Ahad, 18 Mac 2012

Resepi Rahsia

Assalamualaikum semua.
Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan berkemampuan melaksanakan semua tanggungjawab. Aku ketika ini masih lagi bertarung dengan demam, batuk dan selsema. Rasa lebih lega dari semalam cuma selsema yang sedang aku hadapi kini buat aku sedikit letih tambahan pula dengan bekalan ubat yang aku dapat daripada doktor membuatkan aku mengantuk. Nampak sangat aku sebenarnya perlu rehat yang elok. Tidur lepas makan ubat memang lena la kawan. Apa pun dah tak ingat. Tidur dengan penuh perasaan je. Hahaha..malam tadi tengah dengar lagu aku boleh terlelap dengan headphone terselit dekat telinga aku masih feeling melelapkan mata. Layan je la. Nak buat macam mana lagi memang ubat tu kuat kesannya ke atas aku.

Cukup cerita aku layan ubat. Aku nak cerita pasal selera makan aku yang agak merepek kebelakangan ini. Aku nak makan makanan yang boleh dikategorikan sebagai bukan-bukan sebab makanan yang aku nak tu buka makanan ruji masyarakat Malaysia. Hampir sebulan ini aku mengidam nak makan spagheti bolognaise. Lepas tu aku nak sangat makan kek kat sebuah restoran yang boleh tahan la harga makanannya dari biasa (lebur jugak la untuk belanja makan seminggu). Tak sedar diri duit bergantung dengan pinjaman je tapi taste kalah orang kerja RM5 k. Jawabnya puasa sebulan la aku. Walaupun tajuk entri aku ada kaitan dengan resepi tapi aku bukan nak kongsi resepi rahsia dengan korang ye. Baca sampai habis kalau nak faham ye. Hihihi..





Inilah restorannya. Melampau tak aku?
(sumber: google)
Selera aku ini mula-mula tu aku tak layan sangat tapi bila aku kena demam memang permintaan gila aku tak boleh dibiarkan lagi. Aku bersama si Kecik penghasut terhebat (selepas aku ok) (pergilah mengikut arahan consultant tak bergaji (nafsu-nafsi ler tu) untuk pergi melantak kat kedai makan ini.

Harga boleh tahan la standard la tempat ada nama. Masakan kat restoran ni pun boleh tahan. Lokasi restoran yang kami pergi itu adalah di Bandar Kuala Terengganu. Kawasan Perniagaan Paya Keladi kalau tak silap aku. Alaa..depan Stesen bas MBKT je. Siapa yang duduk kat area sini tahu la. Mesti korang nak tau aku makan apa kan. Lets check it out!!! :)
With my Viatnamese Meat Noodle Soup

Aku minum HOT CHOCOLATE!
(Sebab demam kalau tak dah bantai ice blended)

Cheese Cuppucino Cake.

Bergaya tak aku?
Kot la boleh jadi DUTA SECRET RECEPIES!

Ala-ala MasreChef nak rasa
masakan peserta

Licin Pinggan. Hahaha..
(PELAHAP)


Muka bahagia dapat makan kek!


Itu je aku rasa. Korang jangan terliur lak. Tak ada niat nak buat korang teringin just want to share something memandangkan dunia aku dalam rumah ini hanya dengan laptop. Memang ini je la kerja aku. Eh! Korang perasan tak? Aku mengidam benda lain tapi endingnya aku makan benda lain kan. Hahaha...Aku memang ratu merepek termasuklah dalam pemakanan!

BON VOYAGE!!!

P/s: Kalau ada kemampuan tak salah nak merasa. Yang salahnya tak mampu tapi nak merasa gak kan boleh makan diri.

2 ulasan:

  1. Hamboi, ni demam ke hape? haha.. mengucap x masa mkn 2 yunk oii? ish3..


    ~ucuk =P ~

    BalasPadam
  2. hahaha...baca doa makan tau. siap angkat tangan tinggi2 lagi samapi org meja sebelah memandang sinis. saya kalau demam selera makan bertambah..mmg org tak percaya demam la

    BalasPadam