Isnin, 26 Mac 2012

Perghh...Solehah!

Assalamualaikum

Macam biasa la kan. Kalau ada entri baru maknanya aku nak bercerita la kan. Tak ada maknanya aku taip kat blog ini sebab aku nak buat drama sebabak macam yang selalu aku buat dengan Kecik tiap kali aku nak masuk tidur. Kalau cerita aku ni agak berterabur aku mintak maaf la ye. Aku cerita ikut suka hati je hari ini tanpa ada kerangka cerita yang kukuh sebab sayang lak rasa kalau lama aku tak update kat blog ini.

Ok!
Tajuk entri kali ini aku ambil dari kata-kata seorang kawan sekelas aku masa aku nak keluar daripada kelas kuliah pagi tadi. Alkisahnya pagi ini kelas kami ada kuliah subjek Pengucapan Awam dan Debat bersama ibunda tercinta Puan Hafiah. Makanya kami dah masuk fasa pembentangan. Tugasan kami ada dua. Satu pembentangan secara berkumpulan dan satu lagi secara individu dan spontan. Bila-bila masa akan dipilih secara sesuka hati oleh pensyarah dan pelajar perlu laksanakan secara paksa rela. Kahkahkah!!!
Buku terbitan PTS Publication
(sumber google)

Pagi tadi habis pembentangan sebuah kumpulan, Puan minta seorang untuk buat spontaneous public speaking. Hahaha...aku apa lagi menawarkanlah diri dengan bantuan si Gee yang tolong angkatkan tangan aku tinggi-tinggi (ok! dalam situasi ni actually aku tawarkan diri atau orang lain yang tolong tawarkan aku? confuse jap!) Tak pe...tak pe biarkan saja situasi itu berlalu ye. Apa yang pentingnya aku telah menjalankan misi dengan sukses. Aku memilih untuk membuat review sebuah buku yang sedang aku baca berjudul 'Leaving Microsoft To Change The world'. Feedback kawan-kawan dan pensyarah alhamdulillah positif.

John Wood
Pengasas Room To Read
Tapi aku tertarik dengan komen seorang kawan ni. Beliau cakap kalau nada suara aku ditekankan dalam frasa ayat yang tertentu akan menambah DINAMIK dalam persembahan aku. Perghhh...Bahasa tinggi bro! Nice opinion. Will do that on my next presentation. Thanks a lot.  Second feedback that attract me is komen kawan yang cakap aku tak pandang sebelah audience perempuan tapi hanya pada lelaki. Ehemm..ehemm... memanglah aku pandang belah member laki je. Bukankah buah hati aku ada kat belah situ kan..kan.. Ala satu kelas tahu dah. Cubalah memahami isi hati saya ni. Kahkahkah!!! Seriously joking ok! Dont take it seriously! Sayang-sayang sekalian bukan saya tak pandang awak-awak semua tapi kurang. Antara sebabnya adalah sayang-sayang semua memang akan dengar kalau ada orang bercakap kat depan lagi-lagi saya kan. Kihkihkih! Mula dah layan perasaan. Saya pay more attention to the boys sebab nak diorang fokus. Kalau nampak macam ke laut tu bila kita pandang dia, dia akan bagi perhatian kat kita sebab tak selesa bila kita perhatikan dia (salah satu cara supaya audience rasa kita cakna tentang perhatian mereka ke atas kita). Seterusnya kan yang saya suka kan bila Puan Hafiah cakap suara saya lunak. Oh, My Allah! Saya tersipu-sipu malu di kerusi belakang. Hahaha..sekali lagi layan jiwa. Kihkih...
Yang lebih penting bila Puan cakap pasal teknik yang saya guna (serius masa Puan cakap ni aku cakap dengan member aku, " Ermm...aku ada guna teknik perngucapan awam ke? Aku rasa tadi aku bercerita je.") Rupanya tanpa aku sedar bercerita itu merupakan salah satu teknik pengucapan yang berkesan dalam penyampaian. Aduyai..baru saya tahu Puan. Terima Kasih ye! Lain-lain pujian yang aku terima adalah aku cukup yakin semasa berada di hadapan. Memang la yakin sebab aku ni memang suka bercakap. Bila dapat bercakap kat depan memang orang boleh menangis suruh aku berhenti bercerita ok.

Habis bab puji diri sendiri. Sekarang aku nak cerita berkaitan kawan-kawan yang suka mengusik tak kira masa. Start dari aku mula bangun dari tempat duduk, dah aku dengar suara-suara memberi semangat. Beri semangat je tak pe la ini siap menyebut nama seseorang yang kononnya menjadi sumber semangat dan inspirasi aku. Ceit! Memandai ja hangpa ni. Masa aku present lak sampai kat frasa ayat ini:
" Pada masa itu beliau (merujuk kepada John Wood pengasas Room To Read) sanggup meninggalkan kekasihnya dan juga kerjaya yang stabil..."
Kalau tak silap aku lebih kurang macam tu la ayatnya. Tiba-tiba je seorang rakan yang bergelar abang kepada aku menepuk-nepuk bahu orang disebelahnya yakni buah hati aku sambil mengucapkan, "Sabarlah W**". Nasib baik la aku macho kan. Tapi tergelak kecil juga la aku masa bercakap tu. Macam-macam la kawan-kawan aku ni.

Relate cerita ni dengan tajuk entri, bila aku nak keluar kelas tu member kau ni pun cakap la, "Pergh...Solehah. Perghhh!!!". Aku memang 'perghhh' dari dulu kalau bab cakap-cakap ini. Memang hobi pun dari dulu.

Berusaha! Baru boleh berjaya cakap
dengan yakin! Semangat Baby.
Aku rasa cukup la ini dulu aku nak cerita. Mata mengantuk dah. Kalau cerita banyak pun aku cuma puji diri je. Moral cerita aku kalau ada kerja-kerja volunteer untuk present spontan ini korang cepat-cepatlah grab sebab kalau nak tunggu turn kena panggil tu sangat menyeksakan ok. Nasihat lain untuk mendapat keyakinan semasa present pastikan kita tahu apa yang kita nak cakap and make sure la kita yakin dengan apa yang kita tahu tu. Kalau kita tak yakin macam mana nak present dengan baik kan.

Wassalam. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan