Assalamualaikum.
Hari ini lain sikit cara gaya aku post cerita. Aku mulakan dengan gambar. Rasa-rasa korang, sanggup tak nak hidup dengan keadaan dunia macam ni? Kalau aku memang aku tak sanggup. Kalau ada antara kalian ada yang jawab sanggup, aku tak tahulah macam mana keadaan rumah atau bilik korang agaknya.
Kali ini aku nak cakap mengenai sampah dan juga...
v
v
v
v
RECYCLE |
Ye, kawan-kawan mengenai kitar semula. Hidup ini apa-apa pun yang kita lakukan hendaklah secara berhemah. Terutamanya yang beragama Islam apa-apa sahaja perkara yang kita hendak laksanakan ada tatatertibnya. Bahkan kalau kita dalam keadaan yang marah pun ada kaedah-kaedah yang perlu kita ikuti. Antaranya jika berdiri digalakkan duduk ataupun berbaring, jika tidak reda minumlah air atau pergi berwudhuk dan tunaikan solat sunat dua rakaat bagi menenangkan hati dan menyejukkan amarah kita. Buang sampah ini pun ada aturannya. Tak boleh nak main taram sesuka hati.
Korang tak percaya ke buang sampah ni ada undang-undang yang diguna pakai? Ok! Kalau ada sampah biasanya kat mana korang akan buang???
Apa? Tong sampah?
Exactly my dear friend! Memang kita akan buang kat tong atau bakul sampah. Kalau kat tempat-tempat awam siap ada papan tanda tentang perbuatan membuang sampah siap ada amaran, denda serta kompaun yang dikenakan bagi mereka yang melanggar undang-undang sampah (maksud aku undang-undang buang sampah bukan aku kata undang-undang tu sampah ye!)
Selain itu, kita juga sering didedahkan dengan kempen kitar semula kan. Satu masa dulu kerajaan sangat giat jalankan kempen tersebut sehingga adanya lagu kitar semula yang dimainkan dalam iklan-iklan TV, hebahan radio serta penubuhan pusat-pusat kitar semula yang begitu banyak. Tapi kempen seperti itu agak kurang jika kita perhatikan. Aku rasa ada baiknya dijalankan secara berterusan kerana masyarakat kini terlalu sibuk untuk ambil tahu sendiri perkara seperti ini sendiri jika tiada hebahan. Lebih dari itu manusia ini memang fitrahnya akan cepat lupa perkara yang tidak menjadi amalannya. Maka peringatan berterusan perlu dijalankan.
"Duh! Susah kot nak buat kitar semula ini. Nak asing barang dah tu nak pergi hantar kat pusat pengumpulan. Takkan aku nak simpan banyak-banyak kat rumah kot?"
Sering kali kita dipermainkan dengan alasan seperti di atas bukan? Ye, memang benar tak semua tempat disediakan kemudahan pusat kitar semula tapi kita masih boleh menyumbang kepada bakti ini. Caranya sangat mudah! Setiap kali nak buang apa-apa barangan yang bergelar sampah, kenal pasti sama ada produk tersebut boleh dikitar semula atau tidak. Jika boleh asingkan dalam kotak atau plastik yang berasingan. Aku cakap ni bukan nak tunjuk aku ni bagus dalam penjagaan alam sekitar cuma aku tergerak hati untuk berkongsi amalan ini yang diterapkan emak aku beberapa tahun kebelakangan ini. Korang tahu tak di sesetengah tempat ada individu-individu tertentu yang membeli barangan kitar semula?
Contoh di taman perumahan aku akan ada uncle Cina ni naik van pastu pasang loudspeaker yang keluarkan bunyi, "SURAT KHABAR LAMA! PAPER LAMA!". Disebabkan oleh ayah aku memang beli paper sehari sampai 2-3 jenis maka banyaklah akhbar-akhbar terpakai kat rumah tu. Kami kumpul dan jual semula kat uncle tu. Memang tak banyak mana dapat tapi at least lepas la nak buat belanja kedai mamak beli roti canai dengan teh tarik.
Selain itu, ada komuniti surau kat taman perumahan yang pak cik aku tinggal kumpul dana surau dengan cara kumpul barang-barang kitar semula. Duit tu masuk tabung surau. Smart tak idea ni?
Bahkan aku menulis artikel ini kerana tertarik dengan sikap segelintir individu yang mencari rezeki dicelah-celah kumpulan sampah-sampah dalam tong sampah yang besar tu. Aku terfikir kalaulah kita ni semua buang sampah secara berasingan ikut jenis sampah bukankah dalam masa yang sama kita bantu orang-orang macam ni untuk mudah cari barang yang diorang nak. Nampak macam tak seberapa tapi still kita dapat tolong kurangkan kepayahan mereka dari buka satu per satu beg-beg plastik sampah yang ada tu kan. Makanya aku telah memulakan misi mengasingkan botol-botol plastik, kertas-kertas serta bekas tin dan kaca dalam beg plastik yang berasingan.
Bayangkanlah Bumi Kita Jadi Macam NI! |
Aku cuma sampaikan idea saja. Sama-sama kongsi pendapat demi kebaikan. Bak kata Nabil dalam filem Lu Fikirlah Sendiri!, bumi ni nak pakai lama lagi. Bila lagi kita nak mula jaga bumi yang makin uzur ni? Sekarang la! Kalau tak mula sekarang bila lagi nak mula. Sambil-sambil tu boleh juga kita kumpul pahala. Niat kerana Allah. Bumi ini amanah! Kita kena jaga. Tanggungjawab kita.
Antara barang yang boleh dikitar semula adalah :
Produk daripada plastik |
Keluarga Kertas (kotak,kertas,buku etc) |
Barangan kaca |
Aku rasa itu je yang aku nak cakap kali ini. Semoga membawa manfaat kepada kita semua!
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan