Assalamualaikum
Hope semua sihat-sihat belaka. Hari ini terasa nak kongsi mengenai isu persepsi.
Persepsi ini sebenarnya perkataan Bahasa Inggeris yang telah di Melayukan. Asal katanya ialah perception yang membawa maksud penglihatan;pengertian;tanggapan. Kali ini isu aku lebih kepada pengertian yang ketiga tadi iaitu tanggapan.
Penggunaan peribahasa Inggeris Don't judge books by it's cover sering digunakan sebagai peringatan kepada kita supaya tidak mudah menilai dan meletakkan label kepada seseorang berdasarkan luarannya. Namun telah menjadi lumrah kita untuk selalu menilai seseorang berdasarkan luarannya. Termasuklah aku. Kadang-kadang (aku rasa selalunya) orang tu kita tak kenal pun. Tapi kebetulan jodoh kita dia nak lalu depan kita kan. Tak pasal je kita akan memperkatakan perihal orang itu berdasarkan luarannya yang kita nampak. See! Suka-suka hati je nak judge orang kan. Tak berdosa sedara kita tu.
Aku pun ada masanya kena jugak macam itu. Bila aku tak banyak cakap dalam kelas orang akan kata aku tengah marah or bad mood. Ada juga buat andaian aku tak sihat sedangkan hari tu aku cuma tak nak cakap je sebab dah selalu sangat aku yang cakap maka bagi la peluang kat orang lain untuk bersuara pulak kan..kan.. Masa mula-mula sambung belajar, masa aku semester 1 ramai pikir aku ni sombong. Alkisahnya muka aku ni garang. Nak buat macam mana dah memang muka kita macam tu kan. Apa la kita boleh buat. Terima je la pandangan negatif orang. Tohmahan itu (ceh dramatik je bunyi kan) bertambah kuat bila aku ni bukan jenis jalan bilik orang, kerja duduk memerap dalam bilik dan sering saja balik KL. Pendek cerita memang aku kurang campur orang la. Biasa la tu tak biasa lagi dan tak kenal orang sangat. Namun lama-kelamaan situasi berubah dan kawan-kawan punya lebih banyak ruang untuk kenal aku bila buat assignment sama-sama kan.
Tapi situasi ini masih lagi berterusan sehingga hari dan saat ini. Spekulasi, persepsi dan seadik-beradik dengannya terus menghantui diri. Termasuklah label-label baru yang aku dapat dari kawan-kawan aku kan. Mungkin kerana pembawakan aku yang berubah sedikit demi sedikit kot. Entahlah. Wah tetibe saya konpius la!
Semenjak belajar jauh ni, aku semakin terbuka untuk menerima hal-hal baru dalam hidup aku seperti gaya hidup orang di Pantai Timur macam budaya dan makanan mereka. Aku semakin terbuka dengan ideologi-ideologi baru (hah! mentang-mentanglah awak student social science kan) dan yang paling aku sendiri tak sangka ialah aku menerima perubahan fesyen
Cakap pasal fesyen, aku telah mengalami beberapa transformasi (bukan transformasi kerajaan ok!). Antara yang aku buat adalah fesyen baju kurung dengan kasut sukan, tudung belit-belit, cuba pakai baju selain fesyen baju kurung dan yang terbaru spek mata ala k-pop.
Malas cerita banyak mari kita lihat transformasi aku dari setahun ke setahun! Dan kawan-kawan sekalian sila kagum. Haha...
GAYA BIASA-BIASA JE
PENGARUH TUDUNG BELIT BERMULA
GAYA JUBAH DAN JILBAB
So macam mana?? Makin kemas kan. Berbanding yang mula-mula aku nampak sangat biasa. Seterusnya gaya-gaya aku yang menyebabkan kawan kelas aku bagi nama baru kat aku. Solehah Latif. Oh, No! Sangat tak lah kan. Hanya kerana gaya aku yang mula bercermin mata (welcome to rabun group) Maka aku terus mendapat nama timangan yang baru. Korang tengok sendiri la ada ke macam Najwa Latif?? Tak kan. Lagi sorang tu katanya macam Ainan Tasneem. Mana ada. Tak ada la.
Aku ni rupa Yuna ok! (Tersangatlah perasaan. Sila Abaikan!)
GAYA K-POP MUSLIMAH!
(KEHKEH)
(KEHKEH)
Sweet! |
Demam Kuning! Haha |
Sangat Retis kan! |
Sangat transformasi bukan gaya aku.
Selepas beberapa perubahan sepanjang 4 tahun belajar di UniSZA pelbagai persepsi yang telah diberikan oleh kenalan saya. Setiap kali saya berubah gaya ada je yang kata kerana saya dah bertunang, saya dapat pakwe baru, saya cuba meraih perhatian tak kurang yang kata saya cuba tiru gaya artis-artis bertudung yang sedang glemer.
Penjelasan daripada saya (perghh!!! macam retis lak kena bagi statement gitu)
Saya ingin tampil lebih fresh, untuk raih satu energy baru dalam hidup saya dan membina personaliti baru untuk membina keyakinan diri dan menimbulkan rasa mesra dan senang kepada orang lain yang memerhati.
Itu sahaja!
Sekian Wassalam.
p/s: bersamalah kita elak buat persepsi yang entah apa-apa.
credit: Nazirah Che Ali
Nur Afaf Atiqah Mohd Radzuan
(as photographer tak bertauliah)