Assalamualaikum.
Rindu aku rasa nak menaip untuk berkongsi cerita dengan
kalian (walau hakikatnya aku baru je lagu update post dua tiga hari lepas). Banyak perkara yang aku nak kongsi dan aku dah mula taip pun tapi entah
apa yang tak kena pun aku tak tahu la kan. Aku asyik kekeringan idea untuk
menyambung kisah itu. Mungkin satu hari nanti sahabat, aku akan kongsi cerita
itu dengan kalian juga. Aku akan berusaha sebaiknya.
Post kali ini
tajuknya Umairah. Maknanya kemerah-merahan. Gelaran yang Rasulullah s.a.w
berikan kepada isteri baginda, Aisyah r.a. Aku bukan nak bercerita mengenai
isteri Baginda. Sebaliknya aku nak cerita tentang diri aku sendiri.
Seorang teman lelaki aku (teman sahaja, teman yang rapat) memberikan gelaran ini pada aku.
Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab Nabi panggil isteri dia dengan gelaran
ini dan dia pun nak panggil orang yang dia sayang dengan panggilan yang
Rasulullah saw guna. Dia nak jaga aku dan sayang aku sebagaimana Baginda
menyayangi para isteri Baginda. Aku tersenyum bahagia. Romantik kan???Aku suka
dengan panggilan yang dia berikan untuk aku.
Ahli keluarga dia (kakak dia, nenek dia, mak cik-mak cik dia selalu tanyakan aku,itulah perkara yang buat aku selalu rasa pedih) tanya apa nama aku dan dia cakap la nama
aku Solehah. Semua pelik kenapa dari Solehah boleh jadi Umairah sebab sebutan
itu sangat jauh bezanya atau bahasa mudahnya tak ada bersabit langsung. Dia cuma
jawab itu panggilan manja dia untuk aku.
J
senyum...
Aku senyum tanda bahagia.
Tapi rasa tu dah berakhir sebab diri aku sendiri. Oleh sebab
kekejaman yang aku cipta demi kepentingan diri. Masa ini aku tak lagi tersenyum
sebaliknya menangisi kobodohan yang aku tonjolkan di hadapan seorang manusia
yang jujur dan ikhlas hatinya menerima diri aku. Kelemahan aku, keburukan aku,
kebodohan aku dan kegilaan aku semuanya dia terima tanpa syarat.
Terima tanpa syarat.
Itulah perkara yang sering kita harapkan dari pasangan kita
tapi bila aku dah dapat aku boleh pula ketepikan semua itu. Dia realistik. Tak
macam aku selalu terawang-awang. Bak kata Saha kalau dia nak gambarkan aku
dalam satu perkataan dia pilih perkataan ‘melayang’. Aku tanya kenapa? Dia
jawab sebab aku ini selalu sangat atas angin, terbang ke sana ke mari. Cakap
aku, perbuatan aku semuanya tak tetap dan sering saja berubah-ubah. Aku tak
pandai memilih. Sehingga ke saat aku menaip kisah ini aku masih lagi seorang
manusia yang tidak pandai memilih dan juga seorang manusia yang sebenarnya
takut untuk membuat pilihan.
Aku kalau boleh mana je yang aku nak aku akan ambil dan simpan dulu.
Bila aku dah buat keputusan baru aku ambil mana yang aku nak dan aku ketepikan mana
yang aku tak nak. Kalau barang tak pe lagi. Tapi apa yang aku buat ini
melibatkan hati dan perasaan orang lain. Aku rasa aku ni dah buat perkara yang
betul la kononnya dengan bersikap jujur tentang diri aku padahal aku memberikan
sesuatu janji yang aku sendiri tak pasti aku mampu tunaikan (bukan tak pasti tapi aku rasa memang aku tak mampu) . Aku bagi harapan
pada orang lain yang aku pasti pengakhirannya aku akan musnahkan harapan orang
itu. Aku pasti akan buat orang itu kecewa. Malahan aku sendiri menangis sedih
dan melukakan hati aku sendiri kerana ketidakuapayaan aku memenuhi kebahagiaan
orang lain.
Kawan,
Bila kalian baca kisah ini, maka kalian jadikanlah ia satu pengajaran. Jangan kalian jadi seperti aku kerana aku hanya merosakkan banyak hati termasuk hati aku sendiri. Ingat buatlah pilihan yang terbaik jika tidak yakin kembalilah kepada DIA. Pasti hati kita lebih tenang. Kehidupan ini kamu takkan pernah dapat lari dari sekecil-kecil pilihan sehingga sebesar-besar pilihan. Maka pilihlah yang terbaik dan yang kamu mampu laksanakan sesempurna mungkin.
Bila kalian baca kisah ini, maka kalian jadikanlah ia satu pengajaran. Jangan kalian jadi seperti aku kerana aku hanya merosakkan banyak hati termasuk hati aku sendiri. Ingat buatlah pilihan yang terbaik jika tidak yakin kembalilah kepada DIA. Pasti hati kita lebih tenang. Kehidupan ini kamu takkan pernah dapat lari dari sekecil-kecil pilihan sehingga sebesar-besar pilihan. Maka pilihlah yang terbaik dan yang kamu mampu laksanakan sesempurna mungkin.
Wallahualam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan