Selasa, 27 Mac 2012

Masjid Nabawi, Madinah.

Assalamualaikum.

Mata mengantuk tetapi entah kenapa agak berdegil untuk masuk tidur.  Aku tak ada banyak idea sangat nak bercerita kebelakangan ini. Tak ada apa sangat yang menarik untuk aku kongsikan bersama.

Masjid Nabawi, Madinah
Entri kali ini nak cerita pasal aku dapat panggilan dari jauh. Memang jauh. Panggilan dari Masjid Nabawi, Madinah. Panggilan yang buat hati aku berbunga-bunga. Panggilan yang aku terima lebih kurang 4 hari lepas. Suara dia lain. Tenang dan 'jernih'. Mungkin itu bukan perumpamaan yang sesuai tapi itu yang aku rasa. Seronoknya dengar suara orang yang ada dekat bumi Rasulullah s.a.w sebarkan risalah Allah. Mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki pergi sana jugak.



Masa Saha call dia cakap tengah
rehat kat bumbung payung, Maybe ni..

Hari pertama dia pergi untuk umrah aku menangis sedikit. Rindu. Itu aku. Memang mudah sangat nak emosi. Tapi itu sebagai satu pemulihan semangat bagi aku sebab masa tu aku akan serah semua pada DIA tanpa ada keraguan. Masa tu aku mengadu semua yang aku rasa. Lepas tu aku rasa lega sangat. Aku tahu DIA MAHA MENDENGAR Semua luahan aku didengar tanpa ada soalan balik pada aku tanpa ada kata-kata yang perlu dibalas. Cukup untuk aku didengar. Ya Allah, syukur kerana KAU ada walau ketika aku lupa pada KAU kerana kejahilan dan kelalaian aku. Tak terkata tenangnya aku tetap ada KAU sebagai pendamping tak kira masa dan waktu.

Saat ini aku masih menanti panggilan seterusnya dari Saha. Kali ini mungkin dari Masjidil Haram. Mudah-mudahan tak lama lagi. :) Ya Allah semoga kau berikan aku perkhabaran gembira dari Tanah Suci MU...

 Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan