mengikat untuk kita menerima dia atau juga kita sebenarnya semakin bijak dalam menerima orang sekeliling kita.

Hidup memang perlukan prinsip namun prinsip juga perlukan perubahan. Ada masa terlalu berpegang kepada prinsip boleh merosakkan kita kerana kita mungkin akan melepaskan sesuatu yang sangat baik dalam hidup kita. Prinsip ini juga bukan sesuatu yang perlu kita jaja. Cukup la kita seorang je yang tahu prinsip kita tu kalau orang lain dengar lain pulak jadinya. Lebih-lebih lagi kita ni memang bersikap ekstremis dengan sesuatu yang kita pegang tetapi nak diizinkan Allah kita sendiri yang melanggar prinsip tu.

Hah!
Amacam???

Masa tu mesti rasa agak malu-malu tambah segan dan berkemungkinan ada je yang amik tindakan drastik untuk terus keluar daerah akibat tidak sanggup menanggung malu diatas keterlanjuran diri yang satu ketika dulu berdegar-degar cakap tentang prinsip yang dipegang sepanjang hayatnya sebelum ini.

Pelunturan prinsip ini mungkin saja boleh berlaku dalam masa yang singkat tapi kita tak sedar atau sebenarnya tak nak mengaku sebab tak mahu orang tahu yang kita ni dah malu.

Sering dalam hidup ini kita tak tahu apa yang sepatutnya kita dapat dan kita perlu ada. Kita selalu kisahkan apa yang kita mahu dalam kehidupan seharian sehingga mengabaikan keperluan yang sebenarnya. Begitu juga konsep prinsip yang kita pegang dalam hidup ini. Atas sebab tertentu kita bina prinsip-prinsip yang kita rasa boleh memandu kita dalam membuat keputusan. Mungkin disebabkan pengalaman lampau atau cerita-cerita orang sekeliling maka wujud item-item tertentu dalam pegangan kita. Syarat-syarat yang tanpa sedar kita buat dalam diam untuk mencari teman atau orang yang kita boleh bergaul dalam hidup. Sedangkan kita tak cuba untuk mengalami situasi tersebut atau berhadapan dengan golongan yang selama ini kita bataskan pergaulan kita atau mungkin sahaja kita tak berusaha mencari penyelesaian terhadap sebab-musabab tembok-tembok pemisah itu kita bina dalam hidup.

Maka, bina dan patuhi la prinsip hidup yang kamu pegang itu seadanya. Jangan sampai satu tahap kamu terlalu taksub dengannya. Tetaplah berpegang pada tali Allah kerana Dia pemilik segala kebenaran dan kebaikan. Prinsio yang kita pegang hanya kita sahaja yang faham dan juga hanya relevan pada diri kita. Pada orang lain berkemungkinan perkara itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima pakai.

Waahhh!!!!!!! Tibe-tibe lak macam karangan motivasi. Motif ringkas aku adalah...

"Prinsip itu perlu dalam hidup bagi mendidik diri menjadi tegas dalam semua hal agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna lalu membuahkan hasil yang menakjubkan. Namun jangan biarkan prinsip mengaburi kita dalam membuat penilaian dan keputusan kerana ia mampu merosakkan diri. Peganglah prinsip itu seadanya dan jangan berlebihan sebab satu hari bila kita terpaksa lepaskan atau ubah sikit prinsip tu jadi fleksibel tak la kita malu kan...kan..kan.."

p/s: Jangan suka cakap berdegar pasal prinsip, cakap prinsip aku tak akan layan orang yang cepat marah tau2 kau dapat bini panas baran kan.. ahakss!

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan