Ahad, 18 Disember 2011

I Shift The Blame To Someone Else

Assalamualaikum and Hello There..

Aku harap hangpa semua sihat sejahtera na. Aku ni tengah hangat ni. Aku tak tau la aku nak marah ka nak kecewa ka nak apa ka. Tapi sungguh la....aku memang tak puas hati sungguh kot.

Waaa....betoi marah ang ni Leha. Awatnya ang serabut macam orang hilang laki?

Ini bukan masalah hilang laki ang tau dak. Ini rasa aku seperti kes tipah tertipu. Kalau hilang laki aku cari la kalau tak jumpa aku cari laki lain ja. Uisshhh...panas sangat la ni aku.....

(Ayat-ayat di atas hanya sebagai penyedap cerita bahawa aku sakit hati)
Tajuk bukan main orang putih kan. Sekali keluar slanga utara keluar kat perenggan pertama. Hihihihi..hidup kena kreatif sikit beb. 

Aku nak cerita la pasal lecturer aku ni. Cakap lain alih-alih yang jadinya lain. Apa yang aku geram ni beliau cakap hal tu berkali-kali tahu. Aku ingat lagi masa kelas yang mula-mula sekali, kelas beliau yang first yang aku dengan dua orang lagi kawan aku datang lambat ke kelas beliau kerana kami terpaksa berjalan kaki selepas dapat tahu kawan kami yang kami nak tumpang tu tak dapat nak tumpangkan kami pergi kelas. Tup...tup...jadi benda lain kot. Harunya hidup aku. Rasa teraniaya sangat tahu tak.

Kalian nak tahu  (dah tentu la nak tahu kan, kalau tak kalian tak baca blog ni). Kuliah yang pertama, masa sesi taaruf (perkenalan) lecturer aku ini dah bagi tahu bentuk soalan yang beliau akan tanya dalam kuiz mahupun ujian. Beliau cakap akan ada bentuk soalan betul-salah, soalan objektif, soalan struktur dan esei. Sekali kamu tahu masa kuiz hari itu tiada langsung bentuk soalan yang tiga pertama tu. Esei je yang ada. Ok..la, takat esei tu tak ada masalah lagi. Sekali dia minta jelaskan dengan dalil atau hadis atau ayat al-Quran. 

HANCUR!!!!

Walaupun nama patik ini Solehah tapi patik ini bukan bijak macam peserta rancangan realiti Solehah yang mencari pendakwah wanita tu. Aku mana mahir sangat bila nak kena bagi dalil-dalil ini. Kalau jawab ikut logik dan fakta serta huraian mampulah aku lakukannya. Nampak gaya macam rendah je markah aku untuk subjek ini. Sedih betul. Kuiz hari tu beliau bagi 2 soalan esei. Aku tak ingat la berapa markahnya. Mintak dalil aku bagi makna je tak tahu la betul ke tidak dengan aku tak ingat surah apa, hadis dari siapa, aku main bantai je semua tu.

Minggu lepas pula beliau kata nak buat test. Ada soalan betul salah, struktur dan esei. Kata beliaulah macam tu. Aku macam biasa kalau dah dengar bentuk soalan untuk selamatkan diri ini memang aku kurang sikit la menelaahnya. Kalau nak tahu macam mana aku menghadapi exam, test dan kuiz bolehlah refresh memori kalian dengan membaca entri Menghadapi Minggu Peperiksaan. Sebelum start exam malam tadi lecturer aku tu cakap tiada soalan betul salah. Yang ada cuma soalan struktur dan esei saja.  Sekali lagi aku terpedaya. Aku dah la study macam apa je dah tu tahu-tahu soalan yang mampu bantu aku tak mampu menjelmakan diri untuk membantu aku. Sangat sedih.. 

Waaaa..wa.....
Kenapa Prof?? Kenapa Prof mengecewakan hati seorang budak pemalas seperti saya??? Tahu tak betapa besarnya jiwa saya masuk ke kelas untuk jawab soalan betul salah yang akhirnya Prof cakap soalan tu tak ada dalam test kali ni? Kenapa mesti ini yang terjadi Prof? Kenapa?

Kalau aku dapat markah rendah semuanya salah beliau. Kelas selalu delay, kerap postpone (betul ke aku eja?) lagi hebat kelas cancel. Huhuhu... semua salah Prof tahu tak??? Prof kena bertanggungjawab jugak.

SILA TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK MENERUSKAN PEMBACAAN ANDA




OK. Aku insaf lepas tengok video ni. 


I will not shift the blame to someone else. What had happen is my fault. It was my responsibility to study and do my revision no matter what sort of questions will appear in my quiz, test or exam. Just beat the problems today and move forward. :) Thanks Matluthfi for your advice and creative video. Just admire your brain.


Wassalam
P/s: Pengajarannya aku rasa dah terang lagi bersuluh kot.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan